Naim Al-Kalantani, Author at SOLIDARITAS

Yang Bermasalah Dalam Filem Imam
SUTRADARA terkemuka dunia, gemulah Alfred Hitchcock sebelum beliau meninggal dunia, sempat berpesan kepada umat manusia,

“Ada tiga benda diperlukan bagi menjadikan filem itu hebat: skrip, skrip dan skrip.”

Itulah ayat keramat yang perlu diteliti jauh sebelum seseorang penulis menulis lakon layar sesebuah filem atau drama televisyen.

Filem merupakan satu gambar bergerak. Apabila kita tekankan perkataan “gambar”, maka gambar itu memainkan peranan utama. Tetapi kenapa sahibul fadhilah Hitchcock sangat mementingkan skrip?

Puncanya hanya satu, dalam filem, ia memerlukan satu kaedah, “show, don’t tell.” Kaedah yang dipercayai datang daripada Anton Chekhov ini adalah segala-galanya.

Walaupun sudah beberapa tahun meninggalkan kampus, saya masih ingat lagi pesan pensyarah filem saya ketika beliau menyampaikan amanat. Katanya, “Dalam filem, selagi boleh menggambarkan situasi, maka dialog tidak diperlukan.”

Skrip sangat penting. Melalui skrip itu juga yang dapat dijadikan visual yang penonton tonton di pawagam. Melalui skrip itu jugalah para pelakon mengucapkan dialognya.

Jadi, masalah utama dalam filem Imam yang sedang ditayangkan di pawagam kini, ialah skripnya.

Ada dua mazhab kalau mahu menonton filem adaptasi. Pertama, ‘bawa’ masuk sekali teks asal ke dalam panggung. Kedua, ‘tinggalkan’ di luar panggung. Ketika menonton Imam, saya meninggalkan karya hebat Abdullah Hussain itu di luar dewan.

Saya tak tahu novelnya bagaimana ceritanya, plot, perkembangan watak, klimaks, peleraian bahkan saya tak tahu pun apa watak yang ada.

Permasalahan dalam skrip imam ini, bukan berasal daripada novel itu. Tapi bagaimana penulis skrip menterjemahkan novel yang setebal 600 halaman ini ke dalam skrip yang berdurasi 90 minit.

15 minit pertama sahaja tidak mampu memberi kesan hook kepada penonton. 15 minit pertama saya tak tahu lagi ini cerita Imam ini cerita apa. Saya berseloroh kepada rakan di sebelah (tapi mungkin juga dengan serius), “Masih sempat lagi kita nak keluar dari dewan ini.”

15 hingga 20 minit pertama merupakan saat paling penting dalam sesebuah filem. Manakala kalau bagi drama tv pula, yang penting pada episod Pilot (Episod 1). Filem Imam gagal segala-galanya dalam 15 minit pertama ini. Penonton seperti boleh mengagak matlamat watak utama, tapi meleret sehingga tidak ada hala tuju pada minit-minit ini.

Masuk cerita mengenai dialog. Saya rasa dua orang pelakon utama itu sudah tahu dan mahir apa yang mereka lakukan. Tetapi ada beberapa perkara yang sangat mengganggu dalam dialog (termasuk adegan).

Pertama, saya tak nampak fungsi dialog dalam bahasa Arab. Dialog ini tidak memberi sebarang erti. Apa yang saya perasan, jika ada dialog berbahasa Arab, semasa itu ada orang lain di sekeliling pelakon. Ia mungkin tak nak beritahu (rahsia) apa yang diperkatakan oleh penutur kepada orang lain.

Isunya di sini ialah tiada sebarang petanda yang memberitahu orang kampung tidak tahu berbahasa Arab. Ya, kita boleh berasumsi bahawa orang kampung mana tahu bahasa Arab, tapi masih tidak kemas hujah. Apa yang perlu dilakukan ialah tunjuk (show) pada penonton bahawa orang kampung memang tak tahu bahasa Arab.

Masalah filem Imam ini juga termasuklah dia nak tunjuk (show) semua benda. Banyak adegan membazir. Adegan awal yang Haji Mihad ditahan oleh sekumpulan pemuda. Adegan yang sama diulangi sehingga habis pada pengakhiran. Di sini membazir dalam lima minit. Adegan itu sepatutnya boleh dipotong dan melompat terus kepada adegan yang sepatutnya di akhir cerita. Percayalah, penonton dapat tahu apa yang terjadi walaupun ia dipotong.

Melalui Imam, penonton dilayani oleh skor dan runut bunyi yang saya tak tahu apa fungsinya. Kalau saat getir ini penonton masih tak dapat tangkap apa benda yang berlaku, maka, filem ini gagal. Runut bunyi yang digunakan sangat mengganggu konsentrasi penonton. Runut bunyi pada adegan cemas dan adegan terkejut tak ada beza. Dan skor muzik dimainkan tanpa henti dan tanpa tujuan.

Dari awal hingga tamat, ada skor yang bingit di telinga. Adegan sedih ada muzik sedih (yang bingit); ketika adegan marah, ada muzik tegang (yang bingit); ketika adegan cemas, juga ada muzik yang runutnya mencemaskan (yang bingit).

