Sains

Mampukah Malaysia Sampai Ke Bulan?
INDIA telah mencatat kejayaan setara dengan gergasi dunia seperti Amerika Syarikat dan Russia kerana berjaya menjadi negara sulung mendaratkan kapal angkasanya, Chandrayaan-3 turun di kutub selatan bulan pada 25 Ogos lalu. Pendaratan ini bukan sesuatu yang mudah kerana permukaan wilayah itu tidak pernah diterokai manusia sebelum ini.

Misi ini adalah usaha konsisten Indian Space Research Organisation sejak 2008 dengan berlakunya beberapa siri kegagalan menjayakan projek ini. Kosnya menelan sebanyak USD75 juta (RM348.7 juta) sudah pasti mengundang polemik dan kontroversi.

Perbadanan Penyiaran British (BBC) dalam satu rancangannya mempersoal sama ada perbelanjaan misi ini berbaloi buat India yang masih dibelenggu kemiskinan tegar dan 700 juta orang rakyatnya tidak mempunyai kemudahan bilik air. Tetapi, persoalan ini tidak mampu melindungi rasa bangga rakyat India yang melaungkan ‘Bharat mata ki jai’ (kemenangan untuk tanah air) yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

Hannah Abraham, seorang penulis bebas dalam artikelnya di The Guardian bertajuk How India’s moon landing has boosted its self image menyatakan misi Chandrayaan-3 memberi inspirasi kepada berjuta kanak-kanak di India yang melihat saintis tanah air mereka berdaya tahan dan tidak pernah putus asa untuk melakukan yang terbaik buat negara tercinta.

Misi ini telah membawa keuntungan berganda buat ekonomi India seperti pelaburan program aeroangkasa, penyelidikan dan inovasi, dan mengangkat peranan komuniti sains di India.

Bidang Sains Malaysia Kronik?

Meskipun politik domestik India berdepan dengan perbalahan agama yang tidak berkesudahan, misi Chandrayaan-3 telah menyemai rasa bangga dan kegembiraan rakyat India untuk maju ke hadapan dengan penemuan ilmu baharu. Perkara ini sudah pastinya mendorong masyarakat dan pemimpin dunia untuk kembali berdaya saing dalam menguasai pengetahuan saintifik.

India sudah pun sampai ke bulan, soalnya Malaysia sudah sampai di mana? Mungkin mendekat, tetapi masih jauh untuk mencapai sasaran tersebut.

Saya masih ingat bagaimana rakyat Malaysia berbangga mempunyai angkasawan pertama dihantar ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada tahun 2007. Kejayaan ini memberi inspirasi buat golongan muda terlibat dalam bidang sains dan aeroangkasa.

Kerajaan Melaysia pernah berhasrat meneruskan misi menghantar angkasawan kedua ke ISS untuk menjalankan penyelidikan pada 2016. Tetapi, misi itu sunyi hampir sedekad lamanya.  Anak muda hari ini kian menjauhi bidang sains dan teknologi yang dikira sukar dan tidak membawa keuntungan dalam kehidupan.

Penyertaan pelajar dalam bidang STEM menurun kepada 40% pada tahun 2022,  jatuh sebanyak 26% sejak 2019. Malah, 70% belia telah menolak tawaran melanjutkan pengajian di Institut Latihan Kemahiran Belia Negara (ILKBN) dalam bidang TVET pada sesi pertama tahun ini.

Situasi ini boleh dianggap kronik kerana negara bakal berdepan kekurangan bakat dan tenaga mahir untuk membangunkan ekonomi Malaysia dalam tempoh jangka panjang.  Jadi, apakah misi menghantar angkasawan kedua boleh berlaku?

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan negara menyatakan misi untuk menghantar angkasawan kedua pada tahun 2023 di bawah kerangka tindakan Agensi Angkasa Negara Malaysia mampu dilaksanakan dengan syarat perlu adanya kestabilan politik dan kerajaan futuristik di Malaysia. Kata kuncinya adalah kerajaan berwawasan dan stabil.

Ironinya, India berjaya sampai ke bulan, Malaysia pula terperangkap dengan parti ‘bulan’ yang sering menghantar mesej perpecahan yang akan meminggirkan pandangan masa depan dan terus menggugat kestabilan politik Malaysia.

