Hadri Shah, Author at SOLIDARITAS

Penyajak Kegemaran Kuala Lumpur Yang Saya Kenali
Saya pernah dimarahi penyajak kegemaran Kuala Lumpur, Pyanhabib. Saya panggil dia, Abang Pyan.

Dimarahi kerana salah saya. Akibat menggelabah tak tentu hala, sangsi dan tidak berpegang pada janji.

Beberapa bulan selepas buku pertama saya diterbitkan Thukul Cetak pada tahun 2017, Abang Pyan menghantar mesej, “Hadriiiiiii! Ada mana?”

Mungkin Abang Pyan dapat nombor telefon saya dari Mut. Mungkin dari Cikgu Zamir. Saya tak tahu. Tapi saya memang benar-benar terkejut. Teruja. Seorang kutu berpangkat Godfather menghantar mesej kepada penulis kecil yang baru belajar merangkak.

Rupa-rupanya Abang Pyan mahu mengajak saya melepak sambil jual buku di sebuah acara muda-mudi di Pulau Pinang.

Saya terima ajakannya dengan hati yang cukup bahagia.

Abang Pyan cakap, “makan-tidur-lepak sama abang”. Semua ditanggung beres. Saya cuma perlu hadir membawa buku-buku untuk dijual di acara.

Dia sempat bertanya macam-macam. Dari hal-hal besar sehingga hal-hal kecil; bos luluskan cuti ke, datang acara naik apa, ada duit tambang atau tidak, menyusahkan atau tak – sampaikan menawarkan diri menolong menjual buku sekiranya saya menghadapi kekangan. “Kesian, takut Hadri terkejar-terkejar” – kata dia.

Saya sedapkan hati Abang Pyan. Semuanya sudah diuruskan. Saya mahu pergi. Kerana siapa tidak mahu melepak bersama penyajak kegemaran Kuala Lumpur?

Sehari sebelum bertolak, saya kirim sekeping mesej – “Hadri dah beli tiket bas. Esok malam sampai sana dalam pukul 5 pagi. Nak jumpa Bang Pyan kat mana?”

Saya terima mesej balasnya. Sederhana. “Sampai esok repot. Abang hantar kaki pukul kutip. Jangan risau.”

Di sinilah episod saya menggelabah tak tentu hala berlaku.

Bukannya saya takut kaki pukul datang kutip. Tetapi saya sangsi akan siapa “kaki pukul kutip” yang dimaksudkan Abang Pyan.

Lagipula, Abang Pyan tak beri nombor “kaki pukul” untuk saya hubungi. Nak bertanya lebih, saya segan. Bimbang nampak sangat gelabah. *

Malamnya saya berangkat. Ada seorang kawan tahu yang saya akan ke Pulau Pinang malam nanti. Dia cakap akan jemput saya di jeti. Saya lega. Kekusutan yang membelenggu lekas-lekas ghaib dihisap angin ekon bas ekspress.

Pukul 6.39 pagi Abang Pyan hantar pesanan. Ketika itu, saya dan kawan sedang menyuap roti canai di sebuah kedai.

Saat membaca mesej Abang Pyan, segala kekusutan (yang telah dihisap malam tadi), gelabah, rasa bersalah datang merempuh mengkhinzir buta.

“Kenapa tak cakap ada kawan ambil? Gua punya kawan susah-susah pergi Subuh, jauh-jauh.”

Dalam rasa pekat bersalah dan gelabah, saya beri pelbagai alasan. Saya call dia. Abang Pyan tak menyambut. Dia menghantar mesej, “kenapa call?”. Saya benar-benar lupa gara-gara terlalu gelabah.

Abang Pyan tegas. “Kita sudah berjanji”. Mesejnya. Sudah bilang jangan risau. Kawan akan datang jemput.

Dan bila mesej Abang Pyan berbunyi begini, “Salah!” (Merujuk perbuatan saya yang tidak berpegang pada janji), terasa seperti ada benda berat menghempap dada ini. Saya, sesungguhnya malu. Teramat. Rasa mau pengsan.

Saya pinta maaf. Saya katakan pada Abang Pyan yang saya akan menunggu dia di tapak acara. Lalu dia pesan, datang ke sana selepas pukul 10 pagi. Acara hanya bermula selepas jam itu.

Tetapi entah mengapa, gelabah biawak saya menyeringai kembali. Beberapa ketika, saya langsung menyuruh kawan menghantar ke hotel Abang Pyan.

Setelah sampai di hotel saya menghantar sekeping mesej. “Bangpyan, saya sudah sampai di hotel”.

Untuk kedua kalinya, Abang Pyan menegur. “Lahh! Kata terus pergi sana. Datang hotel pulak?”

