Naziatul Azrin, Author at SOLIDARITAS

Untuk Orang-orang Di Belakang
Dalam bab Satu Malam di Khemah Pelarian, ZF Zamir mencatat pengalaman perjalanan beliau mengikuti Musa al- Nuwayri, pengasas NGO Tangisan Syria Di Bumi Jordan (TSDBJ) melawat pelarian perang Syria di Jordan. Cerita Musa ditulis semula oleh ZF Zamir dalam Berlari Dari Jogja Untuk Menemukan Si Dia Di Christiana begini;

“Kami kalau bulan puasa, dalam seminggu akan ada sekali atau dua orang Syria ajak buka puasa kat rumah. Ada sekali kami pergi, mereka hidang makanan mudah tapi banyak.”

Van mula menaiki jalan bertar meninggalkan khemah Abu Abdullah. Aku melihat Quraiyyim melambai dari jauh sambil badannya dipegang oleh abangnya, Abdullah.

“Kami pun makan sampai tak ingat dunia sebab sedap. Bila dah kenyang, talam kami dia angkat masuk dapur. Dia hidang teh pula. Saya bangun basuh tangan. Bila lalu dapur nak ke tandas, terus menangis, tengok anak bini dia duk kerumun makan sisa talam yang kami tak habis tadi.”

Aku menelan air liur mendengarkan cerita ini.

Disember 2017, sepanjang tiga hari dua malam program Kem Kebudayaan dan Latihan Komuniti di Pos Piah, Sungai Siput, Perak, anjuran Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), makanan kami mewah. Berada jauh di dalam hutan tanpa bayang warung makan, apatah lagi restoran, namun kami tidak pernah disapa rasa lapar.

Disambut sebagai tetamu, juadah terbaik disediakan sebanyak-banyaknya. “Makan lagi, tambah nasi, itu lauk banyak lagi, makan.” Kata orang kampung.

Kami makan di balai adat. Di situ juga tempat tidur. Balai adat yang dibina daripada buluh itu agak luas, memanjang dan bertiang, berfungsi sebagai tempat penduduk kampung berkumpul sama ada untuk aktiviti sosial, upacara sewang dan bermesyuarat.

Kampung Kembok, yang terletak dalam gugusan Pos Piah ini adalah kampung orang Asli suku Temiar separa moden. Ada penduduk yang tinggal di rumah buluh. Ada juga yang tinggal di rumah batu.

Satu jam perjalanan lagi dari Kampung Kembok masuk ke dalam hutan, terletaknya Kampung Pen. Kampung Pen adalah kampung asal penduduk Kampung Kembok. Menurut cerita, ketika zaman darurat dahulu, penduduk Kampung Pen dipindahkan ke bahagian yang lebih dekat dengan kawasan luar. Mudah untuk pihak berkuasa memantau selain untuk tujuan keselamatan juga.

Perjalanan untuk ke Kampung Pen tidak mudah. Musim hujan hujung tahun membuatkan beberapa kali kenderaan pacuan empat roda hampir-hampir terbabas.

Kemudian kami tiba di satu lokasi yang mana tiada kenderaan lagi boleh memasukinya. Perjalanan diteruskan dengan berjalan kaki, merentas tiga batang anak sungai.

Terdapat hanya beberapa rumah di Kampung Pen, dibina semula sebagai ‘istana hinggap’ oleh penduduk yang ingin dipeluk damai ‘tanah asal’ mereka. Rumah-rumah di Kampung Pen semua rumah tradisional. Tidak ada elektrik dan sumber air 100% dari sungai berhampiran. Kehidupan asli, lestari dan harmoni dengan alam semula jadi boleh ditemui di sini.

Penduduk kampung menjalankan aktiviti pertanian bersifat sara diri. Izzeady Amir, salah seorang yang terlibat dengan program Permarkultur Pulau Bidan di Pulau Bidan, Kedah dan menyertai juga program bersama KUASA ini menerangkan praktikaliti konsep permakultur yang diamalkan penduduk kampung.

Ketika berada di sana, selain berpeluang melihat sendiri budaya tradisi penduduk kampung, kami dihidangkan dengan ubi bakar yang begitu lemak manis rasanya. Manakala kopi panas cap Kapal Api bawaan kami melengkapkan nikmat suasana hujan renyai-renyai. Paling tidak dilupakan, selepas diberi penerangan tentang tanaman sekoi dan menyentuhnya, kami juga berpeluang merasai sekoi yang telah dimasak. Trip satu hari ke Kampung Pen sememangnya pengalaman yang bernilai.

Hari terakhir program, penduduk kampung mengadakan kenduri untuk kami sebelum pulang. Nasi dan lauk-pauk semuanya dimasak menggunakan buluh. Aroma asli daripada herba-herba liar hutan membuat setiap hidangan lazat tidak terperi.

Selepas upacara memuliakan makanan atas nikmat yang diberikan Tuhan menurut kepercayaan masing-masing, saya juga seperti yang lain, merasa tidak sabar-sabar untuk menikmati hidangan.