Saya tak tahu bagaimana jurutera muzik filem ini fikirkan. Sebenarnya sangat banyak adegan yang kalau tak diletakkan langsung apa-apa muzik atau skor, ia lagi menimbulkan ‘sesak nafas’ daripada penonton. Sangat banyak peluang yang dilepaskan.

Saya ulang, saya meninggalkan novel Imam di luar dewan. Saya masuk dengan otak yang kosong. Bila saya tonton sehingga tamat, saya tak tahu perkembangan wataknya ke mana. Saya tak tahu datang dari mana Haji Mihad itu. Saya betul-betul nak tahu. Inilah tanggungjawab penulis skrip, bagaimana nak expose asal usul watak.

Apa yang ada dalam filem, ada beberapa imbas kembali yang tak berguna. Sekali lagi saya berseloroh kepada rakan sebelah, “Aku harap adegan dan dialog ini akan membawa kepada sesuatu.” Saya tunggu ‘sesuatu’ itu. Tak ada. Banyak pembaziran berlaku. Dan banyak yang sepatutnya disiapkan, tidak dibuat langsung.

Saya dapat tahu bahawa asal usul Haji Mihad memang ada dalam novel itu. Tapi takkanlah mahu semua penonton membeli novel itu dan baca sambil tengok filem?

Saya juga dapat tahu bahawa novel ini sebuah novel wacana. Dengan 600 halaman ini, mustahil untuk diterjemahkan dalam masa 90 minit. Dan, betul jangkaan saya, tidak berjaya diterjemahkan. Saya tak tahu matlamat watak utama. Ini yang paling utama dalam pembikinan skrip filem. Kalau watak utama tak ada matlamat, maksudnya logline tak cukup kuat.

Saya boleh meneruskan tulisan ini berkajang-kajang lagi. Tapi saya rasa tidak bersemangat untuk meneruskan kerana saya masih lagi kecewa yang teramat sangat.

Novel wacana seperti ini, perlu ada satu pertikaian hebat antara Haji Mihad dan Haji Syamsuri. Saya menunggu pertikaian itu, malangnya tak ada. Haji Syamsuri seperti ada masalah bersifat peribadi dengan Haji Mihad, bukan masalah cara pandang atau cara amal agamanya. Sefaham saya, dua watak ini menguji diri masing-masing dalam perdebatan yang sangat panjang. Itulah isi novel yang tidak langsung diterjemah ke layar perak.

Wacana yang dibina tidak lengkap dan tidak kemas. Sepatutnya hanya perlu ada satu isu yang dibawa. Isu paling boleh ‘dijual’ ialah solat Jumaat dua imam. Sepatutnya bawa sahaja isu itu daripada awal hingga akhir.

Bahayanya mengadaptasi novel wacana ialah bagaimana nak aplikasikan “tunjuk, jangan cakap” tadi. Perdebatan di depan surau bersama Rahim Razali. Sepatutnya pertengkaran itu dibuat oleh watak antagonis—Faizal Hussein. Itu wacana yang ditunggu-tunggu oleh penonton. Berdebatlah melalui adegan itu semahunya.

Terlalu banyak isu yang mahu diangkat. Kisah silam Haji Mihad (yang tak jelas), kisah lombong emas, kisah duit trustee Haji Syamsuri dan banyak sangat kisah lain yang tak selesai dan tak perlu ada.

Saya fikir, saya berasumsi, saya beranggapan, penulis skrip ketika menterjemahkan novel ini, beliau memikirkan rempah ratus yang dalam novel itu tidak perlu dimasukkan ke dalam skrip kerana “dah faham apa yang berlaku”. Masalah yang jadi akhirnya, penonton tak faham apa yang berlaku, sebab penonton tak baca novel tu.

Saya terbaca banyak ulasan mengenai filem ini. Bila saya baca, saya pula yang rasa pelik. Adakah yang saya tengok tempoh hari itu versi lain filem Imam? Kenapa sampai ada ulasan siap boleh memetik Judy Dench? Saya sehingga bertanya kepada rakan-rakan lain; ya, rakan-rakan lain mengesahkan apa yang saya tonton itu adalah versi yang sama apa yang mereka tonton.

Naskhahnya milik Abdullah Hussain. Tapi lakon layar dan filemnya bukan Abdullah Hussain punya. Kalau filemnya buruk, Abdullah tidak bersalah dan tak perlu rasa bersalah untuk mengatakan hal sebenar.

Selepas ini, saya harap ada filem yang lebih teruk berbanding filem Imam, supaya ada filem lain yang boleh orang ingat sebagai filem terburuk tahun ini.

Naim Al-Kalantani

Naim Al-Kalantani, graduan ijazah sarjana muda dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam bidang penulisan kreatif di bawah Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem. Kini menyambung pengajian di peringkat sarjana seni di universiti yang sama.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Yang Bermasalah Dalam Filem Imam appeared first on SOLIDARITAS.

Penghinaan Terhadap Pramoedya Ananta Toer
LAMA sudah saya sudah tidak mendengar soksek-soksek terbaru mengenai penerbitan oren ini. Kejap, mungkin ada, tapi soksek-soksek yang lama, tak menyeronokkan, tidak mengghairahkan dan tidak menghairankan.

