Ooi Kok Hin, Author at SOLIDARITAS

Keluar Dari Dikotomi Palsu, Ke Arah Tindakan Afirmatif Yang Adil
Satu masalah dalam masyarakat kita adalah kita selalu terperangkap dalam satu tahap wacana. Kita tidak ‘level up’. Wacana kita tidak berkembang, tidak berevolusi. Dari dulu lagi kita debat pasal DEB dan kita dengar hujah-hujah yang sama sahaja. Aku tidak menafikan sesetengah isu seperti hubungan antara kaum akan sentiasa relevan di Malaysia, tetapi cara kita menangani dan berdiskusi tentang isu tersebut sepatutnya lebih matang dari dulu. Jika sesuatu wacana hanya terbantut di tahap yang sama sahaja, maknanya kita tiada kemajuan langsung. Kita ambil salah satu isu tersebut, iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Seperti liga bola sepak, sampai saja musim tertentu pada setiap tahun, mesti ada debat mengenai DEB. Ada pihak yang mempersoalkannya, ada pihak yang mempertahankannya. Kita dengar alasan yang sama setiap tahun.

Yang menyokong berkata: DEB membantu orang Melayu dan Bumiputera, DEB hak keistimewaan orang Melayu, tanpa DEB Melayu habis.

Yang membangkang pula berhujah: implementasi DEB disalahgunakan, DEB hanya memberi kekayaan kepada golongan yang kecil, DEB tidak adil.

Aku tidak setuju sepenuhnya dengan kedua-dua kem dan aku ingin menjelaskan kenapa. Untuk melihat sesuatu isu dengan lebih jelas, kita perlu mendalaminya menjangkaui retorik, red herring dan strawman. DEB merupakan satu tindakan afirmatif (affirmative action). Tindakan afirmatif di mana-mana negara pun mencetuskan kontroversi. Di Amerika misalnya, ada sesetengah universiti yang mempunyai kuota kemasukan pelajar Caucasian, African American, Asian-Hispanic American dan pelajar antarabangsa atas alasan diversiti. Sudah beberapa kali universiti disaman oleh pelajar yang gagal masuk kerana tindakan afirmatif!

Contohnya, Abigail Fisher memfailkan kes sehingga Supreme Court dan mendakwa tindakan afirmatif tidak adil dan menyebabkan dia gagal masuk University of Texas. Mengikut peguamnya, kuota tersebut memberi tempat kepada pelajar minoriti yang kurang berkelayakan berbanding Abigail Fisher dan oleh itu, ia merupakan satu ketidakadilan apabila University of Texas menafikan tempat untuk Abigail Fisher dan memberi tempatnya kepada golongan minoriti yang kurang berkelayakan.

Pada tahun 2014, beberapa pelajar Asian/Asian Americans menyaman Harvard University apabila mereka gagal diberi kemasukan. Mereka percaya sistem kuota mengurangkan tempat mereka yang layak masuk dan sebaliknya memberi tempat untuk pelajar dari kelompok lain atas alasan diversiti.

Bukan sahaja kuota, malah program kebajikan (welfare) juga merupakan satu bentuk tindakan afirmatif. Di Amerika, ada program food stamp. Program kebajikan pun mengundang kontroversi di Amerika. Ada pihak yang mendakwa ia tidak adil untuk mencukai golongan kaya dan pertengahan dan menggunakan duit itu untuk kebajikan orang miskin dan gelandangan.

Jika tindakan afirmatif itu sendiri sudah mengundang kontroversi, apatah lagi kalau ia dicampur dengan perkauman?

Jika tindakan afirmatif itu sendiri sudah mengundang kontroversi, apatah lagi kalau ia dicampur dengan perkauman?

Kem pertama bukan sahaja menganggap DEB ini satu tindakan afirmatif, malah lebih dari itu, mereka menganggap DEB satu hak dan pengiktirafan terhadap ketuanan Melayu atau Malay superiority. Mereka mengambil sebahagian dari Artikel 153 tentang kedudukan istimewa orang Bumiputera sebagai justifikasi semua layanan istimewa untuk Bumiputera. Logiknya, ini Tanah Melayu dan sebelum kemerdekaan, wakil-wakil setiap kaum telah bersetuju mereka satu bentuk ‘kontrak sosial’ dimana Melayu diangkat ke satu kedudukan yang istimewa dan lebih tinggi, dan bukan Melayu diberi kerakyatan.

Dalam erti kata lain, DEB bukan sekadar soal ketidaksamarataan ekonomi untuk mereka, tetapi racial superiority yang dijustifikasikan dengan sebahagian dari Artikel 153 (fokus esei ini bukan Artikel 153 dan oleh itu kita tidak akan bincang selanjutnya. Setakat ini pandangan aku mirip penjelasan peguam Azhar Azizan, atau lebih dikenali sebagai Art Harun, mengenai Artikel 153. Boleh cari penjelasannya dekat Google atau YouTube). Oleh itu, aku tidak dapat bersetuju dengan kem ini.

Kem lagi satu pula menolak tindakan afirmatif. Majoriti kem ini adalah bukan Bumiputera yang telah merasai ‘backlash’ dari DEB dalam bentuk diskriminasi kaum. Oleh itu mereka melihat diri sebagai mangsa dan menolak tindakan afirmatif. Keadaan ini diburukkan apabila kem pertama melaungkan retorik berbau perkauman dan makin membuatkan kem kedua menjadi defensif.

Ia telah menjadi satu lingkaran berbahaya (vicious cycle) dimana semakin kuat kem pertama mempertahankan DEB atas alasan perkauman, semakin kuat kem kedua akan menentang DEB atas alasan perkauman.

Kem kedua terikut dengan rentak kem pertama, tapi mungkin juga ada golongan dalam kem kedua yang benar-benar menolak segala bentuk DEB. Mereka mengangkat meritokrasi, tetapi kadang-kala terlebih angkat meritokrasi sehingga membutakan realiti. Apabila mereka melihat diri sebagai mangsa, kebanyakan dari mereka gagal melihat orang lain juga sebagai mangsa. Mereka tidak mengiktiraf ketidaksamarataan ekonomi, menolak tindakan afirmatif dan berpegang pada konsep meritokrasi.