Sekali lagi dada saya dipijak benda berat. Sikap menggelabah tak tentu hala nampaknya begitu gembira menghukum saya.

Terpaksa saya mohon maaf sekali lagi. Abang Pyan membuka pintu menjemput saya masuk. Saya pandang wajahnya dalam rasa yang takut, bersalah dan beribu penyesalan.

Dan benda pertama beliau bertanya saya dalam bilik ialah, “Hadri sudah makan?” Luar biasa peribadinya!

Selama dua hari saya bersama Abang Pyan.

Walaupun saya buat ‘slek’ di awalnya, tetapi Abang Pyan mengotakan setiap janjinya. Urusan makan, tempat tidur, transportasi segalanya disiapkan penyajak ternama ini. Banyak kawan-kawan baru yang diperkenalkan Abang Pyan kepada saya; Abu Nawas, Bundi, Nassir dan Imuda.

Saya senang melepak bersamanya. Antara momen-momen hidup yang tak mungkin terlunturkan.

Tahun-tahun selepas itu menemukan saya dengan Abang Pyan di kebanyakkan acara seni/buku. Tetapi tidaklah sebegitu kerap.

Harus saya akui, anak-anak muda seusia saya (yang kini semakin menua), menganggap Abang Pyan bukan sekadar seorang seniman.

Malah Abang Pyan adalah sosok rebelius yang mempesonakan. Yang sajaknya harum semerbak di jalan-jalan demonstrasi. Yang keberadaannya sentiasa mewakili orang-orang bawahan tertindas. Yang sentiasa ada untuk menggembirakan orang-orang sekeliling.

Penyajak kegemaran Kuala Lumpur ini seorang yang ikhlas, baik budi, terhormat, menghormati masa dan juga seorang insan yang sensitif. Dari kisah saya, anda pasti mengerti mengapa saya berkata demikian.

Siapa tergamak menyanggah seorang kutu berwawasan seperti Pyanhabib? Siapa?

Saya tidaklah terlalu akrab dengan Abang Pyan berbanding kawan-kawan lain. Tetapi bukankah kebaikan, walau sebesar mana pun berbekas?

Hampir seminggu lalu, saya datang ke masjid di Keramat untuk mengiringi Abang Pyan. Keramat bukanlah daerah yang saya kenal.

Tetapi apabila sampai, saya tahu yang saya tidak sesat. Ramai kutu-kutu berambut panjang turut hadir untuk mengiringi.

Ada yang sudah menjadi Yang Berhormat, berpangkat Dato’, pekerja kolar biru, seniman, pelukis, penulis, editor dan sebagainya. Namun semuanya masih kental kekutuan mereka. Kami semua datang untuk memberi penghormatan terakhir buat The Godfather of Kutu – seorang seniman, penyajak kegemaran dan kawan yang akan dirindui sampai akhir nanti.

Terima kasih Abang Pyan untuk segalanya. Benar kata Abang, tak semua yang kita buat disuka orang. Tetapi brader, kita mesti terus hidup.

Saya tahu Abang Pyan sedang aman di negeri abadi, bersiul kebahagian sambil bersajak tentang sebuah kehidupan di tanah tanpa kelas, tanpa penindasan dan tanpa cukai yang memiskinkan orang-orang bawahan seperti yang diperjuangkan Abang lewat tahun-tahun lalu.

Moga kita berjumpa lagi nanti.

* Sebenarnya Abang Pyan ada menghantar nombor telefon ‘kaki pukul’ yang dimintanya menjemput saya di Pulau Pinang. Tetapi disebabkan saya gelabah tak tentu arah, saya tidak membaca pesanannya. Saya cuma perasankan mesej itu setelah kembali ke Kuala Lumpur.

Hadri Shah

Seorang slackers duaplohpatjam, penulis 3 buah buku terbitan penerbit ‘kiri borjuis’ Thukul Cetak dan pengendali Tengkorak Hang Podcast. Penggemar semangkuk laksa dan bukan lelaki Melayu bertengkolok kebanggaan semua.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg>

The post Penyajak Kegemaran Kuala Lumpur Yang Saya Kenali appeared first on SOLIDARITAS.

Tiada Syawal Saat Berpuasa Sarat Kebencian
Tidak ada yang menyinggungkan pun mengatakan puasa di abad ini tidaklah sebernilai mana.

Berbanding umat lain yang diselimuti kemiskinan lagi terpinggir dari pembelaan, atau seperti yang berlaku di belahan bumi lain, di Palestina misalnya – apalah sangat menjalani ritual tahunan tanpa sarapan dan makan tengah hari mewah di bawah suhu menghampir 40°?

Saya tidak bermaksud perut yang aman tanpa konflik dan pergolakan adalah sebab mengapa puasa tidak bernilai.

