M. Hafizul Hilmi, Author at SOLIDARITAS

The Crown: Kisah Di Sebalik Tembok Istana
Sukar juga untuk saya habiskan siri The Crown sehingga Season 4. Season 1 dan 2 masih boleh ditelan lagi, mungkin disebabkan oleh Matt Smith melakonkan watak Duke of Edinburgh (Prince Philip) dan Claire Foy sebagai Queen Elizabeth II. Lakonan mereka berdua, terutama gaya lakonan dan pertuturan Claire Foy, bak kata Queen Elizabeth, goodness!

Bila sudah melekat dengan dua season pertama, tiba-tiba masuk Season 3 dan 4 di mana Olivia Colman dan Tobias Menzies pula yang mengambil peranan sebagai pelakon, terasa semacam sedikit janggal kerana gaya lakonan dan percakapan mereka langsung berbeza.

Mungkin tuan pengarah mahu menunjukkan perbezaan umur dan tahap kematangan Lilibet semasa berfungsi sebagai monarki di United Kingdom (UK) kerana dalam Season 3 dan 4, Lilibet sudah menonjol ketegasannya dalam melayan sepak terajang politik. Tapi dalam Season 1 dan 2, Lilibet masih kelihatan teragak-agak untuk membuat keputusan penting, kerana beliau masih berada dalam fasa terkejut apabila secara tiba-tiba King George VI meninggal dunia dan dia terpaksa menjadi Queen semasa berumur 25 tahun.

Dalam siri The Crown ini, Season 1 merangkumi tempoh antara tahun 1947 hingga 1955, Season 2 antara tahun 1957 hingga 1963, Season 3 antara tahun 1964 hingga 1977, dan Season 4 antara tahun 1979 hingga 1990. Dalam babak-babak hujung, watak Princess Diana dan anak-anaknya iaitu Prince William dan Prince Harry sudah muncul sebelum dia bercerai dengan Prince Charles beberapa tahun kemudian, selepas melalui pelbagai krisis dan skandal.

Saya suka menonton The Crown ini bukan kerana kagum dengan British sebagai bekas penjajah, tetapi kerana minat dengan pengkisahan sistem pemerintahan yang diamalkan di UK iaitu Raja Berperlembagaan (constitutional monarchy) dan Demokrasi Berparlimen (parliamentary democracy), sistem yang sama turut diamalkan di Malaysia. The Crown menunjukkan bagaimana Queen ini berfungsi mengikut peruntukan perlembagaan, termasuk melantik Perdana Menteri (PM), menerima mengadap PM untuk mengemaskini perkembangan mesyuarat Kabinet dan isu-isu politik, dan selebihnya berfungsi tidak lebih sebagai simbol Head of State.

Di sebalik tembok istana itu, bermacam-macam krisis keluarga, gaya hidup kayangan, skandal anak-beranak raja, perangai hodoh, usaha istana untuk pastikan monarki kekal relevan di mata rakyat, dan betapa terseksanya Prince Philip untuk menjinakkan egonya sebagai seorang lelaki apabila terpaksa berteduh di sebalik bayang-bayang Queen Elizabeth II, sebagaimana yang digambarkan dengan baik dalam The Crown.

Bila bosan melayan babak tertentu, saya berpindah ke Google dan Youtube. Yang menariknya lakonan yang berdasarkan kisah dan watak sebenar ini ialah kita boleh menonton filem, kemudian membandingkannya dengan gambar dan klip video yang asal. Apatah lagi di Eropah, teknologi kamera dan video sudah meluas digunakan sejak pertabalan Queen Elizabeth II lagi (1950-an masih hitam putih). Peristiwa-peristiwa terkemudian lebih banyak terdapat rakaman video yang asal di Youtube, dan kita boleh melihat betapa pasukan produksi The Crown ini mencuba sedaya upaya untuk mengekalkan susunan dialog, wajah dan karakter watak, fesyen pakaian, prop, dan sebagainya mengikut peristiwa yang asal.

Dalam The Crown, setiap episod memfokuskan kepada peristiwa-peristiwa besar yang berlaku seputar politik UK dan institusi Diraja mereka. Contohnya majlis pertabalan Diraja, peristiwa The Great Smog, peristiwa Queen Elizabeth II menari bersama Presiden Ghana, pertukaran demi pertukaran PM di bawah Queen Elizabeth II, krisis Terusan Suez, skandal Profumo, pembunuhan John F. Kennedy, malapetaka Aberfan, pendaratan pertama Apollo 11 di bulan, pemakzulan Raja Edward VIII, tragedi pembunuhan Lord Mountbatten oleh IRA, pertabalan Prince Charles sebagai ‘tengku mahkota’, usaha memodenkan institusi beraja, dan lain-lain peristiwa besar.

Saya fikir antara aspek yang paling terkesan adalah watak Winston Churchill dalam Season 1. Kalau Gary Oldman yang melakonkan watak Churchill memenangi anugerah Oscar melalui filem Darkest Hour, John Lithgow sebagai Churchill dalam The Crown pula memenangi anugerah Emmy. Saya merasakan bahawa lakonan Lithgow lebih sedap berbanding Oldman, walaupun tidak dinafikan kedua-duanya memang pelakon terbaik.