Katakanlah kalau kita mengikut meritokrasi 100%, pelajar sekolah di bandar yang mampu mengikuti tuisyen barangkali akan mendapat keputusan yang lebih cemerlang berbanding pelajar sekolah di kampung yang bukan sahaja tidak mampu mengikuti tuisyen, malah bekerja sambilan untuk menolong ibubapanya. Kalau ikut 100% meritokrasi, boleh jadi bahawa biasiswa kerajaan semua bagi kepada pelajar elit di bandar sahaja. Meritokrasi tidak adil apabila tiada ‘level playing field’. Bagi aku, tindakan afirmatif itu perlu bagi memastikan peluang sama rata dan keadilan dalam masyarakat. Oleh itu, aku tidak dapat bersetuju dengan kem kedua.

Jadi apa yang aku percaya? Aku yakin pada tindakan afirmatif yang dapat memberi peluang kepada golongan yang memerlukannya dan menjurus ke arah pembentukan Malaysia yang lebih adil, tetapi bukan dalam bentuk atau atas alasan perkauman. Jika tiada tindakan afirmatif, jurang antara yang kaya dengan yang miskin akan menjadi luas seperti Singapura dan Hong Kong. Walaupun ada yang mengidolakan kemajuan Singapura, aku rasa kita tidak patut mencontohi Singapura dimana kekayaan hanya dinikmati segelintir rakyat dan kebanyakan rakyat terperangkap dalam low-middle income, inflasi dan harga perumahan yang melambung.

Aku sokong tindakan afirmatif atas prinsip keadilan dan bukannya kerana sebarang kontrak sosial atau pengiktirafan superioritas mana-mana pihak.

Juga, tindakan afirmatif berasaskan kaum tidak efisien. Mungkin pada mulanya senang hendak melaksanakan tindakan afirmatif berasaskan kaum, tetapi selepas lebih dari empat dekad, polisi ini membantut objektifnya. Jika kerajaan diberi pilihan antara tindakan afirmatif berdasarkan keperluan atau tindakan afirmatif berdasarkan kaum, dan kerajaan memilih yang kedua, ia memang satu tindakan yang tidak bijak.

Katakanlah kerajaan ada 100 biskut untuk dibahagikan antara rakyat Melayu, Cina dan India. Kerajaan buat kuota bahawa 70 daripada 100 biskut mesti dipegang oleh rakyat Melayu. Boleh jadi bahawa hanya satu individu memegang 70 biskut tersebut dan kerajaan tetap boleh isytihar bahawa ini satu bentuk tindakan afirmatif yang berjaya sepertimana yang digariskan. Dan kalau ada sesuatu yang aku belajar dari Republikan di Amerika Syarikat, rakyat Amerika yang percaya trickle-down memang terpedaya oleh retorik Republikan yang dijana korporat-korporat besar. Justeru, tindakan afirmatif berasaskan kaum bukan sahaja gagal mencapai sasaran golongan yang memerlukannya, di samping peluang untuk disalahgunakan besar, malah ia memburukkan hubungan antara kaum.

Sudah sampai satu tahap di mana jurang antara individu dalam satu kaum lebih besar daripada jurang antara kaum. Kalau dulu pejuang-pejuang Melayu ingin menghalang kapitalis Cina dan British daripada menguasai ekonomi negara, sekarang musuhnya bukan lagi Cina atau British, tapi kapitalis Melayu itu sendiri. Inilah realitinya. Melayu, Cina, India dan lain-lain sudah ada golongan yang kaya dalam puak masing-masing.

Isunya sekarang ialah bagaimana kita boleh memperkayakan rakyat biasa. Ahli falsafah terkenal John Rawls ada mengatakan bahawa keadilan mengutamakan hak asasi (basic rights) individu dan mana-mana pihak tidak harus melanggar hak asasi ini. Asalkan tindakan afirmatif tidak melanggar hak asasi, ia harus dilaksanakan jika ia memberi kelebihan untuk golongan yang terpinggir dalam masyarakat (the worst off).

Aku setuju dengan Rawls. Tindakan afirmatif adalah perlu untuk membina masyarakat yang lebih adil dan manfaat tindakan afirmatif perlu sampai kepada golongan yang disasarkan, dan asalkan ia tidak melanggar hak asasi. Kalau pengkritik sering dikritik kerana hanya mengkritik, sekarang aku mencadangkan alternatif: tindakan afirmatif yang berlandaskan prinsip keadilan yang digariskan oleh Rawls di atas, dan dilaksanakan seperti pemberian BR1M iaitu berasaskan keperluan. Maksud aku bukan beri wang percuma, tetapi cara implementasinya adalah dengan membuka satu sistem aplikasi, menjemput orang ramai untuk memohon mana-mana program tindakan afirmatif yang layak, dan memeriksa kelayakan mereka berasaskan pendapatan isi rumah dan mana-mana kriteria yang relevan.

Suara yang paling kuat tidak semestinya suara kebenaran. Wacana tentang tindakan afirmatif dan DEB di Malaysia didominasi oleh dua kem yang terperangkap dalam lingkaran retorik, red herring dan strawman selama empat dekad. Kedua-dua kem tidak memiliki kebenaran sepenuhnya, tapi mereka juga tidak salah sepenuhnya. Tindakan afirmatif adalah satu keperluan untuk keadilan, tetapi bukan dalam bentuk atau atas alasan perkauman.

(Artikel ini adalah petikan dari buku Aku Kafir, Kau Siapa?)

Ooi Kok Hin

Ooi Kok Hin adalah seorang graduan falsafah dari universiti Amerika Syarikat. Pernah menulis buku Aku Kafir, Kau Siapa? terbitan DuBook Press dan kini merupakan tonggak utama Matahari Books.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg>

The post Keluar Dari Dikotomi Palsu, Ke Arah Tindakan Afirmatif Yang Adil appeared first on SOLIDARITAS.

Mengasingkan Universiti Dari Politik Ibarat Memisahkan Pelajar Dari Masyarakat
‘Kesian’ haiwan-haiwan yang dibesarkan di perladangan kilang. Mereka dikurungkan semenjak mereka lahir. Mereka diberi makanan, air dan sangkar yang sekadar cukup untuk terus hidup. Semua hasil mereka, termasuklah anak, telur, susu dan najis; adalah milik pengusaha kilang. Haiwan-haiwan ini terus menghasilkan ‘produk’ untuk pengusaha kilang tetapi mereka tidak pernah merasai kebebasan, dan hidup menderita sehinggalah satu hari tanpa disedari, mereka disembelih.