Saya cuma mahu menyampaikan antara puasa kamu dan puasa mereka yang tertindas adalah garis yang membezakan banyak hal.

Dan harus kita sepakati, rutin tahunan ibadah puasa dalam dunia yang aman adalah sebuah tradisi – yang di dalamnya tetkandung pesan-pesan. Tentang persaudaraan. Tentang kewajipan menjunjung tinggi gagasan keharmonian, keadilan serta kesediaan memberi kebaikkan buat orang-orang sekitar yang datang dari keberagaman latar.

Kesemua ini diselang seli dengan kebahagiaan saat berbuka dan persediaan menyambut Syawal.

Barangkali kerana gopoh mencari-cari nilai tambah dalam berpuasa, kamu terjebak dalam perkelahian yang tak kalah membodohkan.

Saat saya bertumbuh di zaman kanak-kanal, berita paling dahsyat yang sering didengari ialah kemalangan jalan raya dan putus jari gara-gara bermain mercun.

Dua berita ini, walau setiap tahun adalah hal yang berulang, sudah cukup menakutkan.

Namun semakin lama dunia tunduk kepada tamadun teknologi yang mengangkat kapital dan hidup berpura-pura, setiap kali berlangsungnya Ramadan, berita-berita dari hal seperti berjuta tan pembaziran makanan, tingkat kasta yang berlaku di saf masjid, isu rumah tangga artis, tumpuan kepada bisnis juta-juta selebriti media sosial sehinggalah hal-hal yang menjurus kepada kebencian seperti isu istilah kafir dan kalimah Tuhan memesongkan akhlak hampir kebanyakan umat termasuklah kamu.

Mungkin kamu fikir Tuhan sudah mendaftarkan sebidang tanah luas buat kamu di syurga kelak saatnya kamu menyokong kenyataan-kenyataan busuk yang lumayan berlarutan setiap hari.

Saya menganggap hal-hal yang sedang berlaku sejak hari pertama Ramadan adalah bahagian dari sebuah kelucuan tingkat tertinggi.

Ia adalah bukti bahawasanya bangsa yang mengaku mulia kerana tauhid tak lebih dari sebuah bangsa yang tiada arah tuju. Sudahlah tiada arah tuju, bersikap gopoh pula.

Namun, jika difikir-fikir semula, wajah kebimbangan mulai menyeringai.

Ada dua perkara yang membimbangkan menurut fikiran saya.

Pertama; apa nasib anak-anak kita bertumbuh dalam persekitaran begini?

Anak-anak membesar dalam cereka fitrah di mana mereka tidak melihat perbezaan. Sawo matang, kuning langsat, gelap, sepet atau bulat, syahadah atau tidak – ini semua tidak wujud dalam dunia kudus mereka.

Yang mahu dinikmati adalah kebahagiaan – walaupun dunia dalam kenyataan absolutnya lengkap dengan pelbagai warna.

Namun apakah jaminannya mereka akan kekal melihat warna bukanlah sebagai batas sempadan?

Atau tiada warna yang lebih berhak diterangi berbading lain. Atau warna yang mesti diberi perhatian, dukungan lebih dari segalanya?

Kedua; adalah kebencian yang ditimbulkan oleh penguasa dan ahli-ahli agama yang punya pengaruh besar ke atas masyarakat.

Selama kamu hidup, dari mana datangnya hasutan-hasutan ini.

Apakah kita tidak belajar dari pengalaman lalu? Bahawasanya orang-orang yang halobakan kuasa sentiasa bermain sentimen setiap kali mereka berahikan jawatan dan pengaruh?

Atau terpejamkah matamu saat hal sensitif timbul berlaku, apakah hukum-hakam dan segala mak nenek fatwa yang tersembur keluar dari meja alim agama?

Lamu kamu berkata, “tak semua begitu”.

Saya setuju. Tetapi biar saya soalkan – dari sepuluh, berapa yang terlebih membenci dari memadam api?

Mana-mana agama sesungguhnya mendukung agenda berbuat baik. Demikian itu, setiap urusan ibadah yang dipraktis adalah jalan menuju jalan lurus – termasuklah agamamu, Islam.

Dan puasa sesungguhnya adalah salah satu dari beribu jalan menemukan dunia yang lebih sempurna.

Tetapi apabila setiap urusan hidupmu bergantung kepada kata putus penguasa dan orang-orang yang berselingkuh dari jalan ini – rasa aman dan citra harmoni yang diidam-idamkan ternyata tidak mendekat. Bahkan semakin jauh.

Ketika penguasa curang dan lebai di kepala orang-orang harapan agama terbang menjauh entah ke mana, menjadi tanggungjawab umat bermazhab cinta seperti kitalah yang bertanggungjawab membumikan benih benih cinta.