Disebabkan Churchill ini memainkan peranan penting kepada Queen sebagai penasihat politik yang berpengalaman semasa Queen masih muda dan juga berjasa besar kepada UK di saat krisis peperangan, kematian Churchill telah diabadikan dalam upacara state funeral, satu upacara yang biasanya dibuat untuk keluarga Diraja sahaja. Babak yang digambarkan dalam The Crown ini menggambarkan betapa terkesannya Queen Elizabeth II apabila kehilangan mentor politiknya.

Sebagai sebuah negara Komanwel, ‘kelibat’ Tanah Melayu juga diselitkan dalam beberapa babak. Antaranya semasa Prince Philip membuat pelayaran dengan menaiki Royal Yacht Britannia selama lima bulan pada tahun 1956, dia menyebut bahawa kapalnya melalui perairan Semenanjung Tanah Melayu. Sememangnya dilaporkan bahawa beliau sempat singgah di pulau Langkawi, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur, menyaksikan orang tempatan menoreh getah dan melombong bijih timah.

Satu lagi babak pendek selama kira-kira 8-9 saat dalam Season 2 memaparkan lawatan seorang pembesar Melayu bertemu dengan Queen Elizabeth dan Prince Philip di Istana Buckingham. Malah The Crown sempat menyelitkan beberapa kerat dialog dalam Bahasa Melayu. Malangnya tidak dijelaskan siapakah pembesar Melayu itu. Kemungkinan besar beliau adalah salah seorang Sultan Melayu. Ada pihak yang membuat kajian mengatakan watak itu ialah Sultan Yussuf Izzudin Shah (Sultan Perak). Saya fikir watak tersebut bukan Sultan Perak kerana mengikut rekod yang ada (sumber Google), kali terakhir Sultan Perak berjumpa Queen Elizabeth II ialah pada tahun 1955. Berdasarkan garis masa dalam cerita The Crown itu, peristiwa itu mungkin berlaku selepas tahun 1957 atau 1959. Mungkin kita perlu mengorek semula arkib surat khabar lama untuk menjadi mencari jawapan sebenar.

Sama ada The Crown ini memaparkan peristiwa yang sebenar atau terdapat dialog-dialog tambahan untuk menjadikan ia lebih dramatik, kita harus akui bahawa kesanggupan dan kebebasan untuk para pengkarya melakonkan semula kehidupan keluarga Diraja dan watak ahli-ahli politik ke layar perak, adalah manifestasi kepada nikmat demokrasi dan kematangan politik masyarat Barat. Bukan sahaja melakonkan semula watak yang telah mati, bahkan yang masih hidup dan berfungsi dalam jawatan yang sama (misalnya Queen Elizabeth II, Prince Philip dan Prince Charles). Tembok istana boleh dimasuki oleh sesiapa saja dalam bentuk kritik sosial, bahkan ada diselitkan dengan unsur fiksyen demi meraikan sesuatu karya seni. Mungkin masyarakat di sana sudah lama membuang doktrin tulah, derhaka, dan entah apa lagi ‘hantu’ yang ada dalam pemikiran feudalistik orang Melayu.

Dalam episod terakhir Season 4, Margaret Thatcher (Perdana Menteri UK) yang kehilangan sokongan ahli Kabinet dan majoriti Ahli Parlimen, telah datang mengadap Queen untuk memohon pembubaran Parlimen. Beliau tidak sanggup untuk ditendang dari 10 Downing Street secara terhina begitu. Menurut ahli sejarah, peristiwa ini sebenarnya tidak pernah berlaku pun, sebaliknya ia sekadar fiksyen penyedap cerita. Tetapi dalam babak tersebut, ada satu dialog penting yang diungkapkan oleh Queen yang diselitkan dalam episod terakhir ini.

Apabila Perdana Menteri mahu menggunakan kuasanya untuk membubarkan Parlimen, Queen telah menasihatinya, “Power is nothing without authority”. Kuasa tiada makna tanpa kekuasaan.

Perkara ini sangat penting untuk difahami kerana saat ini negara kita sedang mengalami satu krisis legitimasi sebuah kerajaan, yang Perdana Menterinya dipercayai tidak memiliki majoriti sokongan di Parlimen. Kuasa dan kekuasaan adalah satu doktrin asas dalam apa saja sistem pemerintahan—apatah lagi sistem demokrasi yang tumbuh di atas suara rakyat terbanyak—kerana ia menjelaskan bagaimana seseorang Perdana Menteri dan sesebuah kerajaan itu boleh memiliki kuasa dan bagaimana kekuasaan yang absah (legitimate authority) itu terbentuk dalam sesuatu wilayah pemerintahan.

Apapun, menonton siri The Crown telah mengingatkan saya kepada secebis pengalaman berwisata ke United Kingdom 11 tahun yang lalu. Berpeluang melihat dan merakam kenangan di depan Istana Buckingham, bermain-main daun luruh di Green Park, melawat kawasan Clarence House dan kebetulan berselisih dengan Prince Charles yang baru tiba di kediamannya, berjalan-jalan di Memorial Walk, dan termenung di tebing Sungai Thames di bawah The London Eye sambil memerhati di seberangnya bangunan Palace of Westminster yang berusia hampir 200 tahun.