Manusia lain daripada haiwan kerana kita boleh merealisasikan kebebasan. Namun jika kita tidak merealisasikan kebebasan kita, apa bezanya kehidupan kita dengan haiwan di perladangan kilang? Pergi sekolah 11 tahun, universiti 4 tahun, dan kemudian kerja dari 9 pagi hingga 5 petang. Satu hari tanpa disedari, kita mati. Manusia hanyalah bebas jika dia merealisasikan kebebasannya.

Ungkapan Zul Fikri Zamir melalui bukunya berjudul “Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang” menggerakkan minda dan hati ramai pihak kerana hakikatnya pada hari ini, sekolah ialah penjara, universiti ialah kilang. Universiti berlumba-lumba memenuhi permintaan industri (pengusaha kilang) dan mahasiswa berebut-rebut menjadi produk.

Pada waktu dahulu, universiti bukan sebegini. Menjadi mahasiswa membawa erti. It means something. Mahasiswa berazam untuk berkhidmat dan menyumbang kepada masyarakat.

Pada tahun 1930-an, sekumpulan guru pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI ketika itu, kini UPSI) berkumpul untuk membincangkan pembentukan pertubuhan sebuah parti politik kebangsaan yang pertama di Malaya British. Matlamat mereka adalah menyatukan orang Melayu di pelbagai negeri untuk menentang imperialisme. Diketuai oleh Ibrahim Yaakob, Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada tahun 1938 dan disokong kuat oleh guru pelatih di MPSI. Oleh sebab itulah MPSI kadangkala dirujuk sebagai tempat kelahiran nasionalisme Melayu (calon lain termasuklah Singapura dimana Kesatuan Melayu Singapura diasaskan oleh Mohammad Eunos Abdullah pada tahun 1926).

Pada tahun 1950-an dan awal 1960-an pula, kampus Universiti Malaya di Singapura dan Kuala Lumpur hangat dengan perbincangan politik. Sebuah negara bakal dan baru dilahirkan, dan pelajar mengambil bahagian untuk berdebat hala tuju negara dan isu-isu penting. Pada masa itu, Tun Dr Mahathir pun kerap menulis kritikan sosial tentang masyarakat dan kerajaan.

Pada tahun 1960-an dan awal 1970-an, pergerakan mahasiswa semakin pesat dengan pengaruh University of Malaya Students’ Union (UMSU), Socialist Club, National Union of Malaysian Students (PKBM), University of Malaya Malay Language Society (PBMUM), Chinese Language Society (CLS), Tamil Language Society (TLS), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan lain-lain. Pelajar mengambil berat isu-isu masyarakat dan terlibat secara aktif dalam menyuarakan bantahan mengenai petani yang tidak mempunyai tanah, pencerobohan ke atas Czechoslovakia, pilihan raya, sokongan Amerika terhadap Israel, kemiskinan luar bandar, autonomi universiti dan Tragedi 13 Mei.

Ya, kampus universiti riuh-rendah dengan masalah politik dan masyarakat, tapi pada masa itulah juga ramai bakal pemimpin dilahirkan dan demokrasi subur di kampus. Mahasiswa bukan produk, universiti belum lagi menjadi kilang.

Malangnya mulai 1970-an, kita menyaksikan penyekatan ruang demokrasi. Berikutan Protes Baling pada Disember 1974, aktiviti persatuan-persatuan pelajar di kampus universiti melesap dengan tindakan keras oleh pihak berkuasa dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Student Union yang bebas diganti dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang dipantau oleh pihak pentadbiran. Apabila kampus universiti dipisahkan dengan perbincangan politik, pelajar dipisahkan daripada masyarakat. Mereka yang tidak boleh merealisasikan kebebasan bertukar menjadi produk yang pasif. Proses perkilangan bermula.

Keadaan ini berlanjutan sehinggalah kes mahkamah “UKM 4” yang mencabar penyekatan ini dan membuka lembaran yang baru untuk peranan mahasiswa dalam masyarakat. Apabila empat pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditangkap atas dakwaan berkempen di Hulu Selangor pada pilihan raya kecil dan oleh itu melanggar peraturan AUKU, empat pelajar UKM ini mencabar konstitusionalisme (constitutionality) peraturan AUKU di Mahkamah Tinggi kerana melanggar kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kemudiannya, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa seksyen 15 dalam AUKU melanggar prinsip perlembagaan. Berikutan itu, kerajaan bertindak dengan membuang seksyen 15 dan makalah pelajar dapat melibatkan diri dalam politik, namun di luar kampus. Sejak itu kita telah menyaksikan ruang kebebasan politik dan akademik yang semakin meluas, walaupun masih terhad. Pelajar seperti Safwan Anang, KS Bawani, Adam Adli, Lee Chung Lun dan Fahmi Zainol tampil ke hadapan dan menggunakan ruang ini untuk menolak sempadan penyekatan.

Di Amerika Syarikat, tradisi debat presiden (presidential debate) wujud sejak tahun 1960-an dan kampus universiti sering menjadi medan pertarungan idea dan kempen politik. Terdapat dua pertubuhan pelajar di kebanyakan universiti: College Republicans dan College Democrats. Pelajar bebas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti kedua-dua kelab cawangan parti politik dan setiap kali musim pilihanraya berdekatan, mereka ini akan menjadi sukarelawan, mengadakan kutipan derma untuk perjuangan mereka dan menganjurkan kempen di kampus universiti untuk meraih sokongan.

Terdapat juga kelab lain yang aktif berpolitik (politik tidak terbatas pada politik kepartian) seperti International Socialist Organization, Committee for Justice in Palestine, We are the 99% Movement, Civil Rights Union, Model United Nations dan Amnesty International.

