Raden Kraton, Author at SOLIDARITAS

Hollywood Sebagai Propaganda Amerika Syarikat
PROPAGANDA merupakan satu alat untuk mengubah pendapat awam mengenai sesuatu perkara. Pada kebiasaannya diguna pakai oleh pihak kerajaan untuk membantu mendapatkan sokongan awam kepada dasar-dasar yang dijalankan olehnya. Alat-alat propaganda itu banyak, merangkumi hampir kesemua aspek media, daripada tulisan-tulisan jurnalistik, lukisan-lukisan seperti mural, malah filem-filem di pawagam. Propaganda sebegini dilihat giat dijalankan tatkala waktu-waktu peperangan, sebagai unsur-unsur menakutkan orang awam akan bahaya yang mengancam keselamatan masyarakat. Akan tetapi, ada juga saya terfikir, bolehkan propaganda itu menanamkan satu kefahaman yang lebih mendalam?

Kefahaman seperti pemikiran politik baru?

Melihat kepada perkembangan industri perfileman Amerika Syarikat, agak sukar untuk tidak terfikir akan bagaimana industri itu boleh meraih dana yang cukup besar untuk menjalankan projek-projeknya malahan dengan cukup senang sekali boleh meminjam aset-aset ketenteraan untuk kegunaan penggambaran.

Sejujurnya saya agak tertarik bertanyakan sebuah lagi persoalan yang besar, adakah ada kerjasama mendalam antara industri perfileman Amerika Syarikat dengan agensi-agensi kerajaan mereka? Jika ada, adakah ia bermaksud Amerika Syarikat mempunyai badan propaganda tersendiri melalui industri? Dalam pencarian saya untuk membongkar persoalan ini, sejujurnya agak sukar untuk menentukan antara kebenaran dan spekulasi rambang, yakni hampir dengan setiap kata kunci yang dimasukkan di laman sesawang, hanya terbit tulisan-tulisan para pencinta teori konspirasi yang juga menghubungkan Hollywood dengan propaganda, serta juga Hollywood sebagai agen Al-Masih Dajjal (dakwaan yang belum boleh dibuktikan dari sudut empirikal).

Hubungan antara industri perfileman Amerika Syarikat bermula tatkala semasa Perang Dunia Kedua menurut artikel daripada CBC bertajuk “How Hollywood became the unofficial propaganda arm of the U.S Military”. Pejabat Peperangan Amerika mempunyai unit khas dalam hal-ehwal Hollywood yakni Biro Wayang Gambar. Antara 1942-1945, biro itu telah meneliti 1,652 skrip, membuang mana-mana bahan yang tidak menggambarkan Amerika Syarikat imej yang baik. Hollywood menerima arahan terus daripada pihak tentera untuk menjual idea sokongan dasar luar negara itu. Industri filem merupakan industri yang cukup baik untuk menyalurkan pendapat-pendapat untuk diterima ramai, maka dengan itu Amerika Syarikat menggunakan peluang itu kepada kelebihannya. Mirlees memberitahu bahaya media wayang gambar merupakan media yang digunakan ramai, malahan perasaan yang dapat disalurkan daripada wayang gambar dikongsi ramai, mengukuhkan mesej dalam tingkatan peribadi.

Saya juga dalam beberapa bulan yang lepas, terjumpa satu artikel New York Times yang bertarikh 6 Mei 1993, bertajuk “Disney Link to the FBI and Hoover is Disclosed”. Di dalamnya menceritakan kisah antara Walt Disney dan FBI. Dikatakan bahawa Walt Disney merupakan penyalur maklumat bagi FBI, dakwaan yang dicanang oleh Marc Eliot, seorang penulis mengenai budaya pop. Marc Eliot menghantar satu salinan kajiannya ke New York Times supaya dapat disahkan kesahihannya oleh pihak New York Times, dan terbukti kandungan di dalamnya adalah benar.

Sewaktu hartal juruanimasi Disney pada 1941, Walt Disney menuduh kepala hartal itu sebagai penghasut komunis. Walt Disney juga tidak segan untuk memberi keterangan kepada House Comittee on Un-American Activities dan menamakan ketua-ketua hartal itu, malah mengukuhkan sangkaan kerajaan Amerika Syarikat bahawa, tujuan hartal itu dilakukan sememangnya sebagai tangan-tangan gelap komunis (komunis yang dimaksudkan di sini lebih dekat istilahnya kepada Soviet Rusia).

Sebagai balasan kepada Walt Disney, pengarah FBI pada ketika itu telah membenarkan Walt Disney untuk menjalankan penggambaran di markas-markas FBI, malah diberi jawatan “full Special Agent in Charge Contact” pada tahun 1954, yakni jawatan itu kebiasaannya diberikan kepada individu yang boleh memberikan bantuan peralatan dan khidmat perhubungan awam kepada FBI. Dengan perhubungan yang telah dijalinkan antara FBI dan Disney, maka adalah jelas bahawa untuk tahun-tahun berikutnya FBI cuba menjadikan Disney serta syarikat korporat perfileman yang lain sebagai alat propaganda bagi kepentingan Amerika Syarikat dan agensi-agensinya. Pembongkaran begini adalah tidak mengejutkan apabila satu corak dalam filem-filem Barat yang menelan dana yang besar menolak segala naratif yang menggambarkan Amerika Syarikat dalam kedudukan yang buruk.

Sekiranya anda berpendapat bahawa hubungan antara industri perfileman dan agensi kerajaan Amerika Syarikat hanya giat sewaktu Perang Dingin, sebuah artikel The Atlantic bertajuk “How the CIA Hoodwinked Hollywood” menceritakan bahawa CIA telah pun menjalinkan kerjasama bersama Hollywood pada akhir 1940-an, tetapi hanya mengukuhkan operasinya pada 1990-an, tatkala lebih digiatkan pembiayaan terus kepada mana-mana pengarah yang mahu menggambarkan CIA dalam imej yang baik. CIA pada tahun tersebut dengan rasminya mengambil beberapa pegawai sebagai orang tengah antara industri perfileman dan CIA, menjanjikan dana yang tinggi kepada mereka yang mahu menurut titah perintah CIA.

