Faisal Tehrani, Author at SOLIDARITAS

Apabila Raja Mengkhianati Rakyatnya – Pengajaran Apa Yang Diselitkan Oleh Sejarah Melayu
Putera Sri Rana Wikerma, iaitu Paduka Sri Maharaja, memerintah Temasik selama dua belas tahun dan enam bulan. Dalam tempoh tersebut, sekurang-kurangnya terdapat dua peristiwa yang boleh kita rujuk sebagai pengkhianatan terhadap rakyat.

Pertama, ia membabitkan seorang yang diberi nama Tun Jana Khatib.

Tun Jana Khatib berasal dari Pasai dan memiliki apa yang disebut sebagai ‘ilmu khayal lillah lagi tauhid dua belas alam’.

Tidak ada penjelasan dalam Sejarah Melayu mengenai ilmu khayal tauhid ini. Pun, kita diberitahu sewaktu Tun Jana berjalan di lorong hadapan istana, kebetulan isteri Paduka Sri Maharaja sedang menjenguk ke luar tingkap dan mereka saling bertentang mata. Tun Jana, dikatakan membelah sepohon pinang untuk menunjukkan kesaktiannya.

Mengapa dan bagaimana Tun Jana melakukan hal yang sangat magik tersebut memang tidak dijelaskan. Di dalam Sejarah Melayu, hal tersebut tidak begitu penting.

Malah, watak dan perwatakan Tun Jana juga tidak dihuraikan terperinci.

Pertumpahan Darah

Akan tetapi terdapat pengajaran lain yang ingin diserlahkan oleh kanun Melayu tersebut. Paduka Sri Maharaja menitahkan Tun Jana Khatib dihukum bunuh atas alasan Tun Jana Khatib dengan sengaja menunjuk-nunjuk bakat beliau, mungkin dengan tujuan menggoda.

Barangkali itu saja benar, kita tidak dapat menolak apa pun kemungkinan.

Tetapi menghukum bunuh seseorang kerana itu sungguh lah berlebihan.

Tun Jana Khatib pun dihukum di khalayak ramai. Pembunuhan kejam terhadap beliau itu dilakukan berhampiran sebuah kedai bikang, sejenis kuih tempatan yang masih boleh diperolehi sehingga hari ini.

Hukuman yang dilakukan berdekatan kedai itu merupakan satu tanda ia memang bertujuan untuk mempamerkan kengerian agar timbul kegerunan.

Ia juga bertujuan untuk mengaibkan Tun Jana. Harus diingat, tiada sebarang jenayah dilakukan.

Pembunuhan Tun Jana itu adalah pertumpahan darah yang tidak adil di mana darah beliau menitik di Singapura tetapi jenazahnya menjelma di Langkawi.

Ada sebuah pantun mengenai kejadian ini:

Telor itek dari Singgora

Pandan terletak dilangkahi

Darahnya titek di Singapura

Badannya terhantar di Langkawi.

Arahan Dungu

Mengapa Singapura (yang merupakan Temasik tatkala itu) dan mengapa pula Langkawi, saya pun tidak tahu. Apa pun diberitakan juga, peniaga bikang telah menutup tempat darah Tun Jana berlumur itu dengan kuali dan lama kemudian, ia bertukar menjadi batu.

Kejadian kedua yang penting adalah apabila Singapura diserang ikan todak. Sungguh saya tidak akan menghuraikan episod ini bertali-tali memandangkan kita semua telah menghafal adegan ini di luar kepala.

Pun, satu hal yang mesti disentuh adalah seorang budak (boleh jadi lelaki, atau perempuan) telah membantah perbuatan bodoh menahan serangan todak itu dengan paha.

Tentu arahan dungu tersebut datangnya daripada seorang raja yang tiada wawasan dan seperti terlihat dalam kes Tun Jana Khatib, boleh menjadi zalim.

Paduka Sri Maharaja tanpa memikir kemudian mendengar nasihat orang sekelilingnya. Baginda memutuskan untuk membunuh budak yang menyarankan agar batang pokok pisang digantikan untuk menahan pulau dari terus dilanggar todak.

Mengapa budak itu dibunuh, kita semua mengetahui perihalnya, ialah kerana raja tidak mahu anak tersebut membesar dewasa dan terlebih arif lalu satu hari kelak mencabar pula dirinya.

Undang-Undang Rimba

Inilah pertama kali mungkin, dalam sejarah raja-raja Melayu apa yang kita boleh namakan sebagai undang-undang rimba dipilih sebagai teras hukum.

Undang-undang rimba ini tentu sahaja bertentangan dengan undang-undang adat yang mempunyai akibat atau implikasi dari segi undang-undang.

Undang-undang rimba ini seperti terlihat dalam dua kes di atas diwarnai oleh kuasa tunggal seorang raja, sama ada rakyat bersetuju atau tidak.

Ia adalah gambaran ketidakadilan dari segi polisi, kegersangan dari sudut keadilan dan mempersetankan kemanusiaan.