Fitnah Vs  Saintifik?

Fitnah dan pelbagai tuduhan tidak berasas dilemparkan secara terbuka untuk menajamkan lagi pertembungan bagi meruntuhkan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Futuristik parti bulan ini hanyalah untuk menjatuhkan kerajaan pusat hampir setiap bulan.

Malah, perdebatan dasar parti bulan hanya berkisar tentang momokan kepada parti roket, pakaian jururawat, dan dakwaan 54,000 rakyat China bakal menjadi warganegara Malaysia.  Lebih dasyat lagi apabila figura dalam parti bulan sanggup mempertahankan fitnah sedangkan mahkamah telah membuktikan dakwaan menjual aset Tabung Haji itu palsu dan tidak benar.

Perkara ini seolah-olah menggambarkan Malaysia berhadapan dengan  pertembungan antara fitnah dan saintifik. Ini akibatnya bila fakta dimanipulasikan menggunakan logik yang tidak mempunyai sempadan nilai dan ilmu.

Peliknya, berbaris golongan profesional di dalam parti bulan dan sekutunya tetapi tidak mampu membina satu gagasan besar dalam soal pembinaan negara kecuali terpaksa tunduk kepada politik kaum dan agama untuk berkuasa semula. Malah, negarawan seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dahulunya moderat, menekankan kepentingan sains dan teknologi, telah berpatah arang dan tunduk kepada pandangan sempit kononnya untuk menolak kerajaan dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sayangnya, Kerajaan Perpaduan juga menari mengikut rentak parti bulan. Kerajaan Madani tergelincir daripada fokus memperluas gagasan dan visi besar buat negara yang boleh menyatukan rakyat dalam melihat masa depan yang lebih cerah. Terlihat juga Kerajaan Perpaduan yang  berjiwa kecil dan hanya mahu menyelesaikan isu simplistik seperti tandas di sekolah.

Apabila Kerajaan Perpaduan tidak bersungguh-sungguh mencipta kerangka besar negara, rakyat sukar bergerak seiring dengan kerajaan. Kesannya, Kerajaan Perpaduan terpaksa berdepan dengan perang fitnah dan berita tidak benar hampir setiap masa dan ia tidak efektif untuk kemajuan negara.

Membina rakyat yang futuristik dan berteraskan saintifik, ilmu, dan nilai adalah satu usaha berterusan yang tiada noktah. Rakyat dan pemimpin harus berjalan seiring dalam meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang digeruni rakan dunia kerana melahirkan generasi berasaskan ilmu bermanfaat dan bukan cerita-cerita fantasi kuasa politik dan tahyul.

Persoalannya, apakah rakyat sanggup keluar dari zon selesa untuk membangun Malaysia yang futuristik dan berasaskan ilmu sains? Atau terus duduk selesa dan sanggup menjadi mangsa pemikiran politik parti bulan yang hanya melemahkan jiwa besar rakyat untuk menjadi gergasi dunia?

Fakhrurrazi Rashid

Fakhrurrazi Rashid berkelulusan Kajian Politik dan Pemerintahan di UNIMAS, Sarawak. Orang panggil Bob, minat dengan parlimen yang tidak siapa kisah di Malaysia. Bapa muda kepada Aleesa yang peduli dengan nasib generasi akan datang. Menulis untuk mengganggu pemikiran orang supaya berfikir dan mengkritik.

<svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Mampukah Malaysia Sampai Ke Bulan? appeared first on SOLIDARITAS.

Selayang Pandang Pembangunan Satelit Angkasa Lepas Di Malaysia
PADA tanggal 23 Jun 2022, rakyat Malaysia sekali lagi menyaksikan pelancaran satelit oleh MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd. (MEASAT). Satelit yang diberi nama Measat-3d ini dilancarkan antaranya bagi menyokong keperluan liputan Internet yang dijalankan di bawah program Jalinan Digital Negara (JENDELA) oleh kerajaan serta meningkatkan aliran Internet jalur lebar di seluruh negara menjelang 2025. Satelit yang dianggarkan akan bertahan selama 18 tahun tersebut telah selamat ‘diroketkan’ oleh Ariane-5 di Guiana Perancis.

