Noor Mohamad, Author at SOLIDARITAS

Biar TMJ Uruskan Harimau Malaya
Selepas pasukan Harimau Malaya sekali lagi gagal untuk mara ke pusingan seterusnya dalam kelayakan Piala Dunia 2022 baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu akui kelemahan yang ada sekali gus wajar mempertimbangkan secara serius tawaran pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) untuk membantu mengendalikan serta menguruskan skuad kebangsaan dalam saingan antarabangsa.

Ironinya walaupun berjaya mengalahkan Thailand serta meraih slot ke peringkat kumpulan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023, namun secara jujurnya kita perlu menerima kenyataan bahawa prestasi skuad ini masih belum mantap dan tidak mempunyai ciri serta perwatakan untuk mencipta sejarah mara ke pusingan berikut kelayakan Piala Dunia.

Ketidaktentuan prestasi skuad kali ini lebih mengecewakan para peminat kerana kita diberi bayangan pemain naturalisasi yang ada mampu mencipta kejutan dengan persembahan yang luar biasa. Tetapi apa yang dipamerkan oleh mereka cukup menghampakan dan menerima kritikan yang hebat dari peminat sehingga sudah mula dianggap sebagai liabiliti kepada skuad kebangsaan.

Justeru sudah tiba masanya kita melihat secara menyeluruh bagaimana untuk membina, membangun dan menguruskan skuad kebangsaan secara lebih profesional. Profesional di sini bermaksud kita perlu memberi perhatian serius kepada perkara asas seperti kemudahan latihan dan infrastruktur yang terbaik, memilih dan melantik jurulatih yang mampu memenuhi ekspektasi dan harapan seluruh peminat tempatan, melaksanakan sesi pemilihan pemain yang layak menganggotai skuad kebangsaan secara lebih teliti dan telus, menyediakan bantuan teknikal yang diperlukan di samping menguruskan keperluan pemain dan pasukan secara menyeluruh.

Selama ini antara perkara yang menghantui skuad kebangsaan sehingga menjejaskan prestasi dalam sesuatu kejohanan ialah aspek pengendalian pasukan membabitkan isu pemilihan pemain dan jurulatih yang berkaliber yang mampu merealisasikan harapan peminat. Oleh itu sudah tiba masanya FAM dengan lapang dada menerima tawaran TMJ serta gesaan peminat yang turut menyokong hasrat TMJ tersebut.

Pengurusan kelab JDT yang cekap dan efisien sehingga mampu muncul sebagai pasukan terkuat wajar dijadikan kayu ukur kehebatan pencapaian TMJ dalam aspek pengurusan dan pengendalian sebuah pasukan bola sepak. Harus diingat TMJ berjaya melaksanakan transformasi 360 darjah dengan menjenamakan semula pasukan Johor kepada JDT seperti yang ada sekarang. Pelbagai kemudahan dan fasiliti canggih yang disediakan di samping keberanian melabur untuk mendapatkan pemain tempatan dan import yang berkualiti membuktikan kehebatan ciri kepimpinan TMJ dalam bidang sukan secara keseluruhannya.

Malah kita juga percaya TMJ sudah belajar dari kesilapan percaturan pengurusan pasukan kebangsaan terutamanya pelantikan jurulatih import ketika menjadi presiden FAM pada 2017. Untuk rekod, jurulatih import yang dilantik oleh TMJ pada ketika itu, iaitu Nelo Vingada gagal mencatat sebarang kemenangan dalam tujuh aksi di bawah kendaliannya sebelum bertindak meletak jawatan pada Disember tahun yang sama.

Sejak TMJ mengemukakan tawaran tersebut, para peminat bola sepak tempatan juga dilihat cukup teruja untuk melihat TMJ menguruskan pasukan kebangsaan selepas ini. Keterujaan ini dapat dilihat di laman sosial apabila ramai peminat mula mendesak supaya Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menyerahkan soal pengurusan pasukan kebangsaan kepada TMJ.