Bahkan undang-undang rimba kemudian terserlah dalam kes pembunuhan puteri Sang Rajuna Tapa yang mana ia bukanlah berasaskan undang-undang adat, tetapi, adalah bertunjangkan kemarahan, emosi, hukuman, tanpa sebarang usul periksa.

Undang-undang rimba ini wujud dalam pelbagai peradaban, dan ia menjelaskan kenapa raja tergamak menyula anak Sang Rajuna Tapa, suatu hukuman yang sangat memalukan dan kejam.

Sejarah Sebagai Pelajaran

Siri diskriminasi inilah yang diturunkan oleh Tun Seri Lanang dalam Sejarah Melayu, untuk menceritakan perangai dan tingkah laku buruk raja-raja Melayu. Maka sederet setelah diplomasi dan kebijaksanaan Badang berurusan dengan Sri Rana Wikerma, kita ditonjolkan pula oleh dengan kejahatan raja Melayu.

Menurut saya, tidak syak lagi, episod ini dikarang (mungkin sebagai satu alegori) untuk menonjolkan kekejaman penguasa. Siri pembunuhan ini membawa kepada kejatuhan Temasek ke tangan Majapahit apabila Sang Rajuna Tapa tidak lagi merasakan perlu setia kepada Singapura.

Apa lagi yang ia perlu lakukan? Akur dengan kejahatan raja?

Oleh sebab itu, episod Badang dan Tun Jana Khatib harus dibacakan sekali. Bukan secara terpisah. Ia mengajar kita buruk baik dalam sejarah sebagai satu pelajaran, ia adalah ‘the boon and bane of the history’ yang mana kebaikan adalah apabila dialog, keterbukaan, perbincangan, dan kebebasan berbicara diberikan penekanan sementara yang buruk adalah jelas sekali mendorong kepada kekacauan, kegerunan, penderitaan, kemarahan seperti yang terlihat di bawah era Paduka Sri Maharaja.

Piawai Moral Melayu

Dalam konteks ini kita mendapati Temasik, Singapura pada zaman purba; merosot dari sebuah kerajaan yang bertolak ansur seperti di era Sri Rana Wikerna menjadi sebuah pemerintahan yang tirani di bawah telunjuk Paduka Sri Maharaja.

Sememangnya Undang-Undang Adat akan hanya dikodifikasi di Melaka kemudiannya, tetapi kita harus beringat, orang Melayu ketika itu sudah ada satu piawai moral yang dirujuk sebagai wa’ad atau suatu kovenan. Satu statut yang dimeterai antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba atau wa’ad purba itu berbunyi:

‘Maka sembah Demang Lebar Daun. ‘Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Dipertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Syarak.’

Maka titah Sang Sapurba, ‘Akan pinta bapa itu hamba kabulkanlah, tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba.’

Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Janji yang mana itu, Tuanku?’

Maka titah Sang Sapurba, ‘Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.’

Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Baiklah Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah’

Maka titah Sang Sapurba, ‘Baiklah, kabullah hamba akan waadat itu.’

Kesilapan Pilih Penasihat

Kejahatan raja hanya dapat berlaku apabila terdapat kelalaian dan kesilapan memilih orang kanan atau sang penasihat. Raja Sri Rana Wikerma sebagai contoh dikelilingi oleh ‘pemain institusi’ yang bijak, berdedikasi dan memandang ke depan.

Maka seperti yang saya ungkap dalam siri sebelumnya, Badang boleh berurusan dan bekerjasama dengan pihak istana demi mengangkat nama Singapura.

Terlihat juga bagaimana raja Perlak mendapat dorongan yang betul daripada menterinya Tun Perpateh Pandak agar tidak membodohkan diri meletakkan Benderang dan Badang dalam gelanggang kerana kekalahan hanya akan merumuskan jadi aib.

Dalam hal bertentangan, Paduka Sri Maharaja dinasihati oleh orang kanan yang jahat, sehingga membuatkan raja memutuskan hal yang buruk.

Ini terlihat apabila budak yang memberi rencana dan cadangan mulia telah dihukum tanpa sebab munasabah.

Ini adalah pelajaran yang sangat mustahak untuk orang Melayu, datang dari Singapura.

(Artikel tulisan saudara Faisal Tehrani ini asalnya diterbitkan di Berita Mediacorp dan diterbitkan kembali di Solidaritas dengan izin)

Faisal Tehrani

Mohd Faizal Musa atau lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani adalah Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Penyelidik Bersekutu di sebuah tim penyelidikan di bawah Weatherhead Center, Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Kajian beliau menganjur dari Sastera Bandingan sehingga Hak Asasi Manusia dengan penekanan terhadap kumpulan minoriti agama.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Apabila Raja Mengkhianati Rakyatnya – Pengajaran Apa Yang Diselitkan Oleh Sejarah Melayu appeared first on SOLIDARITAS.

KKB: Tolak Penipu Kelayakan Akademik
Pada tahun 2019, salah seorang timbalan menteri dari Bersatu telah diasak atas dakwaan menipu kelayakan akademiknya. Pemalsuan sijil akademik itu menjadi demikian serius apabila ahli politik tersebut bertegas menyatakan pernah belajar di Cambridge of University di United Kingdom (UK). Bagaimanapun, selepas pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh warganet, ahli politik ini terpaksa akhirnya mengaku mendapatkan sijil itu dari Cambridge International University di Amerika Syarikat (AS). Wah bukan main!