Malaysia bagaimanapun bukanlah suatu nama yang agak asing dalam gelanggang pembangunan angkasa lepas. Walaupun merupakan negara yang masih membangun dan secara fizikal geografinya adalah kecil, Malaysia dilihat aktif dalam aktiviti-aktiviti angkasa lepas sekitar tahun 1990-an sehingga tahun 2010, sehingga digelarkan sebagai “the mouse that roared”. Petrjalanan program-program angkasa lepas di Malaysia boleh dikatakan berada di kemuncaknya apabila Dr Mazlan Othman, ahli astrofizik Malaysia dilantik sebagai Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hal Ehwal Angkasa Lepas (UNOOSA) di Vienna serta apabila Malaysia berjaya melahirkan angkasawan pertamanya, Dr. Sheikh Muszaphar pada tahun 2007.

Bagaimanapun menurut penulis, pembangunan satelit angkasa lepas yang dilaksanakan di Malaysia adalah lebih mengujakan untuk dikaji dan diteliti. Secara dasarnya Malaysia, sama ada melalui inisiatif kerajaan atau pihak persendirian telahpun berjaya melancarkan sebanyak 8 buah satelit ke angkasa lepas, dan ini termasuk Measat-3d.

TiungSAT-1 merupakan satelit mikro pertama dibina oleh Malaysia dan dilancarkan pada tahun 2000 dari Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan. Satelit mikro yang digunakan untuk pengumpulan imej-imej untuk kegunaan alam sekitar dan kaji cuaca ini dihasilkan melalui usahasama diantara syarikat Surrey Technology Ltd. (SSTL) dari United Kingdom dan Astronautics Technology Sdn. Bhd. (ATSB) di bawah program latihan dan pemindahan teknologi yang dikepalai kerajaan.

Sebelumnya, pada tahun 1994, syarikat persendirian MEASAT (sebelumnya dikenali sebagai Binariang) telah menandatangani kontrak dengan syarikat Boeing untuk penghasilan satelit MEASAT-1 (selepasnya dikenali sebagai AFRICASAT-1), MEASAT-2, MEASAT-3 dan MEASAT-3a, dengan tiga daripadanya dibina oleh Hughes Space and Communications Company (HSBC). Pada tahun-tahun berikutnya, MEASAT masih aktif dalam melancarkan satelit-satelit ke angkasa lepas, termasuk MEASAT-3 (2006), MEASAT-3a (2009), MEASAT-3b (2014) dan MEASAT-3d (2022), dengan kesemua satelit-satelit ini berfungsi sebagai satelit komunikasi dan bertanggungjawab dalam menjaga kelancaran penyiaran secara langsung dan juga telekomunikasi.

Sepertimana yang tertera pada tajuk penulisan, penulis bagaimanapun akan memberikan fokus khas kepada pembangunan satelit RazakSAT-1. RazakSAT-1 merupakan satelit mikro dan penderiaan jauh (remote sensing) kedua setelah TiungSAT-1 dan ianya berjaya dilancarkan pada 2009 oleh syarikat Space-X dengan anggaran operasi dan misi selama 3 tahun. Satelit yang mengambil nama sempena Perdana Menteri ke-2 Malaysia ini difungsikan untuk melakukan kerja-kerja menangkap imej beresolusi tinggi dan pemprosean di sekitar kawasan orbit Bumi rendah (LEO) berhampiran Khatulistiwa (NEqO). Dibina dengan kerjasama di antara ATSB dan Satrec Intiative Co. Ltd. (SI) dari Korea, satelit ini bagaimanapun diisytiharkan hilang isyarat komunikasi, hanya selepas setahun dari tarikh pelancarannya.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang diterbitkan oleh Jabatan Audit Negara Malaysia, RazakSAT-1 bukan sahaja telah gagal berfungsi setelah 1 tahun 16 hari dilancarkan, bahkan ianya juga tidak dapat menjalankan cerapan imej yang menurut spesifikasi, serta tersasar dari lokasi yang dikehendaki. Sebagai sebuah projek yang menerima geran penyelidikan daripada kerajaan sebanyak RM141.78 juta, ianya sudah tentu menimbulkan tanda tanya dari pelbagai pihak. Ketidakmampuan untuk mencerap imej dengan baik adalah apabila kadar penggunaan kuasa elektrik di kedua-dua sistem On-Board Computer (OBC) melebihi tahap kemampuan yang dibina. ATSB bersama beberapa pakar antarabangsa telah menjalankan siasatan lanjutan bersama terhadap masalah yang dihadapi, dan berdasarkan daripada RazakSAT Onboard Computer Anomaly Report, kegagalan RazakSAT-1 untuk menjalankan fungsinya adalah apabila ianya telah dihentam partikel radiasi bertenaga tinggi luar biasa. Akhirnya pada Disember 2010, ATSB dan Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI) telah mencapai kesepakatan untuk menamatkan projek satelit ini, setelah penambahbaikan imej cerapan tidak dapat dilakukan.