Dalam konteks ini FAM perlu bijak membuat pengasingan kuasa dan tugas, iaitu membabitkan pengurusan badan induk bola sepak negara itu serta pengendalian skuad kebangsaan. Presiden dan ahli jawatankuasa yang ada wajar memberi fokus kepada aspek pengurusan FAM terutamanya membabitkan tadbir urus bola sepak tempatan. Di samping itu, FAM juga wajar memberi perhatian serius kepada soal pencarian dan pembangunan bakat baru dalam kalangan remaja dan belia sebagai barisan pelapis skuad kebangsaan.

Manakala pengurusan skuad kebangsaan pula wajar diserahkan kepada individu seperti TMJ yang tidak terikat dengan FAM, terbukti kemampuan serta sanggup dan bersedia untuk membantu. Dengan ini kita dapat melihat pengurusan pasukan kebangsaan yang lebih profesional, fokus, cekap dan efisien tanpa sebarang karenah birokrasi terutamanya dalam soal pemilihan pemain dan jurulatih. Kita percaya TMJ juga mampu merungkai isu keperluan pemain naturalisasi dalam skuad kebangsaan.

Berbekalkan pengalaman, pengetahuan, keberanian serta pengaruh, kita yakin TMJ adalah individu yang paling layak untuk menguruskan pasukan kebangsaan. Secara prinsipnya, penulis dan para peminat bola sepak tanahair yakin dan percaya bahawa TMJ ada perwatakan dan karakter yang diperlukan untuk menjenamakan semula pasukan Harimau Malaya agar kembali menjadi skuad yang disegani di rantau ini.

Jujurnya peminat semakin bimbang dengan prestasi skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa. Kita pernah melahirkan pasukan kebangsaan yang hebat sebelum ini sehingga mampu mengalahkan Korea Selatan serta boleh mara ke Sukan Olimpik. Jadi kita berharap FAM akan bertindak segera dengan menyambut dan menerima tawaran TMJ sekali gus memberi peluang kepada TMJ untuk mengembalikan legasi kecemerlangan skuad kebangsaan. Tuntasnya, TMJ adalah harapan dan pilihan terbaik yang kita ada sekarang untuk memulihkan imej dan prestasi pasukan Harimau Malaya.

Noor Mohamad

Noor Mohamad Shakil Hameed berkelulusan Master Komunikasi Korporat (2010) dan Bacelor Ekonomi (2001) dari UPM. Berjawatan hakiki Pegawai Tadbir dengan gelaran Timbalan Pendaftar di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Kini diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Pengarah di Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm) UPM. Di samping bertugas sebagai pentadbir di UPM, penulis juga bergiat aktif sebagai penulis artikel, rencana dan puisi. Rencana dan artikel penulis sering mendapat tempat di akhbar-akhbar arus perdana negara seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro di samping dalam makalah berkala seperti Dewan Masyarakat. Beliau juga merupakan ahli pemikir Malaysia Corruption Watch (MCW).

The post Biar TMJ Uruskan Harimau Malaya appeared first on SOLIDARITAS.

Malaysia Perlukan Vaksin Antirasuah
Masalah rasuah di negara kita kelihatan semakin parah dan sukar dikawal. Umpama pandemik, virus rasuah ini terus menular dalam kalangan masyarakat kita. Jika keadaaan ini berterusan, ianya boleh menghancurkan negara dan juga rakyat. Justeru, tatkala semua pihak sibuk mendapatkan vaksin untuk wabak Covid-19, eloklah kita turut memberi tumpuan serius untuk menghasilkan vaksin antirasuah untuk kegunaan rakyat kita yang “berpenyakit” rasuah.

Ironinya, setiap hari kita didedahkan dengan pelbagai salah laku dan penyelewengan yang cukup mengejutkan. Misalnya, tatkala belum reda isu rasuah di beberapa buah agensi penguatkuasaan, kita dikejutkan pula dengan pendedahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di kaunter hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ironinya, kepincangan ini didedahkan oleh Ketua Pengarah JPJ sendiri. Pada masa yang sama negara juga dikejutkan dengan isu kartel daging haram yang menyalahguna logo halal dan menipu suluruh umat Islam negara ini. Insiden ini juga membabitkan isu rasuah dan salah guna kuasa. Maka kejadian seperti ini menunjukkan masalah rasuah di negara kita semakin parah, serius dan kelihatan begitu sukar untuk ditangani mahupun dikawal. Ringkasnya, sudah pun menjadi pandemik yang serius.