Entah bagaimana, pengalaman Musa di Syria seperti yang diceritakan ZF Zamir mengetuk pintu ingatan – tentang meninggalkan apa kepada orang-orang di belakang.

Saya bersyukur ingatan itu datang. Selepas kami habis makan, saya melihat sendiri lauk-pauk lebihan kami dikerumuni anak-anak yang tadinya bermain, berlari dan melompat ketika hidangan kenduri disediakan ibu-ibu mereka sejak pagi.

Berbeza dengan anak-anak di kem pelarian, anak-anak di Kampung Kembok ini sebenarnya bukanlah kelaparan pun. Mereka mewah makanan segar dan berkhasiat dari sumber hutan. Tidak mengapa jika kami habiskan. Tetapi saya terfikir, bukankah mereka juga sebahagian daripada keraian?

Sebagai kampung separa moden, masakan harian mereka kini lebih kurang kita di bandar – menggunakan dapur gas. Anak-anak kampung bukan setiap hari juga dapat menikmati nasi dan lauk-pauk yang dimasak di dalam buluh. Sudah tentu mereka teruja. Setelah tiga hari mereka berkongsi kebaikan yang begitu banyak, apakah patut dibalas dengan menunjukkan kepada anak-anak perangai orang bandar yang suka membolot dan tamak?

Sewaktu sesi perkongsian mengenai isu pembalakan yang mengganggu penduduk kampung, barisan kepimpinan Pos Piah mengatakan sesuatu yang mempunyai maksud ‘Kami ambil juga hasil hutan, itu sudah tentu, tapi masih ingat untuk tinggalkan kepada orang belakang’.

Mendengar itu, saya teringat pula kaum Penan di Sarawak yang berpegang kepada adat ‘Molong’ – bermaksud, jangan ambil melebihi keperluan. Adat itu saya ketahui melalui Surviving Borneo, disiarkan secara bersiri di saluran Discovery, yang mana selebriti Henry Golding melakukan adat ‘Bejalai’ menurut tradisi kaum Iban sebelum melangsungkan perkahwinannya,

Kita harus berterima kasih kepada orang Asli dan orang Asal, kerana pegangan seperti itulah kita masih mempunyai hutan dan hasilnya dapat dimanfaatkan untuk kehidupan. Cara hidup mereka sangat terpengaruh dengan nilai-nilai alam yang mempunyai fitrah cermat dan lestari.

Pulang ke bandar, saya melihat dan sedar bahawa kita sudah sangat jauh terkebelakang dalam hal-hal meninggalkan yang terbaik untuk orang di belakang. Mengapa?

Mungkin sebab nilai murni kini hanya diamalkan oleh komuniti di hutan. ‘Deforestation’ mengakibatkan hutan beransur-ansur hilang. Komuniti hutan semakin banyak dipindahkan (‘relocation’) demi memberi laluan kepada projek pembangunan. Semua ini memutuskan hubungan manusia dengan sifat-sifat alam (‘disconnect people with nature’).

“Kita meraikan kejayaan dalam bentuk material; yang paling besar, paling luas dan paling tinggi. Ghairah membangunkan elemen bukan hidupan – binaan-binaan, lantas membunuh kehidupan – pohon-pohon, haiwan dan manusia itu sendiri.”

Slot Professor Dr. Fadzilah Majid Cooke dalam program Latihan Aktivis Alam Sekita (LASAK) siri ke-3 di Kuala Kubu Bharu, Selangor, anjuran KUASA juga, dua minggu selepas program di Pos Piah adalah butir-butir kata berfakta menembusi hujung hati saya. Apatah lagi melihat begitu permai dan indah rumah-rumah panjang hiasan tradisional di beberapa kampung dipertontonkan melalui slaid, sebelum kesemuanya ditenggelamkan untuk keperluan membina empangan.

Saya tidak dapat membayangkan bagaimana Dr. Fadzilah yang bertahun-tahun terlibat dalam projek komuniti pasca perpindahan akibat pembinaan empangan di tanah Borneo yang menyaksikan dengan mata kepala sendiri trauma, luka-luka di jiwa yang pasti tidak akan sembuh dengan mudah.

Taburan wang tidak mampu menjadi penawar keperitan diusir daripada tempat tinggal asal – kampung, kebun, kuburan keramat, memori indah ketika membesar dan peninggalan adat untuk anak-cucu.

Saya memikirkan, jika nilai-nilai murni terhadap alam lenyap bersama-sama orang Asal dan orang Asli, entah kepada siapa lagi kita boleh harapkan anak cucu untuk melihat contoh tauladan.

Melihat kita? Aduh, di jalan raya, kita mahu selalu juara. Kemudahan-kemudahan awam, dilenjan sehingga orang lain tidak dapat menggunakannya. Selepas makan, dibiarkan sisa dan pinggan berselerak di atas meja.