Tanamlah dalam diri anak-anak bahawa perbezaan itu lumrah yang layaknya dirayakan. Tanamlah dalam diri mereka agar menjauhi kepalsuan media sosial yang di dalamnya ada selebriti yang sekejap berlagak imam, ada yang berupa messiah dan ada juga yang mencuba menjadi raja. Dan tanamlah dalam diri generasi ini bahawa dunia yang lebih aman, sentosa, adil dan saksama itu bukan utopia, malah ia muncul saat manusia berusaha mengheret wangian syurga jatuh ke bumi.

Sebelum saya meninggalkan ruangan ini dengan kata-kata selamat, saya dahulukannya dengan kata-kata seorang tokoh yang seluruh hidupnya berkhidmat kepada kerja-kerja pembebasan bernama Errico Malatesta,

“Hate does not produce love, and by hate love cannot remake the world.”

Maaf zahir batin.

Hadri Shah

Seorang slackers duaplohpatjam, penulis 3 buah buku terbitan penerbit ‘kiri borjuis’ Thukul Cetak dan pengendali Tengkorak Hang Podcast. Penggemar semangkuk laksa dan bukan lelaki Melayu bertengkolok kebanggaan semua.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg>

The post Tiada Syawal Saat Berpuasa Sarat Kebencian appeared first on SOLIDARITAS.

Melawan Politik Rasis
HAMPIR 53 tahun setelah kejadian 13 Mei, masih ada lagi manusia bodoh menggertak kita akan kebarangkalian mimpi ngeri itu boleh berlaku semata-mata mahu memuaskan nafsu serakah gila kuasa.

Tuan-puan,

Walau apa jalur ideologi, pedoman hidup anda, kita semua wajib sepakat melawan kebencian kaum.

Jadi izinkan saya berkongsi pengalaman yang dilalui Subky Abdul Latif, seorang tokoh wartawan saat tragedi itu berlaku di dalam memoir beliau bertajuk Propagandis Zaman.

Di halaman 311, Subky merekodkan apa yang berlaku beberapa jam sebelum hanya Tuhan saja tahu berapa banyak nyawa naik ke langit.

Petang kejadian, tokoh wartawan ini bersama seorang teman sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Baru dari pejabat Utusan Melayu mereka yang terletak di kawasan Cina.

Tengah depa dua menunggu, ada seorang Cina yang mengenali teman Subky memberhentikan keretanya lalu bertanya ‘nak pi mana?’

Temannya menjawab, ‘Kampung Baru’.

Lalu kawan cina tadi membawa mereka balik ke sana.

Sesudah sampai menghantar depa di Jalan Raja Uda, Kampung Baru itu, rakan Cina yang baik hati tanya macam mana nak keluar?

Teman Subky yang bernama Pak Husni beri panduan. ‘Ambil mana-mana lorong masuk ke kiri anda akan sampai ke Jalan Raja Muda. Jika ikut ke kiri ke Chow Kit Road dan kalau ke kanan sampai ke Jalan Tun Razak dan Dato’ Keramat’.

Selepas itu, sekitar lima minit Subky Latif kata dia nampak orang berlari-lari anak di Jalan Raja Uda. Ada rusuhan berlaku di depan rumah Menteri Besar Selangor, Dato’ Harun.

Kata Subky, ada ribuan orang Melayu daripada seluruh semenanjung berhimpun menunjuk rasa (protes) sebab bimbang dengan prestasi teruk Perikatan di Selangor, Perak dan paling cikai di Pulau Pinang.

Lalu Subky, dalam memoirnya bertanya apa yang terjadi pada Cina yang sudi menghantar depa balik tadi? Adakah dia belok kiri (kalau kiri selamat). Kalau ke kanan, sudah tentu dia tersekat di tengah perkumpulan besar di kediaman Menteri Besar Selangor.

Jadi saya nak tanya tuan-tuan,

Berbaloikah kita terhasut dengan propaganda yang dibikin oleh beberapa manusia tak guna (saya tujukan khusus kepada ustad Tiktok) yang dok cakap pasal 13 Mei hari ini?

Menurut saya, naratif ‘kedudukan agama terjejas, diburuk-burukkan’, ‘status dan hak bangsa dianatirikan’, ‘maruah Melayu dipersenda dan dipijak-pijak’ adalah hujah paling bangang tiada tolok bandingannya.

Jika golongan-golongan ini terlalu mementingkan maruah bangsa dan agama, depa sepatutnya memperhati prestasi dan track record pilihan pemimpin mereka di Dewan Parlimen.

Ini mai Parlimen pun 24/89.

Ada hati kata orang macam ni akan pelihara, mempertahankan bangsa dan agama?

