ZF Zamir, Author at SOLIDARITAS

Inisiatif AI Untuk Rakyat: Bagaimana MOSTI Memacu Masa Depan Malaysia
Pada 30 Januari 2024 yang lalu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melancarkan 5 Fokus Utama Hala Tuju MOSTI 2024 melalui Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 yang telah disampaikan oleh Menterinya iaitu YB Tuan Chang Lih Kang.

Salah satu daripada 5 fokus utama tersebut adalah Artificial Intelligence (AI) atau yang disebut kecerdasan buatan. Ini menunjukkan di tengah arus revolusi digital yang melanda dunia, Malaysia memperlihatkan komitmen yang teguh untuk memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam mendorong kemajuan negara dan kesejahteraan rakyatnya.

Peluncuran inisiatif ‘AI untuk Rakyat’ misalnya adalah bukti bagaimana Kerajaan Madani pimpinan YAB Perdana Menteri Anwar Ibrahim serius untuk mengintegrasikan teknologi canggih ini ke dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat.

Transformasi Digital dalam Pembangunan Malaysia

Inisiatif AI Untuk Rakyat merupakan visi Kerajaan Malaysia untuk memastikan bahawa kemajuan teknologi tidak hanya dinikmati oleh segelintir orang sahaja, tetapi juga oleh seluruh lapisan masyarakat. Melalui program ini, komitmen MOSTI adalah untuk memperluas akses dan memanfaatkan teknologi AI kepada seluruh rakyat Malaysia.

Buktinya, Inisiatif AI Untuk Rakyat memfokus kepada beberapa keberhasilan bidang seperti; (i) Pendidikan, iaitu sebuah usaha berterusan untuk meningkatkan literasi digital dan memperkenalkan AI di kalangan rakyat Malaysia, baik melalui kurikulum formal maupun latihan yang diselenggarakan secara non formal; (ii) Kesihatan dan Akses, melibatkan implementasi teknologi AI dalam sistem kesihatan dan akses yang lebih baik bertujuan untuk meningkatkan ketepatan diagnostik medikal agar aspek penyampaian kepada masyarakat diperbaiki.

Seterusnya melalui (iii) Ekonomi dan Industri, di mana dukungan diberikan kepada penggiat industri terutama usahawan kecil menggunakan AI untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi mereka. Terakhir adalah Pengembangan Ekosistem AI di mana usaha berterusan MOSTI untuk membangun ekosistem yang inklusif bagi para pengusaha dan saintis AI, dengan memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk seperti fasiliti, akses ke pangkalan data dan insentif untuk kajian pembangunan.

Masa Depan Malaysia Era Digital

Inisiatif AI Untuk Rakyat boleh menjadi langkah yang sangat positif bagi masa depan Malaysia kerana melalui inisiatif ini, AI pada hari ini ‘Inklusif dan Merata’. Dengan memperluas akses dan manfaat teknologi AI kepada seluruh masyarakat, inisiatif ini membantu mengurangi kesenjangan digital dan memastikan bahwa tidak ada yang tertinggal dalam era digital.

Seterusnya, inisiatif ini juga ‘Meningkatkan Kualiti Hidup’. Melalui penerapan AI dalam berbagai sektor, masyarakat dapat menikmati khidmat awam yang lebih efisien dan berkualiti, serta memiliki akses yang lebih baik terhadap informasi. Dalam masa yang sama, inisiatif ini juga ‘Mendorong Inovasi dan Ekonomi Kreatif’. Dengan memberikan sokongan kepada pengusaha dan penggiat ekonomi lokal, inisiatif ini dapat merangsang pertumbuhan ekonomi berasaskan teknologi dan memacu inovasi di berbagai sektor lainnya.

Inisiatif AI untuk rakyat juga ‘Meningkatkan Daya Saing Global’ dengan meningkatkan kualiti daya sumber manusia dan mendorong penggunaan teknologi canggih. Ini menjadikan Malaysia memperkuat posisinya dalam persaingan global dan menjadi pusat inovasi di rantau Asia Tenggara. Dalam masa yang sama, beberapa cabaran besar inisiatif ini juga perlu diambil kira seperti keterbatasan infrastruktur, kerangka undang-undang yang belum jelas, kapasiti sumber daya manusia yang masih kurang serta peluang kolaborasi antara swasta dan kerajaan yang belum terjamin pasti akan membina halangan kepada semua inisiatif di atas.

Dengan meluncurkan inisiatif AI untuk Rakyat,  Malaysia telah menunjukkan keseriusannya dalam memimpin negara menuju masa depan yang berinovasi dan inklusif. Langkah ini tidak hanya akan membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia, tetapi juga memperkuat posisi negara dalam menghadapi cabaran global di era digital. Mungkin dalam jangka masa lima tahun ke hadapan Malaysia boleh memetakan namanya di dalam kedudukan AI tersohor seperti Global AI Index oleh Tortoise Media ataupun AI Index oleh Stanford University.

ZF Zamir

ZF Zamir adalah pembaca Solidaritas yang cakna dengan isu pendidikan.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Inisiatif AI Untuk Rakyat: Bagaimana MOSTI Memacu Masa Depan Malaysia appeared first on SOLIDARITAS.