Ekoran dari itu, Dewan Ulama PAS Selangor dengan segera mengecam perbuatan itu sebagai penipu, tidak berakhlak, pemusnah kehidupan rakyat dan membawakan sebuah dalil hadis. Dalam satu kenyataan di organ rasmi parti Islam tersebut, kenyataan keras itu berbunyi: “Jika keadaan sebegini dibiarkan tanpa tindakan sewajarnya maka ia akan meruntuhkan sebuah negara. Bayangkan jika pemimpin terdiri dari kalangan penipu, negara sudah pasti akan rosak dan memusnahkan kehidupan rakyat yang berada di bawah. Hal ini boleh diperingatkan dengan hadith Nabi SAW iaitu: Apabila diserahkan urusan itu kepada bukan ahlinya yang layak maka nantikan kehancuran (Al-Bukhari)”. Wah bukan main!

Pada tahun tersebut juga terdapat pendedahan bahawa antara 30 hingga 40 tenaga profesional di negara kita ‘ditelanjangkan’ setiap bulan kerana memalsukan sijil kelayakan akademik mereka. Penipuan ini dilakukan semasa memohon kerja. Pendedahan mengejutkan ini dilakukan oleh sebuah firma saringan maklumat Verity Intelligence Sdn Bhd. Menurut saringan firma ini ke atas kira-kira 100,000 pekerja dalam tempoh 12 bulan antara tahun 2018-2019, mereka mengesan penipuan berani ini turut melibatkan profesyen doktor dan jurutera. Wah bukan main!

Hal ini sangat membimbangkan kerana penipuan ini melibatkan pekerjaan kritikal seperti dalam bidang perubatan, perbankan, syarikat keselamatan dan kejuruteraan petrokimia, dan yang tertipu ini termasuklah syarikat milik kerajaan (GLC). Wah bukan main!

Tipu Sijil Kesalahan Jenayah

Sebetulnya sindiket ijazah palsu dengan harga serendah RM12,000 di internet ini mudah sahaja untuk dikesan. Dalam satu laporan lain pada tahun 2019, sindiket jahat ini bahkan beroperasi secara terbuka melalui beberapa laman web dan dapat kita cari dengan mudah menerusi Google dengan kata kunci “buy fake degree”. Untuk ijazah dari universiti yang lebih berprestij ia dijual pada harga RM17,000. Manakala ijazah palsu dari luar negara pula sekurang-kurangnya RM20,000 dengan sesetengah laman web menuntut mata wang dolar Amerika. Lebih berani, kilang ijazah ini turut memberi jaminan sijil yang dikeluarkan ini akan melepasi semakan di universiti berkenaan kerana kononnya mereka boleh meminda rekod di institusi terlibat. Wah bukan main!

Ini menjadikan sukar untuk kita mengesan penipu-penipu kelayakan akademik ini dikesan sebetulnya. Helah muslihat mereka bukan main lagi.

Sekiranya anda seorang pekerja yang terkantoi menipu sijil kelayakan, ada padah menanti. Selain nanti berdepan dengan tindakan dibuang kerja, kesalahan penipuan sijil dan dokumen ini juga boleh dianggap sebagai salah satu kesalahan jenayah. Ia boleh disiasat dan didakwa dibawah Kanun Keseksaan [Akta 574]. Antara seksyen yang boleh dipertimbangkan untuk digunakan bagi tujuan siasatan dan pendakwaan sebarang kes yang melibatkan jenayah pemalsuan sijil ataupun dokumen ini adalah Seksyen 463 Kanun Keseksaan [Akta 574]. Wah wah bukan main!

Seksyen 463 Kanun Keseksaan [Akta 574] dengan terang memperihalkan yang kegiatan jenayah pemalsuan ini merupakan satu ‘bencana awam’ dan sesiapa yang bersekongkol boleh juga didakwa; “Barang siapa membuat sesuatu surat atau sebahagian surat palsu dengan niat hendak menyebabkan kerosakan atau bencana kepada awam atau kepada seseorang, atau hendak menyokong apa-apa tuntutan atau hak, atau hendak menyebabkan seseorang melepaskan harta atau membuat apa-apa kontrak yang nyata atau yang disifatkan ada, atau dengan niat hendak melakukan tipuan atau supaya tipuan boleh dilakukan, adalah melakukan pemalsuan”. Bukan main, wah!

Bukan itu sahaja padah menipu sijil ini membawa kepada Seksyen 465 Kanun Keseksaan [Akta 574] yang memperuntukkan hukuman terhadap kegiatan jenayah pemalsuan ini adalah “diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda, atau dengan kedua – duanya”. Wah!

Ternyata penipuan sijil atau kelayakan akademik adalah sesuatu yang sangat berat dan tidak boleh dipandang ringan. Ekoran dari itulah ustaz-ustaz PAS pada tahun 2019 menyergah isu ini dengan gagah berani. Wah wah, jangan main!