Ia tidaklah menjadi rahsia lagi bahawa Amerika Syarikat sedaya upaya menggunakan Hollywood sebagai alat propaganda untuk mengukuhkan, atau mengubah pendapat awam mengenai Amerika Syarikat sendiri. Amerika Syarikat menggunakan Hollywood untuk mengetengahkan kepentingannya. Dalam zaman globalisasi ini, menjadi semakin jelaslah bahawa peranan industri perfileman Amerika Syarikat dalam menyebarkan propaganda telah melangkau sempadan. Amerika Syarikat telah berjaya mencanang budayanya kepada negara-negara lain, sehinggakan lama-kelamaan budaya seluruh dunia adalah tunggal. Dalam erti kata lain, dengan lebih banyak kita berhubung dan menelan hiburan kesenian Barat, kita akan menggadaikan kepentingan budaya kita sendiri.

Hubungan antara Hollywood dan Amerika Syarikat sendiri sebenarnya patut memberi tamparan yang hebat kepada kelemahan kerajaan kita sendiri untuk menyediakan bantuan kepada industri filem kita sendiri. Bantuan yang diberikan akan menjamin dua perkara yang semestinya akan menyebelahkan pihak kerajaan; pengukuhan budaya baru (budaya kebangsaan), serta pulangan wang yang besar daripada industri filem. Ia suatu langkah yang dapat memenangkan semua orang, kerajaan akan mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi, industri hiburan dan perfileman akan meningkatkan peluang pekerjaan, dan rakyat awam akan mendapatkan bahan hiburan yang segar.

Apalah salahnya kita mencontohi kecekapan tindakan Barat menyebarkan propaganda, berbanding bergantung harap kepada macai maya di ruang-ruang media sosial?

Raden Kraton

Raden Kraton adalah seorang wanita yang berkicau di Twitter melalui akaun peribadinya @RadenKraton. Ciapan beliau kebanyakannya berkisar tentang hal-hal sejarah dan falsafah.

<svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Hollywood Sebagai Propaganda Amerika Syarikat appeared first on SOLIDARITAS.

Mengenali Sosiopolitik Muslim Moden
Dunia Muslim tidak lekang daripada kelestarian dalamannya, tiap-tiap masyarakat Muslim, meskipun berada dalam kelompok yang sama, mempunyai sedikit perbezaan yang dapat dikenali. Namun, perbezaan yang muncul kadangkala menjadi sebab kepada pergelutan dan perbalahan besar, bahkan mengukir kesan kepada dunia Muslim secara keseluruhannya.

Ramai antara pemerhati luar dunia Muslim, yang kurang arif nan akrab dengan selok-belok berkenaan hal-ehwal masyarakat Islam berpendapat bahawa masyarakat Islam hanya mempunyai satu likatan kefahaman dan kesatuan  pendapat politik. Walaupun dunia Muslim kebanyakannya mempunyai satu suara yang sama dalam pelbagai hal, terutamanya melibatkan isu-isu kemanusiaan, tetapi dalam satu darjah yang lebih dalam, perbezaan ketara akan jelas terpampang bahkan perbezaan inilah yang menjadi satu ciri utama mengapa dunia Muslim bertindak sebagaimana kita bertindak sekarang.

Ia bukanlah satu rahsia bahawa punca pergelutan utama dalam dunia Muslim adalah perbezaan akidah. Tetapi berbeza dengan kefahaman ramai, bahkan antara masyarakat Muslim sendiri, ia tidaklah terhad kepada hanya pergelutan antara Ahlussunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan Syiah. Dua kumpulan ini berbeza daripada rakitan akidah mereka, terutamanya dari segi pendekatan siasah, sehinggakan kisah pergelutan dua kelompok tidak berakhir dari pasca kewafatan Muhammad صلى الله عليه وسلم sehinggalah pergelutan Iran-Saudi. Tetapi saya tidak mahu menyentuh soal ASWJ-Syiah kerana ia sudah pun mendapat liputan yang cukup baik.

Saya ingin menerangkan satu lagi pergelutan yang membawa kesan yang lebih besar, namun disorok-sorok bagi menjaga pelbagai kepentingan. Pergelutan ini adalah antara ASWJ dan pergerakan WahhabiSalafi (WS). Daripada segi sejarah dunia Muslim, kebanyakan Muslim menganuti akidah ASWJ yang mempunyai sejarah yang cukup kaya dalam dunia Muslim. ASWJ berpegang kepada cara pemikiran rasionalisme dan meletakkan wahyu serta akal dalam satu tingkatan autoriti yang sama, yakni akan ada sebahagian ayat Quran dan Hadis memerlukan pentafsiran selari dengan logik akal berdasarkan kerangka Kalam. Meskipun ASWJ telah disempurnakan kerangka fahamannya oleh Imam Asyari dan Imam Maturidi, sebenarnya mazhab ASWJ mempunyai pautan terus kepada kefahaman Islam zaman kenabian dan Sahabat. Tetapi hubungan antara ASWJ dan fahaman ketika waktu awal Islam dicabar berkali-kali oleh cendekia mazhab Wahhabi-Salafi.