Pembangunan satelit atau angkasa lepas secara amnya adalah amat penting untuk negara. Tidak hanya ianya menawarkan perolehan ekonomikal yang lumayan, ianya juga telahpun menjadi suatu kewajipan bagi sesebuah negara untuk menerokainya, seiring dengan perkembangan dan keperluan teknologi yang semakin melangit. Sudah tentu kadangkala, beberapa misi atau kajian akan menghasilkan dapatan yang gagal dan kurang menyenangkan ramai pihak, tetapi jika tidak dipecahkan ruyung, tiadalah sagunya.

(Artikel tulisan saudara Luqman Rosli ini merupakan pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak Solidaritas)

Penulis Umum

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Solidaritas.

The post Selayang Pandang Pembangunan Satelit Angkasa Lepas Di Malaysia appeared first on SOLIDARITAS.

Ramadhan Dan ‘Self-Control’
BULAN Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia, atau bulan tarbiyah kata lainnya, dimana semua umat Islam diwajibkan berpuasa kecuali jika terdapat uzur syar’i (Al-Baqarah: 183 & 185). Dahulu sewaktu di dalam kelas Pendidikan Islam sering kita ulang-ulang definisi puasa, iaitu menahan diri daripada makan, minum atau perkara yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari yang disertai dengan niat kerana Allah. Untuk makluman pembaca, penulis merupakan pelajar jurusan Psikologi. Justeru itu, suka untuk penulis membawakan tajuk berkenaan Ramadhan dan ‘Self-Control’. Sebelum berbicara lebih mendalam, apa itu self-control?

Menurut kamus Psikologi (versi Indonesia), definisi self-control adalah kemampuan individu untuk mengendalikan emosi dan tingkah laku sendiri seterusnya dapat mendorong individu ke arah konsekuensi positif. Dalam teori ‘hierarchy of needs’ oleh Abraham Maslow, disebutkan bahawa keperluan fisiologi manusia terletak pada hierarki yang pertama, iaitu yang terpenting sebelum mencapai keperluan hierarki yang seterusnya. Sementara menurut Freud, keinginan makan dan minum diibaratkan sebagai ‘id’ atau keinginan yang muncul secara alami. Persoalannya, bagaimana pula dengan mereka yang berpuasa? Pada dasarnya, puasa bukan hanya menahan lapar dan dahaga, tetapi juga emosi dan hawa nafsunya. Jadi, apa kaitannya dengan self-control?

Berdasarkan sumber daripada Jurnal Psikologi Kaunseling Perkhidmatan Awam (2018), telah dinyatakan bahawa manusia terdiri daripada empat komponen iaitu fizikal, emosi, kognitif dan spiritual. Berdasarkan komponen itu, puasa di bulan Ramadhan difahamkan dapat melatih kesemua komponen itu untuk melakukan transformasi ke arah kebaikan. Dari situlah self-control memainkan peranan yang utama bagi mewujudkan psikologi dan jiwa yang sihat.

Memang tidak dinafikan, makanan diperlukan untuk kekal bertenaga, tetapi ada mudaratnya juga jika tiada self-control kerana akan mengakibatkan penyakit lain bahkan terdapat masalah kewangan lainnya jika tidak dikawal perbelanjaannya. Menurut sumber daripada Berita Harian dan telah disahkan kesahihan saintifiknya, berpuasa dapat memberi ruang kepada sistem pencernaan untuk ‘berhenti’ seketika tanpa memproses sebarang makanan baharu. Kontradiksi ketika tidak berpuasa, sistem pencernaan seseorang akan bekerja terus tanpa henti, akibatnya kita akan berasa letih sekiranya makanan yang diambil itu lebih daripada hadnya.