Pilih Adun Macam Pilih Pekerja

Malah salah seorang agamawan PAS, Nasrudin Hassan namanya, telah ikut memberi peringatan atau tazkirah. Katanya dengan penuh bijak pandai, “…tindakan pemalsuan dokumen untuk mendapatkan hak terhadap sesuatu kepentingan adalah tindakan yang tidak boleh dimaafkan”. Kononnya dia “mendesak agar satu siasatan terperinci dilakukan…sekiranya melibatkan pemalsuan dokumen”, sambil menuntut “perkara ini diadili dengan sewajarnya”. Dia mengakhiri kearifan kenyataan dengan retorika ‘Islam Memimpin’. Wah bukan main-main!

Makanya kita mengalu-alukan hantaran di laman Facebook pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut yang memuat naik transkrip serta sijil Ijazah Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan yang diperoleh dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Dia adalah calon Perikatan Nasional untuk Pilihan Raya kecil Kuala Kubu Bharu. Ini dia lakukan setelah banyak pertikaian mengenai kelayakan akademiknya yang tampak meragukan.

Manakala lawan paling siginifikannya adalah dari calon Kerajaan Perpaduan yang masih muda. Calon wanita, Pang Sock Tao dari DAP ini adalah graduan sebuah universiti yang tersohor, iaitu Universiti Tenaga Nasional (Uniten). Dia adalah graduan kejuruteraan elektrik.

Memilih Adun dengan kelayakan yang betul adalah satu tugas rakyat atau pengundi. Mereka ini adalah pekerja kita, rakyat. Pengundi adalah majikan. Ini kerja bukan main-main.

Majikan yang waras dan ragu-ragu dengan kelayakan akademik calon pekerjanya, apa yang mereka lakukan selalunya adalah mengetepikan calon tersebut dan memilih calon lain yang lebih menyerlah. Jangan main-mainkan nasib kita sendiri. Salah pilih nanti, wah bukan main alamat merana.

(Artikel tulisan Faisal Tehrani ini asalnya diterbitkan di Malaysiakini dan diterbitkan kembali di Solidaritas dengan izin penulis)

Faisal Tehrani

Mohd Faizal Musa atau lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani adalah Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Penyelidik Bersekutu di sebuah tim penyelidikan di bawah Weatherhead Center, Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Kajian beliau menganjur dari Sastera Bandingan sehingga Hak Asasi Manusia dengan penekanan terhadap kumpulan minoriti agama.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post KKB: Tolak Penipu Kelayakan Akademik appeared first on SOLIDARITAS.

Pelajaran Progresif Daripada Turunnya Al-Quran
Kitab suci tidak diturunkan dari langit secara semberono. Ia tiba kepada kita bersambung-sambungan menali-temali bagai rantai panjang yang sebetulnya adalah rantai mutiara kenabian. Sebelum ada kitab, para nabi telah diberi suhuf. Makanya suhuf dan kitab ini datang kepada manusia berangkai bagaikan kembar, ia mesti beriring dan disandarkan dengan seorang manusia suci yang terpilih.

Qabil mengkhianati Habil dan bapanya Nabi Adam, baginda memesankan kepada Syits iaitu washinya agar menantikan keselamatan yang bakal tiba iaitu Nabi Nuh alaihissalam, itu semua terzahir dari suhuf. Cucu cicit Adam diberi pesan agar tidak terkeluar dari jalur kebenaran dan tauhid yang mana keselamatan hanya ada pada baginda Nabi Nuh. Setelah Nabi Nuh berdepan pelbagai pancaroba dalam perjuangannya, baginda berusaha membentangkan kenyataan bahawa keselamatan hanya ada dalam bahtera baginda. Ekoran itu pula Nabi Nuh memesankan agar keturunan seterusnya melekat pada tauhid ini dan menantikan Nabi Ibrahim alaihissalam, yang mana kelak membawa kita kepada sosok agung Rasulullah SAW. Semua juga dileburkan kepada kita, ya, dengan kitab suci; atau pesan kudus.

Dalam hal keselamatan dan Rasulullah SAW ini, kita menginsafi bahawa ada orang memperihalkan Islam yang disayanginya itu dengan pendekatan tilawah. Makanya mereka merenung fenomena alam sebagai tanda Allah. Banyaknya tafakur dan zikir adalah kata kunci untuk kumpulan ini. Mereka ini rajin sekali berwacana, mengkaji, menulis dan menerbit buku. Jadi kerja mereka itu seputar hal-hal ilmiah dengan landasan akhlak.

Ada pula kumpulan yang kita namakan pendekatannya itu sebagai tazkiyah. Mereka berusaha mengembangkan akhlak baik. Sering menghindar diri seboleh-bolehnya daripada perbuatan tercela. Justeru kata kunci mereka itu beratnya menjaga kesucian agama dengan amar makruf nahi mungkar. Banyaknya kerjaan rohaniah dapat menjadi pemberat watak kumpulan ini. Mereka ini juga rajin melakukan tabligh, dan penegakan syiar Islam secara terbuka. Tidak kurang juga mengerjakan usrah keilmuan. Apabila saya menuliskan begini, para “agamawang media sosial” tidak seharusnya terjungkit punggung. Mereka yang berbuat tazkiyah ini tiada masa berbuat seperti mana yang diperbuat oleh para asatizah TikTok iaitu mendagang agama.