Kalau anda meminati sejarah dan politik, tontonlah The Crown di Netflix.

M. Hafizul Hilmi

M. Hafizul Hilmi adalah seorang graduan kejuruteraan yang kerap menulis di Facebook tentang pelbagai perkara yang terlintas di kepalanya.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg>

The post The Crown: Kisah Di Sebalik Tembok Istana appeared first on SOLIDARITAS.

Harga Minyak: Yang Murah Atau Yang Mahal?
Sebenarnya kita nak harga minyak murah atau harga minyak mahal?

Harga minyak RM1.50 dahulu jadi modal netizen untuk troll kerajaan Pakatan Harapan walaupun dalam manifesto, sepatah pun tidak disebut pasal RM1.50. Bagi yang dah bosan dengan politik, mungkin kelentong aku kali ini boleh jadi bahan bacaan santai musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Jawapan aku kepada soalan ini ialah aku mahu harga minyak mentah (crude oil) mahal. Tapi dalam masa yang sama aku mahu harga minyak petrol murah.

Sejak negara kita gazet Petroleum Development Act (PDA) 1974 dan Petronas ditubuhkan untuk urus rizab minyak dan gas negara, kantung negara kita mula menerima hasil pendapatan dari pengeluaran petroleum. Antara yang terawal ialah dari telaga minyak Tapis, Bekok, Tiong dan lain-lain dari laut Terengganu.

Negara kita pernah menikmati hasil petroleum sebanyak 41% dari keseluruhan pendapatan negara masa tahun 2008, lagi banyak dari kutipan cukai pendapatan.

Masa harga minyak tengah menggila sampai USD110-130 setong masa zaman 2006-2014, pendapatan cukai petroleum dan royalti minyak memang sedap. Masa inilah projek-projek baru di Malaysia dan seluruh dunia tidak putus-putus. Berderet projek deepwater masuk order; Kikeh, Malikai, Gemusut-Kakap. Zaman ini mungkin orang tidak panggil keemasan, tapi zaman keemas-hitaman (black gold) kot.

Sampailah tempoh 2014-2018 iaitu musim industri minyak terciduk, sampaikan kerajaan terpaksa perkenalkan GST untuk tampung perbelanjaan negara yang terlalu tinggi.

Sebagai negara pengeluar minyak, aku memang mahu harga minyak mentah jadi tinggi sebab:

1. Bila harga minyak tinggi, hasilnya akan dikembalikan kepada kerajaan/rakyat dalam bentuk PITA (cukai petroleum), duti eksport, royalti dan dividen Petronas. Ya memang kerajaan kena cari exit plan dari bergantung sepenuhnya kepada hasil petroleum, sebab syarikat pengeluar juga kena rolling modal untuk expand. Tapi oleh kerana cukai dan royalti ini memang dijamin oleh undang-undang, maka kerajaan kenalah ambil manfaat untuk dikembalikan kepada rakyat. Hasil petroleum ini sebahagiannya digunakan untuk bayar gaji staf hospital, cikgu-cikgu, barisan pangkalan hadapan (polis, tentera, bomba) yang selama ini kita semua nikmati secara percuma sambil menghirup udara keamanan dalam negara.

2. Kos penggalian minyak sangat tinggi. Dari nak teropong minyak dalam perut bumi oleh geologis, ujian makmal, penyelidikan, gerudi telaga minyak, pembangunan konsep, reka bentuk, pembinaan, import teknologi dan kembangkan teknologi tempatan, nak tampung kos operasi, penyelenggaraan, penggangkutan dan pelbagai lagi aktiviti penerokaan, semua ini menelan kos yang sangat tinggi. Hanya dengan harga minyak yang tinggi dan stabil, barulah semua kerja-kerja ini boleh diteruskan untuk kesinambungan industri. Contohnya nak teroka telaga baru, nak tambah production rate, nak buat enhanced oil recovery dan macam-macam lagi.

3. Bila pasaran bagus dan industri berkembang, lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi akan wujud. Saintis, jurutera, pengurus projek, limbungan pembinaan (construction yard), semuanya memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Bila prospek punyai ROI yang bagus, syarikat pengeluar tidak kisah labur CAPEX sebab akhirnya akan balik modal. Negara kita juga akan terima projek-projek dari luar, peluang pekerjaan bertambah, dan akhirnya duit akan melimpah ke dalam negara untuk dibelanja oleh para pekerja. Duit mengalir, aktiviti ekonomi berkembang, kerajaan boleh kutip hasil, pendapatan negara bertambah, dan akhirnya dikembalikan dalam bentuk dasar kebajikan untuk orang ramai.