Kali terakhir soksek-soksek yang paling epik mengenai kedai oren itu rasanya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022. Nanti di bawah saya lanjutkan lagi.

Seminggu dua ini, saya sangat sibuk dengan kerja. Berulang alik dari rumah-pejabat-parlimen. Sibuk sampai kadang-kadang tertidur selepas waktu maghrib dan terjaga apabila mendekati lewat malam.

Balik dari parlimen pada Selasa lalu, selepas maghrib, pun saya tertidur lagi. Apabila terjaga, jam lebih kurang 10 malam. Bila tatal telefon, ada 38 pesanan WhatsApp masuk. Apa jadah semua ini?

Rupanya ada soksek-soksek baru—kali ini sama hampir sama levelnya dengan kesnya di PBAKL 2022. Sumber saya menyatakan bahawa penerbit oren itu buat perangai lagi.

Rasanya dalam bulan Februari—atau setidaknya hujung Januari—saya perasan penerbitan oren itu mengumumkan buku terjemahan baru. Novel Bumi Manusia, tulisan Pramoedya Ananta Toer.

Bodohlah saya kalau saya nak perkenalkan lagi novel ini. Bodohlah saya kalau saya nak cerita siapakah Pram. Novelnya dan susuknya tidak perlu bersusah payah untuk dibuat copywriting bagi jualan, cukup sekadar dengan tepek namanya sahaja di depan buku. Gitulah kehebatannya.

Kata pemilik penerbit oren itu, karya ini diterjemahkan kepada bahasa Melayu. Inilah tindakan yang saya kata tadi, “tidak menghairankan” kerana memang menjadi kebiasaannya membuat keputusan yang tidak cerdik.

Bahasa Indonesia sangat mendekati bahasa Melayu kerana kita berada dalam rumpun yang sama. Dalam perbincangan panjang bersama teman-teman sealiran (dan yang tidak sealiran), apabila sampai kepada penterjemahan bahasa Indonesia-Melayu, ia akan jadi lebih kritikal berbanding nak terjemahkan bahasa Inggeris-Melayu. Perbincangan kami panjang. Memang tidak jumpa jawapan tuntas. Tapi akhirnya saya dan beberapa orang teman memilih satu keputusan—karya Indonesia tidak perlu diterjemah.

Kita boleh berbeza pendapat kalau mahu buka ruang perbincangan ini. Tetapi dalam fokus kali ini, ia terjurus kepada novel Pram yang satu ini. Novel ini tidak boleh, tidak sesuai, bahkan tidak layak diterjemahkan kepada bahasa Melayu.

Nuansa yang digunakan Pram sangat cantik. Hampir semua perkataan yang digunakannya sesuai dengan latar cerita itu. Apabila ia ditukar—konon-konon mahu pembaca di Malaysia faham—wajib terjemahan bahasa Melayu ini akan rosak.

Nah, novel baru beberapa hari terbit, sudah dapat kesan masalahnya. Saya boleh nyatakan berkajang-kajang masalah yang ada pada novel itu.

Siapa penterjemah novel ini? Adakah dia membaca Bumi Manusia dan ‘sparring’ bersama pemegang taruh untuk menterjemah novel ini? Bagaimana latar pendidikannya dan bahan bacaannya untuk memahami gaya bahasa Pram?

Buka halaman pertama, ayat pertama sahaja sudah bermasalah. Macam mana tajuk bab satu boleh jadi “Orang Memanggilku Sebagai Minke”? Bab dalam Bumi Manusia menggunakan nombor, bukan tajuk. Adakah penterjemah baca keseluruhan novel ini? Macam mana boleh culas dan mengubah sampai ke tahap ini?

Saya rasa kita tidak perlu lanjutkan lagi kesalahannya pada halaman seterusnya. Nampaknya memang penerbit oren ini tiada adab dengan karya besar sebegini.

Oh, ya! Sebelum saya terlupa, penerbit ini juga pernah hilang adab dengan Ibnu Khaldun. Inilah yang saya nak ceritakan tadi. Tragedi epik ini berlaku di PBAKL 2022. Satu pagi yang hening—ketika saya sedang menyusup masuk ke reruai rakan untuk jenguk-jenguk mana tahu rakan saya ini membawa donut atau kuih untuk menjamu pelanggan yang datang bertandang—rakan saya menegur, “Suka la Naim pagi ni, ya.”

Saya pelik. Padahal saya tak suka pagi itu sebab saya lapar. Selepas terpinga-pinga, barulah dia membuka mulut; ada isu buku Mukadimah di reruai yang penuh belon itu.

Persis seorang penyelidik profesional, saya sempat mendapatkan satu naskhah buku yang kontroversi disebabkan salah cetak itu. Buku itu hanya satu fungsinya di dunia ini—sebagai buku latihan bacaan pruf.

Dipendekkan cerita, itulah tragedi saya anggap paling ultimate kebodohannya dalam pengurusan industri ini.

