Izmil Amri, Author at SOLIDARITAS

‘Samudra Manthana’ Dan Racun Politik Malaysia
PADA suatu hari beberapa bulan lalu, saya duduk bersembang bersama pemimpin veteran DAP yang mendakwa dirinya sudah bersara. Lim Kit Siang semestinya belum bersara total. Malah mustahil untuk individu sedemikian sebati dengan politik Malaysia senang-senang memisahkan diri dengan pergulatan politik tanah air.

Sambil merenung jauh, Kit Siang menegaskan bahawa cabaran kerajaan perpaduan ini dalam mendepani enam pilihan raya negeri tempoh hari, ialah untuk memastikan kestabilan kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga habis penggal.

Dan menurut beliau lagi, untuk memastikan kelangsungan kestabilan itu; UMNO mesti berubah. Bukan sahaja berubah, ia perlu dibantu untuk berubah. Optimis betul dia, seperti biasa.

Kit Siang adalah satu-satunya individu, bagi saya; yang komited dengan kepercayaannya terhadap kebolehan seseorang individu atau organisasi untuk berubah sekiranya diberi peluang dan bantuan.

Demikian maka kita telah menyaksikan bagaimana Kit Siang dan seterunya zaman berzaman, Tun Dr Mahathir Mohamad boleh akhirnya sepakat duduk semeja demi misi besar menyelamatkan Malaysia daripada kleptokrasi mantan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hasil permuafakatan itu, Najib kini sudah genap setahun sedang mendiam di penjara. Najib mencatat sejarah sebagai mantan perdana menteri pertama yang diheret ke mahkamah dan kemudian didapati bersalah lalu dihukum penjara.

Optimisme Kit Siang ternyata membuahkan hasil, walaupun hanya seketika cuma.

Mahathir sudahnya kini kembali kepada fitrah politiknya. Sambil bertindak melupakan agenda ‘Bangsa Malaysia’ yang diletakkan pada nombor wahid dalam senarai cabaran Wawasan 2020, Mahathir malah bertindak bersekongkol dengan PAS dan sehingga satu peringkat, parti lamanya, BERSATU.

Hatta, DAP pun kembali dijadikan senjata bagi mendapatkan sokongan orang Melayu. Padahal hakikatnya, Mahathir sendiri menjadi perdana menteri buat kali kedua dengan berbekalkan sokongan 42 Ahli Parlimen DAP. Enam daripadanya dilantik menganggotai Kabinet beliau ketika itu, dan tujuh lagi dilantik menjadi timbalan menteri.

Pilihan raya umum ke-14 pada tahun 2018 ternyata merungkai kekusutan berdekad lama. Ia membawa demokrasi Malaysia ke tahap normal, dimana perubahan kuasa dibuktikan boleh berlaku apabila angka-angka berjaya mengalahkan sistem. Kekacauan terhadap sistem menghasilkan natijah di mana UMNO akhirnya kalah, dan seorang perdana menteri rebah.

Seperti mentega, jika tidak dikocak dan diaduk masakan terpisah susu dan lemak. Demikian jugalah proses demokrasi-politik Malaysia. Renyah dan menyusahkan, namun perlu dijalani. Cuma ya lah, hasilnya tidak semestinya baik belaka, dan kesannya pula tidak boleh dijangka.

Racun Halahala

Dalam tradisi Hindu, ada diceritakan sebuah kisah yang disebut sebagai Samudra Manthana; iaitu proses pengadukan lautan susu (dalam kosmologi Hindu) untuk mendapatkan amrita, tirta kehidupan abadi. Kisah latarnya panjang, boleh dibaca di Wiki.

Arakaian maka Sang Hyang Wisnu (Dewa Vishnu) pun menyuruhlah para dewa dan asura (dua kumpulan bertelagah) untuk saling bekerjasama, melilitkan ular raksasa Vasuki sebagai tali pengaduk, manakala gunung Mandara dicabut dan dijadikan tongkat pengaduknya. Para dewa berpegang di ekor Vasuki, manakala para asura menariknya di kepala, mereka pun bertolak tarik memutar gunung Mandara di tengah samudra raya supaya berkocak dan teraduk sehingga muncul pelbagai ratna mistik daripada proses itu.

Antaranya termasuklah dewi Lakhsmi, para bidadari Apsara dan segala ma’nikam benda berjumlah empat belas semuanya yang membawa kemakmuran kepada dunia.

Namun antara segala yang sakti itu, timbul suatu racun yang diberi nama ‘halahala’.

Kalah dengan kekuatan racun ini, dan tidak dapat menahan bisanya, para dewa langsung meminta pertolongan Brahma. Namun kata Brahma, hanya Shiva yang kuat untuk menolong mereka. Bisa racun itu, jika tidak dimusnahkan maka akan menghancurkan seluruh alam semesta. Lalu pergilah mereka ke gunung Kailash bagi memohon pertolongan Shiva.

Apakah yang dilakukan dewa pemusnah ini? Ia langsung meneguk racun itu, meski tidak tertelan semuanya. Tekaknya bertukar biru akibat bisa racun halahala. Tiada ia mendapat sebarang faedah daripada samudra manthana, kecuali secangkir racun berbisa. Dewa yang lain-lain dapat macam-macam, termasuklah meneguk tirta keabadian yang diusahakan bersama para asura.

Demikian barangkali caranya boleh kita gambarkan usaha perpaduan yang sedang dijalankan dalam politik Malaysia hari ini. Daripada kerjasama pihak-pihak bertelagah, ada yang mendapat hasil yang baik-baik, dan ada pula yang hanya memperoleh racun.

Pada 2018, kita menyaksikan kerjasama blok pembangkang bersama mereka yang menyokong Dr Mahathir. Manfaatnya dikongsi bersama buat sementara cuma, sebelum pengkhianatan beberapa individu akhirnya memusnahkan segala yang telah dibina. Hatta Mahathir pun tiada lah lagi punya kredibiliti seperti sewaktu ia bersama Pakatan Harapan.

Dalam ronda pertama pentadbiran Pakatan Harapan pimpinan mantan perdana menteri itu, Mahathir lah yang terkena racun politik sehingga habis hancur legasi politiknya. Terpisahnya Mahathir daripada gabungan bersama DAP, PKR dan AMANAH  mengakibatkan Mahathir terpaksa berpuas hati dengan nasibnya pada pilihan raya umum lalu yang menyaksikan beliau tewas di Langkawi. Bukan sahaja tewas, wang depositnya juga hilang.

Kini muncul pula ronda kedua kerajaan hibrid pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Racun Politik

Sebenarnya kalau kita sorot kembali sejarah kerajaan Pakatan Harapan 2018, tidak sukar untuk kita melihat bahawa masalah-masalah yang menimpa kerajaan ketika itu sedang kembali berulang. Cumanya kali ini, yang terkena racunnya ialah UMNO.

Pada ronda pertama dahulu, BERSATU menyaksikan kekalahan demi kekalahan di setiap pilihan raya kecil yang ditandingnya; sambil DAP muncul cemerlang setiap kali. Kemuncaknya di Tanjung Piai, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk meninggalkan Pakatan Harapan.

Keputusan pilihan raya negeri yang baru selesai menyaksikan pula UMNO berkesudahan kecewa dengan prestasinya. Faktor-faktor kekalahan itu ada pelbagai, termasuklah faktor Zahid Hamidi, defisit kepercayaan pengundi terhadap Anwar Ibrahim, dan protes pengundi UMNO yang tidak keluar mengundi, atau mengundi PAS.

Maka timbul persoalan bagaimanakah UMNO perlu bergerak untuk mendamaikan keresahan penyokongnya. Adakah akhirnya Perdana Menteri akan perlu bersetuju bahawa Najib Razak harus diberikan pengampunan? Sebagai imbalan untuk memastikan keseimbangan tidak tergugat, adakah Zahid perlu masuk ke dalam? Jika Zahid digugurkan, adakah kerajaan perpaduan akan turut tumbang? Siapa pula akan jadi presiden UMNO? Takkan Anwar Ibrahim pula.