4. Bila projek baru banyak, aktiviti pemindahan ilmu dan kemahiran sama ada bidang engineering service (design), kerja-kerja pembinaan dan pembangunan teknologi akan jadi lebih aktif. Ilmu boleh dipindahkan dari principle kepada senior, dari senior kepada junior. Masa awal-awal dulu syarikat luar macam Exxon sahaja yang datang korek minyak. Lama kelamaan hasil dari kestabilan harga minyak, banyak pelaburan baru dibuat, telaga-telaga minyak diteroka. Sekarang ini kalau setakat projek RM3-4 bilion itu boleh disiapkan oleh 99% kepakaran tempatan saja. Malah berapa ramai tenaga pakar rakyat Malaysia yang dihantar ke luar negara untuk urus projek di sana. Dari upstream, midstream, sampai downstream. Dari A hingga Z, we have that in-house capability. Isu vendor cuma buat bisnes ali baba kita ulas waktu lain.

5. Bila lebih banyak telaga minyak diteroka, akan ada lebih banyak penyelidikan baru. Sama ada dalam bidang geologi, exploration, teknologi pemprosesan, refinery, dan juga termasuk penyelidikan untuk melestarikan alam sekitar (kesan pencemaran karbon). Lebih banyak kertas kerja akan diterbitkan di jurnal-jurnal dan proceeding antarabangsa. Bila negara kita aktif buat penyelidikan, dunia akan pandang tinggi dengan kemajuan ilmu yang kita ada. Peluang penyelidikan baru akan datang bila ada modal banyak, penerokaan minyak dan gas boleh pergi lebih deep ke dalam bumi. Setiap takungan menghasilkan campuran minyak dan gas yang berlainan. Nak tapis, nak asing, nak buang benda yang tak patut, semuanya perlukan R&D dan proses yang khusus. Misalnya, ada takungan gas yang ada campuran CO2, H2S atau mercury yang agak tinggi. Nak jadikan gas asli itu bernilai dalam pasaran, semua gas dan kandungan yang tidak berkaitan ini perlu disaring dan dibersihkan.

Kalau harga minyak tinggi, macam mana nak dapatkan harga petrol murah?

Memang bila harga minyak Brent naik, harga produk macam petrol dan diesel pun akan naik. Katakan kalau Brent USD100 setong, harga minyak jadi RM2.80 seliter. Kalau kerajaan nak jual RM2.20, satu-satunya cara tak lain tak bukan ialah kerajaan kena tolong tambah lagi 60 sen. Katakan penggunaan petrol 10 bilion liter setahun, kerajaan kena tanggung subsidi sebanyak RM6 bilion.

Jadi untuk dapatkan harga minyak murah, ia bergantung kepada dasar fiskal parti yang awak undi dalam pilihan raya. Kalau parti yang awak undi itu sibuk nak suap perut kroni, biarkan ketirisan duit, nak kena basuh tahi 1MDB, nak tanggung anak bini hidup mewah, terpaksa tampung kebocoran rasuah, sebahagian perbelanjaan kerajaan yang boleh diguna menampung subsidi minyak terpaksa dipotong dan disalurkan kepada kluster kayangan.

Adapun mekanisma pengagihan subsidi yang adil dan bersasar kepada B40 itu bergantunglah kepada kebijaksanaan pemimpin masing-masing. Nak letak harga siling atau nak letak harga lantai. Kalau menteri mahu mudah, dia bagi saja subsidi pukul rata. Pak Mat yang pakai motor Honda EX5 dapat subsidi RM120 setahun, manakala Niklopa yang pakai Porsche Macan mungkin akan dapat subsidi RM1,500 setahun.

Cuma kenapa bila harga minyak mentah mahal, Malaysia sebagai negara pengeluar minyak tidak boleh jual minyak petrol 50 sen seliter? Yang ini aku kena kelentong lain kali sebab minyak yang kita isi dalam tangki kereta tu adalah minyak import yang menggunakan harga benchmark MOPS di Singapura.

M. Hafizul Hilmi

M. Hafizul Hilmi adalah seorang graduan kejuruteraan yang kerap menulis di Facebook tentang pelbagai perkara yang terlintas di kepalanya.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg>

The post Harga Minyak: Yang Murah Atau Yang Mahal? appeared first on SOLIDARITAS.

Antara Penjawat Awam Dan Menteri
Tepuk kepala aku bila terbaca ada orang cadang Dr Amalina Bakri menjadi Menteri Kesihatan. Ada satu tulisan bergambar aku yang sedang tular sekarang, pun orang nak suruh Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) iaitu Dr Noor Hisham dilantik jadi Menteri Kesihatan. Ada juga yang kata tidak perlu ada menteri pun tidak apa.

Orang politik gila nak jadi menteri, netizen pula gila nak lantik semua orang jadi menteri.

Kerja menteri dan kementerian ialah menetapkan dasar. Kerja penjawat awam seperti KPK ialah pelaksana dasar. Sebab itu menteri ada kuasa meluluskan peruntukan, dengan persetujuan kabinet. Menteri dan kabinet menteri berhak untuk menentukan keutamaan perbelanjaan, menentukan hala tuju (dalam kes ini bidang kesihatan) kerajaan dalam portfolio masing-masing.