Bagi mazhab WS pula, fahaman ini ditubuhkan sekitar abad ke-18 oleh Muhammad ibn Abdul Wahhab di daerah Hijaz. Tetapi pokok pangkal fahaman ini dikatakan muncul di pelbagai tempat juga seperti pergerakan Kadizadeli di Turki Uthmaniyah serta Ahl-i-Hadith di India. Fahaman ini diasaskan berdasarkan pentafsiran harfiah Quran dan Hadith serta berusaha untuk “menyucikan” agama Islam daripada amalan dan ibadat “syirik”. Takrifan “menyucikan” dan “syirik” mereka berbeza dengan kefahaman Muslim aliran perdana kerana kefahaman yang ada ketika itu adalah mempunyai tolak ansur dalam hal-hal amalan kebudayaan yang di luar anjuran Islam tetapi masih mempunyai unsur-unsur Islam. Sebagai contoh, amalan menggunakan muzik dalam memuji Nabi adalah dibenarkan menurut kerangka ASWJ (seperti apa yang dilakukan oleh kebanyakan pertubuhan tarekat Tasauf) tetapi ditolak mentah-mentah oleh pengikut WS.

Selama ini, kefahaman ASWJ menyediakan ruang bagi tolak ansur kepada hal-hal kebudayaan asalkan niat dan tatacaranya selari dengan unsur-unsur Islam. Pendekatan ini membantu dalam usaha dakwah kerana pendekatan ini menggunakan kerangka adat sedia ada untuk menyebarkan agama Islam seperti yang telah dijalankan oleh pelbagai tokoh dakwah, yang terdekat adalah pergerakan Wali Songo di Tanah Jawa. Pergerakan ini menambahkan kepelbagaian dalam budaya sedia ada malah tidak menghapuskan jati diri bangsa yang telah sedia ada di sana. Walaubagaimanapun dengan kemunculan pergerakan WS di serata dunia, amalan yang telah digabungkan dengan kebudayaan setempat telah dilihat sebagai “haram” dan tidak bertepatan dengan amalan Nabi suatu ketika dahulu. Titik perbalahan di sini ditambah lagi dengan kefahaman oleh puak WS yakni dibolehkan untuk menggunakan apa-apa cara untuk menyebarkan mazhab mereka termasuklah mengkafirkan Muslim yang tidak bersefahaman serta membunuh.

Kini, pendekatan dunia Muslim telah dicorakkan dengan pendekatan pergelutan dua mazhab ini. Samada mengejar “kesucian” kefahaman harfiah agama mahupun mengejar integrasi agama sesuai dengan kehendak zaman. Sejak daripada kejatuhan Turki Uthmaniyah, yang dibantu hebat oleh pendukung fahaman WS, pengikut ASWJ kehilangan tunggak politik. ASWJ yang selama ini lebih toleran dan rasional, telah mempunyai saingan hebat dari sisi WS yang memperjuangkan fahamannya atas jenama “Islam yang paling asli” dan ASWJ yang mempunyai pelbagai unsur kepelbagaian budaya lain kelihatan tidak dapat untuk menandingi dakwaan WS. Kejatuhan Turki Uthmaniyah digantikan dengan kerajaan Arab Saudi melalui peranannya sebagai pelindung Dua Kota Suci (Haramain).

Arab Saudi berjaya membiaya mazhab WS ini dalam menyebarkan akidah mereka serata dunia, serta telah mendapatkan sokongan pelbagai negara dan pertubuhan-pertubuhan Islami. Pembiayaan yang mereka lakukan adalah luas dan besar, sehinggakan jaringan mereka telah sebarkan merangkumi mendominasi lenggok bahasa dunia Muslim. Kita sendiri dapat melihat di Tanah Air kita usaha-usaha untuk menghakis kebudayaan Melayu atas nama dakwah Islamiyah, kebudayaan Melayu yang dianggap tidak “sesuai” dengan Islam dibuang semberono berbanding mengambil langkah untuk mengintegrasikan antara agama dan budaya. Bahkan ruang tolak ansur antara masyarakat bukan Islam di dalam negara telah disempitkan seperti yang telah dinyatakan oleh Ahmad F. Yousif;

“Muslim revivalist groups in Southeast Asia have challenged the existing political power structures. For example, in multireligious Malaysia, the relationship between state and religion has become increasingly interconnected and intertwined.”

Harus juga diingatkan bahawa kumpulan keagamaan Malaysia ini juga mempunyai pertalian dengan pergerakan WS di Saudi.

Jika kita mengambil kira tindakan dan hala tuju Muslim seantero dunia melalui kanta pergelutan antara ASWJ-WS, maka segala-galanya akan lebih jelas. Pengukuhan Islam di negara ini melalui kerangka WS berbanding yang selama ini dijalankan oleh ASWJ telah mengakibatkan pergeseran yang lebih dramatik antara masyarakat Islam dan bukan Islam, malahan terlihat jelas kesan-kesannya kepada komuniti bukan Islam iaitu polisi-polisi negara telah meminggirkan mereka. Peminggiran warga minoriti negara ini juga telah membina batu sempadan yang lebih hebat, satu cabaran untuk mencapai asimilasi kaum yang lebih menyeluruh.

Justeru, bagi menyediakan langkah-langkah yang betul untuk mengatasi perpecahan masyarakat, tidak kira dalam hal tempatan atau antarabangsa, adalah penting untuk kita menyelami konteks kefahaman masyarakat Muslim bukan sekadar dari sudut pandang negara dan budaya tempatan.

Raden Kraton

Raden Kraton adalah seorang wanita yang berkicau di Twitter melalui akaun peribadinya @RadenKraton. Ciapan beliau kebanyakannya berkisar tentang hal-hal sejarah dan falsafah.

<svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Mengenali Sosiopolitik Muslim Moden appeared first on SOLIDARITAS.