Buku Ibnu Khaldun tidak layak dicetak sebegitu. Walaupun apa sekali pun alasannya, buku itu tidak layak dicetak sebegitu. Setiap buku ada adab untuk kita kendalikannya. Ibnu Khaldun dengan Mukadimahnya dipandang tinggi di seluruh dunia. Kitab itu menjadi rujukan sarjana-sarjana timur dan barat. Sepatutnya material buku itu dibelai dengan nilai yang tinggi, dikendalikan dengan ketinggian dan adab. Reka letak, rupa taip, jenis kertas, saiz; itu semua menandakan sesebuah buku telah diuji oleh hal-hal tertentu.

Ini juga yang berlaku kepada Bumi Manusia. Apabila keluar sahaja pemilihan sampul hadapan novel itu, saya pelik kenapa ketiga-tiga pilihan itu menggambarkan masyarakat di sawah padi. Apa kaitan dengan sawah padi? Adakah Annelies itu pesawah? Nyai Ontosoroh pesawah? Atau watak utamanya Minke itu pesawah?

Sampulnya, bagi saya cantik dan reka letak hadapannya kemas. Tapi ia tidak padan dengan cerita yang terkandung di dalamnya. Saya ingat-ingat lupa, penerbit itu pernah beritahu lukisan itu mahu menandakan perbezaan kelas kaya dan miskin. Pesawah seperti kelas rendah, begitulah kiranya ayatnya dalam satu kenyataan.

Pun, saya pelik. Tanpa ragu-ragu, tanpa membuang masa, saya terus isytiharkan, “Kau bodoh.” Simple esfak.

Ternyata pemilik kedai oren itu tidak membaca buku itu. Bahkan dia tidak menonton filem Bumi Manusia (yang saya anggap filem ini gagal mempamerkan cerita sebenar) sekurang-kurangnya ketika itu.

Annelies, Minke, bahkan Nyai Ontosoroh itu semuanya mentereng dalam lautan emas. Mana ada kemiskinan digambarkan dalam itu. Dan lagi, mana datang sawah padi tu?

Saya tepuk dahi bila lihat tajuk bab pertama sahaja sudah salah. Tapi, kita tutup matalah dengan tajuk bab tadi, mungkin penterjemah atau penyunting nak buat avant-garde, kita layankan.

Saya gagahkan membaca lagi, hingga terjumpa nota kaki, juga di halaman pertama. Dalam novel asal—bukan terbitan oren, bahkan saya yakin dalam lebih 30 bahasa terjemahan Bumi Manusia—tidak ada nota kaki semengarut itu!

Jelas tertulis, “Sejenis ikan paus spesis terancam dari kumpulan ikan paus Baleen. Habitatnya adalah kawasan hemisfera sebelah selatan.”

Ya Rabbi! Mengucap panjang saya membacanya. Dah la masa tu baru sahaja bangun tidur, dengan 38 pesanan WhatsApp tadi, terbeliak mata saya membaca semua chat yang diterima bercerita hal yang sama. Sikit saja lagi saya nak hubungi pemilik penerbit oren ini untuk sama-sama mengajaknya mengucap bersama saya.

Penerbit, penterjemah, penyunting, dan segala pe lagi, sebenarnya baca habis atau tidak novel ini? Bagaimana kalian semua mahu menjawab di mahsyar kelak? Kalau Pak Pram tanya, “Bro, datang mana pula ikan paus ni?”

Saya buat telahan awal, walaupun dinyatakan penterjemahnya seorang sahaja, tapi dia tidak memahami apa yang diterjemahkannya. Dia tidak membaca buku itu dari kulit ke kulit sebelum proses menterjemah. Saya dapat tebak caranya; dia buka dokumen Bumi Manusia dalam laptopnya dan tanpa membaca, terus dia sunting.

Kenapa saya buat telahan macam tu? Sebabnya “Minke” ada diterangkan di tengah-tengah novel. Paling tidak, dalam filemnya sudah digambarkan. Takkan tak faham bahasa Indonesia? Subtitle di Netflix tu pun boleh pilih bahasa Inggeris.

Tak sanggup nak selak lagi halaman lain, takut-takut terjumpa kesalahan yang lagi berat.

Inilah yang saya maksudkan dengan penghinaan terhadap karya. Sumber saya kata, kesalahan itu telah ‘ditutup’ oleh pelekat. Katanya petang Rabu mereka bergotong-royong bermain sticker untuk ditepekkan pada kesalahan fatal itu. Bukan tak pernah mereka ini guna pelekat—dulu pun pernah dibuat pada buku seorang penulis perempuan yang namanya salah eja. Kali ini pula, dibuat pada nota kaki.

Kalau betul-betul kenal siapakah Pram, jasa, pengalaman, kisah dan karyanya, mustahil untuk mengendalikan novel ini secara semberono. Adab dengan Ibnu Khaldun pun ke laut. Tak pelik bro seorang ini tak ada adab dengan Pram.

Pemilik kedai buku oren itu dalam satu kenyataannya berkata pemain industri ini perlu menjaga sesama sendiri. Dia juga berharap agar industri terjemahan subur dan mampu berdaya saing dengan negara Indonesia.

Adakah perlu menjaga pemain industri yang biadab dengan karya-karya besar? Kes ini bukan kali pertama. Sudah berkali-kali ditegur, dipesan, hasilnya sama juga.