Hakikatnya, walaupun pelbagai ikhtiar dan inisiatif telah dilaksanakan namun hasilnya tidak seperti yang kita mahukan. Apa yang pasti, yang memberi terus menghulurkan habuan untuk mencapai pelbagai hasrat mereka, manakala yang menerima pula terus menadah dan mengambil kesempatan di atas jawatan, kuasa dan kedudukan yang telah diberikan kepada mereka. Akibatnya, rasuah, ketirisan, penyelewengan dan salah guna kuasa terus bermaharajalela sekali gus merosakkan sistem pentadbiran di negara kita. Jelas sekali ubat atau vaksin yang kita gunakan selama ini untuk mengubati virus rasuah dalam kalangan anggota masyarakat kita yang tamak dan mengkhianati amanah rakyat tidak berkesan seperti yang kita mahukan.

Ironinya faktor gaji rendah dan tidak mencukupi bukan lagi suatu alasan yang rasional dan boleh diterimapakai. Hakikatnya rasuah bukan lagi norma baharu dalam masyarakat kita sebaliknya sudah menjadi amalan rutin yang tidak boleh disorokkan lagi kerana ianya tidak kelihatan sebagai perbuatan yang salah mahupun berdosa. Ringkasnya, rasuah sudah mula dianggap sebagai perkara biasa dan tidak ada apa yang perlu dihairankan, dimalukan atau ditakuti untuk melakukannya.

Sedar atau tidak kita semakin beralih ke arah menjadi sebuah masyarakat yang imun atau mangli dengan rasuah. Fenomena ini bakal merosakkan sistem pentadbiran kerajaan, menggadai nilai-nilai murni dalam masyarakat dan juga menghancurkan masa hadapan rakyat dan negara secara perlahan-lahan. Justeru perlu ada tindakan bersepadu secara menyeluruh di semua peringkat lapisan masyarakat jika kita mahu menangani masalah defisit integriti ini.

Antaranya, semua agensi awam terutamanya agensi penguatkuasaan perlu dibersihkan terlebih dahulu. Tuntasnya, laksanakan proses pemutihan dengan segera dengan mencari, mengenalpasti dan mengambil tindakan tegas terhadap pegawai dan anggota yang terlibat. Jangan kompromi dalam soal mengenakan hukuman undang-undang dan tatatertib yang sewajarnya atas kesalahan mereka. Dalam konteks ini satu perkara yang perlu diberi perhatian serius ialah hukuman yang sedia ada. Tidak keterlaluan untuk dikatakan hukuman yang sedia ada masih belum mampu menakutkan dan mencegah seseorang individu itu terlibat dengan rasuah. Jadi eloklah semak dan menambahbaik hukuman tersebut agar lebih keras dan menggerunkan semua pihak. Apakah hukuman mati boleh menjadi vaksin yang terbaik dan berkesan?

Setiap agensi penguatkuasaan juga wajib melaksanakan proses saring, pilih dan tempatkan pegawai yang benar-benar ada integriti yang tinggi di semua lokasi yang sensitif dan berpotensi untuk berlakunya elemen salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah. Di samping itu proses penempatan dan pertukaran pegawai dan anggota dari tempat sensitif juga wajar dikerapkan. Justeru dicadangkan perlu ada sebuah jawatankuasa khas yang bebas untuk melakukan proses pemilihan dan penempatan tersebut.

Dalam pada itu, setiap agensi juga perlu kerap melaksanakan program pendidikan dan pencegahan untuk mewujudkan kesedaran dan peringatan dalam kalangan warga kerja secara berterusan. Janganlah ada kes baru kita kelam kabut, sebaliknya program pendidikan kesedaran perlu menjadi amalan rutin terutamanya dari segi didikan rohani.

Pada masa yang sama jangan juga kita lupa jika tiada penawaran maka tidak akan ada permintaan. Justeru, mana-mana individu yang memberi rasuah atau menawarkan sebarang bentuk habuan dengan niat yang tidak betul juga perlu dikenakan hukuman yang lebih keras kerana mereka yang memulakannya dan merosakkan semuanya. Apakah menjatuhkan hukuman mati kepada pemberi rasuah boleh menjadi vaksin yang mujarab untuk menghentikan penularan rasuah di negara ini?

