Budaya

Uzlah Dan Lailatulqadar
Allah taala berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan ( al-Quran) pada malam Lailatuilqadar, Dan tahukan kamu apakah malam Lailatulqadar itu? Malam Lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulan (Al-Qadr 1-3)”

Lailatulqadar atau malam al-Qadar diberi nama tersebut kerana kebesaran dan kemuliaan atau kedudukan malam itu di sisi Allah taala disebabkan banyaknya kesalahan manusia diampun oleh Allah pada malam itu.

Sepertimana sabda Rasulullah saw:

“Barangsiapa yang menghidupkan malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan penuh tulus ikhlas semata-mata mengharapkan kemampunan Allah, maka diampuni Allah akan segala dosa-dosanya.”

Kelebihan Lailatuqadar adalah akan dilipatgandakan pahala segala amalan dan ibadah di dalamnya lebih dari seribu bulan.

Terdapat beberapa persoalan mengenai bilakah malam Lailatulqadar akan muncul. Hadis daripada Jabir, Rasulllah saw bersabda:

“Bahawa aku telah diperlihatkan Lailatul qadar kemudian iaitu pada malam-malam akhir Ramadhan.”

Ada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud menyebutkan dari Abdillah Bin Umar r.a bahawa Nabi saw pernah ditanya mengenai Lailatul qadar. Baginda menjawab.

“Lailatulqadar ada pada setiap bulan Ramadhan.”

Namun menurut Aisyah ,Nabi Muhhammad memerintahkan:

“Carilah lailatul qadar pada tarikh ganjil dari sepuluh terakhir pada bulan Ramadhan.”

Menurut beberapa hadis yang lain pula Rasulullah saw menyebutkan Lailatulqadar itu terjadi pada malam-malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan iaitu tarikh ganjil pada 10 akhir Ramadhan.

Sebahagian ulamak berpendapat Lailatulqadar tidak jatuh pada malam tertentu sahaja bagi setiap tahun, bahkan ianya bertukar-tukar di antara malam-malam ganjil pada 10 malam akhir itu.

Persoalan bilakah tarikh sebenar Lailatulqadar itu menjadi hikmah dan pengajaran kepada umat Islam untuk sentiasa beribadah kepada Allah taala dan sebagai motivasi agar terus sentiasa mencari rahmat Allah pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa harus tertumpu pada satu hari sahaja.

Jika kita mengetahui secara spesifik akan tarikh itu maka orang akan hanya beribadah pada tarikh tersebut sahaja.

Antara amalan yang boleh dilakukan adalah dengan memperbanyakkan solat sunat disamping tidak mengabaikan ibadat wajib seperti qiamullail, memperbanyakkan zikir, istighfar dan memperbanyakkan amalan berdoa.

Kesedaran segelintir masyarakat pada hari ini alam memeriahkan ibadah Ramadhan harus dipuji dan didoakan sama-sama dapat mengecapi malam Lailatulqadar seperti mana kemeriahan dalam persiapan menyambut Aidilfitri seperti sibuk memilih baju-baju raya yang baru, merancang juadah hari raya serta merancang perjalanan untuk pulang ke kampung masing-masing untuk berhari raya.

Taqarrub pada Allah taala sebelum bermula Ramadhan lagi harus dipupuk awal. Antara contoh nyata yang berlaku pada hari ini adalah seperti solat subuh berjemaah di masjid seperti kempen ‘Subuh Macam Jumaat’ yang digerakkan oleh penyanyi Aliff Satar harus diteruskan sampai bila-bila bagi menyediakan diri dalam menyambut Ramadhan dan malam Lailatulqadar. Usaha sebegini harus dipuji oleh semua pihak dalam mendidik masyrakat yang muda, tua dan kanak-kanak untuk mendirikan solat secara berjemaah di masjid. Dan secara tidak langsung kempen-kempen lain juga akan turut sama muncul setelah aura kebaikan ‘Subuh Macam Jumaat’ ini diteruskan di seluruh pelusuk Asia Tenggara yang kini mula tular di Singapura.

Menurut Imam Ghazali, untuk memperoleh kejernihan hati dan akal salah satunya adalah dengan melakukan uzlah, iaitu pengasingan diri. Dalam konteks kehidupan ini uzlah dapat dilakukan dengan mengasingkan diri dari sosial media yang tidak mendatangkan faedah.