Depa ni paham ke tidak pemimpin depa itu adalah policymaker (pembuat dasar). Susah-senang hidup depa bergantung kepada dasar dan polisi orang-orang yang berada dalam Parlimen.

Kalau selama ni hang tengok kehidupan hang takat tu saja, maknanya itu bukan salah sebab azan tak berkumandang. Itu salah orang yang hang pilih!

Saya bukan nak bawa cerita simpati Cina seperti yang diceritakan Subky Latif dalam memoir beliau.

Saya cuma nak tanya, dalam kejadian berdarah yang dia bangga-banggakan itu, siapa yang lebih ramai mati? Orang politik yang hang pertahankan? Atau rakyat biasa miskin pembayar cukai?

Seorang manusia yang beriman takkan berpesan kepada kita sesuatu yang mekar rasa kebencian. Dia takkan tiupkan semangat perkauman. Dia takkan bagitau kita hak agama dia saja yang penting, keyakinan orang lain wajib menuruti saja.

Sebaliknya dia akan berpesan untuk menerima keputusan.

Ini bukan cerita salah orang yang tidak mengundi. Ini juga bukan salah orang yang keluar memilih siapa yang dia berkenan di hati.

Ini salah orang yang tak reti menerima dan menghormati keputusan manusia lain.

Lepas tu dia bising, buat video setan perkauman dia pakai serban, pakai jubah, tayang gambar parang dan sebagainya.

Menghormati apa jua keputusan adalah benda yang saya – lelaki slack ini pesankan kepada tuan-puan sekalian. Anda takkan dapat benda ni dari mereka yang gila kuasa, ada lebai atas kepala macam ustad tu.

Hidup ini terlalu singkat untuk mati di jalan perkauman. Lebih memalukan mati mempertahankan mereka yang berkuasa atas nama ketuanan bangsa dan superioriti agama.

Tugas kita sebagai manusia waras dan merdeka ialah melawan sesiapa sahaja yang menumbuh biakkan rasa benci walaupun dia seorang yang memilik ijazah tinggi dalam agama. Ini ternyata adalah tanggungjawab kita bersama, “To arms we call you to arms”.

Biar saya tutup perenggan ini dengan apa yang ditulis Subky Latif di halaman 316 Propagandis Zaman,

“Perkauman itu suatu yang lahir bersama lahirnya setiap suku dan puak. Benihnya ada pada setiap insan beriringan dengan nafsu yang menjadi sebahagian daripada sifat manusia. Sebagaimana nafsu memandu jiwa amat payah dikawal, maka begitulah perkauman sukar dikawal apabila hawa nafsu yang berkuasa mengawal setiap hala tuju kaum. Bagi kaum serumpun yang dipandu nafsu, setiap suku mencurigai suku yang lain. Suku Acheh tidak sedia bertentang muka dengan suku Jawa, puak Kelantan tidak sedia bersetia dengan puak Terengganu.”

Hadri Shah

Seorang slackers duaplohpatjam, penulis 3 buah buku terbitan penerbit ‘kiri borjuis’ Thukul Cetak dan pengendali Tengkorak Hang Podcast. Penggemar semangkuk laksa dan bukan lelaki Melayu bertengkolok kebanggaan semua.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg>

The post Melawan Politik Rasis appeared first on SOLIDARITAS.

Pekerja Imigran Adalah Penjajah Dalam Diam? Ini Betul-Betul Kelakar!
Kelmarin petang saya menonton sebuah dokumentari makanan bersiri di Netflix.

Di episod ke-2 Street Food USA menampilkan seorang wanita Vietnam-Amerika, pengasas warung makanan vegan – Mama Dut.

Ketertarikan saya kepada episod ke-2 ini bukan kerana sajian vegan buatan wanita Vietnam-Amerika. Bahkan kerana perjalanan hidupnya sebagai warga imigran di Amerika Syarikat.

Thuy Pham (nama wanita Vietnam-Amerika ini) datang ke Amerika Syarikat pada tahun 80-an bersama ibunya. Ketika itu, Thuy berusia lebih kurang dua tahun. Dia mengisahkan pengalaman melarikan diri dari konflik di Vietnam, mencari keselamatan di kem pelarian di Indonesia dan akhirnya tiba di Portland, Amerika Syarikat sehari selepas hari jadinya.

Sepanjang hidupnya, Thuy berdepan dengan konflik jati diri.

Dia tidak merasakan selengkapnya seorang Vietnam. Juga, dia merasa tidak sempurna sebagai seorang Amerika.

Kehidupan seorang imigran tersangat kompleks. Nyaris sulit untuk dimengerti bagi mereka yang tidak ditakdirkan melalui jalan-jalan berliku merantau ke sebuah negeri yang tak siapa pun mengiktiraf haknya.

Sehinggalah pada suatu hari ketika Phuy berusia 40, dia menemukan dirinya dengan masakan.