Ya, bukan semua perkara adalah bagus di Amerika. Contohnya, universiti di sana semakin dikuasai oleh kepentingan korporat dan birokrasi universiti didominasi oleh ahli bukan akademik. Tetapi ada juga perkara-perkara yang kita boleh belajar dari sana. Debat presiden kerap berlaku di kampus universiti. College Republicans dan College Democrats terlibat dalam kempen pilihan raya. Pada pemilihan 2012, Obama berbahas dengan Romney sebanyak tiga kali dan ketiga-tiga perbahasan diadakan di kampus universiti. Universiti kita pula menyambut ketua pembangkang negara dengan ‘blackout’ dan menghalau ahli Parlimen dari kampus dengan anggota keselamatan.

Ya, universiti tidak patut dikendalikan oleh ahli politik tetapi ini tidak bermaksud pelajar tidak boleh berdisklusi dan berdebat dengan ahli politik di dalam kampus. Malah, sebaik-baiknya forum dan debat yang sering dianjurkan oleh Karangkraf dan Sinar Harian diadakan di kampus universiti. Barulah kita boleh menarik pelajar untuk ambil berat masalah masyarakat dan memupuk semangat untuk melakukan perubahan. Ironik bahawa universiti tempatan mengalu-alukan kedatangan pemimpin luar negara seperti seorang raja, tetapi memulaukan pemimpin negara.

Mungkin sesetengah pihak akan mendakwa, “Kami tidak berniat menjadikan universiti sebagai kilang, ataupun mengasingkan pelajar daripada masyarakat dan proses politik. Cumanya, mereka patut belajar dahulu dan berpolitik kemudian”. Masalahnya, kalau selepas mereka tamat pengajian, mereka sudah tidak berminat! Jika kita telah menanam mentaliti dalam kalangan orang muda bahawa politik adalah buruk dan kotor, dan tidak sama sekali menggalakkan mereka untuk berpolitik sehingga tamat pengajian (kira-kira 23 tahun yang pertama dalam kehidupan mereka), adakah anda fikir mereka akan tiba-tiba tertarik untuk menyertai politik selepas tamat pengajian?

Tidak! Majoriti daripada kalangan best and brightest akan berkecimpung dalam dunia korporat atau mengejar kerjaya di luar negara untuk prospek yang lebih baik. Masyarakat menuai benih yang ia taburkan. Jika masyarakat tidak menggalakkan pelajar yang pintar dan cemerlang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik, masyarakat akan ditinggalkan dengan ahli-ahli politik yang tidak pintar dan tidak cemerlang. Plato pernah mengatakan bahawa.

“Hukuman yang paling berat bagi seseorang yang cerdik tetapi enggan memimpin adalah dipimpin oleh seseorang yang lebih teruk daripadanya”.

Sesungguhnya, ahli politik seperti MP Kinabatangan adalah satu hukuman kepada masyarakat kita.

Pada zaman dahulu, kanak-kanak sekolah membaca “Animal Farm” oleh George Orwell. Sekarang mereka membaca “Rumpelstiltskin” dan “Catch Us If You Can”. Jika ini adalah satu percubaan untuk ‘de-politicize’ dan ‘de-radicalize’ pelajar kita, ia satu proses pembodohan (dumbing down) yang merugikan pelajar dan masyarakat.

Seperti yang ditulis oleh John Stuart Mill pada abad ke-19.

“Adalah satu kesalahan besar apabila mendiamkan ungkapan pendapat kerana ia merompak umat manusia, generasi akan datang dan juga generasi yang sedia ada, orang-orang yang berbeza pendapat daripada sesuatu pendapat, lebih-lebih lagi orang-orang yang memegangnya. Jika pendapat itu benar, mereka dilucutkan peluang untuk menukarkan kesesatan dengan kebenaran: jika salah, mereka kehilangan, apa yang hampir sama besar manfaatnya, persepsi yang lebih jelas dan gambaran kebenaran yang lebih rancak, dihasilkan apabila kebenaran bertembung dengan kesilapan. Kita tidak dapat memastikan bahawa pendapat yang kita berusaha untuk menyekat adalah pendapat yang palsu; dan jika kita yakin pun, menyekat sesuatu pendapat masih suatu kesilapan. Untuk menolak suatu pendengaran kepada pendapat, kerana mereka yakin bahawa ia adalah palsu, adalah dengan menganggap bahawa pendapat mereka adalah seperti kepastian yang mutlak.”

Lebih teruk lagi, ahli akademik yang berkongsi ilmu mereka dituduh menghasut masyarakat. Pelajar yang mengambil berat dan menyuarakan pandangan tentang isu semasa dihukum dengan ancaman penarikan biasiswa dan saman oleh pihak universiti. Perhatikan bahawa ketika Fahmi Zainol membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk Universiti Malaya, ia menarik perhatian ramai.

Apabila kumpulan pelajar yang sama membawa masuk Opah Wahidah dari Kampung Chubadak, media dan masyarakat umum tidak memberi perhatian. Mungkin ia tidak benar bahawa mahasiswa taksub dengan politik, tetapi masyarakat itu sendiri yang taksub dengan politik. Kita hanya memberi perhatian ketika mereka melakukan sesuatu yang berkaitan dengan ahli ataupun parti politik. Adam Adli juga menjadi terkenal apabila dia menarik turun bendera yang memaparkan Datuk Seri Najib Razak. Di sinilah kita melihat ironinya.

Apabila ruang berpolitik disekat, pelajar lebih cenderung untuk mengikut parti politik kerana mereka tidak dibenarkan untuk mengutarakan idea-idea baru atau menubuhkan gerakan mereka yang tersendiri. Jika kita menyediakan lebih banyak ruang bagi mereka untuk bergerak secara bebas, kita mungkin akan lihat gerakan pelajar yang lebih bebas dan autonomi, tanpa bergantung pada parti politik (terutamanya dari pembangkang).

Kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) terbatas. Tanggungjawab sebuah perwakilan pelajar tidak patut terhad kepada isu-isu kecil dan rutin yang bersifat mekanikal.

Jika kita ingin memisahkan universiti dan politik, universiti akan menjadi pasif. Pelajar dan ahli akademik akan menuntut ilmu semata-mata dalam teori dan menerbit kertas penyelidikan yang akan dibaca dalami kalangan bulatan akademik sahaja. Tiada idea-idea baru akan disumbang kepada masyarakat. Jika itulah dunia akademik yang kita mahu, maka masyarakat tidak boleh mengharapkan apa-apa daripada dunia akademik.