Penerbit macam inilah yang akan merosakkan industri. Tak terliur saya nak dengki kepadanya. Tak terliur saya nak cemburu kepada penerbit yang berkali-kali ditegur, tidak ada perubahan. Saya tak dengki kepada perbuatan yang hina.

Tutuplah penerbitan tu. Cukuplah dengan jual kopi sahaja, bersaing dengan kedai seberang jalan itu. Sambil-sambil seduh kopi, eloklah juga belajar bahasa Melayu.

Naim Al-Kalantani

Naim Al-Kalantani, graduan ijazah sarjana muda dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam bidang penulisan kreatif di bawah Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem. Kini menyambung pengajian di peringkat sarjana seni di universiti yang sama.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Penghinaan Terhadap Pramoedya Ananta Toer appeared first on SOLIDARITAS.

Pembuktian Al-Quran Sebagai Kitab Suci
SEJAK bergelumang dengan pembacaan rencam dalam bidang agama, saya mulai mempersoal beberapa perkara. Antara persoalan paling besar yang bermain di minda ialah bagaimana kaedah pengumpulan ayat-ayat suci al-Quran? Bagaimanakah juzuk-juzuk al-Quran ditentukan? Siapakah yang memberitahu ayat sekian pada surah sekian-sekian?

Pertanyaan ini hanya berlegar dalam minda. Beberapa kuliah agama didengari – tetapi tidak memberi jawapan tuntas. Buku-buku agama arus perdana juga tidak memberikan jawapan yang memuaskan hati. Risau ditanya kepada khalayak, persoalan ini dikhuatiri mencederai agama. Pak ustaz pula selalu dengan kad jawapan, “beriman sahaja kamu dengan al-Quran. Itukan rukun iman.”

Saya tidak puas hati. Iman harus dicabar dan dibuktikan. Saya percaya bahawa iman yang diuji akan lebih utuh. Sehinggalah saya terjumpa satu buku yang mengubah hidup saya dalam memahami keindahan al-Quran. Tulisan seorang syeikh al-Azhar, Muhammad ‘Abdullah Diraz mengubah seluruh kekeliruan saya dalam memahami pembuktian kebenaran al-Quran. Buku al-Naba’ al-‘Azim (Perkhabaran Agung) yang diterbitkan ke dalam bahasa Melayu oleh Maqasid Institute.

Buku ini memberi jawapan hampir keseluruhan persoalan saya mengenai pembuktian kebenaran al-Quran. Al-Quran yang hadir sejak 1,400 tahun lalu di tengah-tengah padang pasir yang tandus, kepada Seorang yang buta huruf, seorang penternak, sibuk mencari rezeki untuk keluarga, tiada langsung hubungan dengan ilmu dan ahli ilmu tiba-tiba muncul kepada kita sesuatu yang tidak pernah diucapkan olehnya. Bagaimana ia terjadi?

Kekuatan pada buku Perkhabaran Agung ini menjawab segenap persoalan ini bukan berlandaskan dalil naqli tetapi berpandukan kepada dalil aqli. Hanya dengan hujah ini sahaja mampu difahami oleh orang bukan Islam atau yang tidak beriman dengan Islam dan al-Quran.

Tanya diri sendiri kembali persoalan yang saya ajukan di atas, nescaya kalian akan bertemu dengan jawapan – kerana itulah jawapannya! Mustahil seorang buta huruf, yang tidak tahu membaca, yang tidak berdamping dengan ilmuwan atau penyair dapat memancurkan ayat-ayat seindah kalam al-Quran jika bukan dari sesuatu yang agung. Perantaraan Jibril yang amanah diajarkan ayat-ayat al-Quran kepada Baginda SAW. Tiada sebarang pertikaian bahawa ia adalah sebuah pelaporan, bukan hasil taakulan. Kita perlu ingat bahawa pada zaman itu lahir segala penyair hebat yang mempunyai kehalusan bahasa yang tinggi, tetapi mereka semua terlopong apabila mendengar keindahan ayat-ayat suci – mereka tidak mampu untuk mencipta bait yang sebegitu!

Dalam Perkhabaran Agung ini, saya kira ia sebuah mahakarya yang wajib berada di rumah-rumah masyarakat Muslim di Malaysia. Kekuatan isi kandungannya menjadikan buku ini sebagai bukti kukuh dan apabila membacanya, keyakinan terhadap al-Quran semakin tinggi.

Persoalan kedua timbul, bagaimanakah pengumpulan al-Quran? Pada zaman kehidupan Baginda SAW, ayat-ayat suci ini hanya ditulis di atas pelepah-pelepah tamar dan juga cebisan-cebisan kertas dan ia berterabur. Bagaimanakah ia disusun tanpa pengetahuan atau kehadiran Nabi SAW yang memang sepatutnya dialah manusia paling autentik untuk mengesahkan susunannya?

Semasa saya kecil, saya didengungkan dengan kisah Saidina Uthman-lah yang mengumpulkan al-Quran. Tetapi kepercayaan saya meleset apabila bertemu dengan biografi Saidina Abu Bakr di dalam buku karya menteri dan penulis terkenal Mesir, Muhammad Hussein Haikal. Buku Abu Bakr as-Siddiq: Liku-liku Hayat & Pemerintahan Khalifah Pertama ini baru sahaja diterbitkan oleh Inisiatif Buku Darul Ehsan. Kebetulan saya memang meminati perihal sejarah kejadian al-Quran, terus sahaja saya mencari topik itu. Nah, sebenarnya memang sudah ada usaha untuk mengumpulkan al-Quran pada ketika itu.