Apa pun persoalannya, UMNO sedang berdepan dugaan yang amat berat. Di depannya api, di belakangnya duri. Lalu bagaimanakah caranya untuk UMNO membantu dirinya, atau adakah DAP akan perlu membantu UMNO? Ah sudah, DAP pula perlu bantu UMNO?

Belum pun sejuk bara PRN, kerajaan Madani bakal diuji lagi di tiga pilihan raya kecil. Bagaimana pula nasib gabungan PH-BN sekiranya ia perlu berdepan kekalahan di tiga PRK itu?

Hasil kajian Ilham Centre yang didakwa ‘cacat’ oleh Perdana Menteri, telah merumuskan bahawa gelombang sokongan untuk Perikatan Nasional sejak PRU ke-15 masih belum reda, dengan kadar hakisan sokongan pengundi Melayu terhadap UMNO semakin menjadi-jadi. Itu belum dicampur fenomena sokongan anak muda Melayu terhadap Perikatan Nasional, meski berbekalkan pengetahuan politik yang terhad.

Ditambah pula dengan susutan sokongan penjawat awam (polis, tentera, guru pun juga) kepada parti kerajaan; selain kuasa sebaran maklumat berbentuk fitnah sensasi yang mempengaruhi pengguna media sosial tanpa strategi komunikasi yang jelas daripada aparat kerajaan sendiri.

Ilham menjangkakan, sekiranya trend tersebut berterusan, kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim akan berdepan masalah; bukan sahaja pada PRU ke-16, bahkan lebih awal lagi di pilihan raya kecil yang bakal berlangsung, serta PRN Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor sebelum berkemuncak di PRU16.

Berdepan semua kemungkinan ini, bagaimanakah UMNO harus bekerja untuk mencari penawar bisa, dan kembali mengambil sikap sebagai sebuah parti kerajaan seperti fitrahnya selama ini? Bagaimanakah pula, seperti yang difikirkan Lim Kit Siang, parti-parti komponen kerajaan perpaduan harus membantu untuk memulihkan UMNO? Bincangkan.

Izmil Amri

Izmil Amri adalah seorang pemerhati politik yang sedang cuba untuk kurangkan makan nasi kandar. Berkicau di @The_Mamu

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post ‘Samudra Manthana’ Dan Racun Politik Malaysia appeared first on SOLIDARITAS.

Menyingkap Tirai Kasyaf, Membaca Masa Depan DAP
DAP baru sahaja selesai mengumumkan senarai calon-calonnya yang akan dipertaruhkan di pilihan raya enam negeri yang bakal berlangsung pertengahan Ogos nanti. Di Selangor dan Pulau Pinang, ramai muka baharu diketengahkan, sama banyak dengan ramainya muka lama yang digugurkan daripada senarai.

Pun begitu ada juga calon-calon muda yang turut tidak berjaya tersenarai. Ada antaranya yang sudah mula mengatur serangan terhadap kepimpinan parti, dan ada juga yang berlapang dada dengan proses demokrasi yang renyah dan tentunya hangat dengan pergolakan kuasa.

Di tengah kekalutan ini, terutama sekali sejak PRU ke-15 November tahun lalu; banyak persoalan timbul tentang identiti DAP sebuah parti politik berbilang kaum yang punya ideologi jelas serta agenda besar untuk negara.

Apatah lagi setelah menganggotai sebuah kerajaan campuran yang dbentuk bersama Barisan Nasional. Krisis identiti lewat usia kelihatan sedang rancak melanda parti ini, dan ia pula sedang bergelut dalam usaha mencari diri. Seperti seorang lelaki pertengahan usia yang tiba-tiba punya kehendak untuk berkecimpung dalam dunia motosikal berkuasa tinggi, atau tiba-tiba berminat memancing.

Liew Chin Tong, ketika bertanggungjawab mengemudi biro pendidikan politik DAP beberapa lama dahulu, kerap menyatakan keresahannya tentang masa depan parti yang dikhuatiri akan perlahan-lahan berubah menjadi pengganti MCA.

Soal identiti DAP sebagai sebuah parti yang dilihat membawa perwatakan Cina sehingga dianggap sebagai sebuah parti Cina bukanlah benda baharu. Bahkan ia sudah dibahaskan secara ad nauseam sehingga kalau disebut lagi, memang rasa tak lalu. Hatta, ke-Cinaan DAP itu sudah dianggap sebagai suatu hakikat yang tidak lagi boleh disangkal. Seperti birunya langit dan manisnya gula.

Namun Chin Tong antara beberapa kerat pemimpin DAP yang telah dan sedang berusaha untuk membawa parti ke tengah, menjauhi kutub ekstrem dengan panji-panji MCA 2.0; suatu label yang terlihat keji dan memualkan.

Ketika Lim Kit Siang menjadi Setiausaha Agung DAP, persoalan identiti DAP tidak begitu pening dibahaskan. Kerajinan Kit Siang mengeluarkan kenyataan media setiap hari menjadi pandu arah kepada parti tentang apakah agenda semasa yang perlu ditangani. DAP jadi parti yang bertindak ke atas isu-isu rakyat dan negara sebagai sebuah parti politik pembangkang tanpa harapan realistik untuk membentuk kerajaan di mana-mana peringkat.

Setelah Lim Guan Eng mengambil alih pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, identiti parti menjalani sedikit anjakan.

Harapan Dan Selera Untuk Kuasa

Mustahil bagi mana-mana parti politik untuk tidak mengimpikan kekuasaan. Mungkin kerana impian itu terlalu jauh dari jangkauan DAP sebelum tahun 2008, maka apabila ia menjadi kenyataan seluruh ketumbukan aktivis dan pemimpin parti semuanya terkesima dan menyedari bahawa tidak ada perkara yang mustahil dalam politik Malaysia.

Sepuluh tahun kemudian, ia membuat keputusan untuk bergabung tenaga dengan Tun Dr Mahathir dalam sebuah pakatan untuk merebut kekuasaan. Dan ternyata, keputusan itu memberi hasil yang lumayan apabila rejim Najib Razak berjaya dilengser sehingga jatuh tersungkur.

Hasil kejayaan tersebut, pucuk pimpinan DAP diangkat menganggotai kabinet Mahathir; akar umbi habis semuanya teruja melihat pemimpin mereka yang selama ini menyeksa diri demi masyarakat dan negara akhirnya mendapat peluang untuk menjadi menteri, siap dengan polis pengiring dan lampu biru bergemerlapan.

Peluang yang diraih selepas menyertai kerajaan digunakan sepenuhnya untuk melaksanakan demikian banyak idea yang telah selama ini hanya mekar di dalam bayangan dan angan-angan ideologikal masing-masing. Kuasa yang didapati membolehkan lebih banyak program dilaksanakan, sejajar dengan kepercayaan dan faham ekonomi-politik-sosial yang disusun oleh parti selama ini.

Apabila kuasa itu hilang, maka DAP tidak diam dan berusaha keras untuk kembali mendapatkannya. Hatta pada ketika ini, apabila perlu duduk bersama dengan Barisan Nasional pun tidak apa. Demikianlah realitinya, dan politik Malaysia berubah total dengan DAP tersepit di tengah-tengahnya.

Apa dilema DAP sekarang? Ya tidak lain adalah persoalan identiti itu tadi. Kalau ditanya orang, DAP ini parti apa; maka persoalan itu akan menerima jawapan berbeza dengan skema sepuluh tahun lalu.

Ya masa telah berubah, manusia telah mengubah masa, dan masa juga telah mengubah manusia. Lalu hari ini orang bertanya, adakah benar dalam kerjasama bersama Umno yang diketuai Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini, DAP telah dibungkam dan diikat kemas supaya ia mengehadkan pergerakannya sekadar sebagai ganti MCA semata-mata?