Kita juga berharap agar individu yang berani tampil ke hadapan untuk melaporkan gejala rasuah diberi jaminan dari segi keselamatan dan masa hadapannya. Kita tidak mahu mereka ini pula menjadi sasaran dan mangsa keadaan kelak. Jika penjawat awam, di samping diberi insentif seperti dijanjikan, naikkan pangkat mereka dan angkat serta iktiraf mereka sebagai ikon integriti jabatan tersebut. Biar mereka menjadi suri teladan dan penyuntik motivasi kepada rakan-rakan mereka yang lain.

Sesungguhnya rasuah membabitkan sikap dan tingkah laku seorang individu. Justeru ianya tidak boleh berubah dalam sekelip mata atau diubah oleh orang lain begitu saja. Maka, untuk melahirkan generasi masa hadapan yang celik rasuah dan menjunjung integriti, kita perlu fokus kepada anak-anak yang berada di bangku sekolah sekarang. Mereka ini perlu dididik dan diasuh untuk membenci rasuah umpama melentur buluh biarlah dari rebungnya dan ianya membabitkan peranan dan tanggungjawab para ibu bapa dan juga guru yang sentiasa mendampingi anak-anak.

Tuntasnya, masalah rasuah cukup mencemaskan. Kita perlu bertindak dengan lebih agresif dengan vaksin yang mujarab sebelum ianya menghancurkan semuanya. Apa yang penting ialah, semua pihak perlu sanggup dan sedia memasang tekad dan iltizam secara serius untuk membudayakan amalan membenci rasuah. Semoga kita dapat menghasilkan vaksin antirasuah yang dapat mengawal dan memutuskan rantaian penularan pandemik rasuah di negara kita.

Noor Mohamad

Noor Mohamad Shakil Hameed berkelulusan Master Komunikasi Korporat (2010) dan Bacelor Ekonomi (2001) dari UPM. Berjawatan hakiki Pegawai Tadbir dengan gelaran Timbalan Pendaftar di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Kini diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Pengarah di Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm) UPM. Di samping bertugas sebagai pentadbir di UPM, penulis juga bergiat aktif sebagai penulis artikel, rencana dan puisi. Rencana dan artikel penulis sering mendapat tempat di akhbar-akhbar arus perdana negara seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro di samping dalam makalah berkala seperti Dewan Masyarakat. Beliau juga merupakan ahli pemikir Malaysia Corruption Watch (MCW).

The post Malaysia Perlukan Vaksin Antirasuah appeared first on SOLIDARITAS.

Bersama Memutuskan Rantaian Rasuah
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menetapkan 9 Disember sebagai tarikh keramat untuk masyarakat dunia menyambut Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) sebagai usaha untuk meningkatkan tahap kesedaran manusia dalam memerangi virus rasuah. Ironinya, usaha untuk memerangi rasuah perlu membabitkan kerjasama semua pihak kerana ianya tidak dapat dilaksanakan oleh mana-mana individu atau organisasi secara silo atau sendiri. Justeru semua pihak perlu berganding bahu jika memasang impian untuk memutuskan rantaian rasuah secara menyeluruh.

Di negara kita sudah ada beberapa agensi yang ditubuhkan khusus untuk menangani masalah integriti, rasuah, penyelewengan dan salah laku seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) serta Institut Integriti Malaysia (IIM). Semua agensi ini telah dan sedang berusaha sebaik mungkin untuk memerangi rasuah baik dari aspek penguatkuasaan dan hukuman mahupun dari segi pendidikan dan pencegahan. Kita dapat lihat pada hari ini begitu banyak kes rasuah dan salah guna kuasa didedahkan dengan pesalahnya dibawa ke muka pengadilan. Ini menunjukkan pihak berkuasa amat serius dan komited dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Namun pada masa yang sama peningkatan kes rasuah juga membuktikan virus rasuah ini sudah menjadi pandemik dalam masyarakat kita dan virus ini dilihat begitu sukar untuk dikawal. Malah boleh dikatakan gejala rasuah ini semakin menjadi-jadi dalam kalangan anggota masyarakat kita. Misalnya bilangan penjawat awam, pekerja swasta, syarikat korporat mahupun individu seperti ahli perniagaan yang ditahan pihak berkuasa kerana sama ada memberi atau menerima rasuah ini semakin meningkat dan ini amat membimbangkan kita semua.