Benarkah Fahaman Kebangsaan Asas Negara Yang Seimbang?
Berkenaan dengan cara berkerajaan, zaman ini jawapan yang senang kepada soalan “model berkerajaan manakah yang sesuai untuk menjamin kesamarataan hak?” adalah semestinya model kerajaan demokrasi yang menjulang kefahaman kebangsaan. Mengenai demokrasi pula, saya masih berpendapat bahawa itulah rakitan yang paling ampuh untuk menjamin tiada kepala kerajaan memunahkan keluhuran undang-undang, sekurang-kurang rakyat masih mempunyai hak dalam menuntut pemimpin bertanggungjawab kepada mereka. Tetapi, mengenai fahaman kebangsaan, saya kurang yakin bahawa fahaman ini merupakan fahaman yang terbaik untuk berjalan serentak dengan hak kemanusiaan, keamanan, dan keseimbangan masyarakat.

Jika difikirkan, agak susah untuk mengimbangi perasaan melayan semua jenis manusia sama rata dan mengangkat kemanusiaan juga pada waktu yang sama ingin memartabatkan fahaman kebangsaan. Walaupun fahaman ini bercita-cita untuk memperjuangkan kemandirian sesuatu bangsa, yakni tiada kuasa luar berhak menentukan nasib bangsa dalam sesuatu negara itu sendiri, kejanggalan kelak akan timbul. Semestinya, fahaman ini jugalah yang menjadi pemacu gerakan kemerdekaan negara-negara yang dijajah, dengan cara menyedarkan bahawa kuasa penjajah ini tidak menitik beratkan apa-apa pun soal nasib masyarakat tempatan malahan berlaku zalim kepada mereka. Tetapi, menyatukan negara berdasarkan buah fikiran persamaan budaya, bahasa, suku kaum, siasah, kedudukan geografi, serta sejarah akan mengukir pembahagi kepada idea-idea hak sama rata umat manusia secara keseluruhan.

Secara tidak langsung, penghasilan dan pematangan idea kebangsaan akan membahagikan manusia kepada hitamputih (dichotomy) Mereka vs Kita. Dalam erti kata lain, fahaman ini  mengajarkan bahawa budaya kita dan budaya mereka adalah tidak sama dan sukar untuk mendapat layanan yang sama dalam sesebuah negara. Jangan silap anggap, saya tidaklah juga mengatakan bahawa budaya tempatan patut dihapuskan bagi diganti dengan budaya  yang lebih global seperti budaya barat, namun yang saya ingin tekankan adalah bagaimana kita perlu menyelesaikan persoalan etika yang muncul apabila berlakunya asimilasi kaum yang meluas dalam negara kita. Patutkah kita menidakkan hak mereka untuk hidup sama seperti kita?

Fahaman ini menjadi popular ketika zaman penjajahan kuasa kolonial Barat dan Jepun, ketika kaum tempatan, tidak terkecuali orang Melayu ditindas dan kaum yang dibawa masuk ke  dalam wilayah ini mendapat sokongan ekonomi daripada kuasa Barat. Kesenjangan ekonomi yang terhasil daripada dasar ini mendidik orang Melayu untuk bangkit  dan memperjuangkan hak yang lebih adil kepada mereka, kerana selama ini tanah ini telah diusahakan mereka sejak sekian lama tetapi yang meraih hasil merupakan orang Barat dan konco-konconya. Inilah bahagian sejarah yang diringkaskan. Penjajah Barat mengamalkan pembinaan empayar yang mencekik kaum tempatan, tidak hairanlah mengapa begitu ramai kawasan jajahan ini menjuang semangat kebangsaan. Cuma, tatkala wilayah yang mendapat kemerdekaan itu mulai matang, kaum-kaum lain yang sedia ada kelak akan meminta hak-hak yang sama, dan selagi ada fahaman kebangsaan berbaik dalam sanubari, jurang antara kaum mulai meluas lantas diisi dengan dendam kesumat antara mereka.

Ada satu bahagian sejarah yang memusykilkan kita, mengapa dalam pembinaan empayar, mereka berjaya mengekalkan keseimbangan antara kaum tanpa menimbulkan rusuhan antara kaum sepanjang masa. Kerap kali, apabila empayar ini mulai jatuh, ketika itulah juga semangat kebangsaan mulai merebak. Apakah rahsia mereka?

Menurut Ibn Khaldun, untuk mengekalkan keamanan satu negara atau kerajaan, rakyat dalamannya perlu mempunyai satu kesepaduan yang sama. Kesepaduan ini perlu dijalinkan merentas sempadan suku kaum dan budaya menggunakan satu identiti baru. Identiti yang baru ini semestinya perlu dicedok dari budaya induk dan perluaskan takrifan kekitaan kepada budaya-budaya yang lain. Cara perlaksanaannya dapat dilihat pada pemerintahan seorang Maharaja Parsi, Cyrus Yang Agung, seorang raja dalam salah-satu wilayah Parsi yang mampu menyatukan keseluruhan kerajaan Parsi kecil serta menakluk kawasan sekitar dengan jayanya. Maharaja Cyrus memperluaskan jajahannya bukan dengan motivasi untuk menakluk dan menjarah sumber ekonomi wilayah kecil ini seperti yang dilakukan oleh penjajah Barat, sebaliknya dia menggunakan alasan Parsi sebagai pelindung dan penjaga hak-hak wilayah kecil ini. Tatkala puncak keagungannya, Cyrus tidak memanggil dirinya sebagai Raja bangsa Parsi, sebaliknya dialah Raja segala bangsa. Dialah Raja untuk orang Parsi, begitu juga Raja orang Yahudi.

Dengan cara ini, kesepaduan yang pertama ialah mempunyai satu kerajaan yang sama, namun yang benar-benar menjadi pemacu kestabilan empayar Parsi adalah betapa kerajaan Parsi menitikberatkan soal rakyat. Sebelum tertubuhnya empayar Cyrus, yakni empayar Achaemanids, orang Parsi mengamalkan pentadbiran yang dibahagikan kepada 3 lapisan;

Lapisan pertama ialah pentadbiran tempatan yang dipanggil Halmenik, pentadbiran ini adalah pentadbiran sedia ada yang ditubuhkan oleh warga setempat, khas dengan adat budaya sendiri.