Kita kaum yang mencampak sampah dari kenderaan. Troli di pasar raya, dibiarkan berada di tengah jalan. “Biarlah, nanti ada orang buatkan.” atau “Kenapa kena buat, bukankah sudah bayar?” Itulah sikap kita, dan tanpa sedar anak cucu sedang mencontohinya.

Sayang sekali kita tidak fikir meninggalkan yang terbaik untuk orang belakang itu sesuatu yang penting. Ironinya, kita mengharapkan kepimpinan yang terlahir daripada sikap kita sendiri untuk cermat, berhemah dan ‘ingat orang belakang’ dalam pengambilan sumber asli dan penggunaan dana negara.

Pemimpin-pemimpin kita bukannya tiba-tiba datang dari planet lain. Mereka adalah sebahagian daripada kita. Maaf berkata, pemimpin itu sebenarnya cerminan sikap kita, tetapi dalam bentuk skala yang lebih besar. Kita merasa tidak mengapa membuang sampah merata-rata, hasilnya, kepimpinan kita sudi menerima bertan-tan sampah dari luar negara tanpa rasa apa-apa.

Saya bukan tuhan, bahkan terlalu kerdil untuk menjatuhi hukum setiap kali bencana alam yang berlaku itu merupakan bala atau ujian. Tetapi saya percaya, kita masih ada peluang sama-sama bangkit hari ini untuk memulihkan kerosakan, menyambung semula kasih sayang yang terputus dengan alam, supaya di hari depan orang-orang di belakang menerima yang terbaik daripada kita.

Naziatul Azrin

Sedang dalam misi “planting green minded people” bersama Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA). Percaya bahawa Ladang Hutan Bukan Hutan. Juga seorang peguam.

<svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Untuk Orang-orang Di Belakang appeared first on SOLIDARITAS.

Kita Yang Hilang Alamat; Tentang Pengembaraan Hutan Dan Persoalan Tuhan
“Dalam pertanian, apa yang paling kita perlukan?”

Saya pernah menerima soalan ini kurang lebih empat tahun yang lalu, di halaman rumah kecil yang mempunyai kebun di keliling, kolam itik dan kandang kambing berdekatan hutan.

“Kita perlukan alamat,” jawab sendiri si penyoal setelah beberapa ketika semuanya diam. “Maksud aku cuaca. Alamat-alamat dari alam berguna untuk kita tahu waktu yang sesuai untuk bercucuk tanam.” Sambungnya sambil memandang ke langit.

“Sebab itu orang Asli semua ni marah bila hutan rosak. Tak tahu dah musim. Depa hilang alamat.” Suaranya makin keras. Kami meneguk liur.

Pulang dari kebun, saya menyelak cermat karya Noor Suraya, Gadisku Wan Adnin di halaman 76-77, surat Wan Yusuf Bin Wan Ahmad yang ditulis pada 10 Disember 1884 dan menekuni perenggan selepas ucap salam;

“Saudari Ku Safinah,

Padi sudah mula berbuah di sini. Burung kedera dan punai sudah mula sibuk memakan buah kedung yang sedang masak ranum. Buku-buku pada batang halia menunjukkan berapa kali bah akan berlaku tahun ini. Bunga gelenggang besar bersemarak tiga tingkat dan rebung buluh menjadi. Tanda-tandanya sudah ada.

Beberapa hari ini tuntung sudah mudik naik ke hulu nak bertelur, kadang-kadang banyaknya sehingga mencanggah air. Siput kelemboi asyik bertenggek di batang menerung bagaikan menunjukkan takat air bah akan datang tahun ini. Saya sudah berserah pada Allah untuk memelihara sawah bendang ayah saya untuk tahun ini. Harap-harap sempat dituai segala buah padi sebelum hujan lebat datang.”

Saya membaca baris demi baris alamat itu perlahan-lahan.

Tanda-tanda musim melalui ‘pengirim-pengirim’nya; melalui kawanan burung yang hinggap di pohon, ikan dan tuntung yang menentang arus mudik ke hulu, siput, pucuk, warna daun, bunga-bunga sebelum menjadi buah, semua itu adalah sang pengirim.

Namun, apabila gunung-ganang, tumbuhan, sungai dan pantai yang menjadi habitat dimusnahkan demi kekayaan, pengirim-pengirim itu sudah tidak bertempat lagi. Kawanan burung sudah hilang tempat bertenggek. Ikan-ikan bertempiaran saat jentera menyedut pasir di sungai. Tempat bertelur dinyahwarta menjadi menjadi zon industri, penyu ketakutan terpaksa patah balik.

Ekosistem terputus. Semuanya pupus.

Tidak dapat lagi manusia memerhati gerak makhluk-makhluk pengirim alamat-alamat alam.

Tanpa pengirim-pengirim ini, bagaimana lagi manusia boleh membaca musim?

Maka jadilah kita kini manusia-manusia yang hilang alamat. Menyemai, menanam dan menuai di musim yang salah. Memacak binaan tanpa restu angin bayu, tidak mengukur keutuhan tanah.

Pertanian dan pembangunan kita jalankan tanpa panduan alamat alam. Akhirnya kita sesat – hasil tuaian tidak berkualiti, belum lagi yang runtuh sana roboh sini.