Memang betul kalau menteri tak ada, penjawat awam tetap teruskan kerja. Tapi kerja yang diteruskan itu adalah dalam lingkungan bidang tugas mereka sahaja, mengikut hala tuju dasar yang sedia ada. Kalaupun ada bidang kuasa tertentu, ianya dalam ruang lingkup pentadbiran.

Kalau ada cabaran, krisis atau isu baru, menteri sebagai ketua portfolio pentadbiran kerajaan perlu berperanan untuk buat trouble shooting, rangka jalan keluar dan kabinet sebagai instrumen collective responsibility dalam dasar kerajaan akan membuat keputusan. Dalam krisis tertentu, mungkin Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan ambil peranan.

Semasa berlaku krisis, menteri boleh menentukan keutamaan peruntukan, potong yang mana boleh delay, proceed yang mana terdesak.

Katakan dasar kerajaan (hasil keputusan kabinet) ialah untuk memberi khidmat kesihatan percuma hanya kepada kumpulan B40 manakala T20 atau M40 perlu bayar bil 100% sendiri, maka itulah yang akan diteruskan oleh penjawat awam. Kalau dasar kerajaan tetapkan peruntukan Kementerian Kesihatan dipotong 50% kerana duit perlu digunakankan untuk bayar Perdana Menteri bermain golf, bayar gaji menteri hingga 100 orang, bayar beg tangan Birkin atau bayar hutang 1MDB, maka dengan duit yang ada itu menteri terpaksa susun keutamaan. Kalau bajet tidak turun, kementerian perlu hold mana-mana projek atau program. Penjawat awam akan laksanakan apa yang sudah diputuskan oleh kabinet.

Komponen dasar fiskal inilah kalau ikut kebiasaan akan berpandu kepada manifesto parti politik yang membentuk kerajaan. Kalau manifesto kata mahu beri kesihatan percuma dan kabinet luluskan, maka Menteri akan putuskan struktur pelaksanaan, kemudian penjawat awam execute. Kalau manifesto kata mahu galakkan percambahan hospital swasta untuk boost industri pelancongan kesihatan, maka sebahagian insentif kerajaan akan pergi ke situ. Akhirnya ia berbalik kepada manifesto atau kecenderungan dasar yang ingin diperkenalkan parti pemerintah.

Sebab itu semasa Dr Dzulkefly Ahmad menjadi Menteri Kesihatan, dia gariskan objektif yang jelas di bawah kerajaan PH iaitu to enhance healthcare delivery in this country yang terikat dengan masalah understaffed, overworked, and underfunded.

Dr Dzulefly ialah doktor falsafah, bukan doktor perubatan. Jadi dia beritahu penjawat awam,

“Apa yang saya berikan adalah kepimpinan. Stewardship, strategic management. I’m not here to solve complex medical problems. It’s for you who are trained. I provide leadership, I provide trouble shooting, the strategic mind to enhance healthcare delivery. That is my role.”

Dan inilah fungsi menteri sebagai ketua portfolio apabila berhadapan dengan krisis nasional. Firm, confident, surround with numbers or indicators, tidak groggy untuk buat keputusan yang tidak popular, kekal positif dan kekal optimis untuk pastikan motivasi pasukan pangkalan hadapan tidak merudum.

Disebabkan menteri adalah ahli kabinet dan mempunyai akses kepada menteri-menteri portfolio lain, maka mereka boleh untuk buat koordinasi rentas portfolio supaya semua benda ada synchronise.

Tidak semestinya penjawat awam yang bagus seperti KPK kita perlu duduk di tempat yang fragile seperti kerusi menteri. Kerana menteri boleh datang dan pergi, tapi penjawat awam tetap setia pada “Urusan Seri Paduka Baginda”.

Hence, it’s justifiable untuk seseorang menteri dilantik dalam kalangan ahli parlimen yang mewakili parti pemerintah. Supaya kepentingan tidak lari. Segala dasar yang diperkenalkan akhirnya untuk mengolah persetujuan orang awam agar pilihan raya umum akan datang undilah kami lagi. Sebab manifesto kami bagus dan kami kompeten untuk jadi kerajaan.

Bukan asal prestasi kerja bagus (ya memang KPK kita terbaik) maka dilantik jadi menteri, doktor diagnos penyakit betul kita mahu lantik jadi menteri, doktor instafamous nak disuruh jadi menteri, doktor tweet viral nak diletak jadi menteri atau doktor yang ada berpuluh klinik kita lantik jadi menteri.

Kalau jadi menteri kesihatan tapi asyik jual cerita pseudoscience dalam televisyen, mana mahunya. Pakar perubatan pun tepuk kepala bila terpaksa berketuakan pemimpin yang cakap pun berterabur.

Sekadar membawang.

M. Hafizul Hilmi

M. Hafizul Hilmi adalah seorang graduan kejuruteraan yang kerap menulis di Facebook tentang pelbagai perkara yang terlintas di kepalanya.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg>

The post Antara Penjawat Awam Dan Menteri appeared first on SOLIDARITAS.