Lapisan kedua ialah pentadbiran yang mewakilkan Maharaja dipanggil Wazir, pentadbiran ini adalah penghubung antara Maharaja dan pentadbiran tempatan, hal ehwal percukaian dan hasrat Maharaja diuruskan di sini.

Lapisan ketiga ialah Maharaja itu sendiri, pentadbiran Maharaja bertanggungjawab menguruskan percukaian dan perbelanjaan besar serta bertanggungjawab membuat dasar kerajaan.

Tatacara pentadbiran yang diamalkan oleh mereka ditambahbaik dengan memasukkan tiap-tiap kumpulan suku kaum ini ke dalam pentadbiran tanpa memusnahkan pentadbiran sedia ada seperti yang dijalankan oleh Barat. Hal ini secara tidak langsung memastikan terdapatkan kesatuan dalam pentadbiran, dan tiap-tiap warga mendapat sokongan berdasarkan adat budaya masing-masing. Sebagai contoh, Cyrus telah membiayai pembinaan semula Masjidil Aqsa (yang ketika itu dipanggil Istana Sulaiman) yang telah musnah, malahan memelihara agama Yahudi di sana. Mengambil kira perkara ini, empayar Parsi telah menerapkan pemerintahan pancakaum dan pancabudaya dalam pentadbiran. Seperti apa yang telah Ibn Khaldun perkatakan, cara pentadbiran ini mengaburkan pembahagian antara kaum, budaya dan agama, memberikan empayar Parsi kesepaduan antara semua kaum yang menetap dalam wilayahnya. Soal-soal kebangsaan tidak lagi diungkit, sebaliknya masing-masing merasakan tanggungjawab kepada negara yang menjaga kebajikan mereka semua.

Cara petadbiran yang diterajui Cyrus dan anak cucunya kemudian mendapat pujian dan pengiktirafan sepanjang zaman, malahan dalam kitab Yahudi, Cyrus dianggap sahabat Tuhan serta dalam agama Islam, Al-Ghazali dan cendekia yang lainnya mengiktiraf Parsi sebagai bukti keadilan akan menjamin keamanan masyarakat berbanding hanya melekatkan label Islam.

Keberkesanan pentadbiran Cyrus ini mengekalkan kekuasaan Parsi selama beratus-ratus tahun, malahan diambil dan diterapkan oleh pelbagai empayar lain seperti empayar Rasyidun, Mughal, Uthmaniyah, dan Melaka. Jika dilihat dalam sudut yang lebih besar pula, mana-mana empayar yang berjaya menggunakan corak yang sama. Soal-soal kebangsaan tidak muncul kerana kesetiaan kepada kerajaan yang adil adalah lebih berharga berbanding membebaskan diri daripada kekuasaan luar, selagi mana hak adat tempatan terjaga.

Pentadbiran pancabudaya, pancaagama, pancakaum terbukti dapat memberikan keamanan dan keseimbangan yang lama kepada sesebuah negara, oleh itu, saya rasa untuk mengatakan bahawa fahaman kebangsaan adalah asas yang bagus untuk mendirikan negara adalah satu perkara yang gila. Tidak pernah ada sesebuah negara boleh bertahan seribu tahun lamanya yang masih mengutamakan bangsa sendiri. Masa depan yang bagaimana kita hendak lihat dalam negara kita?

Raden Kraton

Raden Kraton adalah seorang wanita yang berkicau di Twitter melalui akaun peribadinya @RadenKraton. Ciapan beliau kebanyakannya berkisar tentang hal-hal sejarah dan falsafah.

<svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Benarkah Fahaman Kebangsaan Asas Negara Yang Seimbang? appeared first on SOLIDARITAS.

Nasihat Kepada Orang Beragama Mengenai Ateis
Keagamaan semakin menipis dalam dunia, dipacu dengan pemikiran rasionalisme berbanding falsafah, menolak pandangan dogmatik agama. Dalam pertambahan orang yang meninggalkan agama atau orang yang langsung dilahirkan tanpa keluarga yang mempercayai Tuhan, ada juga antara mereka yang mempunyai agama masih menolak kemaraan kebiagamaan lantas tanpa kita sedari, kelak akan berlakunya pertembungan kumpulan manusia yang mempercayai Tuhan dengan mereka yang biagama. Pertembungan ini mempunyai beberapa persamaan dengan pertembungan antara tamadun Timur dan Barat seabad yang lepas.

Pertembungan ini akan mencipta persoalan baru, memandangkan orang beragama masih memegang majoriti penduduk dunia, yakni bagaimana sebenarnya kita mengimbangi dinamik antara dua kumpulan manusia ini. Jelas sekali, untuk meleraikan kekusutan ini, kita perlu bertanya, mengapa ketuhanan tidak lagi mendapat tempat dalam hati mereka.

Sudah tentu, bagi mereka yang beragama, agama sekurang-kurangnya dapat memberikan keamanan kepada diri mereka. Mengetahui dengan sepenuh keimanan bahawa adanya Tuhan dan tiap-tiap bahagian hidup mempunyai matlamat, hatta jika ditimpa musibah yang mustahil untuk dituntut di sini, keadilan mutlak semestinya akan datang pada hari yang kemudian. Keagamaan mencipta suatu pandangan hidup, menyerahkan diri kepada kuasa yang lebih besar. Tulisan ini saya khaskan kepada warga beragama kerana pada tulisan yang lepas, saya telah membincangkan hal ini melalui sudut pandang kebiagamaan. Bagaimana seorang yang beragama mesti mendekati kebiagamaan, oleh itu kepada mereka yang mempunyai keraguan dalam hati, adakah kepercayaan ini dapat meredakan kegusaran sedia ada?