Ia adalah satu perkara yang baik jika anak-anak muda berminat pada politik. Ia tidak mudah untuk mencari anak muda yang ingin mengambil bahagian dalam politik, menyuarakan pandangan dan idea, dan melakukan perubahan. Ramai yang hidup sekadar lulus peperiksaan dan bermain DoTA. Oleh itu, apabila anak-anak muda bersemangat untuk menyumbang kepada masyarakat dan membangkitkan isu yang penting, kita harus menghargai semangat itu dan memberikan ruang kepada mereka.

Bawalah kembali zaman di mana universiti dan pelajar ingin membuat perubahan dalam dunia politik, bukan dunia korporat dan apabila universiti adalah satu arena idea, bukan sebuah kilang.

Dalam ucapan terakhirnya sebelum bersara, Profesor Diraja Ungku Aziz berkata universiti tidak boleh menjadi seperti “katak di bawah tempurung”. Universiti tidak boleh mengasingkan diri daripada politik atau masyarakat, kerana mereka tidak dapat dipisahkan. Seperti Dr. Khong Kim Hoong berkata,

“Untuk mengasingkan pelajar dari politik adalah untuk mengasingkan pelajar dari masyarakat mereka sendiri.”

(Artikel ini dipetik dari buku Aku Kafir, Kau Siapa?)

Ooi Kok Hin

Ooi Kok Hin adalah seorang graduan falsafah dari universiti Amerika Syarikat. Pernah menulis buku Aku Kafir, Kau Siapa? terbitan DuBook Press dan kini merupakan tonggak utama Matahari Books.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg>

The post Mengasingkan Universiti Dari Politik Ibarat Memisahkan Pelajar Dari Masyarakat appeared first on SOLIDARITAS.

Perbandingan Antara Pengalaman Islam Di Amerika Dengan Islam Di Malaysia
Aku mungkin mempunyai pendedahan terawal mengenai Islam di sekolah rendah. Pelajar-pelajar di sebuah kelas mempunyai jadual waktu yang sama, tapi dengan satu pengecualian. Pelajar Muslim akan mengikuti kelas Pendidikan Islam, dan pelajar bukan Muslim mengikuti kelas Pendidikan Moral. Pada masa itu aku tidak kisah sangat. Kadangkala aku rasa terganggu sebab kena pindah kelas, tapi ada kalanya seronok juga dapat bergaul dengan budak kelas lain. Beberapa kali kelas Pendidikan Moral dibatalkan, jadi kami duduk diam-diam dekat kelas Pendidikan Islam. Aku lihat kawan-kawan aku membaca doa. Ada rasa perasaan terasing, tapi kadang-kadang indah juga. Sebenarnya aku senyap-senyap berpendapat bahawa nasib baik ada Islam dan pelajar Muslim, kerana pelajar-pelajar dapat balik awal pada hari Jumaat!

Lebih 10 tahun kemudian, apa yang aku nak katakan pasal Islam ya? Waktu sekolah menengah, kami belajar tentang Nabi Muhammad dan sejarah Islam. Terdapat lebih kurang lima bab dalam buku teks sejarah yang kami perlu hafal tentang sejarah Islam. Di universiti, aku ada membaca beberapa buku tentang Islam dan politik Islam. Melalui pendedahan dari kawan-kawan dan media, aku mendapat tahu tentang Ali Shariati, Tariq Ramadan, Hamza Yusuf, Reza Aslan dan al-Ghazali. Aku juga ‘like’ page Dr MAZA, Dr Zaharuddin dan Ustaz Azhar Idrus. ‘Like’ bukan tanda setuju. Aku nak ikut perkembangan wacana mereka dan tahu isu apa yang menonjol (salient issues) dalam kalangan mereka.

Pengetahuan aku tentang Islam memang cetek jika dibandingkan dengan kebanyakan kawan Muslim, terutamanya yang ‘Islamik’ dan mengaji Islamic studies, tapi bolehlah dikatakan lebih banyak jika dibandingkan dengan majoriti kawan bukan Muslim.

Aku agnostik tapi kalaulah satu hari nanti aku percaya pada Tuhan dan memeluk Islam, aku rasa kebarangkalian ia akan berlaku di luar negara, bukan di Malaysia. Islam di Malaysia adalah Islam Melayu; Islam yang berpaut pada autoriti (tak kira mana-mana pihak; UMNO ke, PAS ke, JAKIM ke, MAIS ke) dan perebutan kuasa politik.

Aku tidak kata ini betul atau salah, cumanya aku tidak akan berminat dengan Islam begini. Di Amerika, aku pernah menjelajah beberapa kali dengan kawan-kawan Melayu dan Cina. Kawan-kawan Melayu tetap komited menunaikan sembahyang lima kali sehari walaupun dalam perjalanan, makalah kami bersinggah di beberapa masjid. Terus-terang, aku agak terkejut dengan layanan terhadap aku di masjid luar negara berbanding masjid di Malaysia.

Ada sekali aku menjelajah ke Urbana-Champaign, Illinois. Kawan-kawan aku, Izzat, Amir dan Umar; nak sembahyang. Aku boleh saja tunggu di luar masjid tapi Amir ajak masuk sahaja. Aku berehat di masjid sambil menunggu kawan-kawan menunaikan kewajipan mereka. Orang-orang yang masuk masjid menyusun kasut dengan elok dan bertegur sapa dengan aku. “Assalamualaikum, brother”, “Welcome” dan “Hi. How are you today?” antara sapaan yang diucap kepadaku.

Di Malaysia, pengalaman aku adalah kalau nak masuk masjid, bukan sahaja bukan Muslim malah Muslim pun teragak-agak sama ada kami boleh masuk masjid atau tidak. Aku belum masuk pun sudah ditatap dengan wajah-wajah yang seolah-olah bertanya “buat apa Cina ni buat kat sini?”. Di Masjid Negara, kami diminta untuk berpakaian menutup aurat atau sarungkan kain yang diberi. Ada sekali di Masjid Putrajaya, aku ternampak sepasang pelancong ditegur dalam kawasan masjid dengan pekikan “Oi halo halo! You cannot go there!”