Ini adalah persoalan yang akan perlu dijawab oleh parti dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Malaysia Untuk Rakyat Malaysia

Persoalan identiti ini kemudiannya membawa kita kepada persoalan nilai wawasan yang mahu mencairkan ke’Cina’an DAP dan menormalkan parti sebagai sebuah parti berbilang kaum.

Adakah pada masa akan datang kita akan melihat DAP mengendurkan usaha-usahanya untuk meluaskan kuasa dan pengaruhnya kepada demografi anak muda Melayu yang sepanjang beberapa tahun lalu begitu rancak ikut bergabung dan berkiprah bersama DAP?

Jika tidak, apakah upaya sedia ada untuk DAP bagi memastikan politiknya di masa akan datang tidak terhad kepada golongan penyokong fitrahnya sahaja?

Inilah perkara yang harus dikerjakan oleh mereka yang tidak berada dalam kerajaan: membina kapasiti parti sebagai induk ideologi dan penggubalan kertas dasar kebijakan parti yang berpandukan faham demokrasi sosial, demi kemaslahatan rakyat terbanyak.

Persoalan identiti ini nanti akan terjawab dengan sendirinya apabila lebih ramai pihak ikut bergabung dalam kerja besar membawa agenda Malaysia untuk rakyat Malaysia. Paling tidak inilah asas yang menarik minat ramai anak muda untuk berbaiah dengan DAP.

Sebaliknya jika DAP dan akar rumputnya lebih selesa menjadi gantian MCA dalam sebuah kerajaan yang sudah selesa dengan kaedah pecah perintah mengikut wilayah, latar keturunan, budaya dan agama; maka tidak jenuhlah kita pening kepala.

DAP mesti membuat keputusan selari fitrahnya sebagai sebuah parti politik yang tertubuh demi membela nasib rakyat miskin susah, tanpa mengira warna kulit dan kepercayaan. Jika tidak, ia akan dibungkus dalam bingkai kemunafikan dan menjadi celaan orang.

Izmil Amri

Izmil Amri adalah seorang pemerhati politik yang sedang cuba untuk kurangkan makan nasi kandar. Berkicau di @The_Mamu

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Menyingkap Tirai Kasyaf, Membaca Masa Depan DAP appeared first on SOLIDARITAS.

Chen Man Hin: Pengasas Perjuangan Bangsa Malaysia
Di suatu pagi yang tenang pada bulan Ogos 2016, Dr Chen Man Hin masih bekerja ketika kami wakil The Rocket/Roketkini sampai di kliniknya untuk bertemu beliau. Ada pesakit yang menunggu giliran, duduk di bangku menanti rawatan. Kami tiba lewat kerana jenuh mencari tempat letak kereta di pekan Seremban hari itu. Sambil tersudut menanti, saya mencuri pandang setiap kali pintu gelongsor ke ruang rawatan terbuka. Kelihatan beliau duduk di balik meja, matanya redup memerhatikan saya. Orang di belakang meja itu sudah berusia 92 tahun. Pada usia begitu, selalunya manusia biasa hanya duduk saja, menanti berakhirnya usia. Tetapi Dr Chen manusia luar biasa. Pada usia sedekad lagi menuju satu abad, beliau masih bekerja di tapak yang sama beliau asaskan khidmatnya untuk rakyat sejak 1956. Ya, 60 tahun lamanya beliau di klinik yang sama.

Petua umur panjang beliau, katanya, ialah supaya rajin berjoging, tidak lupa makan ubat dan beristeri hanya satu. Beliau dikhabarkan giat ke gimnasium, menggunakan mesin-mesin senaman yang ada dan masih mampu mengangkat besi. Kliniknya di Jalan Tuanku Munawir, Seremban itu tidak nampak canggih langsung. Suis lampu, kaunter kayu, malah bangku menunggu pun sudah setengah tiang usianya. Namun pesakit tidak putus bertandang ke ‘Gedung Perubatan Chen’ – seperti yang tertulis di hadapan kliniknya, dalam tulisan Jawi.

Petir Dan Sosialisme Demokratik

Dari ‘gedung’ ini, Dr Chen menawarkan khidmat kesihatan, adakalanya secara percuma untuk para marhaen yang tidak berkemampuan. Dari pangkal persoalan marhaen tidak mampu itulah beliau memutuskan untuk terjun ke dalam perjuangan politik kepartaian, setelah melihat demikian banyak warga yang dibelenggu kemiskinan dan memerlukan pertolongan. Cawangan Partai Tindakan Rakyat atau singkatnya ‘Petir’ sepertimana logonya, diasaskan di antara empat dinding kliniknya itu, bagi menjadi wadah perjuangan politik Dr Chen membela nasib rakyat miskin pasca Merdeka yang berada di titik buta elit politik UMNO dan Perikatan pada ketika itu. Ia bermula selepas wujudnya sebuah entiti bernama Malaysia – gabungan Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak sebagai satu Persekutuan baru pada 1963.

Petir atau nama popularnya Peoples’ Action Party (PAP) yang induknya di Singapura itu bagaimanapun pendek usia, dan berakhir apabila negara pulau di seberang tambak itu berpisah dengan Persekutuan Malaysia. Namun Dr Chen dan teman-teman beliau tidak berputus asa. Perjuangan, katanya, mesti diteruskan. Mengumam kata-kata, sambil duduk bersandar dengan kemeja-t Pagoda dan jaket denimnya di balik kerusi, beliau bercerita kepada kami soal menyambung mata rantai perjuangan.

“Sebaik selepas berpisahnya Singapura pada tahun 1965, kami berbincang. Kerana pergerakan telah bermula, dan perjuangan perlu diteruskan. Maka kami putuskan untuk teruskan sahaja. Devan Nair, saya sendiri, Kok Kit, dan beberapa teman lain, kami berbincang. Apa yang perlu kita buat sekarang. Masalah dalam negara masih belum selesai, kita perlu terus berjuang. Walaupun lukanya sudah tiada, duri-durinya masih ada. Kita tidak boleh berputus asa.”

Bagi generasi yang sudah lupa akan nama-nama yang disebut itu: Devan Nair merupakan satu-satunya Ahli Parlimen PAP yang menang di Semenanjung di kerusi Bungsar manakala Kok Kit merujuk kepada Chan Kok Kit tokoh DAP yang pernah mencatat sejarah kemudiannya apabila memenangi kerusi Parlimen Sungai Besi pada pilihanraya umum 1978 sewaktu beliau masih berada dalam tahanan ISA.

Mereka tidak memilih Perikatan atau Barisan Sosialis kerana kata Dr Chen, parti-parti itu berbeza pendirian, konsep dan idea dengan mereka, selain simbolisme dan seruan yang berbeza. Tidak cocok barangkali dengan prinsip ‘Malaysian Malaysia’ yang kumpulan Dr Chen ketengahkan. Beliau menjelaskan bahawa mereka mahukan parti yang berfaham ‘sosialisme demokratik’. Suatu fahaman yang menurutnya tidak dianuti oleh mana-mana parti politik ketika itu. Meski ketika itu ada Parti Buruh yang sangat aktif dengan programnya sendiri, beliau tidak memilih parti itu kerana didakwanya Parti Buruh dikawal komunis.

Baginya, ideologi sosialisme adalah fahaman manusiawi yang mendorong keinginan untuk membela nasib rakyat miskin dan memperjuangkan kelangsungan hidup dan adil untuk semua. Mereka mengambil kefahaman tersebut dan menokok tambahnya agar sesuai dengan kemahuan rakyat pada masa tersebut. Fahaman tersebut menjadi roh yang ditiupkan ke atas puing-puing tinggalan Petir, yang bangkit semula sebagai Partai Tindakan Demokratik dengan lambang Roket. Perjuangannya tetap Malaysia untuk rakyat Malaysia.