Bagi saya, punca ada sebahagian daripada kita meninggalkan agama ada tiga;

Keraguan mengenai rahmat Tuhan, atau Problem of Evil.

Meragui kewujudan Tuhan berdasarkan kayu ukur empirikal.

Keraguan terhadap keseluruhan rakitan keagamaan, seperti mengapa orang beragama tidak melakukan apa yang diajarkan agama.

Ketiga-tiga punca ini mempunyai perbezaan yang halus, serta kegusaran mereka adalah benar. Tetapi kebanyakan daripada agamawan hanya mengecap kebiagamaan semata-mata sebagai usaha untuk menghina agama atau institusi agama. Tidak dinafikan, bahawa kebanyakan daripada warga biagama menggunakan retorik yang tidak enak didengar, malahan menghina Tuhan (atau tuhan-tuhan), tetapi ia tidak menjadi sebab untuk kita berlaku sama seperti apa yang mereka lakukan malahan memukul rata semuanya  begitu. Banyak juga biagamawan Barat yang mempertahankan Islam daripada tohmahan Kristian pelampau. Bahkan, dalil yang biasa kita dengar mengenai hukuman bunuh kepada murtad oleh Abu Bakar as-Siddiq sebenarnya adalah disebabkan warga yang murtad mengancam keselamatan Madinah melalui peperangan.

Pertama, keraguan mengenai rahmat Tuhan muncul disebabkan persoalan kepada jika Tuhan Maha Baik, mengapa masih ada kekejaman dan kesedihan wujud dalam dunia ini? Pihak terpelajar dalam agama akan bingkas menjawab bahawa ketika dunia ini diciptakan, Tuhan dengan kudratnya mengizinkan manusia untuk mempunyai kebebasan memilih, dan dalam kebebasan memilih itu, manusia mempunyai kebebasan juga untuk memilih kejahatan. Hatta, jika tertimpanya sebuah ujian seperti anak kecil yang menghidap kanser, ianya patut dilihat sebagai ujian dan rahmat Tuhan menyelamatkan anak kecil itu daripada kezaliman dunia yang dilakukan sendiri oleh manusia. Namun, bagi mereka yang kurang mempunyai kefahaman agama dalam diri, kecelakaan yang menimpa akan bingkas mempersoalkan rahmat Tuhan kerana nipisnya pengetahuan mereka dalam ilmu akidah. Kesedihan yang mereka rasa adalah kesedihan yang benar, mungkin lara dalam hati itu telah mengaburi pandangan kepada hakikat dunia bertuhan.

Seterus, dalam kebangkitan ilmu sains, sudah menjadi seperti candu dalam ketagihan kita untuk mengetahui hakikat kewujudan melalui sudut pandang empirikal. Cendekia saintifik mempunyai keinginan yang mendalam untuk merungkai segala rahsia alam, dan persoalan untuk membuktikan samada Tuhan untuk wujud ataupun tidak akan dicuba oleh cendekia ini. Walaupun dalam akidah Ahli Sunnah telah menggariskan dengan nyata bahawa Tuhan mustahil untuk diukur melalui alat-alat duniawi kerana Tuhan adalah berbeza dengan ciptaannya, beberapa agama dan akidah lain tidak memiliki kecanggihan falsafah ini. Seringkali, ketuhanan disamakan dengan gambaran antropomorfisme, Tuhan yang memiliki jasad seperti manusia, mempunyai kedudukan, mempunyai keinginan manusiawi seperti dalam agama Hindu serta Kristian. Gambaran antropomorfisme ini mencipta kemustahilan bagi Tuhan malahan mendedahkan Tuhan sebagai salah satu zat yang boleh diperhatikan oleh kaedah saintifik. Kegagalan sains untuk membuktikan Tuhan yang berzat duniawi adalah diibaratkan seperti ingin menyimpan perasaan kasih sayang dalam botol makmal secara harfiah. Maka ramai cendekia sains akan meninggalkan agama dek kemustahilan ini.

Seterusnya, mungkin sebab ini adalah sebab terbesar mengapa orang meninggalkan agama, adalah keraguan orang terhadap rakitan keagamaan. Tidak dinafikan lagi, terdapat banyak contoh yang boleh diberikan mengenai hal ini, terutamanya ada sesetengah manusia yang melakukan kezaliman atas nama agama. Kisah-kisah dalam dijumpai mengenai betapa ramai manusia menyeleweng wang kutipan gereja, sami-sami yang bermewah-mewah menggunakan harta kuil, serta imam-imam yang gagal menyalurkan bantuan kepada fakir. Tindakan manusia-manusia ini menimbulkan syak wasangka kepada kebenaran rakitan yang diusulkan oleh Tuhan. Ramai benar orang yang bergantung harap kepada agama, tetapi ketua-ketua agama mengkhianati kepercayaan mereka. Sedih sekali, bagi pemerhati, penganut agama-agama ini masih bergantung harap kepada mereka walaupun dizalimi di depan mata. Kelakuan penzalim ini mengukir gambaran bahawa agama itu adalah candu untuk orang yang lemah, menghidupkan kezaliman atas kebutaan yang lemah.

Ketiga-tiga sebab ini mesti diambil berat oleh agamawan, kerana sebab ini merupakan bukti bahawa tidak semestinya penganut biagama ingin merosakkan akar dan kesucian agama. Kerap sekali, dalam sudut pandang mereka, apa yang mereka lakukan adalah demi menegakkan keadilan sejati, ingin membebaskan manusia dari terus ditipu. Menempelak mereka, dan mencuba untuk membisukan mereka terus menjadi bukti bagi mereka sebagai gambaran bahawa agama ini secara asasnya kejam dan menidakkan keupayaan manusia untuk berfikir. Justeru, tindakan sewajarnya bagi agamawan adalah menyediakan wadah perbincangan dan penerangan mengenai agama. Menguraikan segala salah faham mengenai agama, jika sekalipun mereka enggan menerima, ia akan mengukuhkan kedudukan agama sebagai agama yang mencintakan keamanan dan perbincangan.