Apakah alamat untuk membaca musim ini untuk pertanian semata-mata? Tentulah tidak. Bahkan jauh daripada itu, alamat alam ini adalah ‘peralatan’ untuk golongan yang berfikir. Berfikir tentang tanda-tanda kebesaran Tuhan.

“Dan jika kamu tanya mereka; Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan? Pasti mereka akan menjawab: Allah. Maka mengapakah mereka berpaling (daripada kebenaran)?” (Al-Ankabut, 29:61)

“Dan jika kamu tanya mereka; Siapakah yang mengirimkan air dari langit, kemudian menghidupkan bumi daripada kematiannya, nescaya mereka akan berkata; Allah. Katakanlah: Segala puji bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak berfikir.” (Al-Ankabut, 29:63)

Kerakusan aktiviti pemusnahan alam ini membuka pintu kepada dua jenis bencana. Pertama bencana tersurat, apabila alam membalas dan melemparkan kemarahan. Kita mulai mengerti ini melalui siaran media tentang bencana alam. Ramai juga yang mengalaminya sendiri. Bencana tersirat tentunya paling bahaya, berkait jiwa, yakni apabila kita sebagai manusia menjalani hidup di dunia ini tanpa ‘peralatan’ untuk berfikir tentang tuhan dan ketuhanan.

Sepertimana manusia meneroka hutan, atau menyelam ke dasar lautan tanpa sebarang peralatan dan ini selalunya berakhir dengan tragedi, penerokaan manusia tentang persoalan tuhan dan ketuhanan juga berpotensi berdepan tragedi.

Tragedi hilang alamat, lalu sesat.

Ketika saya mengumpul catatan-catatan lama dari pengalaman keluar masuk bertemu kaum-kaum yang tinggal di hutan, kadang-kadang timbul pertanyaan, apakah manusia perlukan tuhan wujud dalam bentuk pokok hutan atau gunung-ganang barulah dapat memahami erti sopan terhadap alam?

Ah, kita yang mengaku ber-Tuhan terlalu angkuh dengan alam. Keangkuhan tidak setakat terhadap alam, bahkan terhadap kepercayaan manusia lain pemuja-pemuja tuhan dalam bentuk alam – animisme. Memandang jelik terhadap penghormatan berlebihan terhadap alam. Menjadikan mereka kaum-kaum terusir. Padahal pemuja-pemuja itu paling tertib dengan alam. Contoh kaum Penan yang memegang kuat adat Molong;

“Jangan ambil (sumber hutan) lebih daripada keperluan.”

Kita memperlekehkan kepercayaan pemuja-pemuja tuhan pohon, tuhan gunung. Sebaliknya, kita yang kononnya beriman kepada Tuhan pencipta pohon, pencipta gunung, rakus memberi izin meratakan setiap inci pasak bumi atas nama pembangunan. Tangan-tangan kita sendiri menghancurkan alamat-alamat kewujudan Tuhan. Tuhan sekalian alam.

“Dan Dialah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-ganang dan sungai-sungai di atasnya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (Ar-Ra’d 13: 3)

Maka di antara manusia penyembah alam yang menyantuni ekosistem, dan manusia penyembah Tuhan sekalian alam yang memusnahkan ekosistem, yang mana lebih sesat yang mana lebih bertuhan?

Naziatul Azrin

Sedang dalam misi “planting green minded people” bersama Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA). Percaya bahawa Ladang Hutan Bukan Hutan. Juga seorang peguam.

<svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Kita Yang Hilang Alamat; Tentang Pengembaraan Hutan Dan Persoalan Tuhan appeared first on SOLIDARITAS.

Setelah Anyss Naik Ke Langit
“Yes, money is yours. But resources are ours.”

Itu balasan warga tempatan yang duduk di sebelah meja rakyat Malaysia, di sebuah restoran di Jerman, ketika menegur sisa hidangan masih banyak lagi (dan bakal terbuang begitu saja). Mempertahankan diri dengan alasan, ‘duit saya’, ‘saya yang bayar’, rakyat Jerman itu walau bagaimana pun tidak ragu-ragu menangkisnya dengan balasan di atas. Kisah ini diceritakan semula oleh pengacara Syed Munawar (menurut beliau, ini kisah benar rakannya) dan ia menyentak saya yang berada di hadapan skrin.

Malam itu, yang berlaku beberapa tahun lalu, secara tidak dirancang, telah turun ilham dari langit dan memasung saya selama satu jam menonton siaran langsung rancangan Landskap di saluran TV1.

Rancangan bual bicara kali itu menampilkan Prof. Dato’ Dr. Mazlin Mokhtar daripada Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia dan Prof. Dato’ Dr. Alias Abdullah daripada Kuliyyah Seni Bina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa. Turut berada di atas talian adalah Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komo, Ketua Kluster Alam Sekitar Majlis Profesor Negara (MPN). Bertajuk “Kelestarian Agenda Perbandaran Baharu dan Alam Sekitar; Suatu Cabaran”, topik diskusi tentang perkara-perkara alam sekitar, khususnya ekosistem yang mana idea asasnya telah disemai di minda saya, lewat pemergian Profesor Anyss yang naik ke langit.