Dalam pada itu, Ramadhan juga dapat mendidik diri menghayati konsep hablumminAllah (hubungan dengan Allah) dan hablumminannas (hubungan sesama manusia). Justifikasinya, individu yang berpuasa akan berusaha dengan seluruh kemampuannya untuk menahan diri daripada ‘musuh’ dari dalam dirinya sendiri seperti menahan amarah mahupun nafsu untuk melakukan maksiat. Menurut Hadis Riwayat Bukhari;

“Puasa itu bukanlah sekadar menahan diri dari makan dan minum, tetapi sesungguhnya puasa itu adalah mencegah diri dari segala perbuatan yang sia-sia serta menjauhi perbuatan-perbuatan yang kotor dan keji.”

Sebagai akhir kalam, penulis berharap agar Ramadhan kali ini fizikal lebih cerdas, emosi dan kognitif lebih positif serta spiritual lebih tenteram dan diharap dapat diteruskan sehingga selepas Ramadhan.

Selamat menjalani ibadah Puasa.

Ain Sa'adah

Ain Sa’adah ialah seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan psikologi yang sangat gigih dan bersemangat tinggi dalam mengembangkan lagi kemahiran dan pengetahuan untuk penambahbaikan yang berterusan, sambil meneroka pelbagai sudut yang tidak dijangka dalam hidupnya.

The post Ramadhan Dan ‘Self-Control’ appeared first on SOLIDARITAS.

Alam Semesta, Ruang Dan Masa
Sewaktu kita mula membesar, banyak persoalan yang sering timbul di minda kita. Ketika kita kecil, kita tertanya-tanya dari manakah bayi datang? Apabila meningkat umur sedikit, kita mula bertanya bagaimana siang dan malam boleh berlaku? Beginilah proses ingin tahu mendidik kita untuk terus bertanya, dan mencari jawapan bagi setiap pertanyaan kita.

Antara persoalan besar yang kita mungkin ingin tahu, tapi masih belum dapatkan jawapannya ialah berapa besarkah alam semesta ini? Persoalan ini ditanya kerana kita dapat melihat ribuan bintang di malam hari, seolah-olah tidak ada penghujung bagi langit malam. Di manakah penghujung alam semesta ini? Jika terdapat penghujung alam semesta, apakah di sebalik sempadan alam semesta kita?

Setiap persoalan yang kita tanya, walaupun terjawab, pasti akan menghasilkan soalan baharu. Kaedah pemikiran beginilah yang membawa manusia untuk terus mengkaji dan mengkaji bagi memuaskan sifat ingin tahu serta menjawab segala persoalan yang timbul. Dari sinilah manusia dibezakan dengan makhluk lain; manusia tidak henti berfikir mencari jawapan.

Jika kita melihat langit yang tiada awan pada waktu malam, kita akan dapat lihat bintang-bintang yang bertebaran di segenap ruang. Namun, sebenarnya bintang-bintang yang kita lihat merupakan suatu pemandangan masa silam yang terpampang di hadapan kita. Ini kerana bintang tersebut adalah sangat jauh sehingga cahaya daripada bintang-bintang tersebut memerlukan ribuan bahkan jutaan tahun untuk capai ke mata kita.

Sudah tentulah alam semesta ini sangat luas. Jadi berapakah luasnya alam semesta ini?

Tidak semua isi kandungan alam semesta ini dapat kita lihat. Jika dicerap objek paling jauh yang dapat kita lihat, cahaya daripada objek tersebut datang sekitar 13 hingga 14 bilion tahun lalu. Jadi, adakah alam semesta kita seluas 13 atau 14 bilion tahun cahaya?

Jawapannya tidak semudah itu. Alam semesta kita bukanlah dilahirkan dan terus berada dalam keadaan seperti hari ini. Namun ia mengembang sejak permulaan hidupnya. Disebabkan alam semesta kita berkembang, jarak objek yang paling jauh yang dapat kita cerap berada pada jarak sekitar 46 bilion tahun. Ini bermaksud alam semesta yang dapat kita lihat adalah sekitar 46 bilion tahun pada semua arah. Jika alam semesta kita berbentuk sfera seperti sebiji bola, ini bermaksud diameternya ialah sekitar 92 bilion tahun.