Jangan salah faham. Aku bukan mempertikaikan hal-hal aurat atau tempat sembahyang yang dikhaskan untuk Muslimin dan Muslimat, tetapi cara kami dilayan dan intonasi itu membuatkan kami terasa tidak dialu-alukan. Tidak hairanlah jika kebanyakan bukan Muslim di Malaysia tidak berminat mengenali Islam atau menjenguk masjid.

Berkenaan para ulama dan ustaz, aku ada sedikit perkongsian. Di Ohio, aku mempunyai dua rakan yang banyak mengajar aku pasal perkembangan dan pemikiran Islam, Azham dan Radin. Satu hari di kedai kopi One Line Coffee, kami sedang berkisar tentang sejarah Islam dan aku mengemukakan kritikan berdasarkan kenyataan sesetengah ustaz. Radin memperbetulkan aku bahawa ustaz bukan scholars. Terdapat ramai ustaz di luar sana dengan pandangan lain-lain. Hanya segolongan kecil yang menjadi ulama, seperti Syeikh Hamza Yusuf. Saat itu baru aku mengetahui bahawa ulama dalam bahasa Inggeris ertinya scholars.

Scholars bagi aku merupakan satu istilah yang membawa imej berilmu, berkredibiliti, akademik atau saintifik dan bijaksana. Imej ulama pada mata aku sudah lebih baik berbanding dulu kerana aku sedar bukan semua kenyataan ustaz mewakili pandangan ulama (dulu aku tak tahu pun perbezaannya). Tetapi terus terang, aku masih belum mempunyai tanggapan tinggi terhadap para ulama dan terutamanya para ustaz dan aku ingin menjelaskan sebabnya.

Hampir setiap kali para ulama atau para ustaz mengeluarkan kenyataan atau muncul di berita, mesti berkisar tentang haram itu dan haram ini. Alasannya pun sudah standard. “Untuk mempertahankan Islam”, “Bertentangan dengan ajaran Islam”, “Demi kebaikan ummah” atau “Pihak X mendapat tajaan dari Barat untuk menyesatkan orang Islam”. Tidak dilupakan, “konspirasi Yahudi untuk menawan dunia Islam”.

Macam mana kamu nak harap bukan Muslim untuk menghormati dan mengangkat kepimpinan ulama jika apa yang kami lihat setakat haram itu dan haram ini? Ya, aku tahu mereka ada buat program ilmiah dan khidmat masyarakat. Bayangkan sahajalah awak di tempat kami. Kalau setiap kali awak baca berita (tak kiralah Utusan ke, Sinar ke, Malaysiakini ke), golongan paderi Kristian seringkali mengeluarkan kenyataan bersifat eksklusif dan memburukkan pihak lain, apa pandangan awak terhadap mereka?

Kemudiannya, mereka mengeluarkan fatwa. Fatwa tersebut merupakan pendirian dan pendapat mereka tentang sesuatu isu, ataupun learned opinion. Apabila ada pihak mempertikaikan fatwa tersebut, golongan agama terus melabel mereka sebagai liberal, sesat dan mencabar Islam. Soalannya, adakah mereka itu Islam? Adakah golongan yang mempertikaikan fatwa mencabar agama atau pandangan manusia? Mungkin hujah mereka ada asasnya tapi biasanya jurucakap golongan agamawan ini memilih jalan mudah untuk bersembunyi di sebalik autoriti agama. Mereka bukan sahaja enggan berdialog dan mendengar hujah lain, malah melemparkan label-label ad hominem terhadap yang tidak bersetuju dengannya. Tugas rakyat dengar dan ikut sahaja. Pandangan agamawan tidak boleh dipertikaikan. Aku tahu dalam kalangan Muslim sendiri pun ada yang menolak keangkuhan ini. Cuba bayangkanlah persepsi bukan Muslim pula bagaimana?

(Artikel ini dipetik dari buku Aku Kafir, Kau Siapa?. Ooi Kok Hin hari ini merupakan seorang Muslim)

Ooi Kok Hin

Ooi Kok Hin adalah seorang graduan falsafah dari universiti Amerika Syarikat. Pernah menulis buku Aku Kafir, Kau Siapa? terbitan DuBook Press dan kini merupakan tonggak utama Matahari Books.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg>

The post Perbandingan Antara Pengalaman Islam Di Amerika Dengan Islam Di Malaysia appeared first on SOLIDARITAS.

Memikir Semula Sekolah Satu Aliran
Kalau ada satu perkataan yang boleh menggambarkan sistem pendidikan negara kita, aku memilih perkataan ‘messy’. Ada yang masuk tadika, ada yang tidak. Sekolah rendah dan sekolah menengah pula ada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Agama, Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains MARA, Chinese Independent High School dan International School. Di peringkat pendidikan tinggi, kita ada kolej swasta, kolej-universiti swasta, universiti awam, universiti awam eksklusif (UiTM), universiti swasta, universiti swasta not-for-profit (UTAR) dan universiti luar negara yang mempunyai cawangan kampus di Malaysia.

Dalam sebuah dunia yang ideal, semua kanak-kanak di Malaysia akan menikmati kualiti dan sistem pendidikan yang sama, suasana pembelajaran dan  persekitaran yang sama, bergaul dan bersahabat dengan pelbagai kaum dan belajar bersama-sama. Itulah yang diidamkan, tapi itulah masalahnya. Realiti kini bukan dunia yang ideal. Aku ada menceritakan pengalaman aku di sekolah kebangsaan di bahagian lain buku ini. Aku rasa jelas bahawa pengalaman di sekolah kebangsaan membina jati diri aku dan membolehkan aku berinteraksi dengan rakan-rakan pelbagai kaum. Ya, aku sedar pengalaman semua orang lain-lain dan tidak adil untuk aku membandingkan pengalaman sekolah siapa lebih ‘baik’ dan patut dijadikan blueprint. Aku cuma rasa kalau boleh, aku mahu lebih ramai orang mengalami perjalanan aku di sekolah kebangsaan dulu.

Sebab itu aku patut menyokong sekolah satu aliran, betul? Tidak. Aku menolak cadangan ‘sekolah satu aliran’ yang sedia ada buat masa kini. Mengapa?