Sebagai parti demokratik, Dr Chen menegaskan bahawa DAP adalah parti yang anti-komunis. Kerana itu beliau menolak Parti Buruh dan Barisan Sosialis. “Kita parti sosialis. Kita anti-komunis,” ujarnya berulang kali, menegaskan bahawa DAP tidak percaya dengan perjuangan parti komunis, bahkan DAP memperjuangkan sosialisme demokratik, yakni sosialisme yang tidak dipaksa ke atas rakyat, malah sosialisme yang menggalakkan demokrasi pelbagai parti, dan bukannya diktator satu parti. “Itu dua perkara yang jauh berbeza,” katanya.

Asal-usul Fitnah Terhadap DAP

Era transisi PAP menjadi DAP adalah pergerakan yang berombak dari Seremban, ke Kuala Lumpur, Ipoh dan kemudian ke Johor Bahru. Ia digerakkan oleh kepimpinan PAP yang sedia ada di Malaysia pada 1965, siap dengan organisasi dan strukturnya berjuang demi masyarakat yang lebih adil dan setara.

“Kita sebagai sebuah parti mahu membela nasib dan kepentingan rakyat tanpa mengira kaum,” jelasnya.

Ketika Singapura berpisah dari Malaysia, dan PAP yang berpusat di sana ikut berpisah sekali, gabungan Perikatan katanya sangat gembira. Mereka menyangkakan sudah tidak ada parti sosialisme demokratik untuk menentang mereka. Namun kumpulan yang kekal di Malaysia meneruskan perjuangan dengan sebuah gagasan baru yang berbilang kaum menentang politik feudal Perikatan yang dikongsi bersama UMNO, MCA dan MIC.

Sejak awal penubuhannya, sukar bagi DAP mendapatkan sokongan apatah lagi ahli atau pemimpin Melayu. Ini ekoran persepsi yang telah dibina oleh UMNO bahawa DAP itu parti yang bernaung di bawah PAP, dan berpangkalan di Singapura. Ia difitnah sebagai parti Cina yang anti-Melayu semata-mata DAP mahu hak-hak kaum lain tidak dinafikan. Politik perkauman sempit ternyata bukan perkara baru.

Kami mengambil nafas seketika dan saya memandang keliling. Klinik yang lebih tua usianya daripada kemerdekaan Malaya itu telah menjadi saksi pergulatan politik seorang sosok sakti yang telah menempuhi pelbagai tribulasi pemerintah demi perjuangan membela nasib rakyat yang tidak terbela secara adil.

Parti yang lahir dari pintu gudang perubatan Dr Chen adalah parti yang berakar dari kegiatan kesatuan sekerja dan para buruh pelbagai kaum yang dipimpin aktivis berketurunan Cina dan India. Kesatuan berasaskan kemahiran dan pengkhususan kerja yang terbentuk daripada dasar pecah perintah British; yang Cina ke pekan, berniaga dan melombong, manakala yang India ke ladang-ladang dan menjadi buruh kasar.

Melayu yang aktif dan celik politik pada waktu itu lahir daripada peluang pendidikan hasil membesar di balairung dan bergaul dengan para aristokrat yang sudah sedia berjawat dan berkepentingan. UMNO sebagai parti feudal yang lahir dari rahim istana memegang monopoli ke atas golongan Melayu terpelajar. Selebihnya hidup di luar bandar, dipapah dasar kerajaan ‘top down’ yang tidak membuka mata mereka terhadap kepentingan aktivisme politik. Maka UMNO dan juak-juak Perikatan melanjutkan politik feudal yang mengutamakan para penguasa dan orang berjawatan, sambil menyebabkan rakyat biasa terperuk dan terperosok dalam gelap kejahilan politik.

Dalam keadaan inilah DAP lahir, mencabar norma dan kelaziman bagi memperjuangkan nasib rakyat yang tidak tidur malam beralaskan bantal empuk atau tilam lembut. Dan hanya kerana perjuangan itu menggugat feudalisme yang dipupuk oleh UMNO, maka DAP dilabel cauvinis Cina, komunis, parti Singapura dan sebagainya.

Begitulah sehingga sekarang momok yang dijaja UMNO demi kelangsungan politik dan mengekalkan kedudukan mereka menjarah harta kekayaan negara untuk bikin kenyang tembolok rakan-rakan dan keluarga. Itulah politik feudal yang dilawan DAP selama 50 tahun; politik korupsi dan memperkaya kelompok sendiri.

“Selepas 50 tahun usia DAP, kefahaman parti telah berkembang dan makin ramai orang telah menyertai parti. Kini di setiap negeri sudah ada cawangan dan jawatankuasa sendiri. Dari Pulau Pinang sampai ke Johor, malah ke Timur juga,” ujarnya merujuk negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung serta Sabah dan Sarawak dengan penuh rasa bangga. Ketika awal ditubuhkan dahulu, cuma ada cawangan Seremban. Klinik Dr Chen itulah pejabat cawangannya.

Kerjasama Politik

Sejak 18 Mac 1966, DAP telah berkembang pesat malah telah menganggotai beberapa gabungan politik yang tidak pernah disangka-sangka, termasuklah dengan Parti Islam SeMalaysia, PAS.

“PAS itu parti agama, mereka bukan parti sosialis. Kita cuba untuk membentuk pakatan dengan mereka, tetapi tidak mudah. Namun PAS tetap kawan kita. Mereka rakan seperjuangan,” jelasnya tersenyum.

DAP dan PAS telah pernah menjalin kerjasama dalam Barisan Alternatif pada 1999, dan kemudiannya Pakatan Rakyat pad 2008. Kedua-duanya berakhir di persimpangan dilema agenda negara Islam dan undang-undang hudud, yang jelas tidak wujud sama sekali dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kini PAS sedang bermain satu permainan yang aneh. Ada kumpulan yang mahu bersama UMNO, ada yang mahu bersama kita. Ini sangat sukar. Kita boleh sekadar menjadi kawan dengan PAS. Sangat sukar.”

Lebih menarik lagi, ketika diwawancara, mantan Perdana Menteri yang juga bekas rakan sekuliah Dr Chen di Singapura, Tun Dr Mahathir Mohamad baru sahaja menubuhkan parti setelah meninggalkan U

MNO. DAP pula sedang berkira-kira untuk menyediakan ruang kerjasama dengan parti itu – Parti Pribumi Bersatu Malaysia – yang ditubuhkan oleh bekas pimpinan-pimpinan UMNO yang telah meninggalkan parti itu serta anak-anak muda Melayu yang tidak pernah berparti.

“Oh Mahathir sudah ada parti sendiri,” ulas Dr Chen tentang bekas lawan politiknya itu, menyebut perkataan ‘parti’ seolah-olah membayangkan Mahathir sedang berpesta. Usaha Mahathir untuk cuba bekerjasama dengan DAP dikhuatiri beliau sendiri, sambil menyifatkan Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat itu sebagai sukar dikawal.

“Tetapi Mahathir juga kawan,” katanya sekali lagi selepas berfikir seketika. Beliau menekankan keperluan untuk menghulurkan tangan kepada Mahathir dan bekerjasama dengan beliau untuk menjatuhkan regim yang zalim, meski Dr Chen sendiri telah pernah merasai kesan angkara Mahathir ketika Ops Lalang yang menangkap lebih 100 pemimpin politik dan aktivis sosial tanpa bicara di bawah ISA pada 1987.

Dr Chen tidak mengharapkan permohonan maaf untuk segala kesilapan lalu apatah lagi menganggapnya sebagai musuh. Beliau malah berkata Mahathir adalah rakan yang boleh dibawa bersembang. “Kita berkawan, tetapi kawan yang berjaga-jaga. Kita mungkin bukan kawan untuk selama-lamanya. Ia boleh berubah mengikut masa,” jelas beliau. Baginya Mahathir adalah sosok yang sentiasa mahu jadi ketua, bukan sekadar orang biasa. Menurutnya lagi, Mahathir tidak akan membawa manfaat sebagai pemimpin, namun baik untuk diajak duduk sekali sebagai rakan kerjasama.