Justeru setiap seorang daripada kita perlu memikul tanggungjawab untuk membantu memutuskan rantaian penularan virus rasuah ini. Sedarlah, usaha untuk membendung dan memutuskan rantaian rasuah ini perlu bermula dari diri kita sendiri. Sebagai anggota masyarakat yang mahukan negara ini bersih dari rasuah, kita perlu bertindak dengan segera sebelum virus rasuah ini memusnahkan rakyat dan negara kita. Antara tindakan yang boleh kita lakukan ialah, jujurlah pada diri sendiri. Maksud di sini ialah jangan sesekali memberi rasuah kepada mana-mana pihak. Berurusanlah dengan semua pihak terutamanya penjawat awam dan jabatan kerajaan secara jujur dengan nilai integriti yang tinggi. Begitu juga, jika ada yang meminta habuan jangan bersetuju dengan permintaan tersebut. Ingat, tidak akan ada penawaran jika tiada permintaan dan begitu juga sebaliknya.

Kita juga perlu menjadi warganegara yang berani dan bertanggungjawab kepada rakyat dan negara dengan cara melaporkan salah laku rasuah. Kita perlu berani tampil untuk membuat aduan demi memutuskan rantaian rasuah ini. Jika semua penjawat awam misalnya berani melaporkan segala bentuk habuan dan sogokan yang ditawarkan kepada mereka oleh mana-mana individu mahupun sindiket, pasti kita dapat memutuskan rantaian penularan rasuah.

Hal ini sangat signifikan kerana, menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil, hanya 0.01 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam berani tampil melaporkan perbuatan rasuah dalam jabatan dan agensi masing-masing. Ianya membabitkan 343 penjawat awam yang berani tampil memberi maklumat antara 2012 hingga tahun lepas. Jelas sekali angka ini terlalu rendah dan tidak sepatutnya berlaku.

Jadi baik orang awam mahupun penjawat awam perlu lebih berani untuk tampil membuat aduan kepada pihak berkuasa. Jangan sesekali kita terus menutup mata, mulut dan telinga atau berdiam diri kerana perbuatan tersebut boleh ditafsir sebagai bersubahat. Dalam konteks ini, penjawat awam misalnya perlu sedar adalah menjadi satu kesalahan jika tidak melaporkan kes rasuah dan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 25 Akta SRPM 2009 yang berdepan dengan denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Pada masa yang sama, kerajaan juga menyediakan insentif kepada penjawat awam yang berani melaporkan rasuah seperti yang terkandung dalam ‘Garis Panduan Pengiktirafan Kepada Penjawat Awam Yang Melaporkan Pemberian Atau Penerimaan Rasuah’.

Ironiya, kita tidak perlu takut untuk mendedahkan dan membuat laporan kerana kerana maklumat yang diberikan tidak akan didedahkan, malah keselamatan pemberi maklumat juga terjamin di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan Akta Perlindungan Saksi 2009.

Tuntasnya, memerangi rasuah dan memutuskan rantaian penularan rasuah adalah tanggungjawab kita bersama. Jangan biarkan rasuah menghancurkan kehidupan kita dan negara secara keseluruhannya. Ingat, vaksin terbaik untuk mengubati virus rasuah adalah sikap dan tingkah laku diri kita sendiri. Selamat menyambut Hari Antirasuah Antarabangsa.

Noor Mohamad

Noor Mohamad Shakil Hameed berkelulusan Master Komunikasi Korporat (2010) dan Bacelor Ekonomi (2001) dari UPM. Berjawatan hakiki Pegawai Tadbir dengan gelaran Timbalan Pendaftar di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Kini diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Pengarah di Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm) UPM. Di samping bertugas sebagai pentadbir di UPM, penulis juga bergiat aktif sebagai penulis artikel, rencana dan puisi. Rencana dan artikel penulis sering mendapat tempat di akhbar-akhbar arus perdana negara seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro di samping dalam makalah berkala seperti Dewan Masyarakat. Beliau juga merupakan ahli pemikir Malaysia Corruption Watch (MCW).