Apa yang kita faham dengan istilah ‘sekolah satu aliran’? Seringkali ungkapan ini dilaungkan bersama kritikan ke atas sekolah vernakular. Mengikut sesetengah pihak, sekolah vernakular membantut usaha membina perpaduan kaum dan bangsa Malaysia. Pandangan ini sebenarnya dikongsi banyak pihak, termasuk kawan-kawan aku dari pelbagai kaum. Awak jangan ingat hanya golongan ekstrem atau ahli politik saja yang berfikir begini. Ini satu pandangan yang tidak patut dianggap ringan. Akan tetapi, bagi aku, diskusi ini terlalu sempit dan tidak bermakna.

Ini yang aku maksudkan dengan sekolah satu aliran: Semua kanak-kanak Malaysia mengharungi satu sistem pendidikan yang sama. Wacana tadi disempitkan kerana hanya membincangkan sekolah vernakular. Mana SBP? Mana MRSM? Mana sekolah agama? Apabila awak benar-benar faham apa yang dimaksudkan dengan sekolah satu aliran, awak akan faham betapa mustahilnya ia akan berjaya kerana kebanyakan penyokong ‘sekolah satu aliran’ akan menarik sokongannya. Sekolah satu aliran bukan satu asimilasi. Ia adalah ke arah pembentukan bangsa Malaysia.

Tetapi percayalah, jika sekolah satu aliran diumumkan, golongan ekstrem Melayu seperti Perkasa dan ekstrem Cina seperti Dong Zong akan bergabung tenaga menentang sekolah satu aliran. Ironik, sebab mereka saling membenci, tetapi mereka yang suka membakar sentimen sebenarnya semirip.

Mereka ingat sekolah satu aliran hanya melibatkan pengorbanan dari sekolah vernakular. Sebenarnya simbol ataupun kubu Melayu-Bumiputera seperti SBP dan MRSM pun perlu diubah jika kita benar-benar mahu mewujudkan sekolah satu aliran. Apabila aku memahami bahawa pengorbanan itu adalah lebih mustahil daripada pengorbanan sekolah vernakular, saat itulah aku hilang keyakinan terhadap idea sekolah satu aliran.

Mungkin ada pihak yang sengaja menghadkan wacana mengenai sekolah satu aliran kepada sekolah vernakular. Mungkin tujuan mereka ialah membubarkan sekolah vernakular. Tujuan aku adalah sekolah satu aliran. Aku tidak akan terperdaya dengan sebarang cadangan ‘sekolah satu aliran’ yang hanya merupakan hiasan atau muslihat. Kalau betul-betul mahu sekolah satu aliran, everything needs to be on the table.

Awak tidak boleh mengasingkan dan memberi layanan istimewa kepada sesetengah sekolah kerana ia bukan sahaja tidak adil, malah ia memberi alasan untuk sekolah lain berprasangka buruk dan menarik diri. Sekolah mana yang sudi menyerah identitinya ‘for the greater good’ jika ia mengetahui bahawa ada sekolah lain yang diberi pengecualian? Betul kata seorang kawan, Malaysia terlalu banyak stakeholders. Susah nak melaksanakan perubahan total.

Rahm Emanuel pernah berkata, you never want a crisis to go to waste. And what I mean is that it is an opportunity to do things that you think you could not do before. Aku rasa perubahan total hanya akan datang selepas Malaysia mengharungi satu krisis, dan jika ia berlaku, aku percaya pada masa itulah perubahan menjurus ke sekolah satu aliran boleh menjadi satu kenyataan. Buat masa ini, aku tidak nampak keikhlasan, malah aku menjangka keengganan semua pihak berkorban untuk sekolah satu aliran.

Di peringkat universiti pun sama. Awak perasan tak seorang anak Malaysia boleh melalui sistem pendidikan kita dari peringkat tadika hingga universiti tanpa interaksi dengan kaum lain? Melayu boleh pilih sekolah agama, SBP atau MRSM dan sambung pelajaran di UiTM atau UIA. Dan lepas tamat pengajian, mereka kerja di sektor awam atau syarikat GLC. Cina pula boleh belajar di sekolah vernakular dan sambung di UTAR. Lepas habis belajar, kerja pula di syarikat swasta Cina atau syarikat multinasional.

Aku tak faham mengapa lebih 60 tahun selepas merdeka kita masih tidak memperbetulkan keadaan ini. Malah kita memburukkan keadaan dengan kompromi yang semakin lari dari pembinaan bangsa Malaysia.

Contohnya UTAR. MCA yang gagal berunding dengan parti pemerintah untuk membuka universiti awam kepada lebih ramai bukan Bumiputera yang berkelayakan akhirnya memutuskan mereka tidak boleh berbuat apa untuk mengubah minda kabinet. Jadi mereka menubuhkan UTAR di mana kos tuisyen disubsidikan dan kebanyakan penuntutnya berbangsa Cina. Sesetengah orang kata ini satu pencapaian MCA tapi bagi aku ini simbol kegagalan sistem berasaskan perkauman. Kita semakin memisahkan rakyat!

UTAR sekurang-kurangnya universiti swasta not-for-profit. UiTM, iaitu universiti terbesar di Malaysia dari segi jumlah pelajar dan saiz universiti, adalah universiti awam. Universiti awam yang dibiayai semua rakyat Malaysia tetapi eksklusif kepada Bumiputera (kecuali program pra-universiti di INTEC). Adakah aku dan kawan-kawan Cina, India dan lain-lain marah tidak bersebab?

Cuba pandang dari sudut kami. Universiti-universiti awam tempatan yang lain sudah ada kuota lebih 55% untuk Bumiputera, kemudian ada pula universiti-universiti besar yang 100% Bumiputera. Untuk makluman, sebelum 2002, kuota diputuskan pada 55% Bumiputera dan 45% Bukan Bumiputera, tetapi walaupun kerajaan mengumumkan sistem kuota diubah, data menunjukkan sebaliknya. Pada tahun 2013, BBC melaporkan hanya 19% tempat di universiti awam ditawarkan kepada pelajar berbangsa Cina dan 3% untuk pelajar berbangsa India.