Ketika masalah sosial yang semakin parah seperti pembunuhan, ketagihan arak, bunuh diri atau melayari laman sesawang yang mengandungi unsur lucah, kita dapat mendefinisikan uzlah ini dengan mengisinya dengan ibadah dan melawan rasa nafsu serta keinginan untuk melayari perkara-perkara yang tidak berfaedah. Uzlah juga dapat mengajar kita mengendalikan media sosial dengan lebih berhemah terhadap maklumat dan konten-konten negatif yang terdapat di dalam media sosial yang mana ia menekankan konsep penjagaan hati, penjagaan mata dan memberikan perhatian kepada konten yang bermanfaat seterusnya dapat meningkatkan kualiti kehidupan kita ke arah yang lebih baik.

Budaya ‘select’ dalam uzlah juga dapat memberi keseimbangan mental dan spiritual kepada pelayar media sosial supaya tidak terbawa-bawa dan terpengaruh dengan apa yang disajikan di dalam media sosial yang mengandungi perkara-perkara yang negatif.

Secara keseluruhannya kita hendaklah melakukan amal ibadah dengan bersungguh-sungguh dan penuh ikhlas sama ada mengetahui atau tidak malam tersebut kerana adakalanya mereka yang tidak mengetahui malam Lailatulqadar itu lebih tinggi dan lebih besar darjat kedudukannya di sisi Allah taala.

(Artikel ini adalah tulisan saudara Mohd Fahimi Mohd Yusoff dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak Solidaritas)

Penulis Umum

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Solidaritas.

The post Uzlah Dan Lailatulqadar appeared first on SOLIDARITAS.

La Luna: Kebencian Yang Memusnahkan Generasi Akan Datang
Tayangan filem La Luna di Netflix nampaknya mendapat sambutan yang luar biasa. Filem ini mencuri tumpuan umum kerana beberapa adegan yang bersifat terbuka dilabel ‘liberal’ oleh segelintir jurucakap agama. Tuduhan ini makin berat bila watak Tok Hassan, Ketua Kampung Bras Basah, didakwa sebagai tidak menghormati golongan agama.

Babak yang buat saya fikir panjang dan mendalam adalah ketika pihak berkuasa sedang mencari suspek yang membakar kedai La Luna. Kebanyakan penonton beranggapan Pa’at yang membakar kedai tersebut kerana marah akan isterinya.

Namun, plot twist berlaku apabila Salihin berjumpa Tok Hassan bagi menerangkan insiden tersebut. Salihin menunjukkan laiter rokok yang dijumpainya di tempat kejadian. Ternyata, laiter itu adalah milik Tok Hassan.

Dengan bersahaja, Tok Hassan menerangkan bahawa dia membakar kedai itu atas rasa benci ke atas La Luna yang telah mencabar autoritinya sebagai pemimpin di Kampung Bras Basah tersebut. Meskipun Salihin memberitahu anaknya, Azura berada di dalam La Luna sewaktu kebakaran, Tok Hassan mengatakan “tapi kalau aku tahu Azura ada dalam kedai itu… aku tidak akan teragak-agak bakar kedai laknat itu juga”.

Babak La Luna dibakar ini seolah-olah ingin menunjukkan betapa buruknya kesan sikap benci melampau atas dasar agama dan kuasa yang boleh memusnahkan sebuah masyarakat tanpa mengira tua atau muda.

Dari sisi yang berbeza, ia juga menunjukkan betapa kejamnya sifat benci itu sehingga generasi muda juga menjadi mangsa, seperti ketidakpedulian Tok Hassan yang tidak kisah nasib Azura yang hampir terkorban di dalam kedai walaupun diberitahu Salihin.

Perkara ini yang sedang berlaku dalam masyarakat Malaysia. Kebanyakan agamawan dan ahli politik menyebarkan mesej kebencian untuk menebalkan lagi perbezaan dan perpecahan dalam masyarakat. Ungkapan yang tidak diisi dengan fakta berbanding sentimen emosi, telah menjadi perangkap untuk menjauhkan masyarakat daripada pemikiran rasional dan pandang ke hadapan.