Kemurungan dua minggu. Itu telah berlaku kepada saya selepas menghabiskan dengan susah-payah sebuah buku nipis terbitan DuBook Press. Pengalaman mengunyah naskhah Faisal Tehrani dalam Bagaimana Anyss Naik ke Langit yang sangat pahit itu membingungkan. Dipaksa mendengar jeritan kaum Asal di Borneo – Penan, yang diwakili watak Ratu Sago menjadikan emosi hampir kebas kaku dan bisu selama empat belas hari. Fiksyen yang benar-benar mengocak emosi.

Pasca goncangan kuat terhadap sanubari itu mendorong saya menyelak semula lipatan sejarah pembinaan empangan berukuran Republik Singapura di Borneo, menelusuri isu pembalakan dalam negara dan pemindahan komuniti hutan yang akhirnya mempertemukan saya dengan pertubuhan bukan kerajaan yang bergerak dalam radius kediaman – Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA). KUASA ketika itu sedang memulakan kempen (dan kini masih lagi malah diperluaskan kepada kempen “Ladang Hutan Bukan Hutan”) menyelamatkan ekosistem di Segari, Perak. Saya telah diperkenalkan daripada sebesar-besar istilah seperti Matlamat Pembangunan Lestari, atau mudah dipanggil SDG (Sustainable Development Goals) berserta 17 matlamatnya, Penilaian Impak Alam Sekitar atau Environmental Impact Assessment (EIA), dan gerakan demokrasi alam sekitar, kepada istilah pasar seperti pembalakan ‘cuci mangkuk’. Tidak cukup dengan itu, menyedari bahawa ekosistem dan diversiti bukan latar belakang pendidikan, saya tekuni selama setengah tahun 356 halaman The Report of The World Commision on Dams, Dams and Development; A New Framework for Decision-Making, terbitan tahun 2000.

Pembangunan lestari, seperti yang ditekankan Prof. Alias, bukanlah urusan melindungi alam sekitar semata-mata, dan berdasarkan pengalaman melihat kerja-kerja di lapangan dijalankan, saya berpendapat ia benar. Menurut beliau, secara mudahnya ia merangkumi perancangan ekonomi yang baik, yang pada akhirnya semua mendapat manfaat dan dalam masa yang sama, kitaran penghasilan sumber-sumber asli, asas kepada ekonomi itu sendiri dapat dipertahankan untuk kegunaan generasi kemudian.

Aktiviti membangunkan negara – oleh manusia, tidak dapat lari daripada natijah pemusnahan ekosistem. Namun, apakah penyusutan hutan (deforestation), pencemaran air dan pelepasan karbon ini menyebabkan rakyat lebih sejahtera? Keseimbangan penting di sini. Jika segelintir rakyat sahaja yang menerima manfaat sedangkan sebahagian besar lagi sekadar mampu memandang dari kejauhan- atau lebih teruk, dipaksa menelan kesan bencana alam dan penyakit sosial yang menjahanamkan diri dan keluarga, dan situasi ini pula dilindungi statisik yang memperlihatkan angka-angka KDNK yang cemerlang, maka haruslah ada telinga yang sedia mendengar soalan – apakah ini sebenarnya membangunkan, atau meruntuhkan?

Bercakap dalam konteks memuji hasil tuaian pembangunan lestari di negara lain, panel-panel bijaksana malam itu, dalam usaha menyumbat agenda besar ini ke dalam waktu yang singkat hanya sempat berdiskusi sepusar isu ‘top down‘ dan ‘bottom up‘ – iaitu siapa, yang harus menyemai benih tanggungjawab ini? (Sayang sekali tidak ada sesi soal-jawab dengan penonton walaupun cara untuk menghubungi terpampang di kaca TV).

Demi cita-cita membawa negara mendaki SDG ke tangga 20 (terkini di tangga 55), pemikiran kolektif setiap warga amatlah diperlukan. Kita tidak dapat menafikan, kepimpinan politik – prinsip ‘top down‘ akan membantu banyak dalam usaha ini, yakni dilihat dari aspek besarnya peluang menyediakan dan memperkasakan polisi pembangunan lestari. Namun melihat telatah pihak pentadbiran sejak dahulu sehingga ke hari ini barangkali tidak salah untuk kita terima kenyataan bahawa negara ini, ternyata belum mempunyai ‘green-minded politicians‘.

Maka untuk melaksanakan impian, wujud persoalan selanjutnya tentang bagaimana ilmu pembangunan lestari daripada profesor-profesor yang berada di kayangan dapat ‘mencemar duli’ ke bumi – menemui rakyat akar umbi, dan tugas memperkasakan masyarakat ini menyokong kecenderungan diskusi prinsip ‘bottom up‘.