Setelah itu ada pula kumpulan yang dapat diberi nama sebagai menggunakan pendekatan ta’lim. Mereka itu sentiasa peka membaca, menekuni, memahami as-sunnah agar dapat menghuraikan misteri dan mukjizatnya al-Quran. Kitab- kitab menjadi pergelutan mereka ini. Sekali lagi kegiatan mereka itu berkisar kepada diskusi, pembacaan al-Quran dan pelbagai sumber epistemologi yang berkenaan. Pokoknya al-Quran dan as-Sunnah.

Akan tetapi ada sebuah lagi kumpulan yang kelihatannya sama sekali terkeluar daripada garis di atas. Kita boleh menamakan mereka sebagai kumpulan ishlah. Atau terma kontemporarinya “reformasi”. Bagaimanakah ia berbeza dengan kelompok terdahulu?

Ia amat berbeza, kerana ia itu peka terhadap penderitaan orang lain. Mereka sering mengupas kepincangan sosial di dalam lingkungan. Justeru mereka berasa terpanggil untuk membantu dan berdampingan dengan kelompok lemah dan tanpa daya. Tekad mereka tidak lain tidak bukan, menyikapi golongan tertindas dan melawan yang menindas. Kerja-kerja mereka ini menuntut mereka berusaha memahami perbezaan dan mengecilkan jurang kelainan khusus demi memulihara solidariti orang kecil. Mereka terlihat

menerusi kerja-kerja seperti mendekati orang yang terperosok dalam kalangan minoriti. Mereka banyak sekali menganjurkan projek sosial demi “melepaskan beban dan aneka belenggu” yang dialami umat manusia.

Justeru menerima jalan Nabi Muhammad SAW ini juga akan sangat bergantung kepada kumpulan yang mana dari yang empat di atas tadi. Wacana nubuwwah atau profetik dalam kerangka kita memperkenalkan satu kata yang sering muncul di bulan Ramadan iaitu kata fidyah atau menebus. Akar katanya fada. Bagi orang yang tidak berkuasa untuk berpuasa seperti orang yang tersangat tua, orang sakit, dan seterusnya untuk menggantikan ketidakupayaan berpuasa itu mereka diminta menebus atau membayar fidyah kepada orang miskin. Makanya Ramadan dan puasa itu sangat identik dengan fidyah iaitu tebusan dan bantuan untuk orang miskin, fakir, papa kedana, gelandangan dan tidak punya apa. Di peringkat sejagat, mereka ada di Palestin, Yaman, Congo dan banyak lagi wilayah konflik. Di peringkat lokal, ia bisa jadi golongan yang “stateless”, misalan anak-anak pengutip sampah di Tawau, Lahad Datu dan seanteronya.

Jadi bagaimana harus hari turunnya al-Quran disahut? Sebagai penganut agama Islam yang tunjangnya adalah monoteisme, kita wajib beriman dengan al-Quran yang merupakan huda dan nur untuk kelompok muttaqin. Yang mana ia dapat mengeluarkan kita dari masa kini yang korup dan batil dan al-Quran juga memberikan petunjuk buat masa depan yang lebih bahagia iaitu akhirat.

Akan tetapi, ingatan tauhidik itu juga ada penjelasannya. Ingatan masa depan itu juga boleh jadi “hellish” atau nerakawi jika lani gagal dilihat, dan dikerjakan dengan baik.

Al-Quran diturunkan dengan menggunakan kerangka “back-casting”. Kerangka ini adalah satu metode untuk merancang yang mana ia bermula dari masa depan yang dikehendaki atau sudah diberi lantas mengundur ke belakang agar dapat dikerjakan dengan mengidentifikasikan polisi dan aksi – dengan

sedikit imaginasi.

Contoh “back-casting” adalah Wawasan 2020 di mana satu masa depan yang diidam diletakkan sebagai sasaran dan beberapa pelan dilatakan untuk dicapai dalam satu tempoh masa. Memahami ini kita akan mengerti bagaimana Islam meletakkan al-Quran sebagai kitab suci yang bukan saja berbicara hal lalu tetapi hal masa depan. Sepantas inilah al-Quran dianggap satu mukjizat. Satu kitab suci yang berpanjangan tempohnya.

Justeru, masa depan yang dibincangkan atau diketengahkan dalam al-Quran itu bukan sahaja mengenai al-gadd (esok) tetapi juga esok-esok. Dalam cara pandang orang Melayu misalnya besok bukan sahaja mesti hari selepas hari ini tetapi ia juga bermakna kelak, nanti, kemudian, di mana kita sering menyebutkannya sebagai besok-besok.