PISA 2022: Bukti Krisis Kemiskinan Pembelajaran Di Malaysia Merisaukan
TIDAK ada apa yang menghairankan setelah keputusan PISA (Programme for International Student Assessment), sebuah penilaian Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) yang menguji persembahan akademik anak berumur 15 tahun di seluruh dunia keluar semalam.

Malaysia mencatatkan keputusan yang “memberangsangkan”; tangga ke-54 (Matematik), tangga ke-60 (Membaca) dan tangga ke-52 (Sains). Malaysia bukan saja ditinggalkan dengan begitu jauh oleh negara maju seperti Jepun, Korea ataupun Kanada. Kita bahkan kalah begitu teruk dengan Singapura, Vietnam serta Brunei. Kita juga bahkan jauh lebih corot jika dibandingkan dengan Israel, Kazakhstan, Mongolia ataupun Chile.

Markah Malaysia untuk ketiga-tiga ujian ini semuanya di bawah skor purata negara OECD; Matematik 409 (skor purata OECD 470), Membaca 388 (skor purata OECD 475) dan Sains 416 (skor purata OECD 480). Markah PISA 2022 ini juga menurun secara signifikan berbanding pencapaian Malaysia pada 2018 iaitu Matematik 440, Membaca 415 dan Sains 438.

Untuk Matematik,  hanya 41% pelajar mencapai sekurang-kurangnya kecekapan Tahap 2, berbanding purata negara OECD adalah 69%. Sedangkan lebih 85% pelajar di Singapura, Macao (China), Jepun, Hong Kong, Chinese Taipei dan Estonia berjaya pada peringkat ini.

Hanya 42% pelajar di Malaysia mencapai Tahap 2 atau lebih tinggi dalam kategori Membaca sedangkan purata negara OECD adalah 74%. Singapura mencapai sehingga 89% pada tahap ini dengan hampir tiada pelajar Malaysia berjaya mencapai Tahap 5 atau lebih tinggi dalam kategori ini.

Dalam Sains pula, hanya 52% pelajar di Malaysia mencapai Tahap 2 sedangkan purata negara OECD adalah 76%).

PISA Dan Kaitannya Dengan Kemiskinan Pembelajaran

Saya nyatakan bahawa tiada apa yang menghairankan dengan skor Malaysia dalam persembahan PISA 2022 di atas adalah kerana hampir 3 bulan yang lalu pada September 2023, World Bank telah mengeluarkan sebuah laporan yang bertajuk ‘Fixing The Foundation, Teachers & Basic Education in East Asia & Pacific’.

Laporan ini adalah laporan yang penting kerana ianya mendedahkan ‘kemiskinan pembelajaran’ di Malaysia telah mencecah sehingga 42%. Sebelum pandemik, World Bank menyatakan kemiskinan pembelajaran di Malaysia berada pada tahap 13%. Secara mudahnya terma ‘kemiskinan pembelajaran’ ini bermaksud ‘tidak dapat membaca dan memahami teks mudah pada usia 10 tahun’.

Ini bermakna jika seramai 444,343 anak di Tahun 4 pada hari ini, hampir 186,636 orang ‘tidak berupaya untuk membaca dan memahami teks mudah’. Sekali lagi, prestasi Malaysia dalam kategori ‘kemiskinan pembelajaran’ ini lebih buruk daripada Vietnam, China, Thailand mahupun Mongolia. Korea Selatan hanya mencatatkan 3% sahaja ‘kemiskinan pembelajaran’ di dalam laporan tersebut.

Ini menjelaskan kaitannya dengan keputusan PISA 2022 yang telah diumumkan semalam. Hampir separuh daripada anak-anak kita berumur 10 tahun mengalami ‘kemiskinan pembelajaran’. Inilah punca utama mengapa 7096 anak-anak kita yang berumur 15 tahun dari 199 sekolah yang menyertai PISA 2022 ini gagal menunjukkan prestasi yang memberansangkan berbanding prestasi PISA 2018. 7069 anak-anak Tingkatan 3 ini adalah cerminan kepada hampir 390,400 anak-anak berumur 15 tahun di sekolah atau 75% daripada populasi anak berumur 15 tahun di Malaysia.

Kemiskinan Pembelajaran Meningkat Empat Kali Ganda Perjelas Isu Sistemik

Peningkatan kemiskinan pembelajaran di Malaysia daripada 13% pada 2019 kepada 42% pada 2023 adalah bukti jelas isu sistemik dalam pendidikan nasional pada masa ini sedangkan kemiskinan pembelajaran untuk negara lain seperti Singapura, Jepun dan Korea hanyalah sekitar 3% hingga 4%.

Laporan ini juga mendedahkan bagaimana Kazakhstan, sebuah negara yang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)nya lebih kurang seperti Malaysia hanya mencatatkan kemiskinan pembelajaran sekitar 2% sahaja walaupun membelanjakan hanya dua pertiga daripada apa yang telah dibelanjakan oleh Malaysia di sektor pendidikan.