Bermula Di Malaya

Dengan kebijaksanaan dan ketenangan seperti itu, tentu ada yang bertanya, siapa sebenarnya Dr Chen?

Lahir di tanah besar China pada tahun 1924, beliau meninggalkan tanah induk itu sebagai seorang bayi yang berusia setahun menuju ke Malaya. Perkara pertama yang diingatnya tentang Malaya ialah ketika beliau masih bayi dan merangkak di lantai rumahnya di Hulu Langat, Selangor.

“Entah bagaimana saya masih boleh ingat saat itu. Saya tidak ingat tentang berhijrah menaiki kapal ke sini. Rasanya saya ke sini dengan ibu bapa, dan kami tinggal di sebuah rumah kedai berhampiran ladang getah. Saya juga ingat ada sungai berhampiran situ,” kisahnya sambil cuba mengenang kembali memori hampir seabad lalu.

Beliau menerima pendidikan awal di sebuah sekolah Cina di Hulu Langat selama sekitar setahun, sebelum pakciknya membawanya berpindah ke Seremban. Tamat sekolah menengah, Dr Chen berpeluang melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya Singapura, dalam bidang perubatan. Ditanya kenapa beliau memilih untuk menjadi doktor, Dr Chen menjawab: “Kerana ibu saya meninggal dunia dalam usia muda.”

Ibunya meninggal ketika beliau berumur sekitar lima atau enam tahun. Sejurus selepas itu beliau dipindahkan ke Seremban, dan masuk ke sekolah Inggeris St Paul. Perginya ibu membuatkan beliau menyoal kenapa orang yang disayangi  harus mati, dan kenapa pada usia yang begitu muda. Dari situlah lahirnya keinginan untuk menjadi doktor.

Dari sekolah atap tanpa dinding dan bangunan itulah beliau menyusun langkah hingga ke Singapura, kerana tidak ada fakulti perubatan di mana-mana tempat lain. Beliau justeru menyertai King Edward’s Medical College, Universiti Malaya Singapura. “Saya mahu jadi doktor supaya saya boleh mencegah orang daripada mati muda.”

Ramai pemimpin DAP yang aktif juga turut meninggal dunia pada usia muda. Nama-nama seperti Fan Yew Teng dan P. Patto masih meniti di bibir beliau sebagai tokoh-tokoh DAP yang lincah di pentas-pentas ceramah, namun semuanya sudah tiada lagi. Kalau Fan Yew Teng dan P. Patto masih hidup, katanya, pastilah mereka akan terus aktif bekerja untuk parti. “Orang yang dikasihi Tuhan semuanya meninggal dunia pada usia muda,” katanya.

Perjuangan Politik

Ketika sedang belajar pun Dr Chen sudah mempunyai minat yang mendalam terhadap politik. Ketika itu PAP telah menjadi kerajaan di Singapura, dan Lee Kuan Yew telah menjadi Ketua Menterinya. Dr Chen berkata beliau begitu tertarik dengan gaya pentadbiran Kuan Yew. Selesai pengajian pada tahun 1952, beliau tinggal sementara di Singapura sebelum kembali ke Seremban dan membuka kliniknya. “Singapura memang tempat yang menarik, tapi saya tak ramai kawan. Seremban adalah kampung halaman saya; jadi saya pulang untuk berkhidmat di sini,” katanya.

Ditanya tentang keluarga, beliau mengalihkan pandangannya ke belakang kami untuk menunjukkan gambar dalam bingkai. “Itu isteri saya,” katanya, “Dan anak perempuan saya.” Dr Chen punyai lima orang anak. Beliau mengenali isterinya setelah pulang ke Seremban. Isterinya itu, seorang guru adalah rakan kepada rakannya. Mereka berkahwin setelah isterinya pulang dari England pada 1956.

Pengorbanan keluarganya bermula setelah beliau memutuskan untuk terjun ke gelanggang politik dan bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Rahang pada tahun 1965. Ketika itu DAP masih belum diluluskan pendaftarannya, dan beliau bertanding sebagai calon bebas menggunakan logo bunga sakura. Beliau menang di Rahang, dan ia menjadi petanda bahawa peluang DAP bertapak di Malaysia amat cerah. Selepas diluluskan pendaftaran, beliau menjadi Pengerusi pertama.

DAP bertanding juga buat kali pertama dalam PRU 1969. Beliau sendiri bertanding mempertahankan kerusi DUN Rahang yang dimenanginya dengan majoriti 3,145 undi. Bagi kerusi Parlimen Seremban Timor pula, beliau menang dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti 5,402 undi. Beliau mendapat 13,475 undi manakala lawan utamanya Wong Sen Chow daripada Perikatan memperolehi 8,073 undi.

Apabila nama kerusi Parlimen itu ditukar kepada Seremban untuk PRU 1974, beliau terus mengekalkan kemenangannya apabila mengalahkan calon yang sama yang kini mewakili BN. Dr Chen mendapat 16,280 undi berbanding Wong 12,941 undi. Kerusi DUN Rahang turut dipertahankannya dengan menang majoriti 2,751 undi.

Ketokohan beliau tidak dapat disangkal lagi apabila sekali lagi mempertahankan kerusi Seremban dalam PRU 1978 dengan majoriti yang lebih besar, iaitu 8,073 undi. DAP memperolehi 23,057 undi berbanding calon BN 14,984 undi. Begitu kerusi DUN Rahang yang tetap kekal di tangan DAP apabila beliau menang dengan majoriti 4,765 undi.

Namun PRU  1982 merupakan tamparan besar kepada DAP yang menghadapi cabaran daripada kepimpinan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri baru yang membawa aura pentadbiran baru dengan pelbagai gimik, termasuk slogan Bersih, Cekap dan Amanah. Dr Chen yang hanya bertanding kerusi Parlimen Seremban tewas kepada Presiden MCA, Lee San Choon, dengan majoriti tipis 845 undi sahaja. Bagaimanapun, kemenangan itu gagal dikekalkan oleh MCA apabila parti itu dikejutkan dengan perletakan jawatan Lee San Choon daripada semua jawatan termasuk Ahli Parlimen. Sehubungan itu, pilihanraya kecil Seremban diadakan pada November 1983.  Dr Chen dengan mudah memenangi kembali kerusi tersebut.

Bagi PRU 1986, kerusi Parlimen Seremban kekal milik DAP apabila beliau menang lagi walaupun majoritinya berkurangan menjadi 1,064 undi. Bagaimanapun, percubaannya di kerusi DUN Peradong gagal apabila tewas dengan majoriti 398 undi sahaja.

Perubahan politik era 1990-an memberi cabaran yang lebih hebat, bukan sahaja kepada DAP tetapi juga Dr Chen sendiri. Dalam PRU 1990, beliau gagal mempertahankan kerusi Parlimen Seremban apabila tewas dengan majoriti 77 undi sahaja. Pada masa yang sama beliau tidak lagi bertanding untuk kerusi di peringkat DUN. Untuk PRU 1995 dan 1999, beliau berpindah ke Parlimen Rasah tetapi gagal juga untuk memenangi kerusi tersebut. Malah, percubaan terakhirnya untuk kerusi DUN, iaitu bagi kawasan Temiang, turut gagal walaupun dengan hanya 176 undi sahaja.

Seperti kisah-kisah perjuangan pimpinan DAP lain, semangat yang ada pada Dr Chen sama seperti rakan-rakannya. Mereka berani gagal. Mereka rela tewas demi prinsip yang mereka pegang – kesaksamaan peluang dan hak tanpa mengira kaum, agama atau gender.

Harapan

Pada usia begitu, kami hairan kenapa beliau masih duduk di bangunan yang sama, di klinik yang sama, melakukan kerja yang sama. Kalau orang lain, pastinya sudah putus harapan dengan politik Malaysia yang semakin rasis dan zalim.