Selama pegangan hidupnya berkmazhabkan vegan, Phuy melalui masakannya menggabungkan makanan tradisi Vietnam dan Amerika menjadi satu.

Perlahan-lahan proses memasak menjadi pemula buat wanita ini mendakap erat kenyataan dan merayakan tiap detik kehidupannya. Phuy kini bahagia bersama anak, ibu dan warung kecilnya, Mama Dut.

Keterpesonaan cerita hidup Thuy pantas terganggu apabila kemudiannya saya melayari akaun Facebook.

Saya menyesal; mengapa tangan ini gatal melayari video-video di garis masa Facebook. Kalaulah saya meneruskan episod ke-3, tak mungkin kebahagiaan, keterujaan dan rasa kagum terhadap perjalanan hidup imigran dirampas begitu sahaja.

Ini semua salah video pendek yang diterbitkan oleh seorang bekas wartawan yang kini sibuk mengendalikan video-video di media sosial.

Menurut beliau, nasib hidup tokey-tokey bundle di Malaysia kini dalam keadaan yang merbahaya. Ini kerana warga Bangladesh yang bekerja di Malaysia sekarang sudah pandai berniaga bundle.

Sebagai Melayu-tulen yang berdarah pendekar (merujuk kepada karakternya yang berkilau sinar semangat Melayu-Islam), dia memberi amaran agar warga tempatan berjaga-jaga dengan keadaan ini.

Kapsyen video bikinan dia itu berbunyi begini,

“Satu-satu sektor dalam negara warga asing dah tawan. Pertanian pun dah lama depa sapu. Khabarnya, bisnes bundle pun depa nak conquer dah. Sana sini dah ada kampung depa. Adakah ini penjajahan dalam diam?”

Ada dua perkara yang dikatakan dia membuatkan saya rimas dan mahu termuntah.

1. Apabila dia mengatakan “satu demi satu hak kita depa rampas, bang”.

2. “Depa sudah menguasai ekonomi kita”.

Sesungguhnya saya menyesali perbuatan sendiri menonton video itu sehingga tamat.

Dua minit 42 saat dari kehidupan saya disia-siakan dengan melayani cakap dari seorang lelaki yang saya anggap sebagai gemar membaja syak wasangka, kebencian dan ketakutan lapuk kepada 1.8 ribu warga media sosial yang merespon ‘like’ kepada video itu.

Jadi terpaksalah saya mencabar idea video itu dengan menyajikan 3 perkara yang barangkali 1.8 ribu warga media sosial yang hanya tahu menuruti rutin media sosial “like, share dan komen” tanpa mendapat apa-apa keberkatan.

Adakah warga asing, pekerja imigran sama ada sah atau tidak punya dokumen lengkap datang ke Malaysia semata-mata untuk menjajah dan merampas hak warga tempatan?

Pertama.

Warga imigran sama ada lengkap atau tidak dokumennya datang ke Malaysia seawal tahun 80-an silam kerana mencari perlindungan, rezeki dek kerana negara asal mereka miskin, berkonflik dan tidak selamat.

Ketika ditemuramah ManisFM mengenai topik pekerja asing di Malaysia tanggal 27 Januari tahun ini, Jarud Romadon seorang pengkaji dan penulis di Khazanah Research Institute mengatakan ada kajian membuktikan bahawasanya setiap 10 warga imigran yang bekerja di sini menciptakan 5 pekerjaan buat warga tempatan.

Jelas Jarud, secara amnya latar belakang pendidikan warga imigran yang bekerja disini lebih rendah berbanding kebanyakan warga tempatan.

Disebabkan itu, mereka-mereka ini mendapat tempat kerja yang berkemahiran rendah (low skilled work).

Untuk lebih mudah difahami, low skilled work didefinisikan sebagai pekerjaan berkemahiran rendah yang kotor, merbahaya dan payah.

Jadi apabila 10 orang warga imigran bekerja di bahagian ini, 5 pekerjaan semisal penyelia dan sebagainya telah tercipta untuk warga tempatan. Terang-terang ini adalah satu perkara yang baik.

Soalan saya, tang mananya yang dia sebut pekerja Bangaladesh, Myanmar, Indonesia merampak hak rakyat Malaysia yang berdaulat?

Kedua.

National Employment Returns (NER) mengakui sektor agrikultur dan kilang menggunakan 60% tenaga pekerja asing. Manakala survey yang dibuat Malaysian Employers Federation (MEF) melibatkan 101 majikan, 78% kompeni mengatakan ‘shortage of local workers to fill vacancies’ adalah penyebab mereka merekrut pekerja asing.