Perbandingan ini mencetuskan persoalan bagaimana Malaysia, sebuah negara yang telah membelanjakan sehingga 4.2% daripada KDNK telah mencatatkan kemiskinan pembelajaran sehingga 42% sedangkan negara lain dengan saiz ekonomi yang sama dan membelanjakan lebih sedikit untuk sektor pendidikannya telah menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang?

Pembina Dasar Dan Pembuat Polisi Tidak Menyedari Magnitud Masalah

Satu lagi aspek penting laporan World Bank di atas adalah pengkaji menyatakan bahawa pembina dasar dan pembuat polisi selalunya tidak menyedari magnitud masalah yang sedang mereka hadapi daripada 1000 survei yang telah mereka laksanakan kepada hampir 40 negara yang terlibat.

Kenyataan Yang Berhormat (YB) Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada 17 Februari 2023 yang lalu, setelah 2 bulan menjawat jawatan tersebut bahawa kurikulum pendidikan Malaysia setara dengan negara Singapura dan Jepun adalah contoh bagaimana pegawai yang menasihati beliau dan menyediakan kenyataan tersebut cuba menyadur (sugarcoat) masalah yang sedang dihadapi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan sebuah ilusi.

Ianya adalah contoh klasik bagaimana birokrat serta pegawai yang membina polisi gagal menyedari masalah utama yang sedang dihadapi oleh KPM. Singapura dan Jepun menduduki tempat pertama dan kedua dalam ranking PISA 2022 (Membaca & Sains), manakala untuk Matematik, Singapura di tempat pertama & Jepun di tempat kelima. Bahkan kemiskinan pembelajaran di Singapura & Jepun hanya sekadar 3% hingga 4% sahaja. Bagaimana kurikulum Malaysia boleh dikatakan setara dengan Singapura dan Jepun?

Mengemudi Kemahuan Politik Untuk Reformasi Kpm

Walaubagaimanapun Kerajaan Perpaduan mempunyai empat tahun lagi untuk menguatkan kemahuan politik (political will) untuk menggerakkan reformasi sistem pendidikan di KPM. Kesemua angka melibatkan prestasi PISA 2022 dan kemiskinan pembelajaran pasca pandemik yang didedahkan oleh World Bank bukanlah akibat langsung daripada pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim sejak setahun yang lalu.

Semua Kerajaan yang lalu termasuk Umno ketika mengemudi negara sebelum 2018 harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap masalah sistemik di dalam KPM kini, termasuk Kerajaan yang telah menutup sekolah paling lama di Asia Tenggara ketika pandemik berlaku di bawah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Semuanya menyumbang secara tidak lansung kepada krisis yang sedang kita semua hadapi kini.

Sejak bertahun yang lalu saya telah cuba mengingatkan bahawa krisis kemiskinan pembelajaran yang telah kita hadapi sejak 2019 adalah sebuah bom jangka yang akhirnya akan menjurus kepada krisis keciciran dan bakal menimbulkan krisis produktiviti kepada negara pada masa depan. Laporan World Bank mengenai kemiskinan pembelajaran yang terbaru dan prestasi PISA 2022 Malaysia seharusnya menjadi sebuah ‘wake up call’ kepada pihak berwajib, atau jika tidak kita bakal berdepan dengan bencana yang tidak dapat kita ubati lagi di masa depan.

ZF Zamir

ZF Zamir adalah pembaca Solidaritas yang cakna dengan isu pendidikan.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post PISA 2022: Bukti Krisis Kemiskinan Pembelajaran Di Malaysia Merisaukan appeared first on SOLIDARITAS.

Belanjawan Madani KPM 2024; Belanja VS Keberhasilan
MINGGU lalu YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Belanjawan Madani 2024. Antara belanjawan terbesar, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kali ini menerima sehingga RM58.7 bilion dalam Belanjawan Madani 2024.

Tetapi jika diperhatikan daripada RM58.7 bilion, sebanyak RM52.8 bilion adalah perbelanjaan mengurus sedangkan hanya RM5.9 bilion perbelanjaan pembangunan. Ini bermakna 90% belanjawan ini adalah belanja mengurus dan hanya 10% belanja pembangunan.

Daripada 89.9% belanja mengurus ini, sebanyak RM43.5 bilion adalah emolumen. Hampir 82% belanja mengurus ini mengalir sebagai gaji kepada lebih dari 416,743 para guru dan puluhan ribu kakitangan institusi dan pejabat pendidikan yang lainnya di seluruh negara.

Yang Meningkat Dan Terus Naik

Jika diperhatikan di dalam dokumen butiran belanjawan, beberapa anggaran perbelanjaan mengurus yang siginifikan meningkat dalam belanjawan kali ini adalah; i) Bantuan Geran Per Kapita meningkat sebanyak RM89.7 juta (RM798.7 juta pada 2023, RM888.4 juta pada 2024), ii) Elaun Murid Berkeperluan Khas meningkat sebanyak RM17.7 juta (RM181.6 juta pada 2023, RM199.3 juta pada 2024), iii) Rancangan Makanan Tambahan (RMT) meningkat sebanyak RM158.6 juta (RM625.7 juta pada 2023, RM784.3 juta pada 2024), iv) Bantuan Makanan Prasekolah meningkat sebanyak RM42.2 juta (RM89 juta pada 2023, RM131.2 juta pada 2024) dan v) Bantuan Awal Persekolahan meningkat sebanyak RM338.1 juta (RM450 juta pada 2023, RM788.1 juta pada 2024).