“Kenapa masih bergiat dalam politik?” soal kami kepada Penasihat Seumur Hidup DAP itu. Jawapan yang pantas kami terima ialah kerana perjuangan untuk sebuah Malaysia yang satu masih belum selesai. Saya mahu lihat semua orang dilayan dengan sebaiknya, bukan berdasarkan kaum tetapi kerakyatan setara.

“Kita tidak boleh putus asa dengan negara ini. Ini negara kita. Selagi kita tidak dapat apa yang kita mahu, kita mesti terus berjuang. Mesti sayangkan negara. Harus terima semua perbezaan dan cuba untuk saling bekerjasama. Kita tidak boleh ubah keturunan dan kualiti masing-masing. Di mata Perlembagaan, semuanya sama, tidak ada beza. Namun harinya pasti tiba. Saya tidak tahu bila,” ujarnya.

(Artikel tulisan saudara Izmil Amri ini asalnya diterbitkan di Roketkini.com. Ia diterbitkan kembali dengan izin sebagai memperingati mendiang Dr Chen Man Hin yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada hari ini, 17 Ogos 2022)

Izmil Amri

Izmil Amri adalah seorang pemerhati politik yang sedang cuba untuk kurangkan makan nasi kandar. Berkicau di @The_Mamu

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Chen Man Hin: Pengasas Perjuangan Bangsa Malaysia appeared first on SOLIDARITAS.

Fenomena ‘Mat Kilau’ Dan Modal Politik Nasionalisme Sempit
SAYA ada tiga bilah keris. Sebilah tajong lok 11 dari hulu sampai ke kasutnya kemuning hitam berdokok tembaga, sebilah lagi keris bugis lok 5 berpendok perak, dan sebilah lagi keris sepukal, hulu ayam patah tiga pakaian Kedah. Keris-keris ini saya jaga dengan rapi. Saya mandikan dan saya minyaki. Wangi semerbak meski hanya besi dan kayu. Yang sepukal itu malah berjaya dibuat berdiri. Hebat seimbang hasil tukangan orang Kedah.

Saya sebut ini siap-siap supaya ke‘Melayu’an saya itu tidak dipertikai, setelah menghadam apa yang akan saya sampaikan nanti. Risau juga saya orang salah erti. Orang Melayu sekarang bukan boleh. Sejak menonton filem fiksyen-sejarah setelah bertahun-tahun tak jejak kaki ke pawagam, ramai yang bertambah Melayu berbanding dua tiga bulan lalu. Salah sedikit, keris dialih ke kiri, ekor cicak dipusing hala ke atas.

Okay, mari kita mula.

Adapun halnya dengan filem fiksyen-sejarah (historical fiction) ini adalah ia memberi kebebasan kepada pengkarya untuk mengubah-ubah butiran sejarah supaya wayang yang mahu diterbitkannya itu sesuai untuk potongan tayangan – sekitar sejam setengah hingga dua jam.

Justeru, ada lah bahagian-bahagian bosan daripada kisah sejarah yang dikeluarkan, dan cerita-cerita rekaan tambahan pula disumbat untuk menambah warna serta perisa supaya filemnya itu boleh dijual kepada pawagam yang nanti akan mengambil untung lebih separuh daripada hasil jualan tiket.

Inglourious Basterds, karya Quentin Tarantino misalnya mengetengahkan watak-watak daripada sejarah Perang Dunia Kedua, namun dengan olahan cerita dan kesudahan yang berbeza. Di dalamnya ialah watak Hitler; yang menurut karya Tarantino dihabisi nyawanya oleh dua orang tentera Yahudi sehingga berkecai wajahnya, dalam sebuah panggung wayang yang sedang terbakar. Ternyata bersalahan langsung dengan fakta sejarah. Tapi filem itu laku bukan main lagi.

Filem yang kosnya itu hanya sekitar USD70 juta, mencatat pulangan box-office USD120.5 juta di Amerika Syarikat dan Kanada sahaja, selain pulangan USD200.9 juta di seluruh dunia; dengan jumlah kutipan besar sebanyak USD321.5 juta. Entah apa lah amalan Quentin Tarantino sehingga begitu murah rezekinya.

‘Mat Kilau’ juga adalah satu contoh filem fiksyen-sejarah ini. Sekurang-kurangnya daripada apa yang telah diperkatakan orang. Itu sebabnya saya tiada berahi mahu menonton cerita ini, meski semangatnya itu kena betul dengan jiwa saya.

Dalam demikian banyak ‘reviu’ oleh para cerdik pandai Facebook juga saya menemukan ulasan bagaimana Mat Kilau sebenarnya tidak sepenuhnya jujur terhadap sosok tubuh tokoh pejuang itu sendiri. Antara yang paling awal menyebut tentang bagaimana Mat Kilau itu ibarat watak ‘The Flash’, sesuai gelarannya.

“Mat Kilau tu orang handal, sepelepah daun kelapa gugur, dia dah tahu berapa banyak regisnya.”

“Mat Kilau boleh pergi ke sesuatu tempat dengan cepat, dia boleh ghaib sekelip mata.”

“Mat Kilau kalau bertarung dia boleh bunuh dan libas sembilan orang musuh dengan parang dalam sekelip mata.”

“Mat Kilau pernah merampas seekor kucing dari mulut harimau dengan sekelip mata, dan menengking harimau itu.” (Fuh! Luarbiasa!)

“Pernah seekor lembu jatuh dalam telaga, Mat Kilau menaikkan lembu itu dengan sebelah tangannya sahaja.”

“Ketika Mat Kilau pergi ke Kuantan bersama menantunya, dia menyuruh agar menantunya balik dahulu kerana Mat Kilau ingin berjumpa Dato Bahaman, setelah menantunya sampai di rumah, Mat Kilau telah pun berada di rumah.”

Demikian serba sedikit cerita orang yang baru sekarang hangat disampaikan dari satu butang share ke satu butang share yang lain. Selama ini tak ada siapa pun yang peduli. Hanya apabila dipasarkan semula dalam bungkusan filem, dengan wajah-wajah tampan Adi Putra, Beto Kusyairy – hatta Fattah Amin yang dahulu dibilang pelakon kayu pun sekarang dipuji melambung; barulah cerita sejarah lisan dahulu kala ini semua timbul semula.

Sosok fiksional Mat Kilau yang dihidangkan melalui filem ini malah mengisi vakum kepimpinan umat Melayu. Lalu ramailah yang meluru ke pawagam dan bergabung menunggang trend terbabit, seperti membai’ah Al-Mahdi yang sudah begitu lama dinantikan kemunculannya. Demikian hebat sekali.

Namun yang menjadi persoalan hangat hari ini, meski tidak ditanya dengan lidah yang fasih, ialah: Apakah manfaat karya ini kepada fabrik masyarakat berbilang kaum?

Jawapan pendeknya, filem ini tidak menyumbang apa-apa kepada perpaduan nasional. Malah ia sebenarnya counter-productive kepada usaha membina sebuah masyarakat yang hidup dalam rukun damai tanpa syak wasangka terhadap satu sama lain.

Jawapan panjangnya tidak dapat saya surahkan kerana saya tidak menonton filem terbabit. Saya hanya dapat membuat kesimpulan daripada reaksi penonton yang berpusu-pusu ke panggung wayang, dan kemudian menulis pendapat mereka di media sosial. Adakah ini tidak adil kepada filem Syamsul Yusof? Mungkin ya. Tetapi yang ingin saya kritik ialah kesan sosial karya beliau, bukan karyanya.

Memperdagang Nasionalisme

Sebermulanya fenomena Mat Kilau itu ialah semangat filemnya yang membelai sensitiviti golongan yang disebut sesetengah perguruan sebagai ‘ada angin’. Yang kalau dengar bunyi serunai dan gendang rasa nak melompat pecah bunga. Kebetulan spesis kepala angin ini juga besar populasinya dalam masyarakat hari ini.