Peperangan Yamamah mengorbankan ramai orang Mukmin. Dalam kalangan mereka, sebanyak 39 orang sahabat yang ternama dan pada penghafaz al-Quran. Antara yang syahid ialah Zaid, adinda kepada Saidina Umar RA. Kesedihan Umar bukan sahaja kerana kematian adiknya, tetapi melangkaui hal itu – beliau memikirkan juga jika peperangan berterusan, makin ramai Huffaz yang akan terbunuh. Umar lantas menjumpai Abu Bakr dan berbincang hal ini. Perbincangan ini sangat rencam, Hussein Haikal menulis riwayat ini panjang lebar. Paling menarik apabila pembaca dapat tahu bagaimana Abu Bakr memikirkan pengumpulan al-Quran yang tidak dibuat oleh Nabi Muhammad SAW.

Pengumpulan ini bukanlah sesuatu yang enteng. Ramai Huffaz yang dibawa penghadap kepada Zaid bin Tsabit atas arahan Umar. Zaid gerun, kalam Allah ini ‘diletakkan’ di atas pundaknya untuk disusun. Kisah ini sangat cemas, bacaan saya menjadi laju, kisah menjadi semakin menarik. Walaupun perkara baik mahu dilakukan oleh para sahabat, tetapi ada masalah besar yang timbul antaranya pemilihan dialek yang mana perlu dikumpulkan, bagaimana mahu mengesahkan ayat itu adalah benar-benar ayat al-Quran, dan beberapa hal lain lagi.

Penyusunan ayat-ayat al-Quran walaupun tidak secara jelas penulis nukilkan di sini, tetapi saya sudah mendapat gambaran bahawa ada metode yang tertentu untuk mewajarkan segala kedudukan ayat dan surah-surah tersebut.

Dua buku ini, Perkhabaran Agung dan Abu Bakr memberi satu wasilah kepada saya berkenaan pengumpulan dan kesahihan yang jelas. Sempena Nuzul Quran tahun ini, masyarakat bukan sahaja mengagungkan al-Quran kerana itulah yang dituntut oleh agama, tetapi tiada masalah untuk mencari kewajaran untuk meningkatkan iman di dada.

Naim Al-Kalantani

Naim Al-Kalantani, graduan ijazah sarjana muda dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam bidang penulisan kreatif di bawah Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem. Kini menyambung pengajian di peringkat sarjana seni di universiti yang sama.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Pembuktian Al-Quran Sebagai Kitab Suci appeared first on SOLIDARITAS.

Budaya Nusantara Dalam Layla Majnun
Medium filem adalah medium terbaik untuk menyuntik sebarang idea kepada khalayak umum – sama ada idea berbentuk propaganda, ilusi, sains, teori, magis, keagamaan, politik, atau lain-lain. Oleh sebab demikianlah filem menjadi satu medium hiburan yang paling popular di dunia.

Dalam tulisan kali ini saya sekali lagi ingin memuji Indonesia dalam langkah membawa bersama-sama kebudayaan mereka masuk ke dalam filem. Filem Layla Majnun yang mana baru sahaja menemui penonton beberapa hari sebelum Valentine’s Day tahun 2020 memberi impak besar dalam kebudayaan Indonesia yang mana mereka berjaya menggabungkan kebudayaan Azerbaijan dan Indonesia.

Layla Majnun adalah sebuah karya monumental dari Nizami Ganjavi yang berasal dari Ganja, kawasan barat Azerbaijan, sebuah negara bekas republik Soviet yang diapit oleh Turki dan Laut Kaspia. Karya roman ini ditulis pada abad ke-7 yang berasal dari bait-bait puisi dan dijadikan sebuah novel tragis. Saya percaya ramai yang mengetahui nama Layla Majnun ini kerana ia adalah sebuah kisah cinta tragis yang menyamai kesusasteraan barat Romeo and Juliet.

Apabila saya menonton trailer filem ini, saya tidak meletakkan harapan besar untuk ia menyamai dengan novel asalnya. Sememangnya sehingga setakat ini, boleh dikatakan tiada mana-mana adaptasi filem dari novel yang lebih menari berbanding naskhah asal. Dalam trailer tersebut, saya tidak melihat unsur-unsur kearaban atau adegan-adegan persis dalam novel. Kemungkinan besar filem ini hanyalah mengambil tema novel asal tetapi watak dan latarnya berbeza.

Kejutan di dalam Layla Majnun ini bermula dengan adegan pertama yang membuatkan saya merinding. Adegan dibuka dengan wayang kulit Jawa dimainkan oleh Layla dan ayahnya. Adegan pertama menjadi adegan penting dalam memberi petunjuk mengenai keseluruhan filem. Wayang kulit ini bukan sahaja terhenti di situ, tetapi ia dibawa terus ke akhir cerita dengan sangat baik dan tidak tergesa-gesa.

