Erviana Beverley, Author at SOLIDARITAS

Hari Wanita Sedunia: Dakap Kesaksamaan
LAPAN Mac seperti yang kita ketahui adalah Hari Wanita Sedunia. Bermula dari tahun 1917 di Petrograd (kini Saint Petersburg), tarikh 8 Mac kemudiannya dijadikan tarikh rasmi Hari Wanita Sedunia oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1977.

Tema Hari Wanita Sedunia tahun ini adalah Embrace Equity. Embrace dalam bahasa Melayu adalah dakap, manakala equity pula boleh diterjemahkan sebagai kesaksamaan. Maka di dalam bahasa Melayu, terjemahan temanya adalah Dakap Kesaksamaan.

Kenapa Kesaksamaan?

Kebanyakan dari kita mungkin lebih terbiasa dengan istilah kesamarataan yang digunakan secara lebih meluas apabila bercakap tentang isu kewanitaan.  Sering kali, perkataan kesamarataan digunakan silih berganti dengan perkataan kesaksamaan. Ada masanya, keduanya digunakan bersama untuk memberikan takrifan lebih meluas.

Tetapi antara kesamarataan dan kesaksamaan ada perbezaan maksudnya.

Kesamarataan mudahnya boleh diterjemah sebagai semua pihak atau individu diberikan sumber dan peluang yang sama. Dalam konteks kewanitaan, ia boleh digambarkan bahawa seorang wanita mempunya sumber dan peluang yang sama seperti seorang lelaki.

Kesaksamaan pula berbeza kerana membawa maksud sumber dan peluang yang wujud berbeza mengikut keperluan pihak atau individu. Dalam erti kata lain ia bersifat adil kerana mengambil kira situasi dan sistem yang ada.

Dalam konteks kewanitaan, kesaksamaan adalah memberikan wanita sumber dan peluang yang setimpal mengikut situasi dan sistem. Di dalam kebanyakan situasi dan sistem, kita perlu mengakui bahawa wanita tidak mempunyai sumber dan peluang yang sama seperti golongan lelaki.

Kesaksamaan Dalam Situasi

Kita ambil pendidikan sebagai contoh. Di Malaysia, peluang pendidikan adalah terbuka sama rata untuk wanita dan lelaki. Tetapi di dalam sesetengah situasi, lelaki mempunyai peluang pendidikan yang lebih baik berbanding wanita. Faktor kewangan, kebudayaan atau keagamaan kadang kala memainkan peranan dalam menghadkan peluang pendidikan wanita.

Satu keluarga yang miskin mungkin akan mengutamakan pendidikan anak lelaki atas alasan anak lelaki tersebut perlu mendapat pekerjaan yang baik untuk menyara keluarganya sendiri di masa hadapan. Sedang anak perempuan pula dilihat hanya perlu belajar sekadar perlu kerana boleh sahaja menjadi suri rumah sepenuh masa bila dewasa dan ditanggung oleh suaminya sendiri.

Dalam situasi ini walaupun peluang pendidikan adalah terbuka sama rata untuk wanita dan lelaki, ianya tidak saksama. Justeru dasar dan tindakan perlu dibuat untuk membantu anak perempuan tadi mendapatkan akses pendidikan setimpal.

Kesaksamaan Dalam Sistem

Sistem juga perlu diambil kira dalam menilai kesaksamaan untuk wanita. Kepincangan sistem adalah punca utama kenapa wanita tertindas dan memerlukan bantuan untuk bersaing sehebat lelaki.

Kita ambil dunia pekerjaan sebagai contoh. Seorang wanita yang bekerja di bank melakukan kerja yang sama dengan seorang lelaki yang lain. Tetapi beberapa faktor situasi mungkin menghadkan peluang wanita tersebut untuk berjaya dalam kariernya sama seperti seorang lelaki.

Wanita yang bekerjaya dan pada masa sama telah berkahwin mungkin akan mengandung pada satu masa dan akhirnya melahirkan anak. Pasca kelahiran, wanita tersebut pula terpaksa memberikan komitmen membesarkan anak dan tanggungjawab ini bukan setakat tempoh tiga bulan selepas kelahiran tetapi mungkin berlanjutan bertahun lamanya.