Berkaitan inilah kita perlu memahami perangkaan polisi sangat penting diwujudkan dari dasar al-gadd ini. Hal ini kerana masa depan juga dalam konteks agama Islam ialah melibatkan nazara atau refleksi mengenai besok. Nazara bukan hanya cara berfikir biasa (regular thinking) tetapi adalah perincian mengenai besok, atau wacana mengenai besok. Itulah sebabnya dalam bahasa Arab, ilmu al-nazar itu adalah mengenai teori ilmu.

Al-Quran berbicara mengenai ultimate future (akhirah) atau puncak masa depan (apex of all our futures). Untuk menguasai masa depan, atau besok, ia boleh dicapai dengan takwa dan takwa ini diperoleh dengan nazar mengenai masa hadapan. Ini dijelaskan dalam ayat 18 surah al Hasyr, terjemahannya:

“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan.’ (Al Hashr 18).

Apa yang menarik adalah ayat sebelumnya iaitu dari surah al-Hashr ayat 17 adalah peringatan mengenai orang yang meninggalkan “wilayah”;

“Maka kesudahan keduanya, bahawa mereka ditempatkan di dalam neraka, kekal mereka di dalamnya. Dan yang demikian itulah balasan makhluk-makhluk yang zalim”. (Al Hashr 17).

Orang yang beriman dituntut untuk mengambil berat akan “future signs” ini, atau “visioning the future”. Pemahaman saya mengenai Islam di TikTok seperti terpancar pada macam-macam ustaz dan ustazah itu nampaknya hanya untuk mereka yang mencabar inertia (keadaan sikap di mana berasa cukup dan memadai), yang mana sikap ini akan mendorong diri umat untuk tidak berubah.

Padahal kerja al-Quran itu sudah memanjat satu lagi takah di mana ia mencabar inertia dengan keimanan kepada manusia-manusia suci (contohnya para anbiya dan syuhada) yang mendorong kita melakukan banyak kerja lani, untuk beroleh masa depan yang bahagia, gemilang berobjektifkan keadilan. Yakni hasil masa depan itu akan bergantung kepada kita untuk mengaksi, bertindak dan mencorakkannya.

Sebenarnya hari Nuzul al-Quran itu tidak sederhana bila mana kita di sesetengah negeri beroleh cuti umum. Ia bukan hari bangkit lambat dan melenggang ke bazar untuk membeli juadah berbuka. Ia memang tidak pernah sederhana. Ini kerana ia hari turun mukjizat. Dan seperti kata saya di awal, kitab-kitab suci itu datang bukan sambil lewa. Ia beriringan dengan para nabi, dan warisan mereka. Itulah puncanya ada ramai yang tertindas, membaca al-Quran namun tetap tidak beroleh pertolongan-Nya.

Sebab dalam kefahaman mereka itu, al-Quran tidak lagi diyakini sebagai mukjizat. Ini kerana mukjizat hanyalah kisah membelah lautan, membangunkan jasad yang sudah mati atau membelah bulan.

(Artikel ini asalnya diterbitkan di Free Malaysia Today dan diterbitkan kembali di Solidaritas dengan izin penulis)

Faisal Tehrani

Mohd Faizal Musa atau lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani adalah Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Penyelidik Bersekutu di sebuah tim penyelidikan di bawah Weatherhead Center, Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Kajian beliau menganjur dari Sastera Bandingan sehingga Hak Asasi Manusia dengan penekanan terhadap kumpulan minoriti agama.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Pelajaran Progresif Daripada Turunnya Al-Quran appeared first on SOLIDARITAS.

Maha Suci Allah
Ini bukan mengenai stoking. Ia hanya mengenai duduk letak seorang ahli tauhid (muwahhid).

Untuk meraih kedudukan sebagai ahli tauhid, seseorang perlu melepasi tahap yang pertama; iaitu tauhid zat Allah. Apa yang diertikan dengan tauhid atau keesaan zat Allah adalah, Allah Esa dalam zat-Nya. Oleh kerana itu, kesan kefahaman tadi membawa pengertian Allah dengan itu adalah Wujud yang tidak bergantung kepada apa dan siapa pun, dan dalam bentuk apa pun. Allah adalah Ghani (Absolut). Oleh kerana Allah adalah Absolut, segala sesuatu bergantung kepada-Nya dan memerlukan pertolongan-Nya. Allah dengan itu juga tidak memerlukan segala sesuatu. Dalam hal ini Allah berfirman:

“Wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji (al-Fatir: 15)”.

Ahli falsafah menerangkan kesan di atas sebagai, Allah itu eksis sendiri, atau sebagai Wujud yang eksistensinya wajib.

Jadi, ini memang bukan mengenai stoking. Ia hanya mengenai kesucian Allah, dan jika ada yang percaya bahawa kesucian Allah itu terjejas lantaran ada penghinaan terhadap-Nya. Jika ada yang percaya yang kesucian atau keesaan Allah boleh tergugat lantaran penghinaan musuh tuhan, maka baik kiranya ia menyemak dulu ketauhidannya. Misalnya kefahaman diri dalam konsep tanzih.