Kemudian, agamawan juga perlu mengambil berat kepada bagaimana sesetengah penganut mereka bertindak. Menutup mata kepada kezaliman yang dilakukan atas nama Tuhan akan mengurangkan kredibiliti agama itu sendiri. Dalam apa-apa cara sekalipun, penipuan dan penyelewengan perlu diperangi oleh agamawan, kerana akar agama adalah bertindak melawan kezaliman dan untuk memenangkan keadilan. Jika dibiarkan, maka siapa sebenarnya yang merosakkan agama? Sungguh jika agamawan berusaha memadamkan mereka yang mempergunakan agama, orang awam akan melihat tiada sebab untuk meragui agama.

Sebenarnya, perbezaan antara agamawan dan biagamawan hanyalah perbezaan fikiran yang mempunyai sumber yang sama, yakni dalam pencarian keadilan hakiki. Jika persefahaman dapat dijalinkan dengan rapi, maka kedua-dua belah pihak ini akan mendapati lebih banyak persamaan berbanding perbezaan yang dicanang. Jangankan hanya fikiran berbeza, darah pula ditumpahkan.

Raden Kraton

Raden Kraton adalah seorang wanita yang berkicau di Twitter melalui akaun peribadinya @RadenKraton. Ciapan beliau kebanyakannya berkisar tentang hal-hal sejarah dan falsafah.

<svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Nasihat Kepada Orang Beragama Mengenai Ateis appeared first on SOLIDARITAS.

“Boleh Tak Semua Diam?” (Bahagian II)
Penafian perlunya kredibiliti penulis menurap laluan kepada rakyat untuk menjadi anarkis kepada tiap-tiap konvensyen kefahaman nan lingkungan kepakaran sesuatu hal. Ada suatu kisah yang menarik yang boleh saya bongkarkan di sini, iaitu kisah Larry Sanger.

Larry Sanger merupakan salah seorang pelajar yang menyumbang dalam laman web perkongsian maklumat bernama Nupedia. Namun dasar Nupedia yang mengutamakan penulisan dari warga bertauliah melambatkan proses penulisan dan secara tidak langsung, melambatkan perkembangan laman web itu. Kecewa dengan apa yang dia hadapi mengenai Nupedia, Larry Sanger tekad untuk menubuhkan satu lagi laman web berdasarkan dari konsep ensiklopedia bebas yang tidak memerlukan adanya sijil dari menara gading, hanyalah keelokan seni menulis dan dalamnya pengetahuan. Larry Sanger percaya bahawa apabila masyarakat mulai menulis secara kolektif, penghasilan makalah yang dikeluarkan akan menerima kesimpulan yang lebih tepat berdasarkan purata suntingan penulisan. Secara semula jadinya,  bahagian penulisan yang cacat akan disunting keluar. Dengan benih idea ini dan kerjasama rakan-rakan yang lainnya, maka terlahirlah Wikipedia.

Sekurang-kurangnya, itulah apa yang dicitakan oleh Larry, hakikatnya setelah melihat bagaimana Wikipedia berkembang Larry mulai meragui kebaikan dia mahu cipta melalui laman webnya. Antara keraguan yang timbul adalah bagaimana Wikipedia mencipta satu masyarakat yang mulai bersikap anti institusi akademik, menolak apa yang dibawa oleh ilmuwan sedia ada dan lebih mempercayai penulisan yang lebih terkandung “shock value” dan naratif politik partisan. Larry memerhati dalam Wikipedia, penulis yang sedia menyumbang bahan sudah dipenuhi dengan “trolls”. Kumpulan yang tidak lain tidak bukan mepunyai matlamat untuk melucahkan maklumat yang bakal disalurkan kepada orang awam.

Kerunsingan Larry Sanger itu tepat, dan sukar untuk mengawal apa ilmu yang bakal disiarkan kepada orang awam, tetapi sayang kerana Larry Sanger dalam usahanya untuk menjadi neutral, kedudukannya dalam mempertahankan suara kepakaran menyaring penipuan dan maklumat yang sahih ramai pula yang salah anggap serta mentakwil perjuangan Larry Sanger adalah mengenai penapisan maklumat kuku besi.

Masyarakat yang menolak pandangan pakar adalah berbahaya, seolah-olah terdapat pesakit jantung yang tidak mahu menerima rawatan jantung semata-mata takut institusi kedoktoran mempunyai niat jahat disebalik rawatan yang mahu diberikan. Sekarang, kita sudah tahu sebab utama orang awam menolak pandangan pakar, tapi bagaimana pula untuk mengubat sakit  umat ini?

Saya hairan bagaimana dalam tempoh masa 1400 tahun sejak munculnya agama Islam dan lahirnya Muhammad apa yang disampaikan olehnya kekal sama dengan apa yang kita baca. Ambillah mana-mana babad hadis di serata dunia, kebanyakan besarnya kandungan yang ada adalah sama. Malah sekiranya  terdapat kelainan struktur hadis atau Quran itu sendiri pun, para cendekia Islam berupaya untuk menerangkan sebab-sebab dengan teliti dan rapi tanpa mengira sempadan zaman dan tempat. Bagaimanakan Islam berupaya mengekalkan keaslian sumber ilmunya daripada dicemari “trolls”  atau penulis rambang politik partisan elit Mekah? Masalah ini timbul dalam agama samawi yang lain seperti agama Yahudi serta Nasrani, malah menjadi tema utama dalam Quran untuk menerangkan fungsi pertabalan Muhammad, yakni sebagai ejen pembetulan naskah sebelumnya, menyucikannya dari tangan-tangan manusia. Tetapi mengapa perkara yang sama tidak timbul dalam Islam?