The post Bersama Memutuskan Rantaian Rasuah appeared first on SOLIDARITAS.

Mengharap Sinar Baharu Golongan OKU
Tarikh 3 Disember telah diisytiharkan sebagai Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Antarabangsa yang disambut setiap tahun sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan terhadap kemampuan dan sumbangan golongan OKU. Malah, sambutan seperti ini juga menjadi satu platform untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat tentang kepentingan dan keperluan untuk mengiktiraf, menjaga dan melindugi golongan OKU sebagai tanggungjawab kita bersama.

Di negara kita juga pelbagai sokongan dan kemudahan disediakan kepada golongan istimewa ini dan terus ditambah baik dari semasa ke semasa termasuklah pelbagai inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2021. Semoga apa yang disediakan oleh pihak kerajaan akan memberikan sinar harapan baharu kepada golongan OKU di negara kita.

Dalam konteks ini, pelantikan Senator Ras Adiba Radzi sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) baru-baru ini sewajarnya membuka lembaran baharu dalam soal kedudukan dan pengiktirafan terhadap golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di negara kita. Untuk rekod, sebelum ini Ras Adiba juga telah dilantik sebagai Senator bagi mewakili golongan OKU di Dewan Negara. Dua pengiktirafan besar seperti ini dilihat bakal membuka sinar baharu kepada golongan OKU di negara kita yang sering dilihat ketinggalan dalam pelbagai aspek.

Ironinya, walaupun pihak kerajaan cuba menyediakan pelbagai inisiatif untuk membantu kelangsungan hidup golongan OKU, namun penulis percaya masih terdapat banyak lagi ruang untuk kita menambahbaik terutamanya dari aspek sokongan, peluang dan kemudahan yang kita sediakan kepada mereka. Tuntasnya, kehadiran mereka dalam masyarakat kita perlu terus diterima dengan seadanya dan diberikan kedudukan serta pengiktiran yang selayaknya. Harus diingat mereka menjadi OKU bukan atas kehendak dan pilihan mereka. Hakikatnya ada yang dilahirkan dengan pelbagai kekurangan iaitu menjadi OKU sejak dilahirkan, dan ada pula yang menjadi OKU selepas sesuatu insiden, kemalangan mahupun penyakit. Ringkasnya, semuanya berlaku di luar kemampuan dan kawalan mereka.

Oleh itu penulis percaya pelantikan Ras Adiba ini boleh membantu memperkukuhkan kedudukan golongan OKU di negara ini terutamanya dari aspek memperoleh hak dan layanan yang lebih setara dan adil. Maka Ras Adiba perlu memikul cabaran sebagai Senator dan juga Pengerusi Bernama dan membuktikan betapa golongan OKU juga mampu melaksanakan tanggungjawab yang besar seperti ini.

Misalnya, sebagai Senator inilah masa terbaik untuk Ras Adiba membawa suara OKU di Dewan Negara. Segala rintihan, aduan dan harapan golongan OKU yang kedengaran selama ini yang mungkin tidak dipedulikan oleh mana-mana pihak sewajarya dilaungkan dengan kuat dan jelas dalam Dewan Negara sekaligus menuntut pihak kerajaan menunaikan permintaan golongan OKU.

Sudah tentu antara isu yang masih terus relevan untuk diperjuangkan ialah, kesukaran golongan OKU memperoleh peluang pekerjaan baik di sektor awam mahupun swasta serta kekurangan pelbagai kemudahan awam untuk mereka menjalani kehidupan dengan lebih selesa. Misalnya, kemudahan awam seperti tandas OKU, ramp dan railing untuk kerusi roda, eskalator dan lif khas yang mesra OKU, tempat parkir kenderaan serta kemudahan pengangkutan awam yang mesra OKU seperti bas dan komuter. Walaupun kemudahan seperti ini sudah sedia ada namun kita percaya ianya boleh ditambahbaik dan terus diperluaskan.