Namun adakah alam semesta yang sebenar mempunyai saiz seluas ini? Adakah ia berbentuk sfera? Apakah yang wujud di sebalik alam semesta? Jika ia berkembang, ke manakah ia berkembang?

Alam semesta yang disebut di atas adalah berdasarkan objek-objek yang dapat kita cerap pada jarak yang sangat jauh seperti galaksi. Namun disebabkan alam semesta ini berkembang dengan sangat pantas, ahli kosmologi menteorikan bahawa jika kita pergi ke hujung alam semesta, kita hanya akan dapati lebih banyak galaksi yang bertebaran.

Barangkali alam semesta kita tidak berpenghujung atau barangkali alam semesta kita adalah alam semesta 3 dimensi yang terbentuk di atas alam yang lebih daripada 3 dimensi. Dimensi-dimensi lain tak dapat kita jangkau dan tak dapat kita lihat. Adakah wujud dimensi lain?

Apabila kita berbicara mengenai keadaan alam semesta pada hari ini, kita tidak dapat terlepas daripada mencari asal usul alam semesta. Sama seperti seorang detektif yang menjejak sesuatu kes dengan melihat kepada kesan-kesan dari masa lampau, ahli kosmologi juga menjejak asal usul alam semesta dengan melihat alam semesta daripada kelahirannya sehinggalah keadaannya hari ini.

Berdasarkan data-data kajian daripada teknologi teleskop yang pelbagai, kita mendapati bahawa alam semesta ini berkembang daripada sebuah titik yang dikenali sebagai ketunggalan (singularity). Titik inilah yang mengandungi segala-galanya yang dapat kita lihat di alam semesta kita. Atas sebab yang tak diketahui, titik ini mengembang dengan pantas. Selepas 14 bilion tahun, hasilnya ialah segala yang dapat kita lihat pada hari ini. Pengembangan inilah yang dikenali sebagai Big Bang atau Letupan Besar. Terdapat banyak bukti saintifik yang menyokong teori ini seperti pergerakan galaksi-galaksi yang menjauhi antara satu sama lain.

Jika benar alam semesta kita berasal dari sebuah titik, di manakah lokasi titik tersebut? Apakah yang berada di luar titik tersebut?

Persoalan ini telah menyebabkan para saintis berfikir panjang tentang keberadaan ruang dan masa. Apakah yang kita faham tentang ruang dan masa? Jika alam semesta kita ialah sebuah ruang, apakah yang wujud di sebalik ruang tersebut? Jika alam semesta kita bermula ketika Big Bang, apakah yang wujud sebelum Big Bang?

Apa itu ruang? Adakah alam semesta kita mencakupi ruang? Jika begitu, apa pula yang wujud di sebalik ruang?

Bagaimana pula dengan masa? Apa yang kita maksudkan dengan masa? Jika alam semesta berumur 14 bilion tahun, apa yang berlaku sebelum 14 bilion tahun lalu?

Persoalan ini menyentuh fikiran kita sedalam-dalamnya. Apakah yang wujud di sebalik ruang? Sukar untuk kita terjemahkan persoalan ini dalam bentuk fizikal. ‘Di sebalik’ itu merujuk kepada ruang. Jadi, apakah di sebalik atau di luar ruang itu sendiri adalah persoalan yang tidak sah. Begitu juga dengan masa. Apakah yang wujud sebelum masa? Persoalan ini tidak boleh dijawab dan difahami oleh akal kita kerana persoalannya berputar. Kita hidup dalam sistem ruang masa. Kita diletakkan di dalamnya.

Melalui persoalan dan kajian inilah kita dapat lihat betapa luasnya alam ini, betapa banyaknya ilmu pengetahuan yang tak terjangkau dek akal kita dan betapa kerdilnya kita dibandingkan dengan sang Pencipta. Jadikanlah sifat ingin tahu kita ini sebagai satu jalan untuk mendekatiNya.

Tentang Penulis

Muhammad ‘Izzat adalah siswa Universiti Sains Malaysia dalam jurusan Sains Fizik. Beliau adalah penulis yang terpilih dalam Liga Penulisan Artikel Pengajian Tinggi.

Solidaritas

Satu bangsa, satu negara.

solidaritas.my

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg>

The post Alam Semesta, Ruang Dan Masa appeared first on SOLIDARITAS.