Pada akhirnya, proses membentuk pemikiran kolektif masyarakat kita ke arah pembangunan lestari, cermat dan menghargai sumber asli dan berani seperti contoh kisah rakyat Jerman di atas memerlukan strategi bertahap daripada segenap golongan. Selain menanggalkan ‘jubah cendekiawan’ untuk turun ke lapangan, berhenti daripada kemabukan angka-angka KDNK, sastera (dalam bentuk bacaan mahu pun tontonan) juga barangkali berkesan membantu, seperti yang berlaku sendiri kepada saya, yang menyertai rakan-rakan lain menyambung secebis daripada segunung tugasan yang ditinggalkan Profesor Anyss – sebelum diangkat naik ke langit dalam keadaan tragis.

Naziatul Azrin

Sedang dalam misi “planting green minded people” bersama Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA). Percaya bahawa Ladang Hutan Bukan Hutan. Juga seorang peguam.

<svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Setelah Anyss Naik Ke Langit appeared first on SOLIDARITAS.

Puteri Pohon Ketapang
“Pernah dengar hikayat Puteri Pohon Ketapang?” Tiba-tiba dia bertanya.

Aku menggelengkan kepala. Tanpa bertanya sama ada aku berminat mendengar atau tidak, bibir mungil tercalit nipis Camellia Pink koleksi Forest Colour terus meluncurkan kata.

Sungguh dia mencintai hutan belantara, pohon-pohon dan apa sahaja yang terkait dengannya. Sehinggakan barangan kosmetik peribadi pun mahu berjenama ‘hutan’. Aku pernah menyakat dengan mencadangkan dia mengemam kelopak bunga. Biar di bibirnya seratus peratus warna asli. Lebih semula jadi. Cadangan itu mati ditikam kejam jelingan tajam.

Ketika makan tadi dia mengadu, seminggu lalu sewaktu menghadiri suatu forum isu alam sekitar di ibu kota, mewakili pertubuhan bukan kerajaan yang disertainya secara sukarela, ada pihak menuduh aktivis alam sekitar golongan anti pembangunan. Persoalan bersulam prejudis diterima seperti, mengapa bersungguh benar mempertahankan hutan? Apa berdosakah mengambil hasil hutan, menikmatinya demi pembangunan? Sampai bila orang Asli mahu duduk di dalam hutan? Mereka perlu keluar. Hidup moden, terima hakikat perubahan.

“Kenapa ya, bila sebut soal pembangunan, kemodenan, kita cuma fikir tentang membina bangunan?” Soalnya sambil mencedok sambal kicap dari balang kaca, menambah perisa sup di hadapannya yang masih berasap. Damai bagiku adalah kombinasi ringkas bayu pantai dan dia yang berbicara, bercerita di hadapanku.

“Anti pembangunankah jika yang diperjuangkan itu pembangunan lestari? Pembinaan yang tidak kembali menyusahkan manusia, rakyat. Yang setidak-tidaknya mengurangkan risiko kejadian tanah runtuh, banjir kilat, dan sungai tercemar. Nak bina bangunan untuk kediaman, perindustrian, pelancongan, atau apa saja, silakan. Tapi yang dibantah tu pembangunan tanpa pelan yang cermat. Pelan yang langsung tidak menjunjung hormat pada alam. Tidak mengira di atas tanah jenis apa projek-projek diluluskan, tidak disemak luas baki hutan zon tadahan hujan, kesan projek kepada haiwan setelah dirosakkan habitat, kesan sosial kepada masyarakat orang Asli yang dipaksa keluar dari hutan, hilang jati diri, akhirnya jadi masyarakat penagih subsidi. Jadi mainan ahli-ahli politik yang ‘lapar kerusi’ saja.”

Aku mengangguk-angguk setuju sambil meneguk kopi ‘O’ ais dan memahami bahawa, mendengar – itulah perananku pada pertemuan hari ini.

“Hutan paya gambut terakhir di daerah utara baru-baru ni dah dinyahwarta. Hm, sebab nak luluskan projek lagi. Padahal hutan jenis ni penting, menyerap hujan dan bertindak seperti span. Sifatnya menyimpan air. Bila musim kemarau, air dialir keluar jadi tidaklah kering-kontang. Tapi itulah, bila ‘water catchment area’ dinaikkan bangunan, air hujan dah tak boleh ke mana. Kena pula musim air pasang. Banjir.” Dia menyambung kuliah hutannya.

Tiba-tiba, “Eh terlupa. Puteri tu, hikayatnya begini. Pada zaman dahulu, di sebuah negeri, ada seorang raja.” Dia ketawa. “Mestilah seorang raja kan, kalau raja ada dua, hmm… perang.” Ketawa lagi.

“Okay, jadi raja yang seorang itu kenapa?” Tanyaku.

“Permaisuri raja tu melahirkan seorang puteri. Kemudian, berlaku persengketaan dengan pari-pari jahat. Demi menyelamatkan puteri, raja menyembunyikannya di atas pohon ketapang. Maka hiduplah sang puteri, membesar di atas pohon ketapang. Sekian.”