Manakala peningkatan anggaran perbelanjaan pembangunan yang signifikan pula adalah seperti i) Pendidikan Prasekolah meningkat sebanyak RM14.8 juta (RM16.1 juta pada 2023, RM30.9 juta pada 2024), ii) Pendidikan Khas meningkat sebanyak RM57.8 juta (RM71 juta pada 2023, RM128.8 juta pada 2024), iii) Program Pembangunan Kurikulum meningkat sebanyak RM120 juta (RM120.2 juta pada 2023,  RM240.2 juta pada 2024), iv) Program Pembangunan Sukan meningkat sebanyak RM19 juta (RM37.9 juta pada 2023, RM56.9 juta pada 2024) serta v) Program Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Sarawak meningkat sebanyak RM215.3 juta (RM581.3 juta pada 2023,  RM796.6 juta pada 2024).

Petunjuk Keberhasilan Kementerian

Selain daripada peningkatan beberapa butiran seperti di atas, petunjuk keberhasilan kementerian seperti i) Pendidikan Berkualiti serta ii) Akses Kepada Pendidikan Berkualiti masih di tahap yang membimbangkan.

Misalnya, tidak dinyatakan dengan jelas peratusan pembangunan semula dan naik taraf bangunan daif di sekolah. Ini menimbulkan persoalan berapa banyak projek-projek bermasalah melibatkan sekolah daif yang belum selesai walaupun beratus juta telah dibelanjakan setiap kali belanjawan dibentangkan?

Selain itu peratusan murid berkeperluan khas yang berada di dalam Program Pendidikan Inklusif hanya mencecah 83.47% pada 2022. Di sebalik peruntukan terbesar setiap tahun ini juga, peratusan kehadiran murid di sekolah Orang Asli hanya berada 77.93% sahaja pada 2022. Ini menjelaskan krisis keciciran di kalangan murid bersekolah, lebih dari 15% murid tidak layak menerima sijil SPM pada tahun 2022.

Krisis Keciciran Dan Data KPM

Pasca pandemik, seluruh dunia membincangkan isu ‘kehilangan pembelajaran’ atau ‘learning loss’ yang akan menyebabkan keciciran. Kaffenberger (2021) menganggarkan bahawa penutupan sekolah selama tiga bulan boleh diterjemahkan kepada kehilangan pembelajaran selama setahun. Azevedo (2020) meramalkan peningkatan global dalam ‘kemiskinan pembelajaran’ atau ‘learning poverty’  (kanak-kanak yang tidak boleh membaca dan memahami perenggan ringkas pada umur sepuluh tahun) meningkat sehingga 10% (dari 53% sebelum pandemik hingga 63% selepas pandemik),  anggaran sama yang kemudiannya meramalkan kehilangan pendapatan yang ketara kepada generasi ini (lost generation) akibat pandemik (Azevedo et al., 2021).

Pelbagai pengkaji dan organisasi meramalkan sesetengah pelajar tidak akan kembali ke sekolah apabila mereka dibuka semula. UNESCO (2020) menganggarkan sehingga 23.8 juta pelajar berisiko tercicir dari sekolah di seluruh dunia. Ini termasuk Laura Moscoviz dan David K. Evans (2022) melalui kertas kerja bertajuk “Learning Loss and Student Dropouts during the COVID-19 Pandemic: A Review of the Evidence Two Years after Schools Shut Down” terbitan Center for Global Development (CDG) menyatakan kadar keciciran global mencecah sehingga 35%.

Malangnya berbeza dengan trend seluruh dunia, data keciciran KPM sepertimana didedahkan di Parlimen pada 11 Oktober 2023 yang lepas; “Kadar keciciran murid menunjukkan trend penurunan dari tahun 2019 kepada tahun 2022. Kadar keciciran murid pada peringkat rendah menurun daripada 0.12 % pada tahun 2019 kepada 0.07 % pada tahun 2022. Pada peringkat menengah pula, kadar keciciran menurun daripada 1.14 % pada tahun 2019 kepada 0.99 % pada tahun 2022,”

Belanjawan Saban Meningkat, Kadar Keciciran Kekal Statik

Pasti ada sesuatu yang tidak munasabah dengan data keciciran KPM seperti yang telah didedahkan minggu lalu. Sebagai perbandingan misalnya, peratusan calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang tidak hadir adalah statik sejak 2016 hingga 2022. Sejumlah 8% calon SPM tidak hadir pada 2016 (34,713 orang) dan 7.3% calon SPM tidak hadir pada 2022 (29,663 orang).