Pemeliharaan Atau Kembalikan Sistem Jawi?
Sama ada dalam sektor pendidikan, pekerjaan, industri, penerbitan, pasaran buku, jual beli, perkeranian, urusan kerajaan, perkomputeran, sains dan teknologi, algoritma; kita perlu akui bahawa sistem tulisan Jawi untuk Bahasa Melayu telah digantikan dengan sistem tulisan Rumi secara keseluruhan.

Ia telah mengalami proses yang panjang termasuk kerja-kerja penyelarasan sistem ejaan dan perkamusan. Bahkan proses evolusi ini berlaku secara semulajadi, sebagaimana dahulu sistem tulisan pallava, kawi, atau rencong (menurut kajian sejarawan) telah digantikan dengan tulisan Jawi setelah kedatangan pedagang dan pendakwah Arab ke Nusantara.

Cuma yang uniknya sistem tulisan Jawi ini datang bersekali dengan agama Islam. Dan yang lebih uniknya lagi walaupun sistem Rumi datang menggantikannya, agama Islam kekal terpasak dalam jati diri orang Melayu sehingga kini.

Bahasa Melayu perlu kekal relevan (survive) dalam dunia tanpa sempadan dan era atas talian.

Bahasa Melayu bukan lagi hanya dipengaruhi oleh Bahasa Arab dan Sanskrit, atau sebahagian dari bahasa Portugis, Belanda, Parsi, dan Tamil (ya ada satu buku yang jelaskan pengaruh bahasa Tamil ke dalam Bahasa Melayu), tapi sedang dan akan terus berevolusi dengan mengadaptasi perkataan-perkataan dari bahasa lain termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, atau di masa akan datang mungkin bahasa Jepun, Korea, Perancis, Jerman, Rusia dan lain-lain.

Benda ini tidaklah pelik sebab bahasa Melayu sekarang pun banyak dipinjam dan diubahsuai dari bahasa asing.

Cabaran utama pada sistem tulisan Jawi ialah fonem-fonemnya (unit bunyi) yang terhad pada 28 huruf Arab, sehingga 6 huruf tambahan terpaksa diwujudkan untuk menuturkan bahasa Melayu. Apabila sesuatu perkataan dipinjam dari bahasa lain yang mempunyai fonem-fonem konsonan, vokal dan diftong yang lebih unik, tulisan Jawi tak dapat accommodate perkembangan bahasa ini.

Tapi tulisan Rumi boleh, atau mungkin akan dibantu oleh simbol-simbol fonem lain yang ada dalam ISO. Masa itu, tulisan Rumi sendiri akan jadi lebih kompleks.

Ini aku bagi contoh.

Hari ini, Bahasa Melayu mempunyai sebutan -eks, -ank, -isme, -ent, iaitu fonem-fonem yang tidak terdapat dalam sebutan bahasa Arab. Penghasilan huruf baru seperti چ‎, ڤ‎, ݢ ,ڠ ,ڽ, dan ۏ‎ pada masa dulu sesuai kerana ia berkembang seiring dengan penggunaan aktif sistem tulisan Jawi pada waktu itu. Jika pun pada hari ini ahli akademik nak cipta huruf-huruf Jawi yang baru, ia tidak lebih sekadar bersifat akademik kerana ‘pasaran’ (penggunaan) tidak pun menggunakannya.

Berapa ramai orang tahu bahawa ada satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal berkenaan cadangan reka bentuk huruf Jawi baharu untuk sebutan -eks dan -ank?

Kita memang patut berjuang untuk memartabatkan penggunaan Jawi. Tapi perjuangan ini hanyalah bersifat pemeliharaan (preservation), bukan reinstatement (kembalikan sistem lama).

M. Hafizul Hilmi

M. Hafizul Hilmi adalah seorang graduan kejuruteraan yang kerap menulis di Facebook tentang pelbagai perkara yang terlintas di kepalanya.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg>

The post Pemeliharaan Atau Kembalikan Sistem Jawi? appeared first on SOLIDARITAS.

Jawi Yang Hilang
Rasanya semua orang dah tahu, sebelum Barat datang perkenalkan sistem abjad roman dalam pengejaan dan penulisan Bahasa Melayu, kita telah lama menggunakan sistem tulisan Jawi iaitu adaptasi daripada bahasa Arab. Memang BM ni salah satu daripada bahasa-bahasa terpilih dalam sejarah tamadun dunia yang mengalami proses Islamisasi secara mengakar. Banyak istilah-istilah BM yang asalnya (bawaan daripada bahasa pokok yang lebih awal misalnya Sanskrit) membawa makna di luar kerangka tauhid Islam, dan kemudian telah diadaptasi dengan konsep-konsep dalam Islam. Contohnya istilah istilah syurga, neraka, puasa, sembahyang, bidadari, dosa, pahala, sabda, dll.

Benda ni dah banyak orang tulis, jadi aku rasa tak perlulah diulang balik.

Cuma aku lebih berminat dengan persoalan, bagaimana BM pernah mempunyai sistem ejaan lama? Apa pulak kaitan dengan tulisan Jawi? Dan kenapa Jawi ni penting?