Aku tersenyum. Dia selalu begitu. Banyak koleksi cerita yang boleh diceritakannya secara rawak. Katanya dia lancar membaca di usia sebelum sekolah. Itu membuatkan peluangnya berdampingan dengan pelbagai buku terbuka lebih awal. Tidak hairan kini, setiap perkara yang dilihat akan mencetuskan ingatan terhadap bacaan fantasi zaman kecilnya.

“Puteri tu kawan dengan siapa di atas pohon ketapang?” Tanyaku serius. Atau jujurnya, buat-buat terlihat serius.

“Burung-burung, dan pari-pari baik.” Jawabnya yakin. Seperti benar-benar seorang manusia mampu tinggal di atas pokok.

Beep beep!

Kunci kereta dibuka. Sebelum menutup pintu, sempat kulihat matanya yang teduh menikmati rimbun pohon-pohon ketapang atau nama botaninya Terminalia catappa, terletak berhampiran tempat kami menjamu selera tadi – Warung Teduh Pohon Ketapang.

“Terima kasih pohon ketapang, sebab tumbuh dan melindungi tuan puteri.” Tuturku, lantas membuat kedua keningnya terangkat. Sebelum dia perasan hikayatnya itu hebat, aku lekas menyambung. “Dan sebab melindungi kereta ini. Kalau tak sebab teduh pokok ketapang, kita dah macam masuk ke dalam ketuhar juga ni.”

Naziatul Azrin

Sedang dalam misi “planting green minded people” bersama Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA). Percaya bahawa Ladang Hutan Bukan Hutan. Juga seorang peguam.

<svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Puteri Pohon Ketapang appeared first on SOLIDARITAS.

Korupsi; Pembolotan Sumber Asli Oleh Golongan Kaya-raya
Akar kepada masalah korupsi hari ini adalah kejahilan terhadap alam sekitar, dalam konteks gagal memahami bagaimana alam berfungsi.

Alam adalah gambaran kehidupan bermasyarakat yang harmoni dalam sistem. Flora dan fauna tidak pernah mengkhianati sesama sendiri. Simbiosis dalam biodiversiti menjadikan tumbuh-tumbuhan hidup subur biarpun tidak ada yang menyirami dan membajai hutan. Haiwan-haiwan kenyang tanpa perlu tangan menyua memberi makan.

Kesemuanya, baik hidup baik mati memberi manfaat kepada yang lain. Pokok-pokok besar membenarkan tumbuhan kecil melilit batang dan dahan supaya sama-sama memperoleh cahaya matahari. Berkongsi. Semua memperoleh pembahagian sumber yang sekata dengan cara tersendiri.

Jauh berbeza dengan sistem hidup manusia, biarpun manusia itu sendiri adalah sebahagian daripada alam, keharmonian seperti itu tidak dijadikan ikutan walhal kebanyakan ajaran di atas dunia ini sejak zaman berzaman adalah menyeru manusia melihat tanda-tanda alam.

Peningkatan populasi selalu menjadi topik perbincangan berkait hal alam sekitar. Manusia kononnya terlalu ramai. Perlukan tempat tinggal, makanan dan kenderaan maka lebih banyak tanah perlu diteroka, pokok harus ditebang dan kawasan perairan ditambak.

“Bu Guru, mengapa gergaji-gergaji besi itu mengambil pokok kami?”

“Mungkin mereka butuhkan kayu.”

“Kami guna parang, sikit saja yang diambil.”

Terngiang-ngiang dialog Buindah dan gurunya Butet Manurung (lakonan Prisia Nasution) dalam babak mereka menyaksikan pemusnahan hutan dalam Sokola Rimba (2013).

Filem dari seberang arahan Riri Riza ini memaparkan konflik kaum pribumi yang tinggal di Taman Nasional Bukit Dua Belas, Jambi, Indonesia, yang mana kelangsungan hidup dan budaya terancam dengan polisi taman nasional (di Malaysia, kita ada taman negara/negeri) dan kerakusan pembalak-pembalak haram.

Filem dari Hollywood, Geostorm (2017) pula memaparkan kesan pertembungan dua suhu ekstrem sehingga mewujudkan ancaman geostorm, yang mana lebih daripada itu, mesej sebenarnya adalah manusia dan keinginan-keinginan ekstrem.

David Roberts, melalui artikel I’am an Environmental Journalist but I Never Write About Overpopulation. Here’s Why… dalam membidas persoalan populasi yang kononnya punca kepada permasalahan alam sekitar menyatakan bahawa menyalahkan peningkatan populasi, dan berusaha merangka pelbagai strategi mengawal populasi melalui polisi-polisi bilangan anak dan pendidikan perancangan keluarga demi mencukupkan bekalan sumber asli bukan hal yang sepatutnya dijadikan isu. Tetapi keinginan ekstrem yang menghuni jiwa seorang manusia seharusnya lebih perlu dikawal.