Titik lunak ini juga merupakan tempat serupa yang dibelai sekalian yang bergelar pemerintah sejak awal mula dalam rangka mengekalkan sempadan daulatnya; baik daripada segi ukuran demografi, geografi dan kelas ekonomi. Titik yang kalau diusik sahaja, menggigillah segala urat nadi mahu membuka langkah panglima.

Bukan tidak bagus. Bagus. Punya rasa sensitif yang tinggi itu bagus. Cumanya reaksi terhadap sensitiviti kadang kala tidak pernah bersukat. Lantas menimbulkan resah jiran tetangga yang berlainan keturunan, budaya dan sistem kepercayaan mereka; lantas membentuk prasangka terhadap segala yang bertanjak dan berkeris sebagai orang yang hanya mahu bertikam dan mencari gaduh.

Titik inilah yang digambarkan George Orwell sebagai nasionalisme dalam tulisannya yang tidak begitu dibaca orang. Nasionalisme dari sudut pandang Orwell seakan upaya membingkai manusia mengikut kategori seperti serangga, dan ia tidak semestinya sesuatu yang baik, malah boleh membawa mudarat jangka panjang.

Nasionalisme ialah soal identiti, jati diri – asal mana, keturunan apa, budaya bagaimana, pegangan agamanya, pakaiannya bagaimana, makan apa; semua ini seakan bakul-bakul berasingan untuk manusia memberi makna pada dirinya, dan kemudian cuba menyebar luas identitinya itu ke atas yang lain, atau paling tidak pun mempertahankan nilai-nilai tersebut hatta tercabut nyawa dari badan.

Sekurang-kurangnya begitulah gambaran Orwell dalam Notes on Nationalism; terbit pada 1945.

Kebetulan, nasionalisme ialah barang dagangan yang sangat laku. Jelas dapat dilihat dalam sukan bola sepak, misalnya. Atau dalam konteks perbincangan kita hari ini; industri perfileman.

Sebelum ada Mat Kilau, kita sudah terlebih dahulu pernah menonton filem ‘Ip Man’, kisah seorang mahaguru wing chun yang berperang melawan penjajah menggunakan ilmu seni bela dirinya. Lunyai mamat karate itu dibelasah Ip Man, sampai kita yang Melayu pun ikut bertepuk tangan rasa puas hati melihat penjajah ditumbuk bertalu-talu. Kemudian Ip Man belasah peninju Barat pula. Pun kita ikut tepuk tangan.

Ip Man ialah produk nasionalisme yang menjual identiti sebagai modal utama pemasaran filem terbabit, untuk menaikkan semangat warga tanah besar China agar menghargai perjuangan seorang mahaguru seni bela diri, mempertahankan maruah bangsanya daripada diinjak orang luar.

Filem Ip Man yang pertama mengutip USD22 juta. Ip Man 2, USD29.7 juta. Ip Man 3, USD157.3 juta. Ip Man 4, USD239 juta. Amalan apa pula yang dibuat penerbit Ip Man sampai begitu murah rezeki beliau?

Ternyata yang membuat francais Ip Man ini laku bukanlah sangat nasionalisme itu, tetapi aksi wing chun yang memukau. Sama halnya dengan Mat Kilau. Orang silat datang menonton silat, mesej lebih besar supaya melawan kejahatan dan kezaliman dikaburi nasionalisme Melayu yang meluap-luap. Alangkah rugi.

Pokoknya menjual nasionalisme itu ialah perniagaan yang amat menguntungkan. Lihat sahaja bagaimana Umno menjual nasionalisme selama berdekad lampau, dan sekarang perniagaan itu disambut pula mantan-mantan pejuang reformasi dalam parti bunga raya.

Tetapi upaya menjual nasionalisme dengan bungkusan perkauman sempit seperti yang kita lihat dalam ‘fenomena’ Mat Kilau ini, tentunya tidak membawa faedah kepada sebuah masyarakat berbilang kaum yang pada hari ini sedang berdepan demikian banyak ancaman untuk meleraikan fabrik sosial yang begitu cantik tenunannya. Secantik tanjak songket bangsawan yang menjadi pakaian orang kebanyakan berbusana ke panggung wayang kononnya untuk menjulang syiar alam Melayu.

Maka apa pengajaran yang boleh kita peroleh daripada ‘fenomena’ Mat Kilau ini?

Entahlah. Bagus sebenarnya melihat orang ramai mula meminati ilmu dan seni mempertahankan diri. Namun kebimbangan kita ialah apabila gerak untuk menentang kejahatan dijadikan modal untuk tunjuk jaguh mengingatkan siapa tuan di negeri ini. Ini langsung tidak memberi manfaat kepada usaha perpaduan negara, malah tambah menyulam benci.

Justeru apabila melihat bagaimana sebuah filem cuba dijadikan modal politik pedagang nasionalisme; saya jadi menyampah. Sudah tiada upaya lainkah untuk membina persefahaman antara kaum hingga mereka memutuskan untuk bakar sahaja semuanya sekali? Amatlah malang negeri ini. Pemimpinnya jahat, pengikutnya tuli.

(Artikel tulisan saudara Izmil Amri ini asalnya diterbitkan di Imani dan diterbitkan kembali dengan izin)

Izmil Amri

Izmil Amri adalah seorang pemerhati politik yang sedang cuba untuk kurangkan makan nasi kandar. Berkicau di @The_Mamu

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Fenomena ‘Mat Kilau’ Dan Modal Politik Nasionalisme Sempit appeared first on SOLIDARITAS.

Melawan Lupa: Mengenang Dosa Kleptokrat Durjana
ALKISAH, Hang Tuah berpergian ke Pahang setelah menjadi mangsa fitnah politik Istana Melaka. Perginya itu bukanlah saja-saja, bahkan atas perintah monarki jua. Kalau tiada mahu ia murka, bawakan pulang Tun Teja untuk dijadikan suri baginda.

Setelah berjaya menjalankan beberapa skim tipu muslihat melibatkan inang pengasuh Tun Teja sampaikan tunangan orang itu pun tewas termakan ilmu Hang Tuah, Tun Teja dibawa pulang ke Melaka. Cuma masalahnya sekarang, yang hendak menikah bukannya Tuah, tetapi ‘bossku’ kepada si Tuah.

Maka dalam perjalanan pulang dari Pahang itu, diberilah Tun Teja sirih jampi supaya lupalah Teja akan cintanya kepada si Tuah. Ada riwayat yang mengatakan Tuah memberinya ‘ubat pembenci’. Alangkah baiknya kalau ubat ini ada dijual di farmasi.

Membuat lupa adalah suatu kesaktian yang cukup ampuh dalam upaya politik, sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Datuk Laksamana Hang Tuah dalam kisah yang entah betul entah tidak ini.

Membuat lupa adalah penting dalam usaha untuk memenuhi definisi politik si Harold Dwight Lasswell. Bahawa politik ialah siapa mendapat apa, bila dan bagaimana.

Namun tanpa berbekalkan sirih jampi Hang Tuah atau ‘ubat pembenci’ itu; bagaimana mungkin massa rakyat boleh dilupakan tentang perkara-perkara yang mahu dilupakan, lantas memberi sokongan kepada si anu atau si anu agar si anu itu tadi beroleh laba politik yang besar setelah saban tahun membuat onar di dalam negara?

Salah satunya adalah dengan mencipta naratif dan mengolah semula jalan cerita agar yang jahat boleh dilihat (walaupun untuk seketika cuma) sebagai orang baik.

Membina Naratif

Sebenarnya tidak susah untuk ‘menjual’ penjahat sebagai seorang hero. Dalam filem ‘Inglorious Basterds’ misalnya, watak Sarjan Werner Rachtman berjaya dijual oleh Tarantino sebagai seorang hero yang berani. Hakikat bahawa Rachtman itu seorang tentera Nazi boleh diketepikan, walau untuk sementara cuma.