Justeru, sistem dalam dunia pekerjaan perlu ditala untuk memberikan wanita layanan yang saksama. Layanan yang dimaksudkan adalah polisi yang memihak pada wanita seperti cuti bersalin selama tiga bulan atau lebih, fleksibiliti waktu kerja mengambil kira komitmen kepada anak kecil atau mewujudkan pusat asuhan di tempat bekerja bagi memudahkan wanita hadir ke pejabat tanpa kekangan.

Layanan sama rata sahaja jelas tidak cukup malah sebaliknya boleh menjadi punca wanita tercicir dari dunia pekerjaan sebaik sahaja mereka berkahwin dan berkeluarga.

Kesimpulan

Dua contoh di atas adalah bukti nyata kenapa kita perlu mengambil kira kesaksamaan dan tidak boleh berpuas hati dengan kesamarataan. Kesaksamaan memberikan keadilan, jelas seperti ungkapan bahawa adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Jika kesamarataan adalah memberikan semua orang perkara yang sama, maka kesaksamaan ialah memberikan setiap orang perkara yang diperlukannya.

Justeru untuk berlaku adil adalah wajar untuk mengambil kira situasi dan sistem yang meletakkan wanita dalam keadaan mempunyai sumber dan peluang yang lebih terhad berbanding lelaki akibat ketidakadilan situasi dan sistem.

Kesaksamaan, adalah mekanisme untuk mengatasi situasi dan sistem yang tidak adil itu.

Erviana Beverley

Erviana Beverley berasal dari Sabah dan menulis tentang hal-hal wanita yang tidak kurang pentingnya berbanding hal-hal lelaki.

The post Hari Wanita Sedunia: Dakap Kesaksamaan appeared first on SOLIDARITAS.

Rahmah Untuk Siapa?
MUNGKIN, dalam banyak-banyak inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Perpaduan sejak memegang kuasa, insiatif Menu Rahmah adalah yang paling popular dan mendapat sambutan ramai.

Mungkin kerana ia menepati kehendak sebahagian besar rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi dan perlukan satu pilihan menu yang mampu dijamah. Mungkin juga kerana makanan dekat di hati rakyat Malaysia dan apa sahaja berkaitan makanan pastinya akan menjadi topik perbualan.

Menu Rahmah adalah inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Ia adalah salah satu dari lima program di bawah inisiatif Payung Rahmah. Program lain di bawah Payung Rahmah adalah Jualan Rahmah, Bakul Rahmah, Pakej Rahmah dan Kafe Rahmah.

Tetapi di antara lima program ini, Menu Rahmah adalah yang paling ‘meletup’ serta kini tersebar luas di seluruh Malaysia. Ia agak luar biasa memandangkan Menu Rahmah adalah bersifat private driven initiative atau digerakkan sendiri oleh pihak swasta atau peniaga dan penyertaannya juga secara sukarela.

Konsep Menu Rahmah adalah mudah, ia melibatkan sebarang hidangan makan tengah hari atau makan malam yang seimbang nutrisinya, lengkap karbohidrat, sumber protein juga sayuran dan disertakan dengan minuman air kosong atau air berperisa lain. Harga untuk set Menu Rahmad adalah tidak melebihi RM5.

Sejak diperkenalkan, Menu Rahmah mendapat sambutan dari lebih 15,000 restoran atau kedai makan di seluruh negara yang turut serta. Maklum balas dari peniaga menunjukkan sambutan positif dari pengguna yang memang mencari Menu Rahmah bagi mengalas perut pada harga mampu milik.

Tetapi pelaksanaan Menu Rahmah juga tidak terlepas dari kritikan dan komen sinis sesetengah pihak.

Seperti yang berlaku di dalam Dewan Rakyat baru-baru ini apabila ahli parlimen Kapar, Dr. Halimah Ali mendakwa bahawa Menu Rahmah dikhuatiri menawarkan makanan tidak berkualiti kepada golongan miskin tegar dan B40. Beliau seterusnya menyatakan rasa bimbang jika makanan tidak berkualiti ini nanti boleh menjerumus kepada pemakannya terkena kanser atau autisme.