Setiap tahun pasti muncul berita pelajar cemerlang STPM dan SPM yang tidak ditawarkan tempat di universiti tempatan atau matrikulasi (atau diberi kursus yang lain daripada yang diminta). Aku tahu rakyat tidak sepatutnya rasa mereka entitled kepada semua benda yang mereka mahu, tapi bayangkanlah jika pelajar tercemerlang antara Cina dan India tidak mendapat tempat, apakah nasib pelajar-pelajar Cina dan India yang baik keputusan cuma tidak begitu cemerlang?

Ada seorang kawan aku mendapat keputusan SPM yang memuaskan. Ada beberapa A dan B. Memang tiada harapan untuk dia masuk matrikulasi dan dia tidak ada duit untuk pergi kolej swasta. Maka dia mengambil STPM. Sesiapa yang pernah melalui STPM, atau pernah melihat silibusnya, tahu bahawa STPM memang jauh lebih sukar berbanding matrikulasi. Dia gagal subjek Matematik STPM, tiada harapan masuk universiti awam dan terpaksa pinjam duit masuk UTAR untuk ulang kembali program persediaan universiti. Bazir duit, bazir masa dan dipinggirkan. Kawan ini pelajar setaraf aku waktu sekolah! Kami pelajar average dan hidup biasa-biasa.

Bukan semua Cina kaya dan pandai. Aku tak pasti macam mana lagi hendak menceritakan perasaan dipinggirkan, mungkin hanya yang pernah melalui pengalaman itu memahaminya. Mungkin ramai ibu bapa Cina dan India hantar anak-anak ke international school dan universiti swasta walaupun mereka terpaksa pinjam duit kerana mereka telah dikecewakan. Mereka syak anak-anak mereka tidak akan diberi peluang, maka mereka pun enggan memberi peluang kepada sistem pendidikan awam.

Begitulah kepincangan sistem kita. Aku sangat kecewa setiap kali berbincang pasal pendidikan di Malaysia. We could be so much better than this. Terlalu banyak wasted potentials rekaan sendiri, dan kemudian kita tertanya-tanya macam mana brain drain ini boleh terjadi. Seumpama tidak melihat gajah di dalam bilik!

Tapi nasib baik aku masih kecewa. Aku harap rakan-rakan juga kecewa. Sebab aku kenal seorang makcik ini, dulu warganegara Malaysia dan sekarang telah menetap di luar negara. Dia dengan bangganya menceritakan kehidupan luar negara dan apabila ditanya tentang Malaysia, dia kata dia sudah tidak mengambil berat. Ya, baguslah aku kecewa. Baguslah kalian rasa geram. Sebab itu bukti kita masih kisah. Aku cuma takut saban hari semakin ramai yang menjadi tak kisah, antara kawan-kawan aku juga, dan yang paling aku takut, diri aku.

Sebelum tibanya peluang untuk perubahan total, maka aku rasa kita patut mula mengambil langkah kecil-kecil. Fokus mengangkat kembali standard sekolah kebangsaan. Seperti konsep ekonomi dan pasaran, jika produk itu bagus, orang akan membelinya. Kita tidak perlu paksa orang guna produk itu. Sekarang anak menteri pun pergi international school dan universiti luar negara. Mana boleh menteri minta rakyat hantar anak-anak ke sekolah kebangsaan tapi beliau sendiri tidak mahu dan tidak akan hantar anaknya ke situ? Ini soal keyakinan.

Ini yang menyedihkan. Sekolah kebangsaan (dan universiti awam) yang sepatutnya menjadi pilihan pertama anak-anak Malaysia telah menjadi last resort. Melayu-Bumiputera yang terbaik akan pergi SBP, MRSM atau sekolah agama. Cina dan India pergi sekolah vernakular. Yang kaya pergi international school. Yang saki-baki pergi sekolah kebangsaan.

Jadi untuk aku, prioriti kerajaan adalah menaiktaraf kualiti sekolah kebangsaan secara komprehensif. Aku mengaku aku bukan pakar dan oleh itu aku tak mahu berlagak pandai. Tapi jika kita serius hendak menjadikan sekolah kebangsaan pilihan utama ibu bapa, kita perlu melakukan perubahan drastik dengan komitmen yang penuh, bukan hangat-hangat tahi ayam.

Aku rasa peluang untuk pembuat dasar membaca artikel ini sangat cetek, tapi jika ada yang membaca, aku sarankan buat reformasi sistem pendidikan seperti Finland. Empat puluh tahun yang lalu, kepincangan sistem pendidikan mendesak kerajaan Finland untuk membuat kajian dan reformasi yang komprehensif. Mereka komited terhadap aspirasi itu dan sekarang sistem pendidikan Finland adalah antara yang terbaik di dunia. Cuba rujuk pelbagai artikel, esei dan kertas kerja yang sudah ditulis mengenai pencapaian yang menakjubkan itu. Atau tonton dokumentari seperti The Finland Phenomenon.

Kalau aku kahwin dan ada anak, aku mahu hantar anak lelaki ke Penang Free School (PFS). PFS adalah satu sekolah yang istimewa dan aku nak anak aku mengalami perjalanan yang mendedahkan dia kepada rakyat pelbagai kaum. Tapi kalaulah kualiti pendidikan sekolah tersebut menjunam sangat, aku yang semangat PFS pun akan teragak-agak sebab kalau aku bertindak ikut kehendak peribadi, ia tidak adil untuk anak aku.

Oleh itu aku mahu berkata kepada semua, dan mungkin kepada diri, bahawa masih ada rakyat seperti aku yang percaya pada sistem pendidikan awam tapi ia sangat memerlukan perubahan. Pendek kata, ia agak sarat. Janganlah bergaduh pasal retorik dan benda-benda yang kamu tahu tidak akan diubah buat masa kini. Buat apa yang kamu boleh buat sekarang untuk menaiktaraf kualiti pendidikan awam sehingga orang ramai akan memilihnya.

(Artikel ini adalah petikan dari buku Aku Kafir, Kau Siapa?)

Ooi Kok Hin

Ooi Kok Hin adalah seorang graduan falsafah dari universiti Amerika Syarikat. Pernah menulis buku Aku Kafir, Kau Siapa? terbitan DuBook Press dan kini merupakan tonggak utama Matahari Books.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg>

The post Memikir Semula Sekolah Satu Aliran appeared first on SOLIDARITAS.