Inilah faktor yang membuatkan saya menunduk hormat kepada filem dari negara seberang. Bagaimana mereka dapat menyatukan budaya Azerbaijan dan Indonesia dalam masa yang sama tidak merosakkan naratif cerita dan menyusun plot dengan baik.

Gandingan mantap Acha Septriasa dan Reza Rahadian membawa watak Layla dan Samir. Seperti mana yang kita tahu Reza Rahadian ini dianggap pelakon serba boleh, dan apabila saya melihat Acha Septriasa pula, saya cuba membandingkannya dengan lakonannya sebelum ini dalam 99 Cahaya di Langit Eropa (2013 dan 2014), dan Bulan Terbelah di Langit Amerika (2015 dan 2016).

Kedua-dua filem sebelumnya ini hanya mengangkat adaptasi novel ke layar perak dan tidak menyentuh budaya Nusantara. Ia berbeza dengan Layla Majnun ini yang mana saya lebih cenderung untuk menyatakan ia sebuah filem homage berbanding adaptasi.

Selain kebudayaan wayang kulit, Layla Majnun membawa sedikit persoalan sastera. Layla yang mana seorang guru di sekolah juga seorang penulis novel. Awalan cerita ini menyiram penonton dengan nama-nama tokoh Indonesia. Adegan ini penting – selain ia mempunyai keterkaitan dengan plot penceritaan – kita juga perlu ingat bahawa Layla Majnun ini ditayangkan di seluruh dunia melalui Netflix. Ia secara tidak langsung dapat mempromosikan kesusasteraan dan tokoh Indonesia. Bahkah sehingga Layla dijemput untuk menjadi dosen di Azerbaijan, dia juga membawa nama Hamka untuk diajarkan kepada pelajar-pelajar sarjananya di sana.

Dulu kita punyai filem yang dibuat penggambarannya di Turkey, Istanbul Aku Datang (2012) dan saya kira ia sebuah filem romantik komedi yang tidak bermasalah. Cumanya tidak salah kita meniru sahabat dari sebelah – membawa masuk juga kebudayaan kita ke dalam filem, dan menjadikan ia sebuah filem yang baik dari unsur-unsur subteks dan juga naratif.

Naim Al-Kalantani

Naim Al-Kalantani, graduan ijazah sarjana muda dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam bidang penulisan kreatif di bawah Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem. Kini menyambung pengajian di peringkat sarjana seni di universiti yang sama.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Budaya Nusantara Dalam Layla Majnun appeared first on SOLIDARITAS.

Penularan Cancel Culture Sebagai Budaya Popular
Ribuan tahun dahulu, di Athens sebuah kota terbesar di Yunani yang berasalnya sistem pendemokrasian, wujudnya satu sistem yang dinamakan ostracism (pemulauan). Ostracism ini pada asalnya merupakan satu kaedah untuk meneutralkan fikiran penduduk yang menjadi ancaman kepada negara atau tirani. Istilah ini berasal dari perkataan ‘ostrakon’ yang bermaksud ‘sekeping tembikar yang pecah’. Di atas kepingan tersebut akan ditulis nama calon pengundi yang akan dipulaukan dan akan dibuang dari Athens selama 10 tahun.

Kembali ke abad ke-21, di mana media sosial menjadi ‘imam’ bagi manusia sejagat, ostracism telah dinaiktarafkan menjadi cancel culture (budaya pengenyahan). Cancel culture ialah satu budaya popular (pop culture) dipercayai mula muncul pada tahun 2017 di Twitter dengan gerakan #MeToo yang mana gerakan tersebut menentang penderaan dan gangguan seksual di tempat kerja. Gerakan ini berjaya menyedarkan satu dunia dengan hanya menggunakan tanda pagar di Twitter dan ia telah menjadi satu gerakan yang menggoncang dunia.

Khairul Aming dalam ciapan Twitternya gusar terhadap cancel culture yang berleluasa dalam alam siber. Kerisauannya berasas kerana mungkin terdapat netizen yang akan menunggu beliau untuk berbuat salah, dan pada ketika itulah, dia akan dinyahkan oleh masyarakat melalui media sosial.

Cancel culture ini mengakibatkan satu sosok, ataupun satu organisasi ‘jatuh’ dengan hanya makian dan cercaan para netizen yang datang entah dari mana-mana. Kepercayaan masyarakat mula hilang apabila sudah di’cancel’ di dalam media sosial.

Sosok atau organisasi tersebut tidak tertentu bagi public figure atau ahli politik sahaja, tetapi ia akan merebak kepada semua orang tanpa mengira pangkat. Setakat ini, hipotesis yang kita dapat lihat; semakin masyhur seseorang di dalam media sosial, semakin mudah untuk dinyahkan.

Pengenyahan ini berlaku apabila seseorang tersebut melakukan kesalahan – sama ada secara sedar atau tidak. Kita tidak perlu lagi mengundi seperti rakyat Athens ribuan tahun dahulu, tetapi hanya perlu menjentik emosi ‘tentera bawang’ untuk mengenyahkan individu-individu tertentu.