Dalam kertas perbincangan Khazanah Research Institute, Covid 19: We Must Protect Foreign Workers bertarikh 5 Jun 2020, mereka tegas mengatakan,

“In summary, our economy (Malaysia) has created an expanding demand for low- and semi-skilled workers that has not been sufficiently supplied by our increasingly educated native labour force. The employment of foreign workers was therefore partly a solution to the labour market mismatch. Foreign workers have since filled the roles shunned by most Malaysian workers, yet essential for the continued development of the country.”

Maka dengan itu izinkan saya bertanya sekali lagi; tidakkah kita merasa diri ini busuk hati, tak reti bersyukur serta bodoh sombong di saat berjuta kaum imigran miskin datang ke sini untuk menambah sumber tenaga kerja demi menyiapkan projek-projek pembangunan ekonomi sedangkan warga tempatan berdarah pendekar mudah benar gementar, merasa tergigit dengan kebanjiran ‘kedai Acheh’, ‘mini Jakarta’ atau ‘pasar Dhaka’ dan mengatakan ini sebuah penjajahan?

Ketiga.

Menuduh warga imigran sebagai penjajah dan merampas hak keistimewaan rakyat tempatan secara mengkhinzir buta adalah sebuah tuduhan berbau fasisme yang selekeh.

Tidak ada dapatan yang membuktikan warga imigran yang tinggal di Malaysia menjadi penggubal polisi negara bertujuan merampas serta mengikis hak rakyat tempatan.

Tidak ada perbincangan akademik menyatakan sejumlah angka kaum imigran yang bekerja di sini kini sudah menjadi jutawan dan memperhambakan rakyat tempatan.

Yang ada adalah berita diskriminasi terhadap pekerja asing. Yang berkumandang adalah kemelut upah gaji pekerja imigran. Yang selalu disebut-sebut ialah rumah tempat tinggal pekerja asing yang kotor dan tidak selamat. Dan selalu kita bertindak tuli apabila diceritakan kisah benar autoriti di Malaysia membuli, mengugut wang dari pekerja imigran.

Lagipula, tidakkah kita lupa dokumentari sensasi terbitan Al Jazeera dua tahun lalu mengenai layanan negara terhadap pekerja asing di era Covid?

Setelah kajian demi kajian, laporan-laporan demi laporan, adakah logik membayangkan sesuatu yang absurd; warga imigran yang rapuh, miskin dan tak berdaya punya potensi menjajah Malaysia dalam diam? Ya saya tahu. Bunyinya kelakar.

Tetapi saya kecewa, keliru dan tak mengerti mengapa seorang bekas wartawan yang kini rancak menerbitkan video di media sosial tergamak bercakap benda-benda lapuk dan tak berfaedah.

Kalau mahu membincangkan soal jenayah di kalangan warga asing saya fikir ia relevan. Kerana bukan sahaja Malaysia yang mengalaminya. Tanyalah Jerman, Jepun, Kanada dan negara-negara yang menerima lebih ramai pelarian dan imigran.

Mereka menghadapi hal tidak berbeza dengan kita.

Jenayah wujud barangkali kerana polisi dan dasar yang tidak adil. Boleh jadi kerana upah yang sedikit. Boleh jadi kerana hak sebagai manusia dinafikan. Boleh jadi macam-macam.

Namun apabila menuduh setiap jiwa yang datang ke mari sebagai penjajah dan perampas, saya kira kita mesti mengukur sendiri siapa sebenarnya perampas, siapa pula penjajah.

Sekian lama orang Melayu terutamanya redha hasil kederatnya dirampas free loader sebagai tanda kesetiaan, tak pernah pula mereka bangkit memberontak. Sekian lama, orang Melayu terutamanya dikhayalkan dengan hak keistimewaan yang entah apa-apa itu, tetapi akhirnya merekalah yang banyak mengisi peratusan-peratusan golongan B40. Sekian lama, orang Malaysia dibuai-buai bahawa mereka adalah bangsa yang merdeka, namun kenyataannya mereka masih feudal, masih mengemis jasa bakti kelas atasan, masih dipaksa memilih tuan-tuan yang bakal memperbudakkan mereka.

Ada orang Malaysia terutama orang Melayu bangkit bersilat berjuang menuntut hak serta tenaganya yang dicuri free loader, orang politik, syarikat gergari korporat dan pemerintah? Ada?

Jadi saya fikir, elok benarlah tukang penglipur lara bekas wartawan tadi tumpukan sahaja minat beliau bercakap mengenai silat atau keris atau busana Melayu di dalam video-video yang akan datang.

Hapuskanlah kebencian dan syak wasangka tak tentu hala. Hidup ini bukan semuanya tentang hak bangsa kita semata. Hak orang lain jugak wajib diperkira.

Tak gitu bang?