Boleh dikatakan tidak ada penjelasan yang tuntas siapakah yang mula-mula mencipta sistem tulisan Jawi ini. Za’ba kata tulisan ni dah digunakan tidak kurang daripada 600 tahun lepas, ada juga pengkaji yang kata 1000 tahun. Batu Bersurat Terengganu yang bertulis Jawi bertarikh 702 hijrah. Maknanya kita boleh katakan pada waktu itu Jawi sudah melepasi proses ‘development’ dan telah diangkat menjadi sistem tulisan untuk bahasa Melayu.

Macam-macam teori diutarakan pasal asal usul Jawi ni. Ada yang kata kita adaptasi dari Parsi (jawi versi Parsi), Al-attas pulak kata kita memang convert dari bahasa Arab terus kepada tulisan Jawi. Memang ada beberapa bahasa lain yang juga diislamisasi melalui kaedah penulisan bahasa mereka misalnya Parsi, Turki, Swahili, Urdu, Uyghur. Kiranya depa pun ada tulisan ‘jawi’ sendiri. Tapi kalau tengok tambahan abjad ‘jawi’ untuk bahasa lain ni sebenarnya lagi bervariasi dan kompleks sebab dalam pertuturan dan tulisan bahasa asal mereka, ada lebih banyak fonem-fonem (unit bunyi yang keluar dari mulut) yang wujud berbanding dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab itu sendiri.

Untuk Bahasa Melayu, 6 huruf baru telah diperkenalkan – pa, nga, ga, cha, va*, nya. Huruf-huruf ini perlu dimasukkan dalam sistem tulisan Jawi sebab 6 sebutan fonem ini tiada dalam senarai huruf Arab.

*Huruf va ni kena cari rujukan lebih sikit sebab aku rasa huruf va dicipta kemudian sikit. Bahasa Melayu tak banyak guna huruf V. Kalau ada pun perkataan terkini yang guna huruf V, hampir kesemuanya adalah adaptasi dari bahasa Inggeris.

Yang menariknya, al-Attas kemukakan teori macam mana terbitnya 5 huruf tambahan tulisan Jawi ni iaitu berbalik kepada fonem/makhraj setiap huruf Arab/Jawi.

Contohnya fonem pa adalah terbitan daripada fonem ف + ب; fonem ga daripada gabungan ك + ج; fonem nga daripada gabungan غ + ن + ga; fonem cha daripada gabungan ج + ت; dan fonem nya daripada makhraj ن + ي. Manakala huruf va mungkin hasil gabungan makhraj ف + و.

Jadi disebabkan terbitan 5 fonem baru ini (pa, nga, cha, ga, va, nya) adalah hasil gabungan 2/3 huruf Arab sedia ada, maka design huruf-huruf baru ini juga diadaptasi daripada bentuk huruf-huruf asal dan diubah usai pada gabungan jumlah titiknya. Cuba gabung huruf ف + ب, ج + ت….dan seterusnya.

Proses transliterasi bahasa Melayu dari sistem Jawi kepada sistem Rumi adalah proses yang sangat panjang, menjangkau ratusan tahun sejak 1500-an. Bukan jadi sekelip mata dan tiba-tiba tulisan Jawi hilang macam tu je. Dan proses merumikan bahasa Melayu ni juga melalui proses transkripsi, iaitu dari sebutan verbal (pertuturan mulut ke mulut) kepada ejaan rumi (yang bersepah-sepah pada awalnya sebab tak ada penyelarasan sistem ejaan). Malah, proses-proses ini sebahagiannya mendapat sentuhan dari pegawai penjajah Barat, siap dinamakan lagi Sistem Ejaan Omputih A, Sistem Ejaan Omputih B…

Sebelum Za’ba perkenalkan Sistem Ejaan Rumi Baharu (bersama Indonesia) pada 1970-an, kita pernah ada sistem ejaan lama.

Sistem ejaan BM lama banyak menggunakan gabungan perkataan dh (kadhi), dz (dzalim), sh (sharat), th (ithnin). Begitu juga imbuhan awalan contohnya sa-orang, sa-bagaimana, sa-tegok, sa-kali. Selain itu kita juga guna imbuhan ka-hadapan, ka-pada, ka-bandar, dan juga tanda petik tunggal petik tunggal ( ‘ ) dan tanda tanda apostrofi ( ` ) dalam ejaan bahasa Melayu lama.

Dalam ejaan lama kita boleh jumpa ejaan dh (d) sebab ia berasal dari huruf د, dz (z) dari huruf ظ, sh (sy) dari huruf ش, th (s) dari huruf ث. Kita mengeja mengikut makhraj huruf Arab yang tepat.

Apabila beralih kepada sistem ejaan BM baharu, ia telah diselaraskan kepada huruf-huruf yang aku tulis dalam (kurungan) dan selepas itu, cara sebutan bahasa Melayu telah mulai hilang daripada makhraj Arab. Kita tidak lagi menyebut DHalil tapi dalil, DZolim jadi zalim), iTHnin jadi isnin, aKHibat jadi akibat.

Malah kita langsung membuang tanda petik tunggal ( ‘ ) pada perkataan ma’na (bertukar jadi makna) yang membawa bunyi huruf sebutan ع, dan tanda apostrofi ( ` ) pada ejaan mas`alah (masalah), dato` (sesetengah negeri/WP menggunakan ejaan datuk) yang membawa bunyi huruf ء.