Contoh terbaru ialah bagaimana tentera bawang Malaysia telah menggegarkan akaun Twitter milik Ido Daniel dengan tanda palang #KoyakToYouToo. Gerakan ini berjaya untuk ‘mengoyakkan’ pemilik Twitter tersebut dan menjadi sohor kini di seluruh Malaysia bahkan mungkin di seluruh dunia.

Kebiadaban tentera Israel menyerang Palestin telah mendapat reaksi dari seluruh dunia dan juga Malaysia. Ia menyebabkan rakyat Malaysia bertungkus-lumus menyerang media sosial milik Israel dan juga penggodam Malaysia dan Indonesia bersatu untuk menyerang laman-laman sesawang milik Israel.

Gerakan ini tercetus dari berita yang terlalu cepat beredar dalam media sosial. Persoalannya sekarang, adakah berita yang terlalu cepat ini dapat menyenangkan semua pihak? Saya tidak menganggap perkara ini sebagai satu budaya yang buruk atau baik sepenuhnya. Tetapi ia perlu didahului dengan pertimbangan akal yang waras. Dari empirikal saya sendiri, cancel culture ini mudah merebak apabila kita mengimani satu-satu fahaman yang sama dengan orang lain.

Fahaman yang kita anuti sebagai orang Islam dan juga menolak sebarang bentuk peperangan dapat mewujudkan satu gerakan yang dapat menyatupadukan rakyat untuk menolak rejim Zionis seperti contoh di atas tadi.

Contoh cancel culture yang lain, yang mana saya sering bercanda dengan rakan-rakan saya dengan gurauan, “kau boleh mengutuk dan mencerca sesiapa sahaja, tetapi bukan K-pop.” Februari lalu saya masih ingat lagi bagaimana K-pop stan menyerang Janna Nick di atas kekhilafan beliau di Instagram yang menulis ‘Lisa Blackpig’. K-pop stan tidak berdiam diri dan terus menyelar Janna Nick dengan #JannaNickGoingToJailParty dan mengakibatkan dia menutup seketika Instagram, Facebook dan Twitter miliknya.

Saya lihat, dan kita perlu akui, di Malaysia ini fanbase K-Pop sangat kuat dan utuh. Ia ibarat satu cult atau fahaman yang tidak dapat dibendung. Fanbase ini secara mudah untuk meng’cancel’kan seseorang bahkan dengan mudah juga untuk mengumpulkan ‘tentera’ untuk membuat kebajikan.

Sebagai contoh, terjadi pada tahun lalu, BTS Army di Malaysia telah mengadakan satu kempen untuk menolong rakyat Sabah yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Mereka berjaya mengumpulkan sekitar RM20,000 dengan kempen #BTSArmyHelpSabah di Twitter.

Banyak lagi sosok atau organisasi yang terlibat atau terpalit turut merasa budaya ini; dari pimpinan-pimpinan politik, ahli-ahli parlimen, artis, influencers, sehinggalah pada kedudukan paling tinggi – orang-orang istana; pernah terjebak sama dinyahkan oleh masyarakat hanya melalui media sosial.

Masalah dalam cancel culture ini ialah semua benda hendak dinyahkan. Mungkin ini kesan dari herd mentality – satu-satu tindakan seragam atau yang sama dibuat oleh ramai orang, akan mempengaruhi kita untuk membuat tindakan yang sama, tujuannya adalah untuk kita dapat fit into society.

Baru-baru ini di Twitter, ‘Farah’ telah sohor kini akibat dari ciapannya bahawa dia tidak mahu cakna akan isu Palestin-Israel ini dan turut menyalahkan Palestin kerana tidak lari dari negara tersebut untuk menyelamatkan diri. Dengan hanya satu ciapan, terus dapat menduduki tangga pertama dalam papan carta Twitter (Malaysia).

Saya beranggapan bahawa ada lagi ‘Farah’ yang lain di luar sana (dalam konteks ‘tidak ambil kisah mengenai isu Palestin’), sama ada untuk isu Palestin-Israel ini ataupun isu-isu lain. Dengan contoh Farah ini, hipotesis saya menyatakan bahawa di media sosial yang penuh dengan budaya pengenyahan ini, adalah lebih baik kita untuk berdiam diri, tidak menulis apa-apa kerana kita tidak akan mampu untuk berbeza pendapat dari pendapat majoriti.

Cancel culture ini akan menjadi barah dan juga boleh menjadi penawar. Media sosial sebagai satu alat, dan kitalah yang menggunakan alat tersebut untuk membuat kebaikan atau keburukan. Era ini, dengan mudah untuk meng’cancel’kan orang, tetapi adalah sedikit sukar untuk membaiki kembali kerosakan – damage has been done.

Kesimpulannya, pertama, cancel culture ini dapat memusnahkan seseorang atau satu-satu organisasi sekelip mata. Kedua, dengan budaya popular ini jugalah kita akan dapat lihat bagaimana masyarakat hari ini menggunakan akal untuk bertindak atau membuat keputusan.

Naim Al-Kalantani

Naim Al-Kalantani, graduan ijazah sarjana muda dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam bidang penulisan kreatif di bawah Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem. Kini menyambung pengajian di peringkat sarjana seni di universiti yang sama.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Penularan Cancel Culture Sebagai Budaya Popular appeared first on SOLIDARITAS.