Allah adalah pencipta. Allah merupakan pencipta dan sumber akhir segala yang ada. Segala sesuatu dengan itu adalah daripada-Nya. Allah, dengan itu bukan dari apa pun dan bukan daripada siapa pun. Secara falsafahnya, Allah adalah “sebab pertama”.

Oleh kerana Allah adalah sumber akhir segala yang ada, ia juga menjelaskan tingkatan tauhid Zat Allah sebagai kebenaran ini hanya satu, dan tidak ada yang menyerupai-Nya. Poin penting ini telah ditegaskan, di mana al-Quran memfirmankan:

“Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Dzat-Nya sifat-sifat-Nya, dan pentadbiran (asy-Syûrâ: 11) atau pada ayat suci al-Quran; (terjemahannya) Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya (al-Ikhlâas: 4)”.

Jadi, kerana Allah tidak terbanding, kesucian Allah tidak terjejas dengan apa pun. Jika kita memahami ini, kita akan memahami ia bukan sama sekali mengenai stoking.

Formula bahawa sesuatu yang ada akan selalu menjadi bahagian daripada sesuatu spesies hanya berlaku pada ciptaan atau makhluk sahaja. Sebagai contoh, jika sesuatu itu bahagian daripada spesies manusia, maka dapat digambarkan bahawa sesuatu itu adalah anggota daripada spesies manusia ini. Bagaimanapun untuk wujud Yang Ada Sendiri, gambaran atau bayangan seumpama itu tidak dapat dilakukan. Allah berada di luar semua fikiran sedemikian. Oleh sebab kebenaran Yang Ada Sendiri itu satu, maka sumber dan tujuan alam semesta juga hanya satu. Secara mudahnya, seisi alam semesta bukanlah berasal daripada berbagai-bagai sumber. Bahkan juga tidak akan kembali ke berbagai-bagai sumber. Alam semesta berasal daripada satu sumber dan satu kebenaran.

Allah berfirman, terjemahannya: “Katakanlah: Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa (ar-Ra’d: 16)”.

Selain itu terdapat juga ayat al-Quran yang berbunyi terjemahannya sebagai: “Ingatlah kepada Allah jualah kembali segala urusan (Asy-Syûrâ: 53)”.

Dalam hal ini, dapat difahami alam semesta memiliki satu pusat. Iaitu hubungan antara Allah dan alam semesta adalah hubungan antara pencipta dan makhluk. Hubungan ini adalah hubungan sebab dan akibat. Ia bukan hubungan sebab akibat sepersisnya antara cahaya dan mentol lampu. Hubungan Allah dengan alam semesta adalah tidak terpisahkan. Allah bersama segala sesuatu. Allah berfirman terjemahannya:

“Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada (al-Hadîid: 4)”. Sekali lagi, harus difahami ketidakterpisahan Allah daripada alam semesta tersebut tidaklah bermakna yang Allah bagi alam semesta itu adalah seperti cahaya bagi mentol lampu. Sekiranya ketidakterpisahan Allah itu ibarat cahaya daripada mentol lampu maka ini bermakna Allah merupakan kesan atau efek daripada alam semesta, bukan sebab daripada alam semesta; ini kerana cahaya adalah efek daripada mentol lampu. Hanya makhluk sahaja yang mempunyai sifat yang adanya kerana sesuatu yang lain. Allah adalah bebas daripada semua itu. Al-Quran menjelaskan, terjemahannya:

“Akuilah kesucian Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, – dari apa yang mereka katakan (as-Saâffaât: 180)”.

Oleh sebab itulah konsep tauhid yang benar akan dengan sendiri memandu ahli tauhid bahawa kesucian Allah tidak terjejas dengan apa perbuatan bodoh manusia sekalipun.

Jadi, ini memanglah bukan tentang stoking. Kesucian Allah tidak terjejas apa pun apabila Firaun mengaku dirinya tuhan. Dia malah dikaramkan dalam lautan. Kesucian Allah tidak terjejas apa pun apabila Abrahah ingin meruntuhkan Kaabah. Dia malah keronyok dilanda ababil. Kesucian Allah tetap tidak terjejas apabila ada tentera Zionis mengoyakkan halaman al-Quran di dalam masjid di Gaza sebulan dua ini. Masa untuk Zionis diazabkan pasti tiba.

Jadi ia bukan mengenai stoking. Kalau ada kegegeran, ia adalah kerana manusia itu makhluk berpolitik, dan dalam kemabukan berpolitik mereka mengheret sama nama tuhan.

Padahal kesucian Allah tidak pernah terjejas apa, kalaupun ada syaitan berupa manusia yang menghina-Nya. Memang bukan mengenai stoking. Ia hanya mengenai duduk letak seorang ahli tauhid (muwahhid).

Kalau ada dalam kalangan ahli tauhid percaya kesucian Allah boleh terjejas kerana nama-Nya dilecehkan, mungkin dia perlu memeriksa kefahamannya mengenai tauhid. Ini kerana kesucian Allah tidak akan boleh terancam jika ada sepasang, lima pasang atau lima guni stoking yang entah atas alasan bodoh apa pun disulamkan dengan nama Allah. Masyarakat kita adalah masyarakat yang terlalu karam dengan fikah, justeru ada kunci monoteisme yang longgar perlu diketatkan kembali. Untuk itu masyarakat perlu belajar kembali kepada Allah, justeru al-Quran; dan Rasulullah SAW justeru warisannya yang benar.

(Artikel ini asalnya diterbitkan di Free Malaysia Today dan diterbitkan kembali di Solidaritas dengan izin penulis)

Faisal Tehrani

Mohd Faizal Musa atau lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani adalah Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Penyelidik Bersekutu di sebuah tim penyelidikan di bawah Weatherhead Center, Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Kajian beliau menganjur dari Sastera Bandingan sehingga Hak Asasi Manusia dengan penekanan terhadap kumpulan minoriti agama.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Maha Suci Allah appeared first on SOLIDARITAS.

Syair Puteri Narges
Bismillahi taala Rabbul alamin

demi malaikat yasar dan yamin

selawat atas Rasulullah al Amin

berserta kerabat baginda nan lain.

Inilah kisah seorang puteri

Sungguh elok tiada terperi

Bonda al-Qaim isteri Askari

Asal-muasal dari Rumawi.

Namanya Malikah dikenal orang

Keturunan bangsawan bukan sebarang

Yashu’a Qaysar raja gemilang

Teman Ruhullah ibunya datang.

Aneka nama Malikah digelar

Susan, Rayhanah dan juga Sayqal

Tetapi Narges lebih tersebar

Umpama Maryam namanya besar.

Narges ditawan di medan perang

Dilelong di pasar ibarat barang

Aduh sedih kalau dikenang

Mengurut dada meminta lapang.

Di dalam tidur Narges bermimpi

Terlihat Simon, Ruhullah dan baginda Nabi

Narges pun dilamar untuk al-Askari

Demikian dipadankan Nabi yang suci.

Setelah bermimpi Narges pun sakit

Kaisar risau kebah tak terbit

Ditanyakan Narges apa bersabit

Narges berkhabar dadanya sempit.

Tawanan Islam dilepas belenggu

Narges bercerita al-Masih berseru

Di dalam mimpi apa berlaku

Kaisar melongo terkejut terharu.

Empat malam Narges bermimpi

Fatimah Maryam dan seribu bidadari

Berkunjung sama hai Imam askari

Diberi pesan begitu begini.

Kaisar mengutus tentera ke Baghdad

Narges menurut perintah dan taat

Di dalam mimpi menaruh alamat

Narges diberi dugaan berat.

Tumpas sudah askar Rumawi

Narges dijual di pasar abdi

Bisyr dihantar Imam an Naqi

Narges dirunding dijual beli.

Narges dibawa menghadap Imam

An Naqi menawar hai dua macam

Menebus diri sepuluh ribu dirham

Atau beroleh kehormatan nan agam.

Narges memilih diberi maruah

Kepada Imam Narges berserah

Perihal mimpi Narges menelah

Inilah detik emas terserlah.

Kisah Isa datang Narges cerita

Kisah Muhammad melamar Narges berita

Az-Zahra ziarah palinglah utama

Tentang mimpinya tiada rahsia.

Narges diutusi kepada Hakimah

Narges diajari ilmu makrifah

Beroleh Narges banyaknya hikmah

Sebagai persediaan induk barakah.

Nisfu Syaaban al-Qaim pun lahir

Malam agung demikian zahir

Moga al Hujjah semakin hampir

Agar banteras batil dan kafir.

Aduhai mari ramai berdoa

Nescaya al Hujjah kembali bersama

Dunia banyak puaka dan noda

Al Mahdi datang mengangkat derita.

Sudah lama al-Qaim dirindu

Malam mengintai malaikat selalu

Di dalam zikir sembahyang ziarahmu

Kenangkan al Mahdi dalam doamu.

Khatam kepada lima belas hari bulan

waktu jam pukul Sembilan

bulan Syaban dengan kebetulan

sabtu petang ayuhai taulan.

Terkarang oleh sang Faisal Tehrani

seribu empat ratus empat puluh lima hijri

ramai nian wahabi merumba berapi

dilarang ditutup sepuas hati.

Sehingga ini syair tamatlah

berkat baginda Rasulullah

di dalamnya habis dijumlah

untuk mendapat redhania Allah.

Hingga ini tamatlah al-salam

lama menyalinnya sehari semalam

dari kan naskah sudah tersulam

bijahi-l Nabi alaihi’l Salam.

Tammat al-kalam bi al-khajri wa salam

tersurat kepada setengah malam

dakwat nan kering bersatu kalam

kepada al Mahdi diberi salam.

Sidratul Buana

24 Februari 2024.

Faisal Tehrani

Mohd Faizal Musa atau lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani adalah Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Penyelidik Bersekutu di sebuah tim penyelidikan di bawah Weatherhead Center, Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Kajian beliau menganjur dari Sastera Bandingan sehingga Hak Asasi Manusia dengan penekanan terhadap kumpulan minoriti agama.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Syair Puteri Narges appeared first on SOLIDARITAS.