Dalam satu babak, sekumpulan tentera Nazi dihabisi oleh gerombolan tentera berketurunan Yahudi Amerika diketuai Aldo Raine, diperankan Brad Pitt. Yang tersisa dibawa menghadap Aldo ‘The Apache’ tadi, untuk interogasi. Salah seorangnya, Werner Rachtman ini lah.

Sarjan Rachtman ternyata enggan bekerjasama, lalu diugut akan dibelasah sehingga mati menggunakan kayu besbol oleh seorang lagi anggota pasukan itu, yang diberi julukan ‘The Bear Jew’. Beruang Yahudi? Mungkin lah.

Apabila disoal Sarjan Donny Donowitz (sang beruang tadi), jika pingat Iron Cross yang diterimanya itu adalah imbalan untuk warga Yahudi yang telah dibunuh, Rachtman menjawab “Bravery,” dengan wajah yang tenang lagi selamba. Untuk sekelumit waktu, kita lupa dia seorang tentera Nazi celaka.

Upaya yang serupa turut dilakukan melalui filem dokumentari The Kingmaker (2019) yang memaparkan Imelda Marcos dan kisahnya sebagai si ‘tukang susun’ politik Malacanang di era suaminya, Ferdinand Marcos menjadi presiden Republik Filipina.

The Kingmaker

Usaha memanusiakan Imelda ialah usaha untuk melupakan orang tentang legasi Marcos, dan naratif itu nampaknya berjaya hari ini. Baru sahaja beberapa hari lalu Ferdinand ‘Bongbong’ Marcos Jr, menjuarai pemilihan presiden republik tersebut dengan jumlah undi yang luar biasa, menewaskan calon pilihan para idealis, Leni Robredo.

Padahal dalam pemilihan naib presiden pada 2016, Leni menewaskan Bongbong dengan marjin 263,473 undi.

Tiga tahun kemudian, The Kingmaker muncul sebagai upaya utama untuk memasarkan semula anak bini Marcos sebagai golongan yang disalaherti, malah menjadi mangsa ‘berita palsu’.

Memetik kata-kata Imelda dalam filem terbabit, “Perception is real, and the truth is not”. Persepsi ialah kebenaran! Kebenaran ternyata palsu. Atau paling kurang, boleh diperlihatkan sebagai palsu.

Kita rakyat Malaysia mungkin sangat kenal dengan watak seakan Imelda Marcos ini. Dalam sebuah laporan oleh Vice, diceritakan bagaimana anak-anak Filipina mengenali ‘Wanita Pertama’ itu dengan khabar bahawa beliau memiliki 3,000 pasang kasut.

Dengan jumlah itu, Imelda tidak perlu mengulang pakai satu pasang kasut untuk tempoh lapan tahun. Hari-hari bertukar kasut.

“Saya tidak memiliki 3,000 pasang kasut. Saya ada 1,060 (pasang)” kata Imelda pada tahun 1987.

Tujuh ratus dua puluh pasang (720) kini ditempatkan di muzium kasut Marikina di Metro Manila. 253 pasang dipamerkan kepada khalayak, manakala 467 lagi berada dalam simpanan. Ini termasuklah jenama-jenama besar seperti Charles Jourdan, Christian Dior, Gucci dan Oleg Cassini. Jenama terakhir itu kita tidak pernah dengar pun.

“Ketika saya menjadi Wanita Pertama, besar sekali tuntutannya. Saya mesti pakai yang cantik-cantik dan memperindahkan diri,” kata Imelda.

“Orang miskin sentiasa mencari ‘bintang’.” Bintang yang satu ini juga punya status jenayah yang serupa dengan beberapa watak yang mungkin kita kenali di tanah air. Pada November 2018, Imelda didapati bersalah menggubah wang berjumlah sekitar 200 juta dolar ke Switzerland sekitar tahun 70-an ketika berkhidmat sebagai gabenor Metropolitan Manila. Mahkamah memerintahkannya dihukum penjara antara 6 ke 11 tahun bagi setiap tujuh pertuduhan rasuah terhadapnya.

Apa status Imelda sekarang setelah dijatuhi hukum? Ya, Imelda juga sedang bebas dengan jaminan, dan sedang menunggu rayuan kesnya. Sementara itu, dia bebas muncul membawa naratif baharu dalam rangka memastikan anakandanya menjadi presiden republik yang pernah sengsara di bawah pemerintahan diktator suaminya, dan kleptokrasi dirinya sendiri.

‘Bossku’

Jika diunjur strategi ini ke tanah air kita; jelas sekali ada upaya yang sama sebiji untuk melupakan orang ramai terhadap fakta salah laku keluarga dan lingkaran rapat Najib Razak yang kini sedang diadili di mahkamah. Najib sedang giat diwarnakan sebagai jurubicara rakyat dan diberi julukan ‘bossku’.

Hatta gambar Najib dan isterinya Rosmah Mansor (yang turut punya senarai pertuduhan di mahkamah) menjadi tetamu dan rakan karib istana dipasarkan untuk mengolah persetujuan orang ramai bahawa pasangan ini seolah-olah dipayungi istana-istana, dan mustahil mereka berbuat salah. “Nanti diberi pengampunan diraja” kata orang, malah ada NGO yang sudah beriya mengusulkan supaya pengampunan diberikan, tanpa sehari pun pasangan kleptokrat ini meringkuk di dalam penjara dan menjalani hukuman mahkamah.

Baru sahaja semalam Najib diberikan tumpuan dan keistimewaan untuk berdiri sepentas dengan calon perdana menteri Pakatan Harapan, kononnya untuk berdebat. Padahal hakikatnya rancangan ‘debat’ itu adalah bertujuan untuk mengekalkan Najib sebagai watak yang relevan dalam politik, melupakan orang ramai terhadap dosa-dosanya terhadap negara dan berapa puluh lagi pertuduhan terhadapnya di mahkamah yang bakal dibicarakan.

Lihat sahaja penampilan Najib dalam majlis terbabit, dengan memakai suit biru, tali leher merah bersinar. Dia tahu benar bahawa dia akan ‘masuk tivi’. Pengikutnya akan menonton dan terus terpesona dengan watak pemimpin ulung yang dibawa. ‘Cash is king’ katanya. Kemudian disambung pula kononnya yang ‘king’ itu ialah rakyat. Lalu warga Facebook yang mengagumi penyamun ini pun bertepuk tangan, habis lupa tentang kes-kes yang berpuluh, masih menunggu giliran.

Lupa habis tentang bagaimana ‘kawaq’ ini dan keluarganya cuba lari meninggalkan negara pada malam 9 Mei 2018. Lupa bagaimana berkotak-kotak beg tangan mahal dan barang kemas diangkut keluar pihak polis menaiki beberapa trak. Lupa bagaimana kes SRC International sudah disahkan di mahkamah rayuan, dan kini kes 1MDB sedang berjalan; malah anasir-anasir yang terlibat di peringkat antarabangsa juga sudah dilenjan di mahkamah dan bermacam cerita dan bukti sudah dikeluarkan.

Lupa, sepertimana Imelda Marcos telah melupakan rakyat Filipina tentang salah lakunya. Lupa sepertimana Tun Teja yang diusung pulang untuk dinikahkan dengan raja Melaka.

Jadi perjuangan kita hari ini adalah untuk melawan lupa. Semakin dekat dengan PRU15, usaha untuk membuat lupa ini akan semakin giat dilaksanakan. Kita tidak boleh lupa. Itu temanya kali ini. 2018 dulu tema besarnya ‘Kita Mesti Menang’ kerana kita tiada pilihan lain selain untuk menang.

Sempena memperingati 9 Mei 2018, kita mesti melawan lupa! Khalas.

(Artikel tulisan saudara Izmil Amri ini asalnya diterbitkan di Imani dan diterbitkan kembali dengan izin)

Izmil Amri

Izmil Amri adalah seorang pemerhati politik yang sedang cuba untuk kurangkan makan nasi kandar. Berkicau di @The_Mamu

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Melawan Lupa: Mengenang Dosa Kleptokrat Durjana appeared first on SOLIDARITAS.