“Another way to approach the problem would be, rather than prevent the birth of extremely wealthy people, prevent the creation of extremely wealthy people. In other words, prevent the accumulation of massive wealth. You could do that by, for instance, taxing the shit out of wealthy people.”

Mengulas konsumerisme ekstrem di kalangan golongan ‘super rich’, Roberts menyambung,

“Reducing high-end consumption could be have an enormous short-term impact on carbon emissions, as climate scientist Kevin Anderson is always saying. Shifting wealth within population – reducing the number of very wealthy and the number in poverty – can have as much carbon impact as reducing overall population. So maybe, at the next environmental event, you could ask the income inequality question rather than the population question.”

Nah, ketidakseimbangan perolehan pendapatan!

Golongan ‘super rich’ dikenakan cukai lebih tinggi itu wajar, demi mengimbangi perolehan dan sumber asli yang tentunya diambil lebih banyak berbanding orang kebanyakan. Namun, apa yang sering berlaku adalah golongan atasan tersebut lebih pintar meloloskan diri daripada cukai, melalui pelepasan-pelepasan serta lebih ‘disantuni’ oleh undang-undang.

Itu belum masuk hal pemilikan tanah seluas-luasnya, semurah-murahnya dan selama-lamanya, kebenaran pajakan beratus tahun, manakala golongan bawahan, sudahlah terhimpit dengan terhadnya sumber, dikenakan pula cukai tinggi dalam keperluan harian.

Tidak seperti pohon-pohon besar yang membenarkan tumbuhan lain melilit naik untuk menerima cahaya matahari, manusia gagal mencontohi sikap ini.

Gagal, biarpun dibekalkan akal.

Hakikatnya dalam sistem manusia, satu kelompok mengambil sumber sebanyak-banyaknya. Satu kelompok lagi dipijak-pijak, terhalang daripada menerima manfaat.

Perjuangan kelompok bawahan ini dilunakkan dengan saranan sikap berhemah, mencandukan konsep ‘kesederhanaan’ (sedang faktanya, sumber yang boleh diakses di bawah paras sederhana, mahu sederhana bagaimana lagi?), kempen Earth Hour, mengharamkan penggunaan straw, ‘sustainable development’, permakultur dan sebagainya namun tindakan ekstrem yang kerap berlaku sebagai pilihan jalan keluar daripada tekanan kemiskinan adalah saluran jenayah!

Seperti mana suhu dingin ekstrem dan suhu panas ekstrem mewujudkan taufan, pertembungan di antara kaya ekstrem dan miskin ekstrem mewujudkan taufan dalam sistem masyarakat.

Jadi, apakah korupsi yang terbenih daripada keinginan ekstrem manusia boleh dikatakan tidak berkaitan dengan alam sekitar? Tentulah tidak. Perkara ini sama sekali tidak dapat dipisahkan.

Penyahwartaan hutan simpan untuk projek pembangunan yang tidak selesai-selesai, pemberian lesen konsesi balak kepada yang tidak berhak, pengusiran kaum orang Asal dan Asli, perompakan sumber asli bertopengkan projek empangan hidroelektrik dan ladang hutan telah mengganggu kelancaran ekosistem seterusnya membuka seluas pintu kepada kedatangan bencana dan apabila semua itu berlaku, iya, pemimpin-pemimpin (baca: boneka-boneka ‘super rich’) itu juga menjadi ‘adiwira’ kononnya paling prihatin, hanya dengan sebaran foto menyerahkan beras di dewan perlindungan mangsa bencana.

Lebih menguntungkan jika bencana berlaku menjelang pilihan raya, laku keras jadi modal buat meraih undi. Keinginan ekstrem terhadap ‘kerusi.’

Apabila memperkatakan tentang alam semula jadi, tumbuhan adalah watak utama. Nyawa. Kita sudah terlalu banyak menebang, meratakan hutan untuk pembinaan, sekaligus bermaksud kita berhutang terlalu banyak nyawa hanya untuk mendirikan sesuatu yang bersifat mati. Lebih zalim lagi, bukan semua golongan masyarakat secara sekata menerima manfaatnya.

Keinginan ekstrem terhadap rekod binaan paling luas, paling panjang dan paling tinggi membuat manusia terlupa statusnya sebagai peminjam, bukan empunya, maka apa-apa (sumber) yang diambil harus diganti semula.

Dalam menggalas tanggungjawab terhadap alam sekitar, agamawan atau bukan agamawan bukanlah isu yang harus diperbesar-besarkan sehingga membawa kepada percakaran. Lebih penting adalah usaha-usaha merawat di peringkat akar untuk menumbuhkan semula masyarakat dengan kefahaman yang benar – dan berharap korupsi akan beransur-ansur tersingkir.

(Artikel ini pernah diterbitkan di laman Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA))

Naziatul Azrin

Sedang dalam misi “planting green minded people” bersama Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA). Percaya bahawa Ladang Hutan Bukan Hutan. Juga seorang peguam.

<svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Korupsi; Pembolotan Sumber Asli Oleh Golongan Kaya-raya appeared first on SOLIDARITAS.