Hadri Shah

Seorang slackers duaplohpatjam, penulis 3 buah buku terbitan penerbit ‘kiri borjuis’ Thukul Cetak dan pengendali Tengkorak Hang Podcast. Penggemar semangkuk laksa dan bukan lelaki Melayu bertengkolok kebanggaan semua.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg>

The post Pekerja Imigran Adalah Penjajah Dalam Diam? Ini Betul-Betul Kelakar! appeared first on SOLIDARITAS.

Kebebasan Bersuara Yang Tak Kesampaian
Semalam saya siap menonton Stand-Up Comedy Netflix Special, Dave Chappelle – The Closer.

Sebelumnya saya menonton Dave Chappelle – What’s In A Name. Dan disebabkan itu, saya tidak teragak-agak beralih menonton isi The Closer yang bagi Dave sendiri adalah mahakaryanya yang susah ditapaukan komedian-komedian lain.

Selain itu, saya mahu mencari kepastian apakah benar komedian Black American terulung ini benar-benar seorang transphobik?

Biarlah saya simpan pendapat saya mengenai Dave Chappelle.

Tetapi izinkan saya menulis mengenai subjek yang seksi dibincangkan tetapi amat sulit ditegakkan, iaitu, kebebasan bersuara.

Kebebasan bersuara seringnya diiringi rapat dengan batasan-batasan tertentu. Sensitiviti kebangsaan, keyakinan agama mahupun gender seringkali menjadi batu-bata yang menahan gelora kebebasan bersuara dari menghempas pantai

Ianya (batas-batasan) penting, kata kebanyakan orang kerana, tanpa batasan-batasan ini, pergaduhan, kebencian sehingga tahap mencipta suasana tidak selamat boleh berlaku.

Namun, batas-batas kebebasan bersuara nampaknya tidak diaplikasikan kepada mereka yang tinggi martabat status sosialnya. Ia ternyata lebih ‘menjaga’ orang-orang kebanyakan di bawah.

Soalannya, apakah layak kita mengangkatkan kebebasan bersuara sekiranya ia ruangnya terhad?

Dalam soal ini, saya teringatkan tulisan penulis anarki yang saya kagumi, saudara Wayne Price.

Dalam eseinya bertajuk Do Anarchists Believe in Freedom, Price menjelaskan satu persatu terma kebebasan. Price beragumen, sekiranya anarki telah terbit apakah kita akan melayan, mengongkong dan menafikan hak kaum fasis?

Price menulis;

“The issue is not really “free speech for reactionaries” any more than the right to a fair trial is “civil liberties for criminals.” We want freedom of speech for ourselves, therefore we must defend it for others, even those whom we hate. The same goes for free speech for Communists, Maoists, and orthodox Trotskyists, who would, after all, establish totalitarian states and throw us in jail, if they could. Yet attacks on their free speech, by the government or anyone else, are attacks on the whole left, on everyone.”

Tegasnya dalam bahasa mudah faham, kalaulah suatu hari PAS (sebagai contoh) tidak lagi berkuasa, apakah kita akan menghalang mereka dari menulis dan menerbitkan Harakah?

Di sinilah poin Price, katanya,

“In 1930s Germany, the problem with the Nazis was not what they said or wrote. It was that they beat up socialists and communists selling their papers, they attacked union or socialist party meetings, they burned down union halls, and they murdered prominent leftists and even liberals. The police would not arrest them, or if they did, reactionary judges let them off with a slap on the wrist. This, not Free Speech for Fascists, was the issue, and should have been the justification for the left to unite and physically drive the Nazis from the streets.”

Saya menggemari Price kerana kritik dan argumennya bukan saja ditujukan kepada kapitalisme dan negara. Terlebih dari itu, dia banyak mengkritik keberadaan dan idea-idea kaum Anarkis sendiri. Sudah terang lagi bersuluh yang eseinya ini dihalakan kepada kebanyakan umat anarki.

Sudah tentu, kebebasan bersuara begitu kompleks dan tidak akan pernah siap di medsos. Memartabatkan kebebasan bersuara tidak semudah dengan bercakap besar sikap mengangkat semua suara tetapi dalam masa sama mesti melalui pintu-pintu tertentu.

Ia adalah subjek sulit.

Dan untuk memulakannya, ia menuntut jiwa besar yang tidak mudah dikorbankan sentimen kebangsaan, agama mahupun gender.

Hadri Shah

Seorang slackers duaplohpatjam, penulis 3 buah buku terbitan penerbit ‘kiri borjuis’ Thukul Cetak dan pengendali Tengkorak Hang Podcast. Penggemar semangkuk laksa dan bukan lelaki Melayu bertengkolok kebanggaan semua.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg>

The post Kebebasan Bersuara Yang Tak Kesampaian appeared first on SOLIDARITAS.