Dalam pada itu, Ras Adiba juga perlu memberi perhatian yang serius dalam soal memperjuangkan keperluan dalam menambahbaik sokongan untuk survival hidup mereka seperti tambahan kemudahan peluang pendidikan dan latihan kemahiran. Kita perlu melatih dan membimbing golongan OKU untuk belajar berdikari agar dapat meneruskan kelangsungan kehidupan tanpa bergantung harap kepada simpati dan ihsan orang lain. Hal ini penting kerana peluang kerja golongan OKU sememangnya sangat terhad, jadi kita perlu membuka laluan untuk mereka meneroka peluang dalam bidang perniagaan atau keusahawanan supaya boleh berdikari. Ringkasnya, adalah lebih baik jika kita mengajar mereka cara untuk memancing atau memberikan joran daripada membekalkan ikan yang tidak akan kekal selamanya.

Pada masa yang sebagai Pengerusi Bernama, Ras Adiba juga bakal berhadapan dengan cabaran yang cukup besar dalam menerajui sebuah agensi berita yang penting. Walaupun Ras Adiba ada pengalaman dalam industri ini namun kedudukan beliau sekarang sebagai OKU pasti akan menarik perhatian ramai yang ingin melihat sejauh mana seorang OKU mampu berkerja dengan efisien. Ingat, kejayaan atau kegagalan Ras Adiba dalam tugasan penting ini bakal memberi kesan besar kepada seluruh warga OKU di negara kita. Hal ini kerana ianya bakal menjadi kayu ukur dan penanda aras terhadap kemampuan seorang OKU dalam memikut tanggungjawab yang besar seperti ini.

Percayalah jika Ras Adiba dapat membuktikan kemampuan di Bernama, kemungkinan besar ianya akan merintis jalan ke arah pembukaan lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan OKU di negara kita baik di sektor kerajaan mahupun swasta. Harus diingat ramai juga golongan OKU yang berpendidikan tinggi, cekap dan bijak. Cuma mereka kurang mendapat pendedahan dan peluang untuk membuktikan kemampuan mereka.

Hakikatnya golongan OKU adalah sebahagian daripada anggota masyarakat kita. Mereka juga telah banyak memberikan sumbangan dan membanggakan rakyat serta negara seperti dalam bidang sukan bertaraf dunia yang wajar mendapat pujian dan pengiktirafan. Jadi inisiatif dan usaha untuk terus menambahbaik aspek kebajikan, keselamatan dan kemudahan yang mereka perlukan tidak boleh ada titik noktah. Sebaliknya ianya perlu terus dilipatgandakan sebagai tanggungjawab moral dan sosial kita kepada golongan istimewa ini. Semoga dua pengiktirafan terbesar yang diraih oleh Ras Adiba ini serta pelbagai lagi kejayaan rakan-rakan OKU yang lain dalam pelbagai bidang selama ini akan terus merintis jalan ke arah pemerkasaan kedudukan dan pengiktirafan terhadap golongan OKU di negara ini.

Noor Mohamad

Noor Mohamad Shakil Hameed berkelulusan Master Komunikasi Korporat (2010) dan Bacelor Ekonomi (2001) dari UPM. Berjawatan hakiki Pegawai Tadbir dengan gelaran Timbalan Pendaftar di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Kini diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Pengarah di Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm) UPM. Di samping bertugas sebagai pentadbir di UPM, penulis juga bergiat aktif sebagai penulis artikel, rencana dan puisi. Rencana dan artikel penulis sering mendapat tempat di akhbar-akhbar arus perdana negara seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro di samping dalam makalah berkala seperti Dewan Masyarakat. Beliau juga merupakan ahli pemikir Malaysia Corruption Watch (MCW).

The post Mengharap Sinar Baharu Golongan OKU appeared first on SOLIDARITAS.

Tahniah DBKL; PBT Lain Tunggu Apa Lagi?
Tahniah kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengambil satu langkah berani dengan memutuskan tidak membenarkan kedai runcit menjual arak mulai Oktober 2021. DBKL mengumumkan semua kedai runcit, kedai serbaneka dan ubat tradisional Cina tidak dibenarkan menjual arak kecuali bagi tujuan ubatan tradisional. Menurut DBKL dalam Garis Panduan Lesen Minuman Keras, berkuat kuasa tarikh sama, tiada lagi lesen baharu minuman beralkohol yang memabukkan (LMK) dibenarkan diperbaharui untuk semua kedai runcit, kedai serbaneka dan ubat Cina.