Kritikan Terhadap Menu Rahmah

Dakwaan tidak berasas Dr. Halimah sebenarnya lebih bersifat politik. Ia dibuat sebagai usaha untuk meremehkan usaha pihak kerajaan dalam menawarkan solusi kos sara hidup tinggi. Sebagai seorang ahli parlimen pembangkan, mungkin itulah tugas seorang seperti Dr. Halimah walaupun terpaksa membuat dakwaan tidak berasas biarpun dirinya sendiri seorang yang berpangkat doktor perubatan.

Menu Rahmah juga pernah menjadi pertikaian beberapa peniaga makanan lain yang melihat ianya sebagai satu persaingan yang menjejaskan perniagaan mereka. Para peniaga ini mendakwa harga RM5 yang ditetapkan adalah terlalu rendah dan tidak boleh menampung kos bahan mentah mereka. Kebanyakan peniaga ini adalah peniaga kecil, yang tidak mempunyai economies of scale untuk bersaing dengan syarikat besar seperti Mydin atau Burger King.

Di kalangan pengguna pula, ada juga yang pernah mengadu bahawa harga Menu Rahmah masih terlalu mahal. Satu tangkap layar media sosial yang tular adalah tentang seorang individu yang mendakwa bahawa jika keluarganya seramai lapan orang makan di luar dan memilih Menu Rahmah, maka harga yang perlu dibayar ialah sebanyak RM40 untuk sekeluarga. Jika makan tengah hari dan makan malam, jumlah keseluruhan adalah RM80 sehari.

Rahmah Untuk Siapa?

Namun apa yang penting untuk difahami ialah, rahmah yang ada pada Menu Rahmah sebenarnya untuk siapa?

Mengikut KPDN, Menu Rahmah adalah quick win dalam membantu golongan sasar iaitu B40 dan miskin tegar. Ia bertujuan membantu mengurangkan kos sara hidup dengan dua strategi utama iaitu ‘membantu’ dan ‘mendaya upaya’.

Tetapi secara praktisnya, Menu Rahmah dilihat memenuhi keperluan rakyat di kota yang bekerja di kawasan yang sukar untuk memperolehi makanan pada harga yang murah. Contohnya pekerja bergaji rendah di tengah bandar, khususnya jurujual di dalam gedung beli belah yang mahukan makanan mampu beli dan bukannya makanan di restoran-restoran dalam mall yang agak mahal.

Menu Rahmah juga memenuhi keperluan mahasiswa di universiti dan kolej, yang perlukan akses pada makanan seimbang nutrisi pada harga yang berpatutan. Dengan harga tetap RM5, ia memudahkan mahasiswa mengurus perbelanjaan secara berhemah.

Apa yang perlu kita fahami ialah Menu Rahmah pastinya bukan solusi jangka panjang dalam menangani kos sara hidup. Tetapi ia menawarkan jalan keluar mudah ketika kesempitan dan perbelanjaan perlu dicermati. Apatah lagi untuk pekerja makan gaji di pertengahan bulan yang perlu mengawal belanja makan untuk 10 hari lagi sebelum gaji dengan hanya sekitar RM50 sahaja boleh diperuntukkan untuk makan dan minum di luar.

Justeru, kita perlu sambut baik program seperti Menu Rahmah. Bukannya difitnah boleh membawa kanser, atau diberikan alasan bukan-bukan kononnya terlalu mahal untuk satu keluarga besar makan dua kali sehari setiap hari.

Erviana Beverley

Erviana Beverley berasal dari Sabah dan menulis tentang hal-hal wanita yang tidak kurang pentingnya berbanding hal-hal lelaki.

The post Rahmah Untuk Siapa? appeared first on SOLIDARITAS.

Sekolah Kita Untuk Siapa?
BARU sahaja reda isu diskriminasi kaum ketika bengkel persediaan SPM di SMK Infant Jesus Convent Johor Bahru, timbul pula satu lagi isu yang menggugat perpaduan nasional serta menjejaskan integriti sistem sekolah kebangsaan.

Minggu lalu, tular satu video sidang media anjuran Persatuan Agamam Ani Hindu Malaysia mengenai sorang pelajar sekolah di Kuala Lumpur yang telah ‘digalakkan’ untuk menukar agama oleh gurunya sendiri bagi meningkatkan peluangnya menjadi pemain bola sepak kebangsaan.

Jika benar dakwaan ini, maka kita perlu bertanya apakah objektif sebenar mesej yang disampaikan oleh guru tersebut kepada pelajarnya?

Adakah untuk mengajar pelajar berbangsa India dan beragama Hindu tersebut bahawa di dalam negara Malaysia ini, mereka yang beragama Islam sahaja yang boleh menjadi pemain bola sepak kebangsaan?

Sekiranya inilah niat sebenar guru tersebut, maka sistem pendidikan kebangsaan kita kini dalam bahaya diancam ekstremisme agama.

Apakah kita mahu anak-anak Malaysia membesar berfikiran bahawa menjadi Melayu atau Muslim adalah satu-satunya cara untuk berjaya dalam hidup di negara ini dan diterima sebagai warganya?

Sistem pendidikan kebangsaan sepatutnya memupuk rasa persaudaraan di kalangan generasi muda kita. Mereka inilah yang akan mewarisi Malaysia di masa hadapan justeru sangat mustahak para pelajar ini diasuh dengan pendidikan yang mengangkat konsep kenegaraan Malaysia berdasarkan acuan perlembagaan.

Mereka seharusnya dididik untuk memahami warna kulit atau kepercayaan agama bukan penentu sama ada mereka diterima atau sebaliknya. Siapa kita dan apa yang kita sembah tidak sepatutnya menjadi penentu dalam bidang pendidikan, pekerjaan atau pun dalam sukan yang diceburi.

Guru terbabit sebenarnya bukan sahaja mencemar imej pendidikan negara, tetapi juga imej sukan negara dengan memberikan gambaran bahawa bidang sukan di Malaysia penuh diskriminasi. Apa lagi dalam bola sepak yang mempunyai sekian banyak kempen-kempen anti diskriminasi dianjurkan oleh pertubuhan seperti FIFA, AFC atau FAM.

Ketegasan Menteri Dan Kementerian Pendidikan Malaysia

Mahu atau tidak, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan kementeriannya perlu bertindak tegas menangani isu begini. Episod ‘berlembut’ dan cuba sweeping under the carpet seperti yang pernah dilakukan ketika mengangani insiden bengkel persediaan SPM di SMK Infant Jesus Convent Johor Bahru hendaklah dielakkan dari berulang.

Benar menangani isu pendidikan seperti beban guru, kebajikan pelajar dan hal sekolah dhaif adalah penting. Tetapi bersuara tegas mengenai isu diskriminasi kaum dan agama juga wajar bagi memastikan sistem pendidikan kebangsaan tidak hilang integritinya.

Saya yakin menteri sendiri pasti tidak mahu ibu bapa bukan Melayu dan bukan Muslim terus hilang keyakinan terhadap sistem sekolah kebangsaan. Bagaimana mereka boleh menaruh kepercayaan seandainya anak-anak mereka berisiko menjadi mangsa diskriminasi kaum di sekolah atau lebih parah dipujuk untuk menukar agama oleh guru-guru yang sepatutnya menjadi pendidik anak bangsa?

Bahkan sekarang kita sendiri sudah boleh melihat bagaimana semakin ramai ibu bapa bukan Melayu dan bukan Muslim yang lebih memilih sekolah aliran lain untuk anak mereka. Ia bertitik tolak dari terhakisnya keyakinan terhadap sistem sekolah kebangsaan yang dilihat terpesong dari matlamat asal untuk memupuk perpaduan bangsa Malaysia.

Akibatnya anak-anak muda kita semakin terpecah dan terpisah. Sekolah aliran vernakular menjadi pilihan bangsa lain sedang sekolah kebangsaan semakin menjadi Melayu dan Islam, bukannya menonjolkan idea bangsa Malaysia seperti asalnya.

Kita selalu berfikiran bahawa masyarakat bukan Melayu yang tidak memilih sekolah kebangsaan sebagai tidak mempunyai semangat perpaduan dan enggan bergaul.

Tetapi adakah kita terfikir bahawa bagaimana kita menguruskan sekolah kebangsaan dan keputusan berbentuk perkauman atau keagamaan yang dibuat menjadi punca kenapa bukan Melayu dan bukan Muslim menolak sekolah kebangsaan.

Apa yang telah berlaku di SMK Infant Jesus Convent Johor Bahru sebelum ini dan yang terbaru melibatkan seorang pelajar India di sebuah sekolah di Kuala Lumpur baru-baru ini adalah bukti nyata punca sekolah kebangsaan semakin terpesong. Ia menjadi sarang untuk anak-anak Malaysia dibezakan mengikut warna kulit dan dipaksa menukar kepercayaan mereka.

Justeru kita perlu bertanya kepada menteri dan kementerian, sekolah kita untuk siapa sebenarnya?

Erviana Beverley

Erviana Beverley berasal dari Sabah dan menulis tentang hal-hal wanita yang tidak kurang pentingnya berbanding hal-hal lelaki.

The post Sekolah Kita Untuk Siapa? appeared first on SOLIDARITAS.

Menyelamatkan Sekolah Dari Diskriminasi
KELAZIMAN setiap tahun, ketibaan perayaan Tahun Baharu Cina disambut meriah di Malaysia. Perayaan untuk kumpulan etnik kedua terbesar di Malaysia ini turut diraikan oleh kaum yang lain. Ia sudah dianggap sebahagian dari tradisi dan budaya Malaysia, malahan ada beberapa ciri Tahun Baharu Cina yang unik hanya di negara ini seperti tarian singa tiang tinggi atau berasal dari Malaysia seperti yee sang yang dicipta oleh datuk kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Tetapi kali ini sambutan Tahun Baharu Cina kita diuji dengan satu insiden yang berlaku di sebuah sekolah elit di Johor. Ketika ramai pelajar sekolah bercuti panjang perayaan, sekumpulan pelajar SMK Infant Jesus Convent Johor Bahru menempuh bengkel SPM selama dua hari satu malam di sebuah hotel.

Apa yang menjadi pertikaian adalah, bengkel tersebut diadakan khusus untuk pelajar beragama Islam. Sedang pelajar bukan Islam disisihkan manakala ibu bapa pelajar bukan Islam tidak tahu menahu kewujudan bengkel SPM tersebut, melainkan khabar bahawa satu bengkel berkaitan keagamaan dianjurkan oleh penaja swasta.

Bengkel yang khabarnya berkaitan agama itu rupa-rupanya turut melibatkan modul untuk mata pelajaran lain seperti Kimia dan Matematik Tambahan. Hasil risikan lanjut ibu bapa yang prihatin, maka akhirnya diketahui bahawa ianya adalah sebuah bengkel persediaan untuk SPM yang khusus untuk pelajar beragama Islam sahaja.

Apa yang berlaku seterusnya menimbulkan perselisihan antara ibu bapa pelajar bukan Islam yang tersisih dan pihak pentadbir sekolah yang dilihat tidak berterus-terang dalam hal ini dan seakan mengamalkan sikap pilih kasih. Ibu bapa yang kecewa mengambil jalan untuk menularkan isu ini di media sosial sehingga mendapat perhatian pihak media.

Kementerian Pendidikan terpaksa ‘overtime’ dengan mengeluarkan kenyataan bahawa tiada diskriminasi atau pilih kasih dan bengkel yang serupa sedang dirancang untuk pelajar bukan Islam dalam minggu akan datang. Selanjutnya pihak kementerian memberikan penjelasan bahawa bengkel yang diadakan pada Tahun Baharu Cina hanya melibatkan pelajar beragama Islam kerana tidak mahu mengganggu sambutan perayaan pelajar berbangsa Cina.

Sayang sekali, penjelasan kementerian pendidikan itu dilihat meragukan. Timbul persoalan kenapa perlu diadakan bengkel SPM ketika waktu cuti perayaan dan tidak pada hujung minggu biasa yang lain? Apa yang lebih meragukan, kenapa pelajar bukan Islam yang berbangsa India yang tidak menyambut Tahun Baharu Cina tidak dilibatkan dalam bengkel sama seperti pelajar Islam berbangsa Melayu?

Kenyataan meragukan itu membuatkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dihentam kiri dan kanan kerana dilihat cuba melindungi pihak tertentu dengan memberikan alasan yang tidak masuk akal.

Kenyataan oleh DYMM Sultan Johor dilihat lebih neutral dan tidak memihak sesiapa, sebaliknya memberikan amaran tegas bahawa apa-apa tindakan yang dilihat bersifat mendiskriminasi dan pilih kasih tidak akan dibiarkan berlarutan sehingga menjadi punca perpecahan Bangsa Johor (istilah muhibah yang digunakan Sultan Johor bagi merujuk kepada seluruh rakyat negerinya tanpa mengira latar kaum dan agama).

Dalam hal ini, Fadhlina Sidek mungkin perlu insaf dan mengambil iktibar dari DYMM Sultan Johor dalam memberikan kenyataan yang tidak berat sebelah tetapi sebaliknya mendukung aspirasi perpaduan negara.

Walau apa jua alasannya, sekolah bukan tempat untuk sebarang unsur diskriminasi atau pilih kasih dibiarkan berlaku. Ketegasan pihak menteri pendidikan dan kementerian pendidikan adalah perlu dalam menyampaikan mesej bahawa tiada tolak ansur terhadap sebarang unsur diskriminasi atau pilih kasih oleh pihak pentadbir sekolah.

Kita tidak mahu masyarakat merasa ragu terhadap sistem pendidikan kebangsaan. Jika sebuah sekolah mubaligh seperti SMK Infant Jesus Convent Johor Bahru tidak terlepas dari diskriminasi, maka apakah jaminan terhadap pelajar bukan Islam di sekolah kebangsaan atau menengah kebangsaan lain yang mungkin tiada perkataan ‘convent’ atau ‘methodist’ pada namanya? Adakah sekolah-sekolah ini akan menjadi sarang diskriminasi di mana sekelompok pelajar diberikan layanan istimewa kerana agama atau bangsanya berbanding kelompok pelajar yang lain?

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebelum tibanya Tahun Baharu Cina telah memperkenalkan gagasan Malaysia Madani beliau, sebuah konsep pembinaan negara yang akan mengangkat pemikiran dan kerohanian masyarakat merentasi kaum dan agama. Madani yang dibawa oleh Anwar adalah untuk sebuah Malaysia yang makmur dan bersaudara tanpa mengira warna kulit atau kepercayaan.

Sekolahlah tempat terbaik di mana Malaysia Madani boleh dihidupkan bagi mendidik generasi masa depan tentang keharmonian pelbagai kaum di Malaysia.

Justeru, kita berharap tidak akan berulang lagi insiden yang sama seperti yang berlaku di SMK Infant Jesus Convent Johor Bahru. Setiap pelajar sekolah, tanpa mengira warna kulit atau agamanya perlu dilayan secara saksama oleh para pendidik mereka.

Erviana Beverley

Erviana Beverley berasal dari Sabah dan menulis tentang hal-hal wanita yang tidak kurang pentingnya berbanding hal-hal lelaki.

The post Menyelamatkan Sekolah Dari Diskriminasi appeared first on SOLIDARITAS.

Antara Aib Dan Jenayah
“Bapa saya suka menonton porno. Saya tahu kerana saya selalu mengintai perbuatannya tanpa pengetahuan dia.”

Ini adalah kenyataan yang mendedahkan aib.

“Bapa saya suka menonton porno. Setiap kali mahu menonton porno, dia akan paksa saya menonton bersama.”

Ini pula, adalah kenyataan yang mendedahkan satu perlakuan jenayah.

Tolak ke tepi dahulu bahawa perbuatan menonton pornografi adalah satu jenayah di negara ini. Kerana seperti rasuah, walaupun salah ianya tetapi dilakukan secara sembunyi oleh ramai.

Memahami perbezaan antara aib dan jenayah adalah penting. Tetapi hari ini kita semua belajar bahawa seorang menteri pun belum tentu berupaya membezakan antara dua perkara ini.

Ustaz Idris Ahmad, Menteri Agama dari parti PAS hari ini membuat kenyataan dangkal mengatakan bahawa seorang pelakon remaja berusia 15 tahun tidak sepatutnya mendedahkan perlakuan seksual bapanya dalam satu temubual di Youtube kerana ia mendedahkan aib si bapa. Kata Ustaz Idris:

“Sepatutnya kita dalam Islam, dia lebih pentingkan kepada menutup aib sendiri. Sepatutnya gangguan seperti itu tak perlu didedahkan pada orang ramai.”

Adalah sangat mendukacitakan bahawa kenyataan sebegini boleh terpacul dari mulut seorang menteri.

Apa yang berlaku bukan lagi berkisar tentang aib. Tetapi sebaliknya satu jenayah seksual telah dilakukan dan sewajarnya pendedahan dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa. Menutup jenayah seksual dengan alasan aib akan hanya membuatkan lebih ramai pemangsa seksual mengambil kesempatan ke atas mangsa yang mungkin merupakan darah daging sendiri.

Apa yang lebih mengecewakan, Ustaz Idris menunggang alasan agama dengan menyebut “sepatutnya kita dalam Islam” sekaligus menimbulkan fitnah terhadap agama Islam itu sendiri. Dengan mengeluarkan ungkapan sebegini, ia hanya membuatkan bukan Islam seperti saya memandang serong terhadap agama Islam ibarat ianya satu agama yang ‘menghalalkan’ perlakuan sumbang bapa kepada anak kandungnya sendiri selagi ia tidak didedahkan kepada umum.

Kenapa alasan agama yang sama tidak pula digunakan bagi membidas perbuatan si bapa yang terang sekali bertentangan dengan ajaran Islam? Islam mempunyai konsep yang jelas tentang hubungan keluarga dan melarang keras perbuatan sumbang mahram atau apa saja yang berunsur seksual di kalangan ahli keluarga. Kenapa ini tidak disebut oleh Menteri Agama dan diberikan teguran keras?

Dengan mengalihkan isu gangguan dan penderaan seksual kepada pihak yang teraniaya, ia sebenarnya adalah satu bentuk victim blaming. Pelakon remaja berusia 15 tahun itu didera secara seksual sejak kanak-kanak dan ini tentu sekali menjerumus kepada trauma, yang kesannya jauh lebih besar dari aib yang dialami.

Tindakan Menteri Agama ini hanya akan menjejaskan ramai mangsa gangguan atau penderaan seksual dari tampil di khalayak untuk mendedahkan perlakuan pemangsa mereka. Perlu kita sedari bahawa ramai mangsa gangguan atau penderaan seksual enggan tampil kerana wujudnya amalan victim blaming sebegini. Mangsa rogol sebagai contoh kerap dipersalahkan kononnya kerana memakai pakaian yang mengundang perogol atau berada pada masa dan di tempat yang tidak sepatutnya.

Reaksi sebeginilah yang membuatkan wujudnya satu stigma di kalangan mangsa gangguan atau penderaan seksual untuk memilih mendiamkan diri dari bersuara menuntut pembelaan. Apa lagi bila ia melibatkan ahli keluarga sendiri, yang selalunya akan cuba ditutup dengan alasan aib atau tidak mahu mendapat malu ke atas keluarga. Dek kerana malu, maka si pelaku lepas bebas sedang si mangsa pula merana.

Ketika inilah, suara tegas dari pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah perlu bagi membela pelakon remaja berusia 15 tahun itu. Sokongan moral dan bantuan sangat penting bagi memastikan ada pengadilan sewajarnya kepada mangsa. Usaha-usaha mendidik masyarakat juga perlu dibuat bagi mewujudkan fahaman jelas tentang aib dan jenayah yang ternyata berbeza.

Tapi sayang, suara Menteri Wanita iaitu Rina Mohd Harun dan timbalannya Siti Zailah agak tenggelam. Seolah-olah mereka tidak boleh bersuara langsung bagi membela nasib golongan wanita yang merupakan tugas utama mereka.

Pandangan Ustaz Idris yang merupakan pemimpin PAS sebenarnya adalah sesuatu yang membimbangkan. Kerana jika inilah pendirian pemimpin parti tersebut (dan diamnya pemimpin wanita PAS seperti Siti Zailah) maka apalah nasib golongan wanita Malaysia yang merupakan mangsa utama sebarang jenayah gangguan atau penderaan seksual.

Adakah semua jenayah seksual selepas ini akan diukur dengan neraca aib sebelum ia boleh didedahkan?

Erviana Beverley

Erviana Beverley berasal dari Sabah dan menulis tentang hal-hal wanita yang tidak kurang pentingnya berbanding hal-hal lelaki.

The post Antara Aib Dan Jenayah appeared first on SOLIDARITAS.