Tahukah anda kenapa kita ada variasi ejaan rumi; Kota BHARU, Johor BAHRU, Kampung BARU dan banyak tempat dinamakan Kampung BAHARU?

Disebabkan dalam bahasa Arab cuma ada vokal fathah ( ا ), kasrah ( ي ) dan dhammah ( و ) sahaja, adaptasi tulisan Jawi ke dalam ejaan bahasa Melayu lama telah menggunakan kata imbuhan awalan sa- (bukan se-) dan ka- (bukan ke-). Sebab apa? Dalam tulisan Jawi, imbuhan awalan hanya dapat dieja dengan huruf سا, كا, ما sahaja.

Abjad Jawi tidak boleh mengeja dengan tepat untuk sebutan e-pepet sebab bahasa Arab cuma ada vokal fathah (alif / baris atas).

Kini dalam Bahasa Melayu, kita ada huruf vokal rumi dengan fonem yang lebih bervariasi seperti e-pepet, e-taling, dan i. Aku pernah tulis sebelum ini, kalau dalam loghat Kelantan kena tambah 2 lagi jenis fonem yang memang sedia ada dalam International Standard (ISO).

Sekarang ni abjad Rumi dah jadi sistem tulisan utama BM , dan abjad Jawi sudah jatuh kepada sistem kedua. Cuba kita convert dari Rumi kepada Jawi…

Kita eja perkataan ‘reda’ dengan huruf D, tapi kalau convert kepada Jawi kita akan guna huruf د untuk reda (berhenti) tapi huruf ض untuk redho (pasrah). Walaupun kita eja perkataan adil alim adat dengan huruf A, tapi bila convert kepada tulisan Jawi kita akan eja dengan huruf ع. Ini belum lagi dikira perbezaan makhraj sebutan Z (ظ/ز/ذ) dan sebutan S (ص/س/ث).

Sebab apa?

Sebab Bahasa Melayu telah lama teradun dan diadaptasi dari bahasa Arab melalui perantaraan sistem tulisan Jawi. Walaupun nature ejaan sesuatu perkataan itu guna huruf ع, tapi ejaan rumi terpaksa guna huruf A sebab dalam abjad rumi A-Z tidak ada fonem ع.

Sebenarnya hubungan antara bahasa Melayu dan tulisan Jawi zaman sekarang ni makin mencabar. Banyak istilah Bahasa Melayu telah diadaptasi dari bahasa Inggeris terutama dalam bidang sains dan teknologi. Kita menerima banyak perkataan yang mengandungi fonem (unit bunyi) diluar daripada fonem-fonem yang terdapat dalam sebutan bahasa Melayu lama (yang dipengaruhi oleh sistem tulisan Jawi)

Contohnya bunyi ‘-eks’ – teks, konteks, fleksible, seks, refleksi. Bunyi lain adalah ‘-nk’ – bank. Ditambah pula kita telah lama mengaplikasi akronim serta tsunami ejaan ‘SMS’ yang kini telah berevolusi menjadi bahasa WeChat. Semua benda-benda ‘baru’ ini tidak sesuai diadaptasi ke dalam ejaan Jawi kerana struktur tulisan Jawi tidak memungkinkan ia berlaku.

Sebab itu bila aku tengok signboard CIMB di sebuah negeri pembangkang dijawikan menjadi سي اءي عيم بي; aku kata ini bukan Jawi, ini namanya mengarut.

Jadi apa signifikan sistem tulis Jawi ini kepada orang Melayu?

Kekalnya orang Melayu dalam akidah Islam sejak ratusan tahun lalu, sebahagiannya disumbangkan oleh faktor tulisan Jawi; di mana roh/akidah Islam itu telah di-embedded (terpasak, tertanam, teradun) dalam salah satu aspek ketamadunan sesebuah bangsa iaitu BAHASA – Bahasa Melayu.

Inilah salah satu ciri yang menjadikan Melayu itu Islam, dan dikunci kemas dalam Perlembagaan Pesekutuan Tanah Melayu.

Pengenalan huruf-huruf Jawi dan sebutan fonem/makhraj yang tepat (dalam pertuturan harian orang Melayu) inilah yang menjadi asas kepada kebolehan, ketepatan dan kefasihan masyarakat Melayu membaca Al-Quran dan mempelajari bacaan-bacaan dalam ibadah, misalnya solat.

Sebab itulah pada pendapat aku, pengajaran Jawi wajib dikekalkan dalam sistem pendidikan sejak dari peringkat rendah, supaya satu hari nanti orang Melayu masih mampu belajar doa iftitah melalui tulisan Arab, bukan melalui ejaan rumi.

Gambar: Rekod dokumentasi orang Itali mengeja pertuturan bahasa Melayu.

M. Hafizul Hilmi

M. Hafizul Hilmi adalah seorang graduan kejuruteraan yang kerap menulis di Facebook tentang pelbagai perkara yang terlintas di kepalanya.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg>

The post Jawi Yang Hilang appeared first on SOLIDARITAS.