Walaupun keputusan ini mengundang pelbagai persoalan, perdebatan dan juga bangkangan dalam segelintir anggota masyarakat yang terkesan namun tindakan berani dan keputusan muktamad ini sangat dialu-alukan. Penulis percaya majoriti anggota masyarakat menyokong penuh usaha murni DBKL ini.

Dalam hal ini tidak sepatutnya ditimbulkan polemik seperti keputusan ini kononnya melanggar hak orang bukan Islam serta mengancam para peniaga yang terbabit. Keputusan ini perlu dilihat dalam konteks dan ruang lingkup yang lebih besar melangkaui polemik murahan seperti ini. Malah keputusan ini juga tidak wajar dikaitkan dengan hukum agama Islam yang melarang perkara ini dalam kalangan umat Islam kerana kita percaya semua agama menjurus ke arah kebaikan dan tidak mahu sesuatu perkara itu mendatangkan kemudaratan kepada penganutnya.

Ironinya kesan negatif arak sudah jelas umpama sudah terang lagi bersuluh dan apa yang nyata ialah kesan negatif ini juga tidaklah tertumpu kepada orang Islam semata-mata. Hakikatnya arak memberi kesan negatif kepada semua lapisan masyarakat merentasi agama dan bangsa. Justeru semua lapisan anggota masyarakat perlu menyokong usaha murni DBKL ini dan kita memohon agar semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lain di seluruh negara juga akan mengikuti jejak langkah DBKL ini.

Usah takut atau bimbang untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan yang membawa kebaikan kepada majoriti anggota masyarakat. Ironinya tidak mungkin kita dapat memuaskan hati semua orang. Oleh itu PBT perlu berani mengorak langkah untuk membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang bebas unsur alkohol yang jelas sekali bukan saja memudaratkan kesihatan tetapi turut boleh mencetuskan pelbagai masalah sosial dan jenayah dalam masyarakat kita. Apakah kita lupa sekian lama arak menjadi antara punca utama tercetusnya pelbagai konflik dalam keluarga seperti pergaduhan antara ibu bapa dan anak serta suami dan isteri. Bilangan pasangan yang bercerai kerana masalah arak juga tinggi, malah anak-anak yang didera oleh ibu atau bapa yang ketagih arak juga semakin membimbangkan. Malah apakah kita lupa begitu banyak nyawa yang tidak berdosa terkorban di jalan raya dek angkara pemandu mabuk. Kes berkaitan pemandu mabuk di negara ini dilihat amat serius susulan terdapat trend peningkatan kes bagi tempoh tahun lalu dan enam bulan pertama tahun ini.

Tuntasnya arak adalah ibu kepada segala kejahatan. Arak adalah minuman yang merosakkan kesihatan tubuh, akal fikiran serta meruntuhkan institusi rumah tangga, masyarakat dan negara.

Jadi kita percaya jika semua PBT dapat menguatkuasan larangan ini maka kita dapat membantu membina keluarga yang bahagia dan pada akhirnya keutuhan institusi keluarga di negara kita akan lebih mantap dan terjamin. Malah larangan ini juga boleh menyelamatkan banyak nyawa. Syabas dan tahniah DBKL, PBT lain tunggu apa lagi?

Noor Mohamad

Noor Mohamad Shakil Hameed berkelulusan Master Komunikasi Korporat (2010) dan Bacelor Ekonomi (2001) dari UPM. Berjawatan hakiki Pegawai Tadbir dengan gelaran Timbalan Pendaftar di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Kini diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Pengarah di Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm) UPM. Di samping bertugas sebagai pentadbir di UPM, penulis juga bergiat aktif sebagai penulis artikel, rencana dan puisi. Rencana dan artikel penulis sering mendapat tempat di akhbar-akhbar arus perdana negara seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro di samping dalam makalah berkala seperti Dewan Masyarakat. Beliau juga merupakan ahli pemikir Malaysia Corruption Watch (MCW).

The post Tahniah DBKL; PBT Lain Tunggu Apa Lagi? appeared first on SOLIDARITAS.