Akauntabiliti Senjata Mujarab

Ramai sebenarnya individu berwatak Tok Hassan dalam masyarakat kita. Mereka ini menunjukkan kekuatan agama sebagai lesen besar untuk menjadi hero dalam memperjuangkan isu agama dan kaum. Ironinya, kebanyakan mereka ini gagal membuktikan kelayakan untuk dihormati rakyat atas kemampuan sendiri.

La Luna juga menonjolkan bahawa senjata mujarab untuk menjatuhkan golongan penunggang agama dan penyebar kebencian adalah membudayakan sikap akauntabiliti dan telus. Sikap ini yang ditonjolkan oleh Ustaz Fauzi yang berani menegakkan prinsip untuk tidak menandatangani petisyen penutupan La Luna di Kampung Bras Basah semata-mata melayan nafsu kebencian Tok Hassan.

Ironinya, tidak ada pula golongan agamawan dan ustaz-ustaz Islam di luar sana yang menyanjung dan berbicara tentang sikap teguh Ustaz Fauzi menegakkan kebenaran yang dipesongkan Tok Hassan.

Mereka lebih gemar mengecam bertubi-tubi cerita kedai coli yang melondehkan perangai sebenar Tok Hassan.  Itulah kanta dan pemikiran kebanyakan agamawan di Malaysia yang tebal dengan prejudis.

Penguatkuasa Empati Dan Berintegriti

Apa yang uniknya, cerita La Luna juga mempamerkan betapa pentingnya mempunyai anggota penguatkuasa seperti watak Salihin yang penuh empati dan memahami keperluan masyarakat. Watak ini cukup berbeza dengan beberapa filem yang sering menunjukkan sikap keras dan autoriti pihak berkuasa dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Kebijakan pihak berkuasa memahami sosiobudaya masyarakat dapat mengimbangi aturan kehidupan rakyat yang lebih harmoni dan saling bertolak ansur. Pihak berkuasa yang rapat dengan masyarakat dan berani mengambil keputusan untuk mengambil tindakan tegas walaupun berdepan dengan pemimpin tertinggi.

Realiti di Malaysia lebih menyedihkan berbanding cerita La Luna. Meskipun golongan agamawan secara terang-terang membakar sentimen kebencian, memalsukan kebenaran sehingga terpedaya dengan lelaki Maghribi kononnya cicit nabi, dan membuat kesalahan seksual, masyarakat sendiri mengambil sikap berdiam diri. Ada pula pengikut yang mempertahankan kejahatan ini atas nama agama dan kaum.

Penyelewengan anggota penguatkuasa yang mengambil rasuah, salah guna kuasa dan berlagak samseng pula semakin tersebar di media sosial. Lalu rakyat mempersoalkan sejauh manakah keamanan negara boleh terjaga dengan baik jika penguatkuasa sendiri gagal mempunyai etika dan sikap peduli akan kehidupan rakyat yang kian mencabar.

Beberapa realiti ini sebenarnya menjadi faktor kemajuan dan perpaduan negara tidak mencapai tahap yang lebih baik. Ada yang meletakkan solusi bahawa pelaksanaan undang-undang yang ketat boleh mengatasi masalah kebencian kaum dan agama di Malaysia. Tetapi, solusi inilah yang membuatkan isu penyebaran kebencian semakin berleluasa dalam masyarakat Malaysia.

Selamatkan Generasi Akan Datang

Hakikatnya, kekerasan melawan kekerasan atau api melawan api hanya mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada keharmonian masyarakat. Ubat yang diperlukan sekarang adalah usaha membangunkan masyarakat yang berjiwa besar, mempunyai empati yang tinggi, dan mengangkat integriti untuk menambah baik aturan hidup secara bersama di kawasan setempat. Begitu juga usaha melahirkan pihak berkuasa yang empati dan menegakkan prinsip akauntabiliti sewaktu menjalankan tugas.

La Luna bukan sekadar kedai coli, tetapi satu teladan bagaimana besarnya masyarakat yang mempunyai nilai kepercayaan yang tinggi dan saling bantu-membantu dapat menumbangkan kekerasan dan penipuan pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Malah, tindakan masyarakat yang membetulkan keadaan buruk kampung ini juga telah menyelamatkan generasi muda untuk hidup lebih aman dan makmur.

Kalau kedai coli di Kampung Bras Basah boleh menumbangkan penunggang agama dan pemimpin salah guna kuasa, tidakkah ada peluang untuk masyarakat Malaysia bersatu-padu demi meningkatkan kesejahteraan mengatasi kelompok yang sama dalam realiti hari ini?

Jika generasi hari ini masih terperangkap dengan penunggang agama yang membawa sentimen kebencian, janganlah kita membiarkan generasi masa hadapan merasai sakitnya hidup dalam masyarakat yang dipenuhi dengan sentimen kebencian kaum dan agama yang memusnahkan pemikiran mereka.

Fakhrurrazi Rashid

Fakhrurrazi Rashid berkelulusan Kajian Politik dan Pemerintahan di UNIMAS, Sarawak. Orang panggil Bob, minat dengan parlimen yang tidak siapa kisah di Malaysia. Bapa muda kepada Aleesa yang peduli dengan nasib generasi akan datang. Menulis untuk mengganggu pemikiran orang supaya berfikir dan mengkritik.

<svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post La Luna: Kebencian Yang Memusnahkan Generasi Akan Datang appeared first on SOLIDARITAS.

Solidariti Untuk Bangsa Malaysia
Tahun ini Malaysia yang kita cintai akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-67 tahun. Imbas kembali sewaktu rombongan Tunku Abdul Rahman ke London untuk perundingan kemerdekaan, beliau mendapat restu dan doa daripada pelbagai kaum di Malaya pada waktu itu. Matlamatnya hanya satu – semoga Malaya mencapai kemerdekaan yang membolehkan ia ditadbir oleh bangsanya sendiri yang terdiri daripada pelbagai kaum. Bahkan rombongan Tunku Abdul Rahman juga disertai wakil-wakil dari parti-parti gabungan Parti Perikatan yang pada masa itu mewakili kaum-kaum di dalam Malaya.

Wakil-wakil tersebut termasuklah Tun V.T Sambanthan yang merupakan Presiden MIC pada ketika itu.

Selepas hampir 67 tahun peristiwa kemerdekaan negara ini, sepatutnya rakyat di dalam negara ini semakin harmoni, bersama-sama mengembleng tenaga dan usaha untuk memajukan negara ini. Saling sayang menyayangi dan mendukung aspirasi antara satu sama lain demi Malaysia yang harmoni. Saya percaya sebenarnya rakyat di dalam negara ini boleh hidup tanpa melihat warna kulit dan perbezaan tradisi. Bahkan tradisi yang berbeza antara satu sama lain sepatutnya memupuk lebih rasa empati dan hormat menghormati antara satu sama lain serta mewujudkan persefahaman yang utuh.

Namun sayang sekali buat rakyat di negara ini kerana ahli-ahli politik di dalam negara ini suka menggunakan sentimen perkauman dan sentimen agama untuk meraih kuasa. Ini sekaligus telah meranapkan keharmonian bahkan menyemai kebencian di kalangan rakyat negara ini. Saya suka mengulangi kata-kata Saudara Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia pada ketika ini yang acap kali mengulangi frasa ini ketika beliau berucap atau memberikan komentar mengenai perpaduan dalam negara ; “orang politik sepatutnya menjadi jambatan yang menghubungkan keharmonian antara rakyat”.

Namun amat menyedihkan apabila baru-baru ini, bekas Perdana Menteri Malaysia, yang bukan sahaja sekali menjadi perdana menteri bahkan sudah dua kali menjadi perdana menteri mengeluarkan satu kenyataan yang biadab terhadap masyarakat India di dalam negara kita.

Saya ingin bertanya kepada semua, apakah lagi bukti yang perlu ditunjukkan oleh kaum bukan Bumiputera di dalam negara ini untuk membuktikan ketaatan dan kasih sayang mereka kepada ibu pertiwi ini?

Kita mungkin terlupa akan jasa mendiang Detektif Koperal R. Sanghadevan daripada Cawangan Khas PDRM pada tahun 2000. Mendiang antara pahlawan negara yang gugur ketika menjalankan tugas sewaktu kemerdekaan negara diancam oleh kumpulan pelampau Al Maunah di Bukit Jenalik, Perak. Kita juga mungkin terlupa bagaimana Datuk Nicol Ann David mengharumkan nama negara di persada dunia dengan pencapaian beliau dalam sukan skuasy. Mungkin ada antara kita juga lupa atau tidak tahu mengenai kisah Cikgu Samuel Isaiah, rakyat Malaysia pertama yang memenangi anugerah TRT World Citizen Educator Award dan juga pernah menjadi 10 finalis Anugerah Hadiah Guru Global 2020.

Figura-figura ini adalah contoh daripada puluhan lagi rakyat Malaysia dari keturunan India yang cemerlang di dalam bidang yang mereka ceburi dan mengharumkan nama negara di mata dunia. Adakah ini masih tidak membuktikan ketaatan kaum India terhadap negara ini? Jika bahasa yang dituturkan di rumah mereka menjadi pengukur kepada ketaatan mereka seperti yang disebutkan oleh bekas perdana menteri Malaysia yang ke-4 dan ke-7, maaf terlalu ramai Melayu elit kini yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam kehidupan mereka bahkan ada yang tidak tahu langsung bertutur bahasa Melayu. Dan saya kira cucu-cucu kepada bekas perdana menteri ini juga kebanyakannya lebih selesa bertutur dalam bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian mereka.

Dengan memetik perkara-perkara remeh untuk dijadikan peluru menyerang kaum India di dalam negara ini tidak melambangkan sifat seorang negarawan yang ada dalam diri beliau. Bahkan saya juga tertanya-tanya, apakah motif beliau yang tidak sudah mengapikan sentimen perkauman di dalam negara ini? Melayu, Cina dan India – semua tidak elok di mata beliau. Jadi kaum apa yang molek yang sempurna di mata beliau di dalam negara ini?

Jika niat beliau adalah untuk memberikan nasihat dan pandangan, ya saya yakin masyarakat kini terbuka dengan kritikan yang membina. Akan tetapi apa yang dinyatakan beliau bukanlah satu kritikan membina bahkan ia adalah satu serangan yang tidak sepatutnya dilancarkan oleh seorang yang pernah menjadi perdana menteri kepada negara ini.

Seakan tidak percaya kita pernah dipimpin oleh pemimpin ini satu masa dahulu.

Kata-kata seperti ini secara tidak langsung mencambah dan melahirkan pemikiran dan ideologi ekstremis di kalangan rakyat negara kita. Ia akan menyemai pemikiran dan sikap “superior” dengan idea bahawa kamu adalah kaum hina, aku dari kaum yang tertinggi. Ini akan meningkatkan jurang antara setiap kaum dalam negara dan menyuburkan rasisme di dalam negara ini.

Rasisme ini adalah barah yang membunuh keharmonian negara bahkan ia bakal menghancurkan negara. Kekacauan dan ketidakstabilan dalam negara mungkin tidak akan dirasai oleh mereka yang sudah berusia dinosaur ini kerana lumrah hidup mereka akan meninggalkan kita, namun kekacauan ini akan diwarisi oleh generasi seterusnya dan jika pemikiran generasi akan datang ini masih mempercayai dakyah sesat ini, maka keharmonian akan pupus dalam negara ini. Keharmonian hanyalah satu cerita dongeng yang akan diceritakan kepada anak cucu kita.

Jadi sebagai generasi baru yang bakal mewarisi apa sahaja yang ditinggalkan di dalam negara ini oleh si tua kutuk, adakah kita semua akan membenarkan anasir-anasir dan dakyah ini mengganggu gugat keharmonian dan rasa kasih sayang antara kita, bangsa Malaysia?

Dan saya suka merujuk kita semua sebagai satu bangsa Malaysia kerana kita semua adalah Malaysia. Saya bangsa Malaysia dari kaum Melayu. Anda mungkin bangsa Malaysia dari kaum India. Dia mungkin bangsa Malaysia dari kaum Cina. Kita semua bangsa Malaysia. Serangan perkauman adalah serangan kepada bangsa Malaysia.

Maka saya bersolidariti dengan bangsa Malaysia, bangsa saya.

Noor Suhana

Pernah berkhidmat sebagai pegawai khas parlimen dan dasar kini menceburi bidang korporat. Extrovert. Memasak adalah terapi dan masih single.

<svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Solidariti Untuk Bangsa Malaysia appeared first on SOLIDARITAS.

Tulisan Jawi Yang Pupus
Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan warisan sejarah, menghadapi ancaman terhadap salah satu aspek warisannya yang unik – tulisan Jawi. Tulisan Jawi, yang berasal dari aksara Arab, telah lama menjadi sebahagian penting dalam sejarah dan kebudayaan Malaysia. Namun, dalam beberapa dekad terakhir, penggunaan dan pengajaran tulisan Jawi semakin pupus, meninggalkan kesan mendalam terhadap identiti dan kekayaan warisan negara.

Tulisan Jawi, yang pertama kali diperkenalkan ke Tanah Melayu pada abad ke-13 oleh pedagang Arab, telah menjadi asas penulisan Melayu-Islam di Malaysia. Pada mulanya, ia digunakan untuk merakam ilmu pengetahuan agama Islam dan sebagai medium untuk menyebarkan ajaran Islam di kalangan masyarakat tempatan. Namun, seiring dengan masa, tulisan Jawi telah meluas ke pelbagai bidang termasuk kesasteraan, sejarah dan dokumentasi perundangan.

Salah satu sebab utama pengurangan penggunaan tulisan Jawi adalah perubahan lanskap pendidikan di Malaysia. Dalam beberapa dekad terakhir, sistem pendidikan negara ini beralih kepada pengajaran dan pembelajaran menggunakan tulisan Rumi, meninggalkan tulisan Jawi di tepi jalan. Pelajar-pelajar kini lebih terdedah kepada bahasa Inggeris dan penggunaan tulisan Rumi dalam pelbagai mata pelajaran, sementara tulisan Jawi semakin terpinggir.

Selain daripada itu, perkembangan teknologi juga telah menyumbang kepada kepupusan tulisan Jawi. Penggunaan komputer dan peranti pintar yang menggunakan tulisan Rumi lebih dominan dalam masyarakat moden. Oleh itu, ramai yang melupakan atau bahkan tidak tahu cara menulis tulisan Jawi. Ini membawa kepada ketidakpastian terhadap kelestarian tulisan Jawi di kalangan generasi muda.

Keengganan dan kurangnya sokongan daripada pihak berkuasa dan masyarakat turut menyumbang kepada kepupusan tulisan Jawi. Sebilangan besar masyarakat lebih cenderung untuk menggunakan bahasa Melayu dalam bentuk tulisan Rumi, kerana dianggap lebih praktikal dan relevan dengan kehidupan moden. Inisiatif untuk mempromosikan dan memelihara tulisan Jawi kurang mendapat perhatian yang mencukupi, mengakibatkan kekurangan kesedaran dan kefahaman mengenai pentingnya warisan ini.

Namun walaupun cabaran-cabaran ini, masih ada usaha-usaha yang dilakukan untuk mengekalkan dan menghidupkan semula tulisan Jawi di Malaysia. Beberapa pihak masyarakat dan organisasi berusaha untuk memulihkan penggunaan tulisan Jawi melalui inisiatif kebudayaan, pendidikan dan media massa. Program-program pembelajaran dan kempen kesedaran telah diperkenalkan untuk memastikan generasi akan datang memahami, menghargai dan menguasai tulisan Jawi.

Pentingnya melestarikan tulisan Jawi tidak hanya berkaitan dengan aspek kebudayaan, tetapi juga identiti dan kekayaan intelektual negara. Tulisan Jawi merupakan warisan yang membezakan Malaysia daripada negara-negara lain, dan kehilangannya boleh merosakkan kesinambungan sejarah dan budaya bangsa. Oleh itu, usaha untuk memulihkan tulisan Jawi perlu terus diperkukuhkan dan disokong oleh semua pihak, termasuk pihak kerajaan, pendidik dan masyarakat umum.

Dalam menghadapi cabaran globalisasi dan kemodenan, Malaysia perlu menghargai dan memelihara aset warisannya. Tulisan Jawi bukan sahaja sebuah sistem penulisan, tetapi juga lambang identiti dan kepelbagaian budaya negara. Dengan usaha yang berterusan dan kesedaran yang meningkat, kita boleh menyaksikan kebangkitan tulisan Jawi sebagai satu elemen yang penting dalam kehidupan harian dan pendidikan Malaysia.

(Artikel ini adalah hasil tulisan saudara Amirul Azizi dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak Solidaritas)

Penulis Umum

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Solidaritas.

The post Tulisan Jawi Yang Pupus appeared first on SOLIDARITAS.

Fisabilillah Itu Tidak Mengambil Hak Orang Miskin
BACAAN yang paling memberikan kesan kepada saya berhari-hari sehinggalah pada tulisan ini dicoretkan ketika Ali Shariati menggambarkan bagaimana Abu Dzar mempertegaskan pendiriannya terhadap hak orang-orang miskin di hadapan Muawiyah. Pada waktu itu Muawiyah sedang membangun istana hijau. Inilah merupakan istana kerajaan yang pertama, megah dan indah. Ketika Muawiyah sedang asyik memerhatikan para pekerjanya menyiapkan istana idaman itu, Abu Dzar pun muncul. Dia muncul di depan Muawiyah hampir setiap hari.

Setiap kali Abu Dzar muncul dia akan meneriakkan “Hai Muawiyah, apabila kau membangun istana ini dengan wangmu sendiri merupakan pembaziran, dan apabila dengan wang rakyat itu merupakan suatu pengkhianatan!” Di sini, Abu Dzar memaparkan bagaimana hak bagi masyarakat terutama hak orang-orang miskin haruslah dipelihara dan jangan sesekali merampas hak mereka terutama sekali daripada golongan yang sudah cukup segalanya. Bagi Abu Dzar, fisabilillah yang sebenar adalah berjuang mempertahankan dan merebut hak bagi orang miskin.

Ketika Makna Fisabillilah Di Seleweng

Ayah saya tidak bersekolah tinggi, malah pekerjaannya juga tidak menghasilkan gaji yang beribu tetapi ada satu pesanan yang saya ingat hingga ke hari ini. Katanya hendak faham agama pertama sekali harus ada etika dan nilai. Orang boleh belajar agama setinggi mungkin tetapi tidak semestinya dia mempunyai etika dan nilai yang diperlukan ketika berhadapan dengan hak masyarakat. Saya menjadi saksi ayah tidak pernah sekali mengambil hak orang lain walaupun kehidupan kami miskin melarat.

Pesanan ini mengingatkan saya kepada tulisan A Mustofa Bisri tentang kesalehan sosial. Kata beliau “Kesalehan sosial dengan demikian adalah suatu bentuk kesalehan yang tak cuma ditandai oleh rukuk dan sujud, puasa, haji melainkan juga ditandai oleh seberapa besar seseorang memiliki kepekaan sosial dan berbuat kebaikan untuk orang-orang di sekitarnya.” Jadi persoalan saya hari ini bagaimana orang yang berpelajaran tinggi, malah mendapat gelar agamawan tidak ada pemikiran seperti mana yang telah dipesan oleh ayah saya?

Bagaimana kelompok-kelompok sebegitu boleh menutup matanya tentang makna sebenar fisabilillah? Fisibillah tidak pernah membawa maksud memperjuangkan agama demi keuntungan diri sendiri. Tidak satu pun ayat yang menganjurkan orang Islam untuk mengambil hak orang lain (miskin) semata-mata untuk kepentingan diri sendiri yang sedia ada sumbernya. Bagi saya tindakan ini jelas merupakan sebuah pengkhianatan.

Begitulah yang terjadi ketika saya membaca tulisan seorang agamawan besar yang pernah menyandang jawatan mufti, malah menteri suatu ketika dahulu. Dengan terang dan jelas malah tiada sedikit pun rasa malu menyatakan bahawa anaknya telah menerima biasiswa dari pusat zakat dan akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ya saya cukup mengerti, warisnya itu cukup bijak dengan mendapat keputusan cemerlang. Tahniah diucapkan. Saya juga cukup sedar biasiswa memang untuk pelajar-pelajar bijak. Namun, selain bijak biasiswa juga dimunculkan untuk memberi peluang kepada anak-anak yang miskin belajar bukan untuk mereka yang sudah mampu.

Malah dengan gigih beliau menerangkan dalam kutipan zakat, fisabilillah akan diberikan kepada mereka yang melanjutkan pelajaraan untuk menegakkan syiar Islam tanpa mengira latar belakang. Jadi hari ini saya mahu tanyakan kepada mantan menteri dan mufti itu, apakah sains itu tidak menegakkan syiar Islam? Bagaimana dengan sejarah, sosiologi, matematika, falsafah dan ilmu-ilmu lain? Katanya lagi memang dari awal sudah diperuntukkan sejumlah 10 peratus dari jumlah keseluruhan kutipan bagi mereka yang fisabillilah. Nah, satu lagi soalan saya, bukankah 10 peratus itu jika ditambah kepada bilangan 10 peratus buat fakir miskin akan menjadi 20 peratus? Dengan itu akan lebih ramai orang miskin yang mendapat pelajaran?

Kata Dr Mahmud Ahmad Sa’id Al Athrasy dalam buku beliau Kewajiban Orang Kaya terhadap Orang Miskin “Zakat bertujuan untuk menyelamatkan masyarakat, kerana zakat dapat mendidik orang-orang kaya agar memiliki rasa tanggungjawab, menentramkan dan menimbulkan rasa senang  bagi fakir miskin, memperkuat hubungan sesama fakir miskin, memperkuat hubungan sesama manusia dan menutup kemungkinan terjadinya kerosakan yang bersumber keinginan menumpuk harta” Jadi seorang mantan mufti seharusnya mempunyai etika yang teguh untuk tidak menggunakan hak orang lain, atau sekiranya hak itu telah dirangka sepatutnya mantan mufti itu menjadi suara moral supaya hal itu diperbaiki bukannya dibiarkan kemudian dimanfaatkan seenaknya. Islam tidak mengajar begitu.

Pelajar Miskin Masih Ada

Dalam kenyataan akhbar yang ditulis Astroawani bertarikh 21 April 2023 menjelaskan “Sebelum ini, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendedahkan statistik yang agak memeranjatkan apabila kira-kira 390,000 atau 72.1 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mahu menyambung pendidikan ke peringkat seterusnya. Kajian pada 2019 itu membabitkan 560,000 calon SPM yang menduduki peperiksaan tersebut, namun selepas keputusan diumumkan hanya sekitar 170,000 orang memilih untuk meneruskan pendidikan, sementara bakinya mahu memasuki pasaran buruh. Bernama, dalam laporan bahagian pertama sebelum ini, mengupas isu itu termasuk merungkai penyebab pelajar cemerlang daripada keluarga miskin cenderung memilih untuk bekerja daripada menyambung pendidikan serta impaknya jika situasi itu tidak ditangani segera.”

Daripada kajian tersebut cukup jelas bahawa kemiskinan masih banyak membelenggu pelajar untuk melanjutkan pelajaran, selain polisi ekonomi negara, bantuan dari syarikat-syarikat pemodal, pusat zakat juga harus mengembling keseluruhan tenaganya untuk mencari dan membiayai pelajar-pelajar ini untuk melanjutkan pelajaran. Langkah proaktif boleh dilakukan dengan membuat lawatan ke sekolah-sekolah, jalinkan kerjasama bersama komuniti kemudian agihkan bantuan secara bersama tanpa mengikut negeri. Selaraskan jenis bantuan dan syarat-syarat bantuan yang sama merentasi geografi  biar seluruh pelajar miskin tahu bahawa mereka tidak keseorangan, dan Islam amat menitikberatkan hal ehwal ilmu dan pendidikan. Bukannya dengan bangga membiayai orang yang sudah sedia ada bersumber.

Akhir KATA

Bagi saya makna fisabilillah itu adalah tidak mengambil hak orang miskin. Menahan diri malah menyuarakan segala hal yang tidak beres terutama terkait hak orang miskin. Menegur pengikut-pengikut yang taksub dan menyeleweng dari maksud kesalehan sosial Islam. Sekiranya itu dilakukan barulah Islam dipandang tinggi dan dihormati.

W.N Khuzairey

Graduan sejarah juga penulis buku Kitab Perdana Menteri. Isu-isu tumpuan meliputi sejarah, pendidikan juga hal-hal pembangunan.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Fisabilillah Itu Tidak Mengambil Hak Orang Miskin appeared first on SOLIDARITAS.