Sejak 2016 hingga 2022, purata calon gagal SPM (tidak lulus subjek Bahasa Melayu atau Sejarah) pula kekal sekitar 11.6% dengan sekitar 33,906 calon di dalam kategori ini pada 2022. Purata calon gagal SPM subjek Matematik pula statik sekitar 21.45% (89,752 calon gagal pada 2022). Manakala purata calon gagal SPM subjek Bahasa Inggeris pula statik pada 17.4% (52,674 calon gagal pada 2022).

Setiap tahun secara purata, sekitar 70,000 hingga 80,000 anak-anak yang bersekolah 11 tahun sejak dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5, mendaftar SPM tetapi gagal mendapatkan sijil. Peratusan mereka mencecah 20% daripada jumlah pelajar yang menduduki peperiksaan SPM ini. Adakah mereka tidak dikategorikan sebagai ‘cicir’ berdasarkan spesifikasi KPM?

Lebih membingungkan pabila meneliti jumlah belanjawan yang diterima KPM saban tahun ketika belanjawan diumumkan oleh Menteri Kewangan. Siapakah yang mendapat manfaat terbesar daripada bilion-bilion yang diumumkan oleh Menteri Kewangan di dalam Parlimen tersebut? Adakah ianya kontraktor pembinaan? Atau adakah yang paling besar mendapat manfaat sebenarnya kontraktor makanan yang akan mengisi tender bekalan makanan bermasak kelak?

Jika diperhatikan kepada angka-angka keciciran SPM saban tahun, adakah anak-anak kita di sekolah tidak menerima manfaat secara langsung walaupun yang diumumkan dan disorak-sorai oleh ramai orang adalah bilion-bilion saban tahun? Mungkin sudah sampai masanya untuk kita semua bahaskan perihal ‘keberhasilan’; bukannya perincian berapa besarnya ‘belanjawan’ itu pada belanjawan seterusnya.

ZF Zamir

ZF Zamir adalah pembaca Solidaritas yang cakna dengan isu pendidikan.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Belanjawan Madani KPM 2024; Belanja VS Keberhasilan appeared first on SOLIDARITAS.

Seperti Kata Wiji, Disebar Biji-Biji Disemai Menjadi Api; Sebuah Pengalaman Bersama Efek Rumah Kaca
RUANGAN di ZEPP KL semakin padat, terutama di bahagian paling hampir dengan pentas ketika para penonton berpusu lapis demi lapisan mengikut kategori tiket.

Jam menunjukkan 8.25 malam mungkin ketika Cholil Mahmud, sang vokalis menyatakan lagu yang akan dinyanyikannya mengingatkannya kepada arwah bapanya;

“Kita hidup di zaman yang sukar,” katanya ringkas sebelum lagu berjudul Putih dimulakan.

Saya mulanya menebak perihal Covid, zaman yang sukar mungkin merujuk kepada zaman ramainya orang meninggal dunia dijangkiti virus. Lebih dari 160,000 orang meninggal akibat Covid di Indonesia.

Kami mungkin 9 meter jaraknya daripada Cholil Mahmud, sang vokalis yang sedang mengemudi konsert di bahagian tengah pentas, berdiri dan bersesak-sesak sambil dipukau dengan suara dan lirik yang mengimbau.

Aku sering diancam

Juga teror mencekam

Kerap ku disingkirkan

Sampai dimana kapan

Saatnya lagu Di Udara ini dinyanyikan, penonton semuanya histeris menyanyi dengan begitu nyaring. Sejak era reformasi di Indonesia, Efek Rumah Kaca memang dikenali kritis melihat fenomena terutamanya politikal. Banyak lirik lagu mereka bertemakan tata sosial dan kritik pada masyarakat.

Ini menjadikan Efek Rumah Kaca bukan seperti kumpulan muzik yang biasa. Mereka juga menjadi ikon demokrasi anak muda di Indonesia serta turun sama berdemonstrasi melawan pembodohan aparat kekuasaan.

Bahkan lirik Di Udara dikatakan khas sebagai tribut kepada Munir Said Thalib, aktivis gerakan hak asasi yang dibunuh oleh Orde Baru Soeharto kerana dikatakan membela para aktivis yang diculik oleh Tim Mawar, komando khas operator Soeharto yang giat menghilangkan para aktivis pro-demokrasi dan reformis politikal yang melawan Orde Baru menjelang pilihanraya 1997-98.

Melalui liriknya Cholil menghidupkan kembali Munir yang terbunuh di atas pesawat;

Ku bisa tenggelam di lautan

Aku bisa diracun di udara

Aku bisa terbunuh di trotoar jalan

Tapi aku tak pernah mati

Tak akan berhenti

Sehingga hari ini, tanggal 7 September kekal diingati oleh aktivis hak asasi sebagai hari memperingati kematian Munir yang tewas diracun ketika sedang menuju ke Amsterdam dari lapangan terbang Changi pada 2004.

Lagu Sebelah Mata pula dikatakan persis dengan kejadian Novel Baswedan yang disiram dengan asid ketika berjalan kaki menunaikan solat subuh pada satu hening pagi 2017 hingga menyebabkannya buta sebelah mata.

Sebelah mataku yang mampu melihat

Bercak adalah sebuah warna warna mempesona

Membaur suara, dibawanya kegetiran

Begitu asing terdengar

Sebelah mataku yang mempelajari

Gelombang kan mengisi seluruh ruang tubuhku

Terbentuk dari sel akut

Dan diabetes adalah sebuah proses yang alami

Tapi sebelah mataku yang lain menyadari

Gelap adalah teman setia

Dari waktu waktu yang hilang

Kata Novel; “Saya menyiasat banyak kes besar membabitkan penjawat awam kanan dan urusan berkepentingan besar. Saya bertemu masyarakat bawahan dan melihat sendiri kesusahan mereka akibat rasuah. Saya lihat rasuah dalam perhutanan menyebabkan kerosakan hutan yang memberi kesan langsung kepada masyarakat, di samping rasuah lain yang turut besar kesannya. Saya tidak senang melihat semua itu berlaku, lalu saya tertarik untuk membuat lebih banyak usaha untuk menentang rasuah,”

Melawan rasuah walau hilang sebelah mata, Novel telah berjaya menahan ramai tokoh termasuk pegawai kanan kerajaan Indonesia, ketua mahkamah, hakim tertinggi, gabenur, penjawat awam kanan di Jabatan Perundangan, pegawai kanan polis bahkan Menteri sendiri.  Kisah mata Novel ini kemudiannya trending sehingga menjadi buah bicara di program Mata Najwa.

Juga menjadi perbualan anak muda Indonesia kemudiannya adalah lagu Biru (Pasar Bisa Diciptakan & Cipta Bisa Dipasarkan); sebuah penyataan keras mengenai konsumerisme dan kapitalisme yang merujuk kepada genre alternatif rock indie juga bisa membuktikan trend pasar atau konsumerisme boleh dilakukan. Produktiviti band genre ini misalnya berjaya membuktikan – proses penciptaan karya menentang trend kapitalisme boleh dijayakan atau dalam kata lain, tidak semua pemusik mengutamakan keuntungkan ketika berkarya.

Lirik lagu ini menyatakan;

Kami mau yang lebih indah

Bukan hanya remah-remah sepah

Sudahlah

Kami hanya akan mencipta

Segala apa yang kami cinta, bahagia

Kami bawa yang membara

Di dasar jiwa, di dasar jiwa

Menembus rimba dan belantara sendiri

(pasar bisa diciptakan)

Membangun kota dan peradaban sendiri

(pasar bisa diciptakan)

Lagu Kuning pula mengekspresikan intoleransi berkenaan SARA iaitu empat aspek utama keberagaman seperti Suku, Ras, Agama dan Antara Golongan (yang disebut SARA di Indonesia). Dalam liriknya jelas kritik berat terhadap intoleransi terhadap empat golongan ini iaitu;

Terjerembap demi akhirat

Akalnya lenyap, hati berkarat

Terjerembab demi akhirat

Akalnya lenyap, hati berkarat

Terjerembab demi akhirat

Akalnya lenyap, hati berkarat

Hati berkarat,

Hati berkarat

Hati berkarat

Hati berkarat, cacat, pekat, karat

Hirisan terhadap sensitiviti seperti agama dan bangsa adalah modal utama warga politik, misalnya pernah terjadi ketika Donald Trump menaiki takhta sebagai Presiden Amerika pada 2017. Lirik lain lagu Kuning adalah;

Manusia mengonsepsi tuhan

Bernaung di dalam pikiran

Mencari setiap jejakNya

Mengulas semua kehendakNya

Apa wujudnya

Apa misinya

Manusia menafikan tuhan

Melarang atas perbedaan

Persepsi dibelenggu tradisi

Jiwa yang keruh pun bersemi

Nihil maknanya

Hampa surganya

Berada di konsert Efek Rumah Kaca kali ini lebih signifikan kerana pasca Pilihanraya Umum ke-15 negara kita, kempen politik diangkat menjadi medan perlawanan antara kaum dan agama oleh warga politikus yang bekerja siang dan malam hanya untuk memisahkan masyarakat, meletakkan mereka di dalam kotak-kotak berlabel untuk memudahkan perlawanan mereka menyakau dan mengaut keuntungan hasil bumi negara. Akhirnya masyarakat terpisah bukan kerana jurang ekonomi mahupun sosial tetapi mengikut label warga politik yang mahukan pertembungan antara bangsa dan antara kaum terjadi untuk menguntungkan laba politik mereka.

Walau terdapat banyak band di luar sana yang mampu beri genre lebih tenang mahupun ekspresi yang lebih menyeronokkan; Efek Rumah Kaca mampu bina perlawanan lewat lirik untuk argumentasi politik, bina aspirasi era reformasi dan cipta fenomena untuk kritik pada masyarakat dan pemerintah.

Semuanya digubah dengan begitu harmoni yang akhirnya menaikkan perasaan melawan lewat usai konsert. Seperti bait indah lirik Putih yang dinyanyikan oleh Cholil dengan begitu rundung sekali;

Seperti kata Wiji

Disebar biji-biji

Disemai menjadi api

ZF Zamir

ZF Zamir adalah pembaca Solidaritas yang cakna dengan isu pendidikan.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Seperti Kata Wiji, Disebar Biji-Biji Disemai Menjadi Api; Sebuah Pengalaman Bersama Efek Rumah Kaca appeared first on SOLIDARITAS.

Realiti Krisis Keciciran Pendidikan Di Sekolah Pasca Pandemik
BEBERAPA minggu yang lalu kami dijemput sebagai pemerhati ke sebuah program untuk menangani masalah keciciran murid di sekolah.

Sekolah ini adalah sebuah sekolah di tengah Lembah Klang dengan 77% majoriti keluarga muridnya terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah ataupun B40. Masalah sekolah ini adalah purata peratus kehadiran murid hanya mencecah 75% sahaja, terlalu jauh daripada KPI yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu pada paras 90%.

Ini bermakna sekitar 25% muridnya tidak hadir ke sekolah sejak awal penggal persekolahan dibuka pada Mac 2022 yang lalu.

Definisi Keciciran

Dalam konteks melihat keciciran pendidikan ini, dua terma yang selalu digunapakai oleh pihak sekolah adalah pertama i) ‘murid ponteng sekolah’; digunakan untuk melabel murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab tetapi berada di rumah dan dalam pengetahuan ibu bapa atau penjaga. Kedua adalah ii) ‘murid berisiko cicir’; digunakan untuk melabel murid yang berada di dalam sistem tetapi menunjukkan kebarangkalian yang tinggi untuk keluar daripada sistem pendidikan sebelum mereka tamat sekolah.

Hampir 10% daripada jumlah ‘murid berisiko cicir’ yang sudah lama tidak hadir ke sekolah ini malangnya adalah dari murid Tingkatan 5, dengan 8% darinya adalah murid Tingkatan 4 serta hampir 7% darinya adalah murid Tingkatan 3. Sementara hampir 70% daripadanya adalah murid lelaki.

Daripada perkongsian oleh pihak sekolah, daripada 4 sebab utama punca mengapa ‘murid berisiko cicir’ ini tidak hadir ke sekolah iaitu i) sikap diri, ii) bekerja, ii) masalah keluarga serta iv) masalah pengangkutan, punca ‘bekerja’ seperti menolong keluarga, menampung diri sendiri, mencari pengalaman serta bekerja untuk mendapatkan barangan seperti motorsikal ataupun telefon pintar adalah punca tertinggi yang menyebabkan anak-anak ini tidak lagi pergi ke sekolah.

Selain dari itu punca ‘sikap’ seperti ‘tidak mementingkan akademik’ juga antara punca yang tinggi menyebabkan ramai anak-anak ini tidak lagi berminat untuk bangun pagi ke sekolah sebaliknya lebih banyak meluangkan masa bermain gajet dan menumpukan perhatian mereka ke media sosial misalnya.

“It takes a village to raise a child”

Menariknya sekolah ini walaupun berdepan dengan kesukaran meningkatkan peratusan kehadiran murid ke sekolah, pihak pengurusan sekolah bersama-sama dengan kaunselor akhirnya menemui cara untuk menarik semula anak-anak ke sekolah.

Bayangkan dengan 25% purata ketidakhadiran ke sekolah setiap hari, ini bermakna kaunselor sekolah mahupun guru kelas berdepan dengan ratusan murid yang tidak hadir.

Ratusan murid ini bermakna ratusan nombor telefon untuk dihubungi dan ratusan alamat rumah untuk dijejaki. Kerja mencari dan menghubungi kesemua murid berisiko cicir ini bukan kerja guru sendirian. Menurut perkongsian pihak sekolah, setiap guru hanya mampu menjejaki satu atau dua buah rumah sahaja pada satu hari kerana kadangkala alamat yang dibekalkan kepada sekolah bukan alamat rumah terbaharu murid. Guru berdepan dengan beban kerja baharu untuk keluar dari sekolah dan masuk ke kampung-kampung dan membawa kereta mereka masuk ke lorong yang mereka tidak ketahui semata-mata kerana mahu menjejak rumah anak murid.

Pihak pengurusan sekolah akhirnya memilih untuk menghubungi pihak Polis dan Ketua Kampung dan memohon mereka untuk hadir ke sekolah untuk bersama-sama membincangkan isu yang kritikal ini. Akhirnya dengan kerjasama pihak Ketua Kampung, lebih ramai anak-anak dapat dihubungi kerana Ketua Kampung lebih arif dengan alamat di kampung-kampung mereka sendiri. Dalam masa yang sama proses untuk menghubungi murid dan bercakap dengan ibu bapa atau penjaga lebih mudah kerana kebanyakan ibu bapa lebih segan jika dihubungi oleh Ketua Kampung berkenaan dengan isu anak mereka tidak ke sekolah jika dibandingkan mereka dihubungi oleh pihak seklah sendiri.

Impaknya kepada sekolah, daripada 149 ‘murid berisiko cicir’ yang diperhatikan pada Jun 2022, jumlah ini menurun dengan drastik kepada hanya 63 ‘murid berisiko cicir’ pada Ogos 2022.

Realiti Di Sekolah

Dihujung taklimat program ini, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk pergi ke 3 rumah murid. Saya terpilih untuk mengikut Pengetua ke rumah pertama di mana seorang murid Tingkatan 5 dikatakan tidak hadir ke sekolah sejak sekolah mula dibuka pada awal Mac yang lalu.

Dua orang lagi teman saya dari Untuk Malaysia juga turut mengambil bahagian. Rumah kedua adalah rumah seorang murid Tingkatan 1 yang kini bekerja di sebuah kedai makan dengan gaji RM 500. Anak ini rupanya tidak pulang ke rumah sejak Jun yang lalu dan tidur di kedai makan. Bekerja untuk menyara diri dan membeli motor.

Rumah ketiga pula adalah rumah seorang murid Tingkatan 2 yang bekerja di sebuah kilang elektronik menggunakan kad pengenalan temannya yang lebih dewasa. Juga bekerja untuk mencari wang dan membeli motor.

Tetapi rumah yang saya pergi iaitu rumah pertama agak mengejutkan kerana terdapat sebuah kereta Mercedes dan sebuah kereta Porsche. Ternyata anak ini tidak ke sekolah bukan kerana masalah keluarga mahupun masalah kemiskinan.

Ketika kami sampai kedua ibu bapanya memaklumkan kepada kami sang anak masih tidur di dalam biliknya. Anak ini tidak hadir ke sekolah kerana di malam hari beliau sibuk bermain game bersama teman-temannya di hadapan rumah mereka sehingga pagi.

3 kali cubaan untuk mengejutkannya daripada tidur iaitu ayahnya, ibunya dan yang terakhir daripada datuknya juga gagal. Kami terpaksa redha dan mengambil peluang untuk berbicara dari hati ke hati dengan kedua ibu bapanya. Para guru menzahirkan kebimbangan kerana tempoh waktu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) makin dekat dan sangat rugi jika anak ini tidak hadir mengambil peperiksaan tersebut semata-mata kerana terlalu fokus bermain permainan video tanpa ada sebarang perancangan jelas tentang masa depannya.

Realitinya di sekolah, ramai anak-anak berhenti pergi ke sekolah kerana sibuk bekerja untuk membeli motor. Media sosial telah membentuk generasi yang ada untuk saling berlumba-lumba sesama mereka dan akibatnya harapan jangka masa pendek yang hadir hadapan mereka kebanyakannya pada hari ini adalah – motorsikal.

Harapan Yang Memusnahkan

Dengan memiliki motorsikal mereka boleh menjadi pekerja gig-ekonomi dan menjadi penghantar makanan seperti Food Panda ataupun Grab Food. Dalam pandangan mereka yang sempit akibat kemiskinan dan masalah keluarga di rumah, motorsikal boleh menyelesaikan isu pendapatan.  Akademik ataupun pelajaran di sekolah sama sekali tidak lagi menjadi agenda penting dalam pemikiran mereka dan keluarga.

Dalam masa yang sama, pemikiran bahawa akademik dan pelajaran tidak lagi penting ini juga melarat dikalangan anak-anak muda tanpa mengira sosio-ekonomi keluarga sama ada keluarga kaya mahupun miskin.

Anak muda Generasi Tik-Tok hari ini hidup dengan memiliki pandangan bahawa kehidupan mereka hanya cukup dengan sekadar memiliki sebuah motor Ysuku. Ysuku menurut mereka adalah harapan, bahawa hidup boleh diteruskan tanpa perlu hadir ke sekolah dan belajar subjek-subjek yang tidak mereka minati itu.

Buat apa memiliki sijil SPM ataupun meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi jika nanti semua Sijil, Diploma mahupun Ijazah yang mereka miliki itu tidak mampu menyara kehidupan mereka? Sedangkan menjadi penghantar makanan sahaja sudah membolehkan mereka memiliki gaji mereka perlukan?

Harapan yang memusnahkan ini adalah hasil daripada ketidakupayaan kita semua berbicara dan berkomunikasi dengan Generasi Tik-Tok ini. Tidak ada orang yang berupaya untuk meyakinkan kepada mereka bahawa pelajaran dan sekolah itu penting untuk masa depan mereka. Mereka tidak lagi mendengar kata para guru. Mereka bahkan tidak lagi mendengar nasihat ibu bapa.

Mungkin pada hari ini yang kita perlukan sebenarnya adalah seorang Haqiem Stopa, orang yang mampu berbicara menggunakan bahasa mereka, bahasa Tik-Tok Live dan bahasa media sosial.

Kerana jika kita tidak bersungguh menangani isu keciciran di sekolah pasca pandemik hari ini, negara akan berdepan dengan krisis produktiviti yang kritikal dalam jangka masa 10 ke 20 tahun ke hadapan. Cuba saudara-saudari singgah ke sekolah yang terdekat dan bertanya tentang isu keciciran, saudara-saudari akan melihat betapa besarnya krisis tersebut pada hari ini.

ZF Zamir

ZF Zamir adalah pembaca Solidaritas yang cakna dengan isu pendidikan.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Realiti Krisis Keciciran Pendidikan Di Sekolah Pasca Pandemik appeared first on SOLIDARITAS.