Sebenarnya, keseluruhan bidang keagamaan Islam, dari tajwid hinggalah kepada ilmu kalam, mempunyai akar umbi daripada rakitan (sistem) sanad. Satu sistem salasilah kesahihan yang tidak putus dari ceruk pedalaman madrasah kampung, atau seorang profesor di universiti ternama, kepada Muhammad sendiri. Rakitan sanad bermula daripada pasca pemerintahan Rasyidun pada 661 masihi, sebelum itu sumber Islam seperti hadis tidaklah didahului dengan rangkaian sanad kerana lingkungan Islam yang ada ketika itu mengenali Muhammad dengan akrab. Hanya selepas pemerintahan Rasyidun, hadis dan ilmu Quran melihatkan keperluan untuk mempunyai rantaian penyampai untuk menentukan kesahihannya. Pemimpin bani Umaiyah menggalakkan pemalsuan hadis untuk melegitimasikan pemerintahan mereka yang dirampas dari pemberontakan pemerintahan Ali. Cendekia pada ketika itu risau akan kegiatan pemalsuan hadis akan menjadikan ilmu agama hilang kredibiliti.

Rakitan sanad memastikan jaluran ilmu itu sahih, dan itulah asas epistemologi Islam. Barangsiapa yang memegang pengetahuan mengenai asal-usul hadis dan penerangan Quran akan menjadi peneraju kepada ilmu, menewaskan naratif palsu yang muncul. Daripada rakitan inilah juga, seseorang itu dapat menjadi cendekia, kesahihan dan kemahiran yang dibawa membuatkan cendekia menerima kredibiliti, dan sekiranya mahu membangkang, seseorang itu perlu melalui tatacara dan pembelajaran yang sama. Untuk menjadi penyampai hadis pula, seseorang itu perlu memenuhi ciri yang jelas dan ketat seperti;

Tsiqah: Keterpercayaan penyampai hadis itu dari segi sikapnya, amanah ataupun tidak, suka menyampaikan berita palsu ataupun tidak.

Ilm ar-Rijal: Biografi penyampai, daripada guru-gurunya hinggalah kepada zaman dan tempat yang dia duduki.

Ilm al-Jarh wal-Ta’dil: Kritikan-kritikan daripada cendekia kepada penyampai hadis, samada penyampai itu seorang yang baik atau kuat ingatannya.

Kemunculan rakitan ini mencipta kesepaduan antara seorang cendekia dan cendekia yang lainnya, semak imbang tercipta antara lingkungan cendekia kerana ilmu yang disampaikan akan semestinya diperiksa oleh cendekia yang lain walau beribu batu jauhnya. Rakitan ini juga memastikan penyampaian ilmu kepada orang awam dijalankan dengan sehabis baik, hanya ilmu yang menerima persetujuan ramai cendekiawan akan disampaikan dan sebaliknya ilmu yang masih dalam perbincangan akan dijelaskan hujah-hujah yang berbeza. Orang awam pula tidak boleh campur tangan dalam hal-hal ini.

Apalah salahnya rakitan ini diamalkan dalam dunia  akademik moden sekular, dengan cara ini penyampaian maklumat hanya akan kekal sahih daripada sumber pertama yang mengungkapnya, kredibiliti akan dijamin melalui pelbagai alat untuk menentukan bagaimana ilmu itu dirumuskan. Rakyat yang tidak arif akan hal ini menempa satu jalan yang susah dalam martabat ilmu yang akan disampaikan, sudah tentu ini adalah akibat daripada dasar pendidikan negara yang terlalu menumpukan perhatian kepada bidang akademik yang terlalu kebendaan sehingga terlupa manusia ini makhluk yang memerlukan ilmu kemanusiaan juga. Ketiadaan kefahaman mengenai kepentingan menjaga kesahihan juga mengakibatkan dunia saintifik tenat  seperti penolakan kenyataan bahawa dunia ini sememangnya makin memanas.

Saya tidak nafikan bahawa mungkin ada beberapa cara dalam dunia akademik untuk mengekalkan kredibiliti penulisan tetapi ketiadaan rasa tanggungjawab untuk memeliharanya hingga ke gigi geraham telah membongkarkan kelemahan dunia akademik sekular. Lebih-lebih lagi apabila kebangkitan internet disemarakkan dengan falsafah pasca kebenaran yakni ketiadaan kebenaran yang hakiki mengikat cara hidup manusiawi. Membongkar dan menghidupkan semula rakitan sanad keluar daripada sempadan ilmu Islam dapat menjadi antidot  kepada kekacauan maklumat  palsu zaman ini. Bayangkan sekiranya dengan adanya rakitan sanad, tiap-tiap naratif yang dibawa macai maya diendahkan kerana penyampainya tidak mempunyai guru, sumbernya diragui, malahan sekiranya ditapis melalui cara Ilm al-Jarh wal-Ta’dil, macai maya itu akan menerima kritikan pedas daripada cendekia yang sedia pakar dalam sesuatu  hal. Penyampaian maklumat  akan lebih terkawal dalam dunia internet ini.

Sementara buah fikiran ini belum tertanam dalam fikiran rakyat, mungkin apa yang kita hanya boleh buat adalah diam dan endahkan sebarang tohmahan yang menimpa, dan kekal menyuarakan kebenaran yang sahih.

Raden Kraton

Raden Kraton adalah seorang wanita yang berkicau di Twitter melalui akaun peribadinya @RadenKraton. Ciapan beliau kebanyakannya berkisar tentang hal-hal sejarah dan falsafah.

<svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post “Boleh Tak Semua Diam?” (Bahagian II) appeared first on SOLIDARITAS.