Azman Hussin, Author at SOLIDARITAS

Idol(a)
Pada masa dahulu patung-patung berhala telah disembah dan dipuja sebagai dewa atau tuhan yang menguasai seluruh alam ini oleh masyarakat primitif. Tukang atau pembuat patung ini pula sangat dihormati masyarakat. Kepada patung-patung inilah, mereka mempersembahkan segala korban dan jamuan agar kehidupan mereka sentiasa selamat menurut kepercayaan mereka.

Patung-patung itu sebenarnya diperbuat daripada batu yang dipahat dan diukir oleh tangan-tangan mereka sendiri, kemudian dikagumi dan dipuja, seolah-olah patung itu bernyawa dan memiliki kekuasaan ke atas manusia dan seluruh alam semesta ini.

Nabi Ibrahim AS memiliki kisah menarik berkenaan patung ini. Kisah beliau terakam dalam Al-Quran. Antaranya terkandung dalam petikan ayat-ayat di bawah.

“Dan bacakanlah kepada mereka kisah Ibrahim. Ketika ia berkata kepada bapaknya dan kaumnya, Apakah yang kalian sembah? Mereka menjawab, Kami menyembah berhala dan kami senantiasa tekun menyembahnya. Berkata Ibrahim, Apakah berhala-berhala itu mendengar (doamu) sewaktu kalian berdoa kepadanya? Atau dapatkah mereka memberi manfaat kepadamu atau memberi mudarat? Mereka menjawab, Bukan karena itu. Sebenarnya kami melihat nenek moyang kami berbuat demikian. Ibrahim berkata, Maka apakah kalian memerhatikan apa yang selalu disembah (oleh) kalian dan nenek moyang kalian dahulu itu? Sesungguhnya apa yang kalian sembah itu adalah musuhku, kecuali Tuhan semesta Alam, yaitu Tuhan yang telah menciptakan aku, maka Dia-lah yang menunjuki aku, Dan Tuhanku, Yang memberi makan dan minum kepadaku, Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, Dan Yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali), Dan Yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat” (Asy-Syu’araa’ 26:69-82)

Sama ada kebetulan atau tidak, pada zaman moden ini, artis telah dijadikan idola kepada kebanyakan golongan masyarakat. Kematian artis menjadikan satu dunia berkabung. Cerita-cerita peribadi artis menjadi buruan peminat. Apa saja berkenaan artis mendapat tumpuan utama masyarakat.

Artis, termasuk penyanyi, pelawak, pelakon, pemuzik dan sebagainya, telah menduduki kelas tersendiri dan terhormat dalam struktur masyarakat.

Zaman telah berubah. Pada masa dahulu artis wanita dianggap sebagai manusia tunasusila, tidak berakhlak bahkan setaraf dengan pelacur. Dalam filem-filem terawal di Malaysia, artis telah diejek sebagai perempuan kabaret, perempuan murahan. Malah ada watak Kassim Selamat si pemuzik yang tidak diterima sebagai menantu dalam filem Ibu Mertuaku.

Dan jika dilihat kepada realiti dunia masa kini, artis telah menjadi ganti kepada patung-patung berhala yang telah dimusnahkan oleh Nabi Ibrahim AS suatu masa dahulu. Cuma dahulunya patung-patung itu dipuja sebagai dewa atau tuhan.

Siapakah yang telah melahir, menggilap dan memasyhurkan artis?

Saya teringat kepada patung-patung pada zaman jahiliyyah atau zaman Nabi Ibrahim AS di Mesopotamia. Seperti patung, manusia juga yang telah mencipta seseorang artis itu sehingga menjadi popular. Kita yang menjadikan mereka terkenal dengan meminati mereka, menonton persembahan mereka, membeli produk mereka dan akhirnya kita sendiri tanpa sedar mengagumi dan menyanjungi mereka seolah-olah mereka itu turun dari langit, tidak makan dan tidak berak seperti dewa-dewi dalam cerita dongeng.

Pada zaman moden ini, kelahiran artis telah berubah caranya. Ada yang dikenali bakatnya melalui medium Internet seperti Youtube. Manakala melalui rancangan realiti TV, kita sendiri yang boleh mengundi siapa yang layak menjadi pemenang. Dan apabila artis ini menjadi popular, kita sendiri pula yang mengagumi dan menggilai mereka. Tidakkah ini pelik dan mengulangi bentuk-bentuk budaya zaman jahiliah dahulu?

Kegilaan masyarakat kepada artis menyebabkan ramai muda-mudi bercita-cita menjadi artis, malah golongan tua juga menggalakkan. Dan yang lebih mengghairahkan mereka lagi, artis tidak lagi semestinya cantik atau jelitawan, asalkan suaranya disukai ramai. Lihatlah Susan Boyle, pemenang Britains Got Talent 2009. Atau berbadan cantik dan berpakaian seksi, walaupun suara tidak sesedap mana seperti majoriti artis sekarang.

Pada masa dahulu jika seseorang itu sakit, mereka akan menyediakan korban kepada patung untuk menyembuhkan si sakit. Pada masa ini ada juga pesakit kronik yang menyimpan hasrat untuk menemui artis yang diminati, sehinggakan kita akan terbaca di akhbar atau melihat di TV, artis ini telah datang memenuhi hajat si pesakit. Kegembiraan jelas pada wajah si pesakit. Seperti patung, artis juga telah menjadi sumber kelegaan kepada manusia yang sakit.

Stail pakaian dan gaya hidup artis telah menjadi ikutan. Apabila mereka ditemui di khalayak, mereka telah diserbu dan ada peminat yang taksub sehingga histeria. Artis-artis telah dihormati di mana saja mereka muncul, walaupun sebulan lepas mereka baru saja ditangkap khalwat. Betapa berpengaruhnya artis, dalam lembaran akhbar akan ada cerita mereka, dalam siaran TV ada mereka dan dalam majlis apa-apapun, untuk meramaikan khalayak, artis akan dijemput sebagai tetamu.

Pada zaman moden dan bertamadun ini kita masih mengagumi dan memuja sesuatu yang tercipta dari hasil perbuatan kita sendiri.

Tidakkah kita mahu berfikir?

(Artikel ini adalah petikan dari buku Keldai Dan Kitab)

Azman Hussin

Azman Hussin berkarya dalam bidang sastera sejak tahun 1998 dan pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana 1998/99 dalam kategori cerpen. Beliau merupakan penulis banyak buku antaranya Keldai Dan Kitab, Dialektika, Dongeng Pasca Merdeka dan beberapa judul lagi yang ditulis secara bersama dengan penulis lain.

The post Idol(a) appeared first on SOLIDARITAS.

Mengalih Kezaliman Dengan Kezaliman Lebih Besar
“ALLAH telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kalian dan mengerjakan amal-amal soleh bahawa dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh-sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa tetap kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik” (An-Nuur 24:55)

Akhlak pemimpin sebenarnya adalah cerminan akhlak masyarakat yang diperintahnya. Jika masyarakat berakhlak buruk, maka manusia berakhlak buruklah yang akan naik ke atas menjadi pemimpin. Begitulah kitaran dalam masyarakat. Masyarakat melahirkan pemimpin seperti adanya.

Pemerintah ibarat pengembala. Apabila arahan pemerintah sekalipun pemerintah yang zalim, tidak dipatuhi, maka tiada lagi undang-undang didaulatkan. Bermulalah bibit-bibit pemberontakan. Akan terlucutlah kambing-kambing gembalaan yang akhirnya akan memudahkan serigala pemangsa memakannya.

Kerosakan dan keburukan dalam masyarakat hari ini adalah menyeluruh. Masyarakat menzalimi diri sendiri, bukan setakat dizalimi pemerintah. Pandanglah sekeliling untuk melihat kehancuran dalam masyarakat jahiliyah moden ini. Nafsu dan cinta dunia menjadi budaya. Masyarakat sedang diglobalisasikan dengan budaya hidup baru. Tamadun Barat yang muflis moral menjadi sumber rujukan utama masyarakat dunia. Manusia semakin jauh daripada mengamalkan nilai-nilai agama. Apabila agama sudah luput dalam masyarakat, jadilah masyarakat itu tanpa panduan, seperti kumpulan haiwan liar yang menurut nafsu. Rasuah, penipuan, judi, arak, syirik, zina, khianat dan pelbagai kemungkaran berleluasa dalam masyarakat.

Dunia ini, seperti yang diumpamakan Nabi Muhammad SAW, adalah bangkai yang tidak cukup sifat, yang terdampar di tepi jalan.

Pemerintah zalim telah jelaslah kezalimannya dan harus ditentang. Masyarakat, yang melupakan agama pula, akan memperjuang kepentingan diri mereka. Maka yang terjadi hanyalah perebutan bangkai. Mereka mudah terhasut dengan cerita rasuah, salahguna kuasa, kekayaan melampau pemimpin dan bermacam perkara lagi yang dibawa pemberontak. Akhirnya perjuangan ini tidak lagi kerana agama, tetapi kerana iri hati, dendam, benci dan percaturan ekonomi.

Dalam sistem demokrasi, ternyata perjuangan hari ini adalah untuk memuaskan kehendak pengundi, bukan lagi perjuangan menyempurnakan akhlak masyarakat seperti yang dilakukan Nabi Muhammad SAW.

Cuba perhatikan. Perjuangan hari ini bukan lagi meminta masjid, misalnya. Masjid telah sedia ada seperti cendawan selepas hujan, malah cantik, moden lagi selesa. Bahkan, masjid yang hanya meriah pada hari Jumaat dan pagi hari-hari perayaan. Manusia telah lalai memakmurkan masjid tersebut pada waktu-waktunya.

Parti-parti politik tidak lagi menjaga kepentingan agama, tetapi menjaga kehendak-kehendak pengundi. Tiada lagi kebenaran agama dilaungkan mereka, melainkan suara kehendak-kehendak masyarakat yang ingin mereka raih undi dalam pilihanraya. Parti-parti ini telah diubah dasar-dasar oleh pengundi, bukan sebaliknya. Mereka telah menjadi pejuang-pejuang duniawi untuk memuaskan kehendak masyarakat demi mendapatkan kekuasaan negara. Mereka mengkompromikan dasar-dasar agama untuk undi.

Parti politik ini pasti akan dikalahkan pemerintah. Sistem demokrasi ada pelbagai kelemahan dan mudah disalahgunakan. Demokrasi pasti lebih memenangkan pemerintah yang memiliki akta-akta undang-undang yang boleh menyekat kebangkitan rakyat. Kepada yang tewas, akhirnya mereka akan memilih cara demonstrasi, yang lambat-laun akan membawa kepada revolusi seperti yang terjadi di negara-negara lain.

Masyarakat menolak kezaliman, tetapi masyarakat juga menzalimi diri sendiri sebagai hamba-Nya. Bagaimana mungkin kita dapat mengalih kezaliman itu, melainkan mengangkat kezaliman lebih besar ke dalam masyarakat. Jika suasana menjadi anarki, akan terbukalah pintu-pintu fitnah yang tidak akan dapat ditutup lagi dan kita semua akan tenggelam punca dan saling menyalahkan. Kita akhirnya akan bercakaran dalam gelapnya fitnah, dan tidak tahu siapa kawan dan lawan.

Masalah dunia hari ini adalah masalah ketaatan kepada agama, yang tidak boleh didapatkan dengan menjatuhkan kerajaan sedia ada dan membentuk kerajaan baru. Jika kerajaan baru ditubuhkan, masyarakat tetap masyarakat yang sama, yang tidak dapat dipuaskan kehendaknya. Kita bukan bersetuju dengan pemerintah zalim, cuma bagaimanakah untuk membetulkan masyarakat selaras dengan fitrah agama. Islam tidak akan bangkit dengan politik demokrasi, apatah lagi dengan revolusi. Islam hanya akan berkembang dengan politik dakwah, tarbiah, tabligh dan pendidikan hati. Membaiki akhlak masyarakat bermula dari individu, kerana masyarakat yang baik secara automatik akan menolak pemimpin dan sistem yang zalim.

Tiada usaha-usaha menyeru dan membawa kepada kebenaran agama. Apa yang ada hari ini adalah perebutan bangkai di kalangan manusia bernaluri binatang yang mengeksploitasi agama dan isu-isu yang dekat dengan rakyat untuk mencapai kekuasaan.

Sekiranya kerajaan yang ada dijatuhkan secara revolusi oleh rakyat, maka rakyat yang sama juga akan menjatuhkan kerajaan yang baru ditubuhkan itu nanti dengan alasan yang sama. Satu siri ulangan tidak berkesudahan.

Malaysia tidak hidup sendirian. Apa yang berlaku di sini adalah penting kepada dunia. Kita kini dalam dunia globalisasi. Kuasa-kuasa besar dunia juga memainkan peranan mereka ke atas seluruh negara di dunia, termasuk Malaysia. Tangan-tangan asing dari luar ini turut mencatur Malaysia. Ini tidak dapat dinafikan. Kuasa-kuasa asing ini diketahui mahu meruntuhkan struktur-struktur masyarakat lama untuk memudahkan kemasukan budaya dan pengaruh dagang mereka yang selama ini dihalang dinding-dinding sekatan ekonomi atau dasar-dasar negara. Ini bukanlah paranoid, tetapi realiti. Kuasa-kuasa asing inilah serigala pemangsa yang menunggu peluang untuk membaham semuanya.

Apabila pemerintah yang zalim ditentang masyarakat yang juga tidak berakhlak, inilah akhir sebuah masyarakat dan negara.

(Artikel ini adalah petikan dari buku Keldai Dan Kitab)

Azman Hussin

Azman Hussin berkarya dalam bidang sastera sejak tahun 1998 dan pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana 1998/99 dalam kategori cerpen. Beliau merupakan penulis banyak buku antaranya Keldai Dan Kitab, Dialektika, Dongeng Pasca Merdeka dan beberapa judul lagi yang ditulis secara bersama dengan penulis lain.

The post Mengalih Kezaliman Dengan Kezaliman Lebih Besar appeared first on SOLIDARITAS.

Politikus: Melihat Dari Sisi Berbeza
DALAM negara demokrasi di seluruh dunia, sesebuah kerajaan akan berhadapan dengan politikus pembangkang. Pembangkang adalah perlu untuk memeriksa dan mengimbangi tindakan kerajaan. Itu tanggapan umum masyarakat.

Mari kita melihat hal ini dari sudut yang berbeza. Mari kita lebih praktikal dan realis.

Bolehkah politikus pembangkang ini menyelamatkan dan memperbaiki sesebuah negara? Sebagai politikus di pihak pembangkang, mereka membangkang. Seperti pasukan bola sepak yang underdog, mereka kurang tekanan. Mereka fokus. Mereka membangkang, apa yang didakwa tidak adil di mata mereka, yang dilakukan kerajaan kepada rakyat.

Sebaliknya, adakah masyarakat terfikir tentang keikhlasan atau kezaliman pembangkang.

Jika benar kerajaan zalim, adakah bermakna politikus pembangkang adalah lebih baik dan tidak zalim?

Mereka mendakwa mereka berjuang untuk kepentingan rakyat. Adakah kita harus menelannya bulat-bulat? Marilah kita fikirkannya.

Dari sisi manakah pembangkang juga boleh cenderung bertindak kejam dalam menundukkan kerajaan yang zalim?

Kita seharusnya rasional. Sesebuah kerajaan yang zalim tidak akan menyerah diri sebegitu mudah dalam menghadapi penentangan. Ini kenyataan. Lihatlah contoh dalam situasi yang lebih ekstrem. Saddam Hussein dan sekarang Muammar Ghadafi di Libya. Apakah mereka menyerah begitu saja? Negara akan hancur bersama kehancuran mereka. Itulah kenyataannya yang telah dan sedang berlaku.

Politikus pembangkang, secara sedar atau tidak, misalnya telah berlaku zalim kepada rakyat, dengan menekan dan mensabotaj kerajaan sehingga kerajaan kehabisan masa dan kekurangan dana untuk menangkis serangan politik mereka. Dan apabila kerajaan kekurangan dana, rakyatlah akan jadi mangsa.

Mengapa? Kerajaan yang takut dijatuhkan akan memeras seluruh duit rakyat dengan pelbagai cara untuk mempertahankan kedudukan mereka. Politik demokrasi memerlukan sumber wang yang besar. Kerajaan terpaksa mendapatkan wang untuk kegiatan politik mereka, tidak kira dari cara yang salah atau betul. Harga barang-barang keperluan akan naik, misalnya. Dan hal ini akan dipolitikkan pembangkang, dan rakyat akan terhasut. Hasilnya pertentangan yang hanya akan memusnahkan rakyat dan negara. Tekan-menekan yang berterusan. Sehingga fokus kerajaan untuk memenuhi tanggungjawab negara kepada masyarakat (walaupun untuk mengaburi mata masyarakat) seperti pada zaman kedudukan kerajaan kukuh, akan terabai.

Adakah politikus pembangkang, seperti juga kerajaan, hanya mengeksploitasi keadaan yang dialami masyarakat, untuk mendapatkan keuntungan peribadi yang pelbagai? Mungkin nama, kuasa, kekayaan dan sebagainya. Ini normal, untuk mendapatkan sokongan orang ramai, kita mesti memperjuangkan kepentingan mereka. Kita tidak boleh memperjuangkan kepentingan peribadi kita, kerana tiada siapa yang akan menyokong kita.

Tidak musykilkah kita? Adakah individu yang mewakili kerajaan dan pembangkang memiliki watak yang sama? Kecuali mereka berbeza tempat duduk sahaja. Satu pembangkang dan satu lagi kerajaan, tetapi watak mereka sama: mempergunakan isu popular di kalangan rakyat untuk memperjuangkan kepentingan diri.

Kerana seseorang yang betul-betul ingin menegakkan agama atau membaiki masyarakat dan negara, tidak sepatutnya menceburkan diri ke dalam politik parti. Kenyataannya: politikus hanya dapat membina masjid yang besar dan cantik, tetapi belum tentu boleh memakmurkan masjid tersebut. Politikus hanya boleh menguatkuasakan undang-undang, tetapi tidak dapat menahan undang-undang tersebut dari dilanggar. Ketaatan kepada agamalah yang menghalang manusia dari berbuat kejahatan dan kemungkaran.

Bahkan, masalah dunia hari ini bukanlah berkaitan soal-soal material semata-mata seperti diperjuangkan politikus pembangkang. Tetapi berkaitan akhlak masyarakat. Bukan hanya pembesar-pembesar negara yang terlibat dengan penipuan. Orang-orang kecil juga terlibat dengan penipuan. Jika orang kecil ini menjadi orang besar, mereka juga akan melakukan perkara sama. Bezanya jenayah orang kecil nilainya kecil, kerana setakat itu saja kemampuan dan kuasa mereka. Jika orang kecil sanggup menipu RM10, dia juga akan menipu RM1 juta seandainya dia menjadi orang besar dan ada kuasa. Ini adalah kenyataan.

Kezaliman telah merata, dari rakyat biasa hingga kepada pemimpin atasan, kerana akhlak pemimpin di atas (kerajaan) adalah cerminan akhlak rakyat biasa di bawah.

Sebaliknya pembangkang hanya mengikut arus, menjanjikan sesuatu yang jika mereka berjaya memerintah, mereka juga belum pasti dapat menunaikan janji tersebut. Janji-janji duniawi, seperti candu yang mengkhayalkan rakyat. Sedangkan masalah dunia hari ini bukan semata-mata berkaitan material, tetapi berkaitan pegangan agama dan akhlak masyarakat yang hanya boleh diubati secara rohaniah dan agama.

Apakah sumbangan politikus pembangkang dalam soal agama? Pembangkang hanya lebih banyak memperjuangkan isu material seperti kos hidup yang tinggi, harga petroleum, tol, saman trafik dan sebagainya. Ini penting, tetapi apa yang lebih penting adalah mengubah moral dan akhlak masyarakat. Mereka tidak perlu terlibat dengan perkara yang sama dilakukan kerajaan – menjanjikan bulan berwarna jingga. Sesuatu yang hampir mustahil, kerana kita bukan hidup dalam dunia terpencil. Kita hidup dalam dunia globalisasi. Apa yang berlaku di luar negara, akan mempengaruhi naik-turun harga barang-barang di dalam negara.

Pembangkang boleh membangkang selepas usaha menasihati kerajaan gagal, tetapi janganlah hingga bangkangan-bangkangan itu menjadikan kerajaan lebih bertambah zalim dan mengkhianati rakyat dalam mempertahankan diri dan mengelak dari mereka dijatuhkan.

Ironinya, apabila kerajaan meniru atau mempraktikkan janji-janji pembangkang, mereka akan ditempelak meniru.

Rakyatlah yang bodoh dan menerima padah dalam soal ini, dipergunakan pembangkang dan juga dizalimi kerajaan; menjadi mangsa kepada percaturan politikus.

Apa yang dibahaskan di sini kelihatan remeh-temeh dan kurang masak, tetapi fikirkanlah sejenak. Mungkin ada kebenarannya.

Politikus, sama ada di pihak pembangkang atau kerajaan, watak mereka adalah sama. Kita tidak boleh menafikan mereka adalah politikus; bukan pendakwah agama atau penyeru kebenaran yang jelas tujuan dan maksudnya membawa manusia kepada ketundukan kepada agama.

(Artikel ini adalah petikan dari buku Keldai Dan Kitab)

Azman Hussin

Azman Hussin berkarya dalam bidang sastera sejak tahun 1998 dan pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana 1998/99 dalam kategori cerpen. Beliau merupakan penulis banyak buku antaranya Keldai Dan Kitab, Dialektika, Dongeng Pasca Merdeka dan beberapa judul lagi yang ditulis secara bersama dengan penulis lain.

The post Politikus: Melihat Dari Sisi Berbeza appeared first on SOLIDARITAS.

Demokrasi, Politik Islam
Sistem demokrasi dikatakan suatu sistem terbaik pada zaman moden untuk memilih pemimpin atau negarawan dalam menerajui pemerintahan sesebuah negara.

Apakah demokrasi? Demokrasi lebih kurang bermaksud dari rakyat oleh rakyat dan untuk rakyat. Ia diterjemahkan daripada perkataan Yunani, demos kratos (kuasa rakyat). Ia bermaksud pemerintahan dari rakyat (diputuskan mengikut kehendak rakyat terbanyak), dibuat oleh rakyat (dilaksanakan oleh rakyat) dan ditujukan kepada rakyat (dinikmati oleh seluruh rakyat). Pengertian mudahnya ia adalah sistem sekular, memisahkan urusan dunia dan akhirat. Ia tidak terlibat dengan unsur-unsur ketuhanan.

Semuanya dari akal fikiran manusia, oleh manusia dan untuk kehidupan manusia seluruhnya. Tiada penglibatan dan campur tangan Tuhan.

Suara majoriti adalah tuhan (kebenaran) dalam demokrasi.

Ini sebenarnya adalah hukum alam. Yang teramai akan mengalahkan yang lebih sedikit dalam pilihan raya, walaupun minoriti yang kuat boleh mengalahkan majoriti yang lemah dalam kes rampasan kuasa. Demokrasi boleh diringkaskan kepada maksud: sesiapa yang dipilih secara majoriti sebagai pemimpin akan diiktiraf menjadi pemimpin.

Jika majoriti rakyat mahu mengiktiraf seorang ateis sebagai pemimpin, maka sahlah ia (kerana ia daripada undi majoriti rakyat).

Bolehkah umat Islam mengambil parti politik sebagai jalan atau kaedah, dan bertanding dalam sistem pilihan raya untuk memperjuang agama?

Demokrasi adalah neutral; boleh jadi baik atau tidak baik hasilnya. Ia bergantung kepada pengundi. Jika majoriti pengundi berakhlak baik, kesudahannya pemimpin berakhlak baiklah yang diangkat sebagai pemimpin. Akhlak pemimpin adalah gambaran, cerminan atau refleksi akhlak masyarakat akar umbi di bawah.

Walaupun dikatakan pemimpin yang membentuk rakyat, sebenarnya situasi itu tidak begitu di dalam sistem demokrasi. Selagi seseorang pemimpin memerlukan undi daripada rakyat, selagi itulah rakyat yang akan membentuk watak pemimpin. Jika pemimpin tidak mengikut kehendak rakyat, ia akan kalah.

Adalah salah sama sekali mengumpamakan seorang pemerintah dengan seorang bapa yang bertanggungjawab membentuk bagaimana akhlak si anak. Dalam demokrasi ia tidak begitu. Politikus memerlukan sokongan rakyat, maka politikus yang telah dibentuk oleh kemahuan rakyat, sedangkan si ayah adalah berkuasa penuh untuk menentukan apa yang harus dilakukan oleh seorang anak.

Maka, syarat untuk memenangi majoriti undi rakyat adalah dengan memenuhi kehendak semasa masyarakat.

Rakyat boleh menyokong sesebuah parti, tetapi ia tidak bermakna rakyat akan mematuhi ajaran atau dasar-dasar yang dibawa parti. Parti politik boleh menyatukan undi, dan undi boleh saja didapati daripada orang yang hanya menyokong tapi tidak mengikuti dasar-dasar parti. Pelacur, penipu, perasuah atau penjudi dikira sah mengundi dalam sistem demokrasi.

Ini berbeza dengan misi politik yang dibawa Nabi Muhammad SAW untuk mengubah masyarakat. Orang-orang yang mengikuti baginda adalah orang yang bertaut hatinya kerana Allah SWT, yang akhlak mereka mengikut al-Quran dan sunnah Nabi SAW sepenuh hati.

Parti politik dapat menguatkuasakan undang-undang kepada rakyat jika memenangi pilihanraya, tetapi ia tidak dapat mengubah akhlak masyarakat. Dakwahlah yang akan mengubah akhlak masyarakat. Sebaliknya, dalam demokrasi, rakyat yang telah mengubah parti politik. Jika parti politik tidak menuruti kehendak masyarakat, ia akan kalah. Maka parti politik akan menyesuaikan diri dengan kehendak-kehendak masyarakat. Ini tidak sama dengan jalan nabi-nabi terdahulu yang mengubah masyarakat dengan dakwah. Nabi SAW tidak mengalah atau berkompromi dengan prinsip agama hanya kerana ingin memenangi hati rakyat. Pemimpin agung mengubah rakyat, bukan diubah oleh rakyat.

Politik Nabi Muhammad SAW adalah mendakwah dan menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat melalui contoh teladan baginda sendiri, sehingga Islam menjadi cara hidup (ad-Din, budaya dan segalanya tentang kehidupan manusia). Kesempurnaan agama seseorang itu akan terpancar melalui akhlaknya. Islam Nabi SAW bukan hanya di mulut dan ceramah. Semenanjung Tanah Arab yang jahil dan zulmat menjadi terang rohaninya kerana dakwah.

Semua ini bukan dilakukan dengan undang-undang negara, tetapi kerana masyarakat telah meredhai dan menerima kebenaran Islam selepas menerima seruan dakwah Nabi SAW. Undang-undang negara hanyalah kaedah untuk melindungi rakyat. Ia seumpama pagar yang menahan rakyat daripada dicerobohi musuh-musuh. Tamsilkan sekumpulan kuda liar; Islam menjinakkan kuda, bukan membina pagar untuk mengurung kuda. Pagar hanya dibangunkan apabila kuda sudah dijinakkan untuk mengelakkan serangan serigala. Jika pagar dibina tanpa dijinakkan kuda-kuda, ia tidak ada gunanya, kuda-kudanya itu pasti merosakkan pagar.

Jika rakyat tidak sepenuhnya mengamalkan suruhan agama, tidak ada maknanya sesebuah negara yang menegakkan hukum-hukum agama.

Makna di sini, Islam tidak perlukan jalan parti politik untuk menegakkan agama, bahkan negara Islam akan tertegak secara automatik jika setiap orang Islam berakhlak seperti pengikut-pengikut Nabi SAW suatu masa dulu.

Islam sebenarnya sudah ada kaedah politiknya sendiri, iaitu dakwah; memenangi hati majoriti rakyat dengan dakwah, menyampaikan kalimah kebesaran Allah. Apabila akhlak Islam menjadi budaya masyarakat, selesailah semua masalah. Masalah akhlak tidak boleh diselesaikan dengan kekuasaan politik.

Tentang kekuasaan negara, Allah SWT telah berjanji dalam ayat ini:

Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu (agama) Allah, maka Allah akan membantu kamu, dan mengukuhkan kaki-kaki kamu.

(Muhammad 47:7)

Masalah asas yang sebenarnya adalah begini: parti politik memilih kuasa untuk melaksanakan hukum-hukum Islam melalui negara. Nabi Muhammad SAW pula berusaha memasyarakatkan Islam. Walaupun tidak berhajatkan kepada kekuasaan, baginda telah dikurniakan kekuasaan oleh Allah SWT sehingga tertegaklah Madinah. Nabi menghidupkan api (agama) untuk menerangi alam. Parti politik mencari cahaya untuk menghidupkan api, sedangkan cahaya tidak boleh didapati jika tidak dihidupkan api.

Nabi SAW bermula dari bawah, iaitu individu kepada negara. Parti politik bermula daripada negara kepada individu. Maksudnya, parti politik mahu melaksanakan Islam dengan mengambil alih negara. Tetapi, bagaimana negara Islam akan terbina jika individu-individunya tidak berkualiti Islam? Ia hanya akan tinggal nama sahaja sebagai negara Islam, tetapi rakyatnya tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.

Parti politik boleh berhujah yang mereka juga berdakwah untuk memenangi rakyat. Tetapi, kerana mereka lebih mengutamakan tujuan membina negara Islam, mereka sesat jalan dan terperangkap dalam tong najis demokrasi tajaan dan anjuran Yahudi dan Nasara. Tangan kanan Yahudi dan Nasara mempromosikan sistem demokrasi, tangan kiri pula mendakwah seluruh umat manusia mengikuti agama (budaya hidup) mereka melalui setiap aspek kehidupan. Maka majoriti yang terperangkap dalam lubang biawak Yahudi dan Nasara inilah yang akan memenangkan pemimpin berakhlak seperti mereka.

Itulah demokrasi. Suatu hukum alam yang memenangkan pihak majoriti.

Kenyataannya: Nabi Muhammad SAW mengubah akhlak masyarakat tanpa menubuhkan parti atau menyertai suku-suku kaum tertentu. Baginda menyatukan semua parti (kalau dahulunya suku-suku kaum) dengan dakwah Islam. Dalam demokrasi, politikus boleh menguatkuasakan undang-undang, tetapi ia tidak dapat menahan rakyat dari melanggar undang-undang tersebut.

Walaupun Islam itu suatu sistem hidup yang syumul, tetapi politik dalam Islam bukanlah politik yang berlandaskan sistem demokrasi, iaitu menurut suara majoriti. Politik Islam adalah dakwah, tabligh, menyampaikan seruan agama dan mengajak manusia kepada mentaati perintah Allah SWT, kerana jika rakyat mentaati perintah Allah SWT akan tertegaklah negara seperti Madinah, negara Islam contoh dalam sejarah.

Bahkan politik yang paling agung adalah mengajak dan menyeru umat manusia kepada kebesaran Allah SWT.

(Artikel ini adalah petikan dari buku Keldai Dan Kitab)

Azman Hussin

Azman Hussin berkarya dalam bidang sastera sejak tahun 1998 dan pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana 1998/99 dalam kategori cerpen. Beliau merupakan penulis banyak buku antaranya Keldai Dan Kitab, Dialektika, Dongeng Pasca Merdeka dan beberapa judul lagi yang ditulis secara bersama dengan penulis lain.

The post Demokrasi, Politik Islam appeared first on SOLIDARITAS.

Parti Politik: Suatu Agama Baharu?
Sistem demokrasi telah melahirkan parti-parti politik yang haluannya ke arah mencapai kekuasaan dalam menegakkan sesuatu. Matlamatnya adalah kuasa. Dan, kata ulama-ulama yang menyertai parti politik, matlamat kuasa itu adalah untuk menegakkan agama. Maka, seolah-olah agama itu hanya tegak dengan kekuasaan, seolah-olah agama itu lemah tanpa kuasa.

Saya terfikir alangkah sucinya jiwa rakyat Malaysia tatkala media massa, misalnya, menyiarkan gambar-gambar perlakuan lucah yang kononnya melibatkan seorang tokoh politik, mereka sepakat mencemuh dan menyindir di laman-laman sosial.

Benar, sama seperti pelakunya, menyiarkan perlakuan itu juga adalah tidak bermoral.

Kemudian saya terfikir lagi, bagaimana dengan gambar-gambar perempuan seksi dalam media tersebut, yang tertonjol buah dadanya, yang membeliakkan mata-mata lelaki? Bagaimana dengan siaran sistem televisyen berbayar yang juga menyiarkan kemungkaran-kemungkaran? Bagaimana dengan internet yang mudah dicapai bahan lucahnya? Adakah ini halal? Kenapa ini tidak dibantah? Ya, ini akan berisiko mengurangkan undi. Inilah politik mereka.

Maaf, saya bukan ingin mengelak dari bercakap tentang kesalahan saya dengan menyatakan orang lain juga melakukan kesalahan yang sama. Tidak. Yang salah, tetaplah salah. Najis adalah najis walau disembur perfume paling mahal dari Paris sekalipun.

Maka, kerana ia adalah isu politik, bergemuruhlah suara ulama-ulama politik menentangnya. Dan dalam keadaan lain, kemungkaran-kemungkaran yang lain didiamkan.

Politik, saya fikir kita lebih mentaati rukun-rukun politik daripada mentaati suruhan-suruhan agama. Jika sesuatu itu memberi laba politik, itulah haluan kita. Kerana, bagi kita, kekuasaan adalah segala-galanya.

Kita sudah hilang pangkal dan hujungnya.

Bahkan politik, tanpa kita sedari, telah menjadi seperti suatu agama baru. Lihatlah bagaimana orang yang seagama boleh bergaduh kerana politik, dan orang yang berbeza agama dan saling memusuhi boleh berpakat kerana politik. Politik mengatasi segala perbezaan yang lain. Mereka berkumpul di bawah bendera assabiyyah parti. Mereka saling tolong-menolong dalam perkara baik dan jahat asalkan di bawah bendera yang sama.

Lihatlah bagaimana isu-isu yang melibatkan moral didiamkan hanya kerana ia boleh mengurangkan undi. Bagaimana kita melihat ulama-ulama politik mendekati golongan tak bermoral untuk meraih undi, bukannya menasihati atau meluruskan mereka. Bagaimana ulama-ulama politik yang dahulunya tegas menjadi liberal hanya kerana undi golongan sekular. Bagaimana ulama-ulama politik boleh bersekongkol dengan musuh-musuh nyata Islam hanya kerana undi, bukannya untuk menyampaikan agama. Dan mereka mengelabui pemikiran masyarakat awam yang jahil dengan hujah-hujah yang bathil untuk menghalalkan tindakan mereka.

Tugas mereka berdakwah, tetapi mereka tidak sedar mereka telah didakwah secara halus oleh musuh-musuh Islam yang berniat menghancurkan umat Islam.

Adalah tidak masuk akal kita boleh berpakat dengan golongan kuffar yang jelas menentang Islam untuk menentang sesama Islam yang mungkin hanya fasik dan zalim dalam urusan keduniaan.

Walau apa tujuannya, mereka lebih mempercayai kekuasaan untuk menegakkan agama, walhal agama itu sudah bersifat kekuasaan. Jika nilai-nilai agama diamalkan dalam diri setiap manusia, akan tegaklah hukum-hukum Allah dengan izin-Nya. Agama itu sudah syumul, kata mereka, tetapi mereka memilih demokrasi untuk menegakkan agama. Sebaliknya demokrasi ini telah memecah-belahkan umat, dan menjadikan kita semua telah diambil kesempatan oleh golongan kuffar.

Mereka menyatakan dalil mengambil demokrasi sebagai tuntutan zaman. Kita harus mengikut agama, bukannya agama harus mengikut kesesuaian zaman, kerana agama itu sesuai untuk semua zaman.

Jika demokrasi itu dibenarkan dalam agama, maka kita semua akan jadi pemuas kehendak-kehendak masyarakat. Jika rakyat mahukan hiburan, maka kita akan menghidangkannya untuk meraih undi. Kita tidak akan dapat mengubah masyarakat, sebaliknya akan diubah oleh masyarakat sedikit demi sedikit.

Sistem demokrasi sebenarnya adalah hukum alam. Yang majoriti akan menang. Jika kita benar-benar memahami hakikat demokrasi, kita tidak perlu memasuki demokrasi untuk menegakkan agama. Tetapi, kita akan menguatkan pegangan agama dalam masyarakat, kerana apabila pegangan agama kita kuat, kita akan menang. Sekarang umat Islam sudah ramai, tetapi seperti buih. Kenapa? Kerana pegangan dan keimanan kita lemah, kita hanya menjadi buah catur kuffar. Di situlah kita sepatutnya berusaha.

Ulama-ulama politik lebih nampak untuk menolong orang yang dizalimi tetapi tidak menolong orang yang menzalimi. Menolong seorang perompak bukanlah sekadar bermaksud menahan mereka dari melakukan rompakan. Kerana jika itu yang dimaksudkan, mereka akan terus merompak jika kita tidak melihat mereka. Untuk menahan mereka dari melakukan kezaliman adalah menyeru mereka ke arah kebaikan. Itulah dakwah, itulah politik Islam.

Saya umpamakan sifat agama itu seperti cahaya, dan kegelapan itu sebagai kemungkaran. Untuk menghapuskan kegelapan, hidupkanlah api, nescaya cahaya akan muncul automatik dan menghalau kegelapan. Kita tidak boleh menghalau kegelapan tanpa menghidupkan api, iaitu sumber cahaya.

Politik dalam Islam bagi saya adalah dakwah atau tabligh, sebagaimana dakwah yang dilakukan gerakan-gerakan Kristian ataupun Yahudi ke atas umat manusia. Tanpa memerintah sesebuah negara pun, mereka telah berjaya mengubah budaya hidup kita menjadi seperti yang mereka mahukan sehingga akhirnya mereka akan menguasai dunia ini seluruhnya. Dan berdakwah itulah sebenarnya kerja Nabi Muhammad SAW.

Kita yakini Islam itu syumul, dan politik itu ada di dalam Islam. Itu benar. Yang bathilnya kita memaksudkan politik Islam itu antaranya adalah sistem demokrasi yang dianjurkan oleh Barat untuk memecah-belahkan kita, bukannya memperbaiki kita.

Mereka menentang sistem sekular, mereka menyatakan politik tidak boleh dipisahkan daripada agama, sebaliknya merekalah yang memisahkan agama dari kehidupan yang syumul, termasuk politik yang sudah ada dalam agama, iaitu dakwah.

Mungkinkah demokrasi ini adalah salah satu sistem Dajjal yang menipu ramai orang, termasuk memperdaya ulama-ulama kerana fitnah-fitnah Dajjal itu sangat dahsyat dan mengelirukan? Iaitu satu neraka yang diperlihatkan Dajjal sebagai syurga. Kita meyakini perjuangan kita ini benar, walhal kita tertipu oleh Dajjal.

(Artikel ini adalah petikan dari buku Keldai Dan Kitab)

Azman Hussin

Azman Hussin berkarya dalam bidang sastera sejak tahun 1998 dan pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana 1998/99 dalam kategori cerpen. Beliau merupakan penulis banyak buku antaranya Keldai Dan Kitab, Dialektika, Dongeng Pasca Merdeka dan beberapa judul lagi yang ditulis secara bersama dengan penulis lain.

The post Parti Politik: Suatu Agama Baharu? appeared